Lelaki Bangsat

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, September 30, 2009

2

Seorang gadis berusia 20-an menemui Dr. Faizul, seorang doktor pakar jiwa.

Gadis : Doktor, saya merasa amat marah pada kekasih saya sehingga saya memanggilnya lelaki bangsat. Ada kalanya saya rasa dia keterlaluan, dan ada kalanya pula saya rasa memang patut saya memanggil dia seperti itu...

Doktor : Hmm... Panggilan itu memang hinaan yang agak melampaui batas untuk seseorang. Tapi, mungkin kamu punya sebab tersendiri memangilnya sedemikian. Ceritakanlah kepada saya agar saya dapat membantu.

Gadis : Ya memang ada. Pada satu malam, kami berdua-duaan dalam kereta di tepi pantai. Dia pegang tangan saya...

Doktor : Dia pegang tangan kamu seperti ini? (sambil memegang tangan gadis itu)

Gadis : Ya. Seperti yang doktor lakukan.

Doktor : Kalau hanya ini, tidak sepatutnya dia dipanggil bangsat. Itu tandanya dia tidak mahu berpisah dgn kamu...

Gadis : Kemudian dia merapatkan badannya kepada saya dan memeluk bahu saya...

Doktor : Dia lakukan seperti inikah? (sambil memeluk gadis itu)

Gadis : Ya... Seperti inilah dia peluk saya doktor.

Doktor : Itu bukan bangsat. Itu tandanya dia mahu sentiasa berdampingan dgn kamu.

Gadis : Kemudian dia cium saya.

Doktor : Dia cium kamu seperti ini? (sambil mencium gadis itu)

Gadis : Ya. Ciumannya sama seperti yang doktor lakukan.

Doktor : Kalau sekadar ciuman seperti ini, masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia sayang kamu, kan?

Gadis : Kemudian dia memasukkan tangannya ke dalam baju saya dan meraba-raba saya doktor...

Doktor : Dia lakukan seperti ini kah? (sambil melakukannya)

Gadis : Ya, seperti yang doktor lakukan inilah cara dia memperlakukannya.

Doktor : Itu bukan bangsat, itu tandanya dia mahu membelai diri kamu.

Gadis : Kemudian dia menanggalkan semua pakaian saya satu persatu.

Doktor : Adakah kamu membantah tindakannya?

Gadis : Tidak, saya merelakannya sebab saya sayang dia.

Doktor : Dia tanggalkan pakaian kamu seperti ini? (sambil melakukannya ke atas gadis itu)

Gadis : Ya, sampai saya takde seurat benang pun, seperti ini doktor...

Doktor : Itu masih belum layak dipanggil bangsat, kerana dia sememang ingin mengenali diri kamu sepenuhnya...

Gadis : Kemudian dia mencumbui saya lalu melakukan hubungan se-- dengan saya...

.................................................
(selepas seketika.... )

Doktor : Dia lakukan seperti yang kita lakukan tadikah?

Gadis : Ya. Memang itulah yang dia lakukan ketika itu.

Doktor : Hmm... Itu juga masih belum boleh dipanggil bangsat. Itu tandanya dia memerlukan kamu kan???

Gadis : Tapi kemudian dia memberitahu saya bahawa dia ada HIV positif...

Doktor : HAH?? DIA... MEMANG... BANGSAT!! BANGSAAATTT!!! LELAKI BAANGSAAAATTT!!!!!



MORAL: Jangan ambil kesempatan atas masalah orang lain=D

Jom Lepak

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, September 29, 2009

0

Dunia internet ni terlalu luas. Orang kata ianya adalah dunia tanpa sepadan. Aku setuju. Kadang-kadang masa surfing tu, macam bengong pun ade sebab tak tau nak buat ape dengan internet. Jadi blur. So, bila keadaan ni berlaku, maka aku akan terus gi lepak kat web kegemaran aku. Web ni selalu jer aku lawat sebab best dan kena dengan jiwa raga aku sebagai seorang pelajar ceria dan happy. Hehe...

Jadi, kat sini aku nak kongsikan sedikit tentang tempat lepak aku ni. Mana tau tempat lepak aku ni bakal menjadi tempat lepak korang gak nanti kan? Sharing is caring bak kata omputih. Hehe... So, calon-calonnya ialah:




LaughLab ( www.laughlab.co.uk)

Tempat lepak yang sesuai bila korang tensen. Kat sini ada macam-macam karenah yang leh buatkan otak korang ketawa berguling-guling. Tak percaya? Korang cuba la sendiri.




BubbleSnaps (www.bubblesnaps.com)

Web yang bagus dan menarik untuk korang letak kotak dialog kat gambar. Ala... Macam kat komik tu...



Inhabitat (www.inhabitat.com)

Web ni tempat aku selalu lepak. Ada macam-macam benda berkaitan teknologi masa depan kat sini. Korang leh baca sendiri kalau nak tau. Tapi dalam English la yek...



HowCast (www.howcast.com)

Web yang ada banyak tutorial tentang pelbagai perkara, tapi bukan dalam tulisan. Ianya dalam VIDEO! Sesuai untuk korang yang malas membaca. Haha=D




Brain ( www.brain.com)

Sejauh mana korang tau tentang potensi otak korang? Kat sini segalanya tentang otak ada dipaparkan. Korang gak leh jalankan ujian untuk uji tahap kepandaian otak korang tu. Layan!!!



Blur (www.blur.com)

Web best untuk tengok trailer filem terbaru dan filem pendek. Ada gak part yang sesuai untuk para gamers mencari info. Aku layan web ni.




4shared (www.4shared.com)

Aku rasa ramai yang tau pasal web ni. Bagi yang tak tau, ni adalah tempat untuk download macam-macam benda, seperti mp3, video dan sebagainya. Tapi leceh sikit sebab downloadnya leh dikatakan lembab sikit. Sesuai untuk si penyabar cam aku. Hehe=P




StreetAnatomy (streetanatomy.com)

Satu evolusi bagi tempak lepak! Web ni akan buka minda korang tentang apa yang berlaku bila perubatan disenikan. Tak paham? Macam ni la: perubatan