Kiasan Bermakna

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, July 31, 2009

12



"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…"

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…



"Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…"

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…



"Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…"

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal..

Masalah Awak Bukannya Masalah Saya

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, July 29, 2009

1

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah keluar membeli barang keperluan. Ketika mereka membuka barang yang baru dibeli tadi, seekor tikus memerhatikan gelagat suami isteri itu sambil menggumam, "Hmmmr... Makanan apa yang dibawa mereka dari pasar agaknya?"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah ini sekarang ada perangkap tikus!!"

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!"

Sang Ayam berkata, "Encik Tikus, aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun selamba menjawab, "Aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku."

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk ke perangkap tikus?"

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, "Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku..."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar bunyi berdetak perangkap tikusnya, menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang menjadi mangsa. Ekor ular yang terkepit membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan daripada dipatuk. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih lagi demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk mendapatkan kaki untuk dibuat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya masih lagi tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Namun begitu, isterinya tidak sembuh-sembuh jua dan akhirnya meninggal dunia.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi...

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula menganggap itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Politik Dari Kaca Mata Seorang Budak

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, July 28, 2009

2

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?"

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa
depan. Faham?"

Kelipok-kelipok mata si anak pejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay."

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?"

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "Jadi apa dia politik tu?"

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab, "Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik!!!"

Malas Yang Terlampau

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, July 27, 2009

3

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin belaka, tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, ada la seorang lelaki mengaku...

Katanya "Saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya "Apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut "Kalau saya hendak makan, ada orang yang menyuapkan saya"

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi berkata "Saya lebih malas lagi daripada dia, tuanku"

Tuanku pun bertanya kepadanya "Sampai mana pulak tahap malas awak?"

Maka jawabnya "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan"

Maka raja pun terdiam. Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata "Saya adalah yang paling malas tuanku"

Raja pun bertanya "Bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

Budak itu pun dengan selamba menjawab "Nak cite pun malas!!!"

Surat Untuk Ayah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, July 26, 2009

3

Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk
meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak
Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta
dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip

p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk
mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat . Saya ingin
mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan
hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah
terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi
ayat yang ringkas,

Untuk Sarip,
'Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima'

Daripada Ayahmu.

Wanita dan Rama-Rama

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, July 25, 2009

4


Lihatlah rama-rama, ianya cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka & ceria.
Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam & menyempurnakan sekuntum bunga.
Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu tinggal di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap & pegang rama-rama dengan sayapnya.
Lihat apa yang melekat di jari anda warna & corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.
Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin.
Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi.
Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawet.

Rama-rama ibarat wanita.
Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa kurang tetapi harga diri & maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita.
Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.
Harga rama-rama terletak pada warna & coraknya manakala harga wanita terletak apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya.
Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong.
Bukan mudah untuk keluar dari kepompong yang mengikat itu.
Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.
Terpaksa melalui kitaran & evolusi bentuk.
Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar kepada sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.
Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.
Sewaktu anda digoda, dihambat & dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia yang sempurna hari ini.
Anda tidak muncul sendiri sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar - indah dipandang tetapi dia sendiri yang menanggung beban.
Hiduplah dengan bebas & terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.
Hak anda ialah memelihara kehormatan.
Selama mana anda memelihara kehormatan & maruah diri anda berada di taraf A1,
sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik & sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah terbang ke sana sini.
Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.
Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah & sentiasa menjadi sasaran manusia.
Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.
Mahalkan harga diri anda.
Semakin anda sukar dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki.
Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara & melindungi anda.
Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda.
Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan.
Jadilah wanita anggun yang punya nilai & maruah diri anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai lelaki yang benar-benar sanggup mencintai anda.
Cinta itu terjemahan pada kasih sayang & belaian sayang penuh ikhlas.
Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Revolusi Minda

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, July 24, 2009

0


Revolusi. Satu perkataan yang begitu dalam maknanya. Skop revolusi begitu luas, jadi apa kata aku kecilkan skopnya kepada revolusi minda sahaja. Heh… Minda. Semua orang tahu kan apa tu minda? Kata orang dunia, minda adalah segala-galanya. Kenapa aku nak berbicara pasal revolusi minda? Haa… Kerana aku rasa aku, korang dan sesiapa saja yang bergelar rakyat Malaysia, perlu merubah mentaliti lapuk yang telah sekian lama membelenggu pemikiran kita sebagai satu bangsa yang bertamadun.

Adakah aku mengatakan kita semua ni kolot? Tidak. Aku hanya nak menyeru agar kita merubah corak kita berfikir ke satu tahap yang lebih baik. Kita sekarang ni sentiasa berfikir di takuk lama, tidak matang dan kebudak-budakan. Tidak berpandangan jauh dan hanya melihat peristiwa di depan mata tanpa mengambil tahu situasi global yang berlaku. Kita seperti katak di bawah tempurung!

Selalu saja kita melihat mahupun mendengar kes virus Selesema Babi a.k.a H1N1 berlaku di seluruh pelosok negara kita. Banyak universiti mahupun sekolah ditutup buat sementara waktu dek kerana merebaknya virus ni. Tapi apa yang generasi muda kita rasa akan hal ini? Mereka bertepuk sorak kerana tak perlu ke sekolah mahupun ke kuliah universiti. Seronok? Masyaallah… Lihatlah mentaliti mereka. Beginikah orangnya yang akan menjadi pemimpin negara suatu hari nanti? Tolonglah… Ubah.

Jika ada yang menyanggah hujah aku dengan mengatakan bahawa mereka masih budak dan banyak yang perlu dipelajari, aku akan menjawab itu bukan soal umur. Ini soal mentaliti. Ubah mentaliti, segalanya jalan. Aku juga sangat menyampah dengan sesetengah masyarakat Islam yang memandang remeh agamanya. Contohnya bila dikatakan “Ishh, ko ni memang jenis yang tak sembahyang ker???” dan dibalas “Ala… Biasa la.. Aku muda lagi, nanti tua aku taubat la…” Pergh…Bukan main confirm lagi yang die hidup sampai tua.

Kalau bab sembahyang ni, pandang sebelah mata jer. Tapi bab lain tak. Contohnya bila dikatakan “Eh… Ko ni memang makan babi ker??” pasti dibalas “Woii… Ko ni dah lama hidup ker? Tak sayang mulut betul!!!” Nampak tak mentaliti tu. Padahal sembahyang tu lebih utama daripada bab babi nih. Ni yang aku katakan kita perlu ubah mentaliti. Revolusi minda.

Macam mana nak buat revolusi minda ni? Senang jer. Belajar daripada orang atau pengalaman lalu, praktikkan. Kikis perangai lama yang buruk, gantikan dengan akhlak baik yang baru. Sentiasa berfikiran jauh dan terbuka. Realitikan cara berfikir, jangan asyik khayal perkara tahyul. Kadang-kadang agak bagus kalau kita sempit pandangan tapi luaskan pemikiran.

Ha. Jadi sekarang wahai kawan. Kita ubah cara kita berfikir ke arah yang lebih baik. Revolusikan minda kita ni. Biar mentaliti kita menjadi mentaliti kelas satu kerana dalam dunia yang semakin maju ini, kita juga harus maju dari segi pemikiran. Maju ke hadapan, bukan mundur ke belakang. Ingat, revolusi minda…

Tag Daripada Enyheartdiamond

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, July 24, 2009

2

Kali ni aku nak menjawab hutang tag terakhir yang tinggal. Tag ni dari Enyheartdiamond. Tagnya adalah seperti berikut:

1.YOUR REAL NAME:

Syafiq Farhan Bin Saidi

2.WITNESS PROTECTION NAME:
(mother and fathers name)
Norita Saidi

3.NASCAR NAME:
(first name of your mother's dad, father's dad)
Rashid Saidin

4.STAR WARS NAME:
(the first 3 letters of your last name, first 2 letters of your first)
Farsy

5.DETECTIVE NAME:
(favorite color, favorite animal)
Blue Cat

6.SOAP OPERA NAME:
(middle name, town where you were born)
Farhan Pasir Mas

7.SUPERHERO NAME:
(2nd fav color, fav drink, add "THE" to the beginning)
The Green Neslo

8.FLY NAME:
(first 2 letters of 1st name, last 2 letters of your last name)
Syan

9.ROCK STAR NAME:
(pets name, current street name)
Pida Padang Parit

10. PORN NAME:
(1st pet, street you grew up on)
Cat Padang Parit

11.YOUR GANGSTA NAME:
(first 3 letters of real name plus "izzle")
Syaizzle

12.YOUR GOTH NAME:
(black, and the name of one of your pets)
Black Pida

13. STRIPPER NAME:
(name of your fav perfume, fav choc)
Romance Cadbury

14. WIZARD'S NAME:
(last 3 letters of mother's name, first 3 letters of current job, first 3 letters of your zodiac sign and last 3 letters of home street's name)
Itastulibrit

15. PIRATE'S NAME:
(fav actor last name, your 'pet' name, fav actress last name, add "Captain" at the beginning)
Captain Depp Pida Kreuk

THE LIST OF WHO YOU WANT TO TAG:
All of my FOLLOWERS who read this post!HAHA…

^END^

Tag Daripada Ali Dan Zetty

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, July 24, 2009

1

Ali dan Zetty telah bagi tag yang same kat aku. Jadi sekali jawab je la eh... Hehe... Kalau korang nak tahu, Ali ni adalah member sekelas aku masa sekolah menengah dulu. Die ni anak orang kaya beb... Tapi dia tak penah menunjuk-nunjuk. Kiranya dia ni seorang yang rendah diri la... Apa pun jom tengok tag diorang:

1. Beside ur lips, where is the favourite spot to get kissed?

Nak cakap tak boleh la. Ni untuk bacaan umum... Hehe

2. How did u feel when u woke up this morning?
Rasa malas sebab kena g klas english yang makan masa selama 3 jam. Bosan woo...

3. Who was the last person / people you took photo with?
Dengan family aku sebelum aku balik ke UM.

4. Would u consider urself spoiled ?

Haha... No.

5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
Mesti la ader...

6. Do you want someone to be dead?
Haha... Ikutkan hati memang ada. Tapi tak baik la... Diorang pun ader hak gak untuk hidup. Hehe

7. What does your last text message say?
"Ooo... Ada. Tp gambar x clear sgt la. Tp feel 2 ada r..." (jgn tanya ni berkenaan aper...)

8. What are you thinking right now ?

Tido! Haha

9. Do you want someone to be with you right now ?
Nak. sgt2 nak. Saper? Hehe... Mane leh gtau..

10. What was the time you went to bed last night ?
2 pagi

11. Where did you buy the tee you are wearing now ?
Sekarang aku tak pakai baju, pakai seluar jer. Panas. Hehe...

12. Is someone on your mind right now?
Yer. Someone at somewhere... Hehe

13. Who was the last person who text you ?
Sin Chan (member satu klas dengan aku... Sedap tak name die? Hehe...)

14. TEN Lucky Person to do this quiz.
* Lionteen
* Zahora
* Fauzan
* Enyheartdiamond
* Kak Flora
* KJ-Kun
* Aien
* Aina
* Najwa
* Kak Ieda

1. Who is no.2 having a relationship with ?
Dah tanya. Die tak nak jawab. Haa.. Pe lagi Zahora... Jawab la soklan nih... Hehe

2. Is no.3 a male or a female?
Confirm lelaki maskulin sejati

3. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?

Kalau setakat kawan ok la... Diorang berdua ni perempuan sejati tau... hehe

4. What is no.1 studying about?

Ekonomi Sumber Alam Kat UMT

5. When was the last time you chatted with them?

Dah agak lama. Sebab Aku sangat la sibuk.

6. Is no.4 single?
Yes (as far as I know...)

7. Say something about no. 2.
Seorang yang cantik dan comel.

8. What do you think about no.3 & no.5 being together?
Haha... Tak nak masuk campur. Hal peribadi diorang tuh...

9. Describe no.9.
Seorang gadis muda yang masih bersekolah

10. What will you do if no.6 and no.7 fight ?
Aku debik dua-dua orang tu. Yang diorang g gaduh2 tu buat per. diorang kenal pun tidak... Hehe

11. Do you like 8?
Suke. Tapi die dah da pakwe la. Mau kena belasah aku kalau pakwe die tahu. Hehe.. Jangan marah haa Aina...

12. How about 10?
Seorang isteri yang sangat aktif berblogging. Payah cari nih. Hehe

Tag Daripada Fauzan

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, July 23, 2009

6

Setelah sekian lama memendam tag daripada Saudara Fauzan ni, akhirnya aku berjaya gak completekan task yang die bagi. Fuhh... Lega... Tag yang lain aku akan cuba menjawab dalam masa terdekat ni, k? Bawak bersabar... Hehe... Berikut adalah tag daripada Fauzan:

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Im not Okay. I'm Syafiq Farhan bin Saidi (sambil tunjuk kad pengenalan)

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Aku adalah aku. Kekadang pendiam, kekadang banyak mulut...

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Mentaliti kelas satu

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Gembira dan seronok (walaupun sedikit tidak sihat)

WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
Menjadi seorang anak yang berjasa kepada ibu bapa, menjadi seorang rakyat yang menyumbang kepada negara dan menjadi hamba Allah yang taat pada perintah-Nya

WHAT'S YOUR MOTTO?
Perjalanan sejauh seribu batu adalah bermula dengan satu langkah yang kecil

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
I think they do not think... Haha. Mane la aku tau. Jap aku g tanya sorang-sorang.

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Yang satu hari nanti aku akan menjadi anak yang membanggakan mereka

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
.....................................(mane leh gtau beb...)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Best friend is kawan baik aku. Haha

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Garam yang aku makan selama aku hidup hampir 20 tahun ini masih belum cukup untuk dikategorikan sebagai "Life Story"...

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Berjaya dalam serba serbi. Dapat bini dan anak yang soleh/solehah, kerja yang dapat menyara keluarga dan yang paling penting, aku nak menjadi seorang hamba yang taat kepada-Nya

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
"Die suka aku tak?" Ni la yang aku selalu fikirkan...

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Gila! Ada plak aku nak menari time kahwin.

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Alunan syahdu bacaan talkin

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Main internet (aku kasi satu je la sebab soklan ni berbentuk singular...hehe)

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Mati

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Nama pun biggest secret, jadi mane boleh bagitau...

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
I want to sleep

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
They are my friends, not yours

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Tag ni aku kasi kepada semua followers aku. Korang tak amik, aku debik...

Wanita Solehah Dicemburui Bidadari

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, July 21, 2009

0


Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan yang menyejukkan hati.

Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi, penyejuk mata, penyenang hati.

Wahai wanita,
Jahiliyah melakarkan sejarah hitam buat kaummu yang ditanam hidup-hidup tanpa belas simpati. Kau hanyalah sekadar pemuas nafsu; ibarat patung yang tidak bernyawa. Kau tak kan bisa mampu bersuara tatkala zahir dan batinmu menderita. Dan kaummu yang lemah, terus terseksa. Tidakkah kau sedar?

Kemudian Islam datang membebaskan golongan hawa dari cengkaman nafsu lelaki yang menggila. Kau diberikan harapan seperti juga dengan kaum Adam. Nilaimu begitu tinggi di sisi masyarakat hinggakan syurga juga di bawah telapak si ibu. Kau kini bisa bersuara walau zahir dan batinmu tidak dikasari. Buah fikiranmu tidak lagi dicampak ketepi.Masihkah kau tidak sedar?

Tidak banggakah kau menjadi wanita? Masihkah kau memberikan alasan atas apa Allah perintah kepadamu?

Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kau boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, Kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.


Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati. Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung.


Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah: "Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.

Wanita solehah ibarat sekuntum bunga yang sentiasa mekar berkembang. Keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-

* si gadis dihiasi sifat sopan dan malu;
* si anak mentaati ibu bapa;
*srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat;
* si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami.

Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan' sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga.

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati'. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik'. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kau sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kau hanya akan layak menjadi `bunga sejati' jika hati tunduk kepada Tuhan.

Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kau sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kau sebagai wanita. Daripada-Nya kau datang dan kepada-Nya kau akan kembali...

Wanita Yang Tak Pernah Puas

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, July 20, 2009

3

Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di kota New York. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:

“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”

Kedai itu ada 6 tingkat. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di tingkat itu atau memilih lelaki di tingat berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di tingkat sebelum itu.

Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke tingkat pertama.

Di tingkat 1 terdapat tulisan:
TINGKAT 1: “Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke tingkat berikutnya. Di tingkat 2 terdapat tulisan:

TINGKAT 2: “Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”

Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke tinkat berikutnya. Di tingkat 3 terdapat tulisan:
TINGKAT 3: “Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”

Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.

Lalu sampailah wanita itu di tingkat 4 dan terdapat tulisan:
TINGKAT 4: “Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”

“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.

Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke tingkat 5 dan terdapat tulisan seperti ini:

TINGKAT 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.”

Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke tingkat 6 dan di tingk itu terdapat tulisan:
TINGKAT 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 4363012. Tidak ada lelaki di tingkat ini. Tingkat ini diwujudkan semata-mata untuk menjadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”

Moral of the story: Hargailah lelaki yang berdampingan dengan anda ketika ini. Jangan terlalu memilih, takut nanti melepas ke tangan orang lain. Hehe..

Kisah Seorang Hamba Allah

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, July 18, 2009

2

Ada la seorang hamba Allah ni , dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi...

"Aauuummmmm!!!!!"

Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab harimau tu memang dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan terus kejar...

Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjun la ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi harimau yg lapar tu menunggunya...

Si hamba ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri. Sambil tu dia berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah layan punya pikir berfikir camner nak selamatkan diri, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi...

Alamak!!!!...Ya Allah!!!!. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Sedang dia berfikir untuk mencari jalan keluar tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas meniti tali yang hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. "Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh....camner ni...." bisik hati gelisah hamba Allah tu.

Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Dia naik mengikut tali tadi, "cit!cit!cit!cit!" Sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

"Cis, lagi satu. Macam aku nak buat ni.... Habislah aku jadi mangsa buaya."

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.

"Macam mana nih..."

Sedang hamba Allah tu berfikir camner nak selamatkan dirinya, tetiba terdengar satu bunyi....

"Uuuuuuuuuuuuu"

Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang membawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni, tak pernah kurasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap madu ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah...



Kalau korang nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua.

Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita, kalau pendek maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yg sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali...

Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam la kita bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah memang sentiasa ingat.

Jadi wahai kawan, aku harap korang dapat amik pengajaran daripada post aku kali ni. Kisah di atas bertujuan mengingatkan diri aku sendiri dan korang juga. Kita ni manusia, bersifat alpa dan lalai. Marilah kita saling mengingati moga tidak terhanyut dalam kemanisan dunia dan meramaikan umat Nabi Muhammad SAW di syurga kelak...

Wassalam

Sengal Seorang Budak

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, July 17, 2009

4

Kali ini aku nak kongsikan cerita klakar. Cerita tentang seorang murid sengal yang menjawab soklan gurunya dengan penuh kesengalannya. Sebab dia ni sengal, aku taruk nama Sin Chan (cerita budak sengal dari Jepun tu...). Mungkin korang penah baca, tapi bagi yang belum penah, jom kita bergelak tawa bersama-sama:

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* -*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengejnya. Jadi begitulah yang saya eja!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu (Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas)
Guru: Betul. Sekarang, murid-murid, beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan, Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* -*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya, Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* -*-*-*-*-*-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakit yang disebabkan oleh gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit dengan serangga.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-**-*-*-* -*


Guru: Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku secara kebetulan?
Sin Chan: Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama, pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* -*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, pelik sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam dan satu lagi berwarna merah berbintik biru!
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak pelik. Saya pun hairan kerana terdapat sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* -*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan. Beritahu saya dengan jujur adakah awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu. Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* -*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Kucing Saya" adalah sama seperti yang dikarang oleh Adik awak. Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu. Ia hanyalah kerana kami ada kucing yang sama!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-*-*-*-*-*- *


Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti-henti bercakap tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

RM50 Baru

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, July 16, 2009

4

Semalam aku ada baca satu berita dalam surat khabar tempatan. Beritanya berkenaan dengan penghasilan wang kertas RM50 yang berwajah baru. Gambarnya adalah seperti yang dipaparkan kat bawah nih:





Amacam? Lawa tak? Bagi aku yang lama punya lagi best. Tapi yang baru ni pun ok la jugak. Nampak canggih, sejajar dengan perkembangan zaman. Tapi ini pun kertas jugak. Lagi best kalau ia dibuat daripada polimer macam duit RM5 yang baru tu.

Walau apa pun, usaha Bank Negara Malaysia ni memang patut dipuji. Moga nanti lagi banyak duit baru yang keluar, baru meriah sikit hobi mengumpul wang ni... Hehehee... Apa pun, aku memang tak sabar nak dapatkan duit baru nih. Jom kita berlumba jadi orang pertama yang boleh pegang duit ni. Ada berani?

Benar Vs Logik

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, July 16, 2009

3

Tidak semua perkara yang benar itu logik

Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:

OK : Kenapa kamu wudhuk?
OM : Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut
OK : Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM : Ini arahan Tuhanku, aku taat saja
OK : Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali
OM : Kebenaran itu tidak semestinya logik
OK : Apa buktinya?
OM : Meh ikut aku...

OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.


OK: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.

OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan...

Tidak semua perkara yang logik itu benar

Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)


OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tak terasa apa-apa....
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan terseksa...
OK: Ah...tak mungkin. Logiknya manusia saja yg terseksa, syaitan tidak...

OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.
Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK. Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM

Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.


Renungan kepada para pengagum Albert Einstein, Bill Gates, para saintis, ahli falsafah dan yang sejenis dengannya

Kalau begitu, siapakah sebenarnya manusia yang paling cerdik? Einstein, danlain-lain yang kafir atau orang mukmin (walaupun dia hanya tukang kebun)?

Beza Antara Cinta dan Suka

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, July 15, 2009

6

Ramai orang masih tidak tahu definisi dan keadaan sebenar istilah "cinta" dan "suka". Kedengaran seperti sama saja maksudnya, walhal ia sebenarnya adalah sebaliknya. Apa bezanya? Meh baca perbezaan di bawah ni:

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Ianya betul dan sangat kena dengan diri aku sendiri. Korang pula bagaimana?

Kenali Lelaki

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, July 15, 2009

5

Lelaki adalah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT. Selepas adanya lelaki, barulah adanya wanita. Banyak orang cakap wanita itu kompleks. Tapi lelaki pun sebenarnyaa sama jer... Jadi meh aku dedahkan apa yang korang (terutamanya perempuan) patut tahu tentang lelaki:

- Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

- Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

- Kebanyakan lelaki yg nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (how true)

- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

- Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa…yang lain hanya kawan..

- Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih.. Cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

- Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau macam mana sekalipun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat daripada lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan! Aku juga lelaki, jadi aku tahu...

Award Daripada Nadhirah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, July 14, 2009

0

Untuk kali ni, aku telah mendapat award yang memang jambu abis.
Terima kasih kepada Saudari Nadhirah atas kesudian beliau memberi award ini.
Harap-harap kasihku diterima... Hehe
Kepada sesiapa yang teringin award jambu ni, jadi la followers jambu beliau... Hehe
Thanks ehh Nadhirah.
Pemberianmu kupamerkan di sini, tanpa deletion. Hehe

Puisi Demokrasi

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, July 14, 2009

3


Hari ini, aku telah terjumpa satu puisi nukilan Ahmad Zulkarnain, seorang ahli politik PAS. Puisinya sangat bermakna dan menarik. Tapi pujian aku ni bukannya bermakna aku ni sokong PAS atau mana-mana parti politik. Umur aku tak cukup lagi untuk terlibat dalam bab politik ni. Lagipun aku memang tak minat pun. Aku hanya nak berkongsi puisi nukilan beliau. Itu sahaja. Jom kita renung ayat-ayat puisi beliau ini:


Negara kita amalkan demokrasi
Musuh kita banyak konspirasi
Banyak autokrasi
Banyak birokrasi
Banyak kuku besi
Banyak buta tuli
Banyak provokasi
Banyak eksploitasi
Hingga tercetus reformasi

Ini sebagai satu manifestasi
Namun kita kurang integrasi
Hidup bagai nafsi-nafsi
Macam tak boleh kongsi
Mental kita telah direvolusio
Kita sering dimanipulasi
Bimbang berlaku korupsi
Bila jiwa tak diisi
Inilah implikasi


Amacam? Sedap tak??? Penuh makna tuh... Ok. Tutup citer. Nanti tak pasal-pasal blog aku kena sekat nanti. Hahahaaa

Wanita Yang Suka Menangis

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, July 13, 2009

3

Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"

"Kerana ibu seorang wanita," balas si ibu kepadanya.

"Saya tidak mengerti, ibu..." kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak lelaki kecil itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan, ayah?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan wahai anakku..." hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Tahun demi tahun kemudiannya, anak lelaki kecil itu membesar menjadi seorang lelaki dewasa, tetapi tidak mengetahui dan tetap ingin mengetahui mengapa wanita menangis...


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam agar mampu melahirkan anak dan menerima dugaan yang sering kali datang daripada anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang kala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa ketika ia perlukan."


Maka dengan itu, korang hendaklah tahu yang:

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat di mana cinta itu ada."



Selamilah hati wanitamu...

Dan ingatlah...

Setiap Wanita itu Cantik!!!

Berita Kelakar + Bengang

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, July 11, 2009

7

KahKahKahhhhhh... Begitulah reaksi aku setelah membaca satu akbar tempatan hari ini. Apa yang telah aku baca? Haa... Satu cebisan berita luar negara. Berita murahan. Berita yang bukan sepenuhnya benar. Berita yang tidak sepatutnya dipercayai oleh orang yang punya akal dan moral. Apa beritanya?

Tajuknya ialah "Muka Kacak Ada Sedikit Sperma"!!!


Aku memang gelak habis. Walaupun kajian ini dilakukan oleh Universiti Oxford, namun aku tidak setuju. Korang tahu tak yang diorang buat kajian terhadap ayam dan ikan, lalu mengaplikasikan kesimpulan kajian terhadap manusia? Mengarut! Ok. Aku mengaku mungkin aku tidak memahami sepenuhnya displin sains dalam membuat kajian. Tapi kajian ini dah melampau!

Berdasarkan hujah yang diorang bagi, ianya mungkin betul untuk mereka yang mengamalkan seks bebas. Mereka kata orang kacak punya banyak teman wanita, lalu kurang menghasilkan sperma berkualiti untuk melahirkan anak. Maksudnya ialah orang begini aktif melakukan seks bebas. Tapi bukan semua orang kacak begitu! Tidak bagi seorang muslim yang teguh pegangan agamanya!!

Kenapa aku bengang? Sebab aku pun dalam kategori kacak(perghh...angkat diri tu beb...hehe). Sebenarnya aku bengang kerana ia menjatuhkan martabat lelaki. Kajian ini tiada faedahnya. Membazir dan menyesatkan. Jangan percaya! Kalau nak tau lebih lanjut, cari la dalam surat khabar hari ni. Baca boleh, percaya jangan!!!



Telur

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, July 11, 2009

4

Selalunya aku tulis pasal orang. Kali ni nak tukar angin sikit. Seperti tajuk yang korang baca tu, aku nak tulis pasal telur. Hah… Telur? Ya… Sebab apa aku nak tulis pasal telur? Haa… Kerana aku dapati dalam banyak-banyak benda yang orang guna dalam masakan, telur ni la yang paling istimewa sekali. Loh… Apa yang istimewa sangat tu??? Ok… Meh aku story kat korang sikit apa yang aku dapat dalam bab telur ni.

Kalau korang nak tau, telur telah diperakui sebagai hidangan yang paling versatil
oleh semua orang kat dunia ni. Daripada masakan mudah seperti telur rebus sehinggalah kepada hidangan hebat kek berhias, telurlah yang jadi pilihan utama. Kadang-kadang tu makan telur mentah pun sodap beb! Hehe… Cara masak telur tu tak payah la aku citer… Korang pun tau.

Dan seperti yang korang tau, tak semua telur boleh dimakan… Haa… Jangan pikir dalam sangat. Kang lain maksudnya nanti… Hehe… Selalunya, telur daripada spesies burung dan beberapa jenis ikan sesuai dimakan. Kalau boleh, toksah la korang g makan telur penyu. Walaupun halal, aku sarankan tak payah makan. Korang pun tau kan yang penyu ni makin pupus. Jadi tolong la ehh demi kebaikan spesies penyu ni… Ok? Alright.

Dalam dunia ni, telur yang menjadi pilihan ramai tentunya telur ayam. Korang tak heran ke telur ayam kat rumah korang tu tak keluar anak ayam walaupun korang biar telur tu berminggu kat suasana suhu bilik? Heran? Haa… Sebenarnya telur tu memang takkan kuar anak ayam pun. Sebabnya telur tu ditelurkan oleh ayam telur tanpa persenyawaan daripada ayam jantan. Jadi tak payah la korang risau nanti terbuat telur dadar beranak ayam… Hehe…

Untuk makluman korang gak, telur ayam ni telah diakui sebagai makanan berprotein yang terbaik yang pernah wujud kat dunia ni. Telur ayam ni ada macam-macam zat penting. Tapi tak payah la aku tulis kat sini. Nanti korang boring lak baca istilah-istilah tu. Hehe… Walaupun ada yang suka makan telur mentah, doktor cakap ibu mengandung, kanak-kanak, orang tua dan gak orang sakit tak boleh makan dengan cara ni sebab takut kena jangkitan bakteria salmonela. Lagipun badan kita ni lebih mudah serap protein daripada telur yang dah masak berbanding telur mentah.

Dalam dunia ni gak ada banyak benda yang melanggar hukum yang sepatutnya. Contohnya ialah merkuri. Korang tau kan apa tu merkuri? Dalam hukum, logam pada suhu bilik wujud dalam keadaan pepejal. Tapi bagi merkuri, ia adalah satu-satunya logam yang wujud dalam keadaan cecair pada suhu bilik. Dalam bab pemanasan lak, cecair yang dipanaskan secara berterusan akan bertukar menjadi gas. Haa… Di sini la letaknya istimewa telur kerana telur telah langgar hukum fizik tu. Telur adalah satu-satunya yang mengandungi cecair yang akan menjadi pepejal apabila dipanaskan!

Apa rahsianya? Haa… Sebenarnya yang ni susah nak paham sikit bagi yang kurang dalam bab sains ni. Aku cuba terang seringkas yang mungkin, k? Putih telur yang korang nampak tu sebenarnya adalah protein. Dalam sains, ia dipanggil albumin. Asas bagi setiap protein ni ialah molekul kecil yang dipanggil asid amino. Asid amino dalam albumin akan bergabung antara satu sama lain dan membentuk satu rantai yang panjang. Rantai ni lak akan bergabung dengan rantai yang lain lalu bergumpal. Alaa… Macam bebola benang tu… Gumpalan tu orang sains panggil globul. Dalam cecair albumin tu, ada banyak globul. Paham setakat ni?

Bila telur tu dipanaskan, ikatan yang terbentuk antara rantai asid amino yang aku citer tadi nih akan terurai. Sebab ada haba, maka diorang akan bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Perlanggaran antara satu sama lain ni akan membentuk ikatan yang lebih kuat di mana diorang akan terikat semula dengan ikatan yang lebih berkuasa. Jadi, albumin tu jadi keras selepas proses ni tamat. Aku tau… Korang boring baca penjelasan tu… Takper, kalu tak paham tanya la kepada mereka yang lebih tau… Hehe…

Sekarang aku nak bagi tau beberapa petua saintifik tentang telur ni. Korang tau tak macam mana nak bezakan telur rebus dengan telur mentah tanpa korang kupas kulit telur tu? Haa… Bagi yang tak tau, gini caranya. Korang amik telur tu, letak atas meja, pastu putar… Jangan korang jilat dan celup lak pastu, tu dah macam biskut Oreo la plak… Hehe… Berbalik pada putar tadi, kalau la telur tu cepat berhenti, lebih kurang dalam 3 putaran, maka ia adalah telur mentah. Kalau lama jer baru nak berenti, tu telur masak. Sebab cepat berhenti ialah kerana inersia cecair yang ada dalam telur tu. Apa tu inersia? Inersia tu ialah sifat semula jadi objek yang menentang sebarang perubahan keadaan asalnya dan cuba mengekalkan keadaan asal tu. Bila telur tu diputar, cecair yang asalnya dalam keadaan pegun tu akan cuba kekal pegun. Jadi ia kan berhenti daripada berputar dengan cepat. Bagi yang dah masak, isinya tu dah padu dan melekat kat kulit, jadi inersianya kurang. Ada paham tak? Hehe… Aku tau korang pening…

Bagi korang yang suka buat kek, korang kena biarkan dulu telur tu selepas korang keluarkan dari peti sejuk sebab telur pada suhu bilik lebih mudah dipukul dan diadun. Tapi kalau korang nak asing putih telur dengan kuning telur, lebih senang kalau telur tu masih sejuk. Telur gak akan tahan lebih lama kalau korang letak dalam peti sejuk berbanding kat luar. Untuk pengetahuan korang gak, telur yang segar tidak mempunyai putih telur yang jernih, tapi warna nak kelabu gitu… Warna tu disebabkan gas karbon dioksida yang ada. Lagi lama korang simpan telur tu, lagi jernih putih telur korang (telur korang?? Jangan salah paham ehh… hehe) sebab karbon dioksida tu akan keluar melalui liang kulit telur. Masa korang nak simpan telur tu, kalau boleh toksah basuh untuk elakkan pelindung semula jadi kat kulit telur tu hilang demi menjamin hayat telur yang lebih panjang.

Kalau kat putih telur tu ada tompok merah atau hijau, baik korang buang jer. Tu tandanya telur tu dah kena jangkitan bakteria. Korang jangan campur telur rosak ni dengan yang elok sebab bakteria tu leh berpindah. Last but not least, petua untuk bezakan telur segar dengan yang tidak. Caranya ialah korang rendam telur tu dalam air garam. Kalau telur tu tenggelam, telur tu masih segar. Begitu la sebaliknya.

Aku rasa cukup la setakat tu dulu. Tu la antara bab ilmu telur yang aku nak kongsi. Mungkin korang tau lebih banyak daripada aku. Apa pun, jangan la korang jadi macam ayam, bertelur sebiji riuh sekampung (aper kena mengena peribahasa ni hah??).

Wassalam

Award Dari Nabilah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, July 10, 2009

2


Alhamdulillah...
Terima kasih kepada Saudari Nabilah kerana menganugerahkan pemberian ini.
Sungguh cantik lagi kemas berserta warna yang menarik penglihatan bebola mata.
Hoho... Sedap tak ayat tu?? Hehehe
Thanks yah...
Maaf la sebab lambat letak kat blog ni.
Bukan pe, kesempitan masa dan kekangan liputan internet kat kolej.
Apapun, I dah letak. So no heart feeling lah k? Huhu
Last but not least, Love U too lah!!!

Bau

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, July 09, 2009

5

Deria bau adalah antara deria penting manusia yang mana sehingga la saat korang baca coretan aku ni, ada banyak lagi ilmu bau yang tak diketahui. Kita selalu mengkategorikan bau itu kepada 2, sama ada wangi atau busuk. Korang tau tak yang saintis kita hari ni masih berbalah pasal bau ni? Ada yang kita bau tu terbit daripada tindak balas kimia kat hidung. Ada gak yang kata kita ni boleh menghidu sebab perbezaan saiz molekul bauan tu.

Satu perkara yang pasti ialah deria bau ni wujud sebelum korang lahir lagi. Sebelum jadi embrio dalam rahim, sperma manusia ada deria menghidu yang tolong diorang cari jalan ke sel telur atau ovum. Dengan kata lain, hayat korang ni sebenarnya bermula dengan bau! Masa korang jadi fetus dalam rahim, deria korang yang berfungsi ialah deria rasa dan deria bau. Sebab tu la bila jer korang ni lahir, korang akan jadi bayi yang ada deria bau yang peka dan sensitif.

Korang tau tak yang sebelum umur korang ni cecah 5 tahun, korang akan suka semua jenis bau. Bau taik ke, bau susu botol korang ke, bagi korang semua tu bau yang menyenangkan korang. Lepas umur 5 tahun, baru la korang rasa yang taik tu baunya busuk. Haih… Geli telinga aku nak tulis… Hehe

Seperti yang korang tau, korang ni menghidu guna hidung. Kat hidung korang tu ada lebih kurang 12 juta reseptor bau. Reseptor ni warna kuning cair. Dalam hidung korang gak ada mukus yang bantu proses menghidu. Mukus tu apa? Haa… Mukus tu adalah cecair pekat jernih tak pun warna hijau kahak gitu… Alaa… Masa korang selesema, korang ada hingus kan? Tu la mukus kalau korang nak tahu. Wekk… Nak termuntah hijau pun ader… Hehe

Macam mana korang leh bau kari, bau minyak wangi ataupun bau ketiak korang sendiri tu? Secara mudahnya, korang ni boleh bau sesuatu benda tu bila molekul seni benda tu hinggap kat reseptor bau dalam hidung korang. Maknanya, bila korang ni bau taik, apa yang berlaku ialah molekul taik tu terlarut dalam udara dan mendarat kat reseptor hidung korang. Kemudian, reseptor tu akan hantar maklumat kimia molekul tu kat otak korang dan otak korang akan tafsir maklumat tu berdasarkan pengalaman korang yang lepas. Geli telinga tak baca proses tu? Hehe…

Kalau korang bangga dengan 12 juta reseptor bau dalam hidung korang tu, baik korang tak payah berlagak sebab banyak lagi makhluk lain yang lagi terer dari korang dalam bab bau ni. Arnab yang korang tengok comel dan jinak tu ada lebih kurang 100 juta reseptor bau. Anjing yang korang pandang hina tu lak ada sehingga 4 bilion reseptor bau! Subhanallah… Hebat kan diorang?

Apa pentingnya bau ni? Haa… Banyak faedahnya. Macam yang aku tulis tadi, bau ni tolong sperma untuk cari ovum. Pastu dengan bau ni, korang boleh tau masakan korang yang semalam tu boleh dimakan lagi ataupun dah basi. Bau gak bantu korang lebih selera untuk makan. Sebab tu la bila korang selesema, korang tak berapa selera nak makan dek kerana hidung tersumbat. Penyakit gak ada baunya yang unik. Doktor leh guna bau untuk kenal pasti gangren, diabetes, leukemia dan halitosis.

Walaupun begitu, ada gak beberapa perkara aneh berkaitan dengan bau. Kat Malaysia kita ni, ada budaya Orang Asli yang halang percampuran bau antara manusia. Korang leh lihat contoh Orang Asli Batek dan Temiar. Diorang ni takkan biarkan kaum diorang ni bergaul terlalu lama. Sebabnya diorang takut bau badan diorang yang tercampur leh bawak penyakit berbahaya.

Tu cerita kat Malaysia. Sekarang meh kita jengok kat Amerika Syarikat lak. Di sebuah rumah orang-orang tu kat Rhode Island, ada sekor kucing. Nama die Oscar. Apa yang istimewa pasal kucing ni? Haa… Kalau korang nak tahu, kucing ni leh bau sape yang bakal mati kat rumah tu. Kucing ni akan melingkar bersama orang tu. Lepas 2 jam, orang tu akanmeninggal dunia. Kucing ni memang takder penyakit dan apa yang terjadi adalah kucing ni mampu menentukan “bau kematian” orang tu. Wah… Dahsyat ar lu Oscar…

Jadi sudah terbukti kan yang bau tu memang sesuatu yang masih menjadi misteri dan kepentingan deria bau tu memang kritikal. Walau bagaimanapun, deria bau kita yang hebat ni semakin hilang bila kita semakin dewasa. Pada umur 20 tahun, deria bau kita hanya 82% daripada yang asal. Bila korang sampai umur 60 tahun, hanya 38% yang tinggal. Seterusnya pada umur 80, deria bau korang hanya berbaki 28%.

Jadi, lepas korang baca statistik ni, aku harap korang akan lebih menghargai deria bau yang korang ada sekarang ni. Aku tau, ada antara korang tak pernah terfikir pun berapa banyak hidup yang korang jalani tu bergantung kepada bau. Tapi sekurang-kurangnya cubalah berfikir apa yang terjadi kalau korang tak ader deria bau.Mungkin ia akan membuatkan kita lebih bersyukur dan menghargai akan apa yang telah dikurniakan-Nya…

Wassalam

Luahan Emosi Kacau

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, July 09, 2009

4


Adus... Sakit! Sengal! Parah! Warhhh... Inilah emosi aku ketika aku memikirkan keadaan internet kat kolej kediaman yang aku diami. Siot la internet kat sini. Langsung tak boleh nak connect. Ntah aper problemnyer pun aku tak tahu. Memang sengal bila lepak kat bilik tanpa internet. Warghhhh....

Lagi satu. Pendaftaran subjek aku untuk sem baru ni sangat la padatnya. Aku rasa macam takder rehat beb. Aku ada subjek makmal 4 kali seminggu, di mana setiap satunya memakan masa selama 3 jam! Perghhh... Sakit beb! Kena buat lab report lagi... Adus... Perjalanan hidup aku sem ni sangat la mencabar jiwa raga aku...

Aku rasa cukup la setakat ini luahan jiwa kacauku ini. Nanti tak pasal-pasal komputer kat makmal ni pun aku hempas (nak lepas geram la katakaan...). Bila aku ada masa aku update la ehh blog aku ni.

Sekian, wassalam

Mimpi

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, July 06, 2009

6

Mimpi boleh menjadi sesuatu yang indah, dan juga sesuatu yang buruk. Buruk bila korang mimpi ngeri kena kejar hantu. Indah lak bila korang mimpi sesuatu yang seronok, contohnya mimpi basah… Hehe… Walau apa pun, spesies kita ni bukanlah satu-satunya makhluk yang boleh bermimpi sebab haiwan pun ada mimpinya gak. Kalau ikut statistik yang dibuat, setiap kali korang ni tidur, 25% daripada tidur korang tu dihabiskan dengan mimpi. Korang mesti tak caya kan sebab seingat korang, korang ni jarang bermimpi… Haa… Sebenarnya, hampir semua apa yang korang mimpi tu korang akan lupa sebaik saja korang bangun tido.

Mimpi gak adalah antara kejadian yang memang misteri bagi manusia. Kebanyakan mimpi kita ni adalah mengarut lagi merepek, kadang-kadang tu tak masuk akal langsung. Benda yang tak pernah kita pikir pun leh jadi. Dulu masa kecik-kecik aku pernah mimpi join sekaki dengan Power Rangers lawan raksasa. Aku nye baju warna kelabu. Bangga giler time tu. Sampai sekarang aku ingat… Hehe…

Walaupun aku punya mimpi ni merepek, korang kena ingat tak semua mimpi macam tu. Para Nabi kita ada yang diturunkan wahyu daripada mimpi. Malah pada waktu perang, Nabi Muhammad SAW pernah menyoal mimpi para sahabat untuk mentakwilkan tatacara perang. Dalam zaman moden ni lak, ada macam-macam ilham ataupun penemuan yang semuanya dek kerana mimpi. Korang tau tak citer “Frankestein”..? Citer ni asalnya ditulis oleh sorang manusia bernama Mary Shelly. Dia ni cakap apa yang dia tulis tu asalnya daripada nightmare die sendiri. Bagi korang yang tau kimia, korang mesti tau kan molekul benzin yang bentuk cincin tu kan? Haa… Molekul ni ditemui oleh August Kekule lepas die ni mimpi bab ular berlingkar.

Apa yang pasti, mimpi ni berlaku bila korang tidur. Tapi sebab apa mimpi tu berlaku? Camna mimpi tu leh terjadi? Haa… Sebelum jawab soalan tu, meh kita lihat perjalanan tidur dulu. Ok? Alright…

Masa korang ni lena, korang akan alami 5 tahap tido. Pertama ni orang panggil tahap permulaan iaitu tidur-tidur ayam. Masa ni korang belum betul-betul lena dan otak korang baru nak rehatkan otot tubuh. Bila korang start jer lena, masuk la tahap kedua. Tahap ni amik 45-55% daripada tidur korang. Hembusan nafas korang berserta degupan jantung jadi perlahan. Suhu badan korang pun turun gak. Tahap tiga dan empat adalah waktu tidur korang jadi makin nyenyak. Nafas korang tetap perlahan tapi teratur, otot korang dah betu-betul relaks, namun otak korang tetap macam biasa lagi.

Lebih kurang 90 minit daripada tahap tido-tido ayam tadi, korang akan mencapai tahap lima yang orang sains panggil “Rapid Eye Movement Sleep” atau bahasa mudahnya tidur REM. Bebola mata korang akan bergerak-gerak di bawah pelupuk mata seolah-olah korang ni terjaga. Masa ni la korang start mimpi. Mimpi korang ni berlanjutan 5-20 minit. Semua tahap tido yang aku citer tadi akan berulang sepanjang korang tido. Sebab tu la kadang-kadang dalam satu malam tu korang leh mimpi lebih daripada sekali.

Seperti yang aku kata tadi, bila korang jaga jer, automatik otak korang akan segera lupa mimpi tu. 5 minit lepas korang jaga, 50% mimpi tu dah terhakis. 10 minit lepas tu, 90% lak akan hilang. Sebab tu la orang sains ni tolak kepentingan mimpi dalam hidup. Soal diorangni, kalau la mimpi tu penting, kenapa kita payah nak ingatnya?

Ada 2 orang ahli psikologi pernah tulis pasal mimpi. Diorang kata mimpi tu terhasil daripada tembakan bertalu-talu saraf-saraf neuron otak sewaktu korang tido. Tembakan neuron yang diorang kata tu adalah secara rawak dan membuatkan otak korang jana mimpi yang kadang-kadang tu pelik lagi menghairankan. Akhirnya diorang buat kesimpulan yang mimpi tu takde pa per maksud atau tujuan pun. Ia hanyalah janaan rawak biologi otak korang.

Tapi kan, ada satu kajian lain yang aku baca bagi rumusan yang lain. Orang yang buat kajian ni dikenali sebagai Dr. William Dement dari Universiti Stanford. Dia buat kajian atas pelajar dia sendiri. Masa dia buat kajian tu, subjek kajian dia akan dikejutkan berkali-kali daripada tido supaya diorang tak sempat bermimpi. Akhirnya dia dapati subjek kajian ni alami tekanan perasaan, mudah marah dan sering berasa lapar… Loh... Tak mimpi pun leh lapar gak ehh…

Kat Universiti Oxford yang memang terkenal dengan pelajar dan hasil kajian elit tu lak pernah buat kajian kemampuan mimpi meramal masa depan. Diorang buat kajian besar-besaran ke atas pelajar tu sendiri di mana diorang rekodkan mimpi pelajar diorang nih. Kesimpulan diorang, 12.7% mimpi yang diorang rekodkan jadi kenyataan. Kajian serupa dibuat semula 50 tahun kemudian dan hasilnya hampir serupa dengan kajian pertama. Wah… Mungkin aku pun bakal jadi geng Power Rangers! Haha…

Walau apa pun, banyak lagi yang kita tak tahu tentang mimpi. Mimpi yang dijana oleh otak ni sangatlah susah difahami sebab ia melibatkan mekanisme otak yang kompleks. Sesungguhnya begitulah besarnya kurniaan Allah kepada manusia yang mempunyai otak dan disertai akal.

Wassalam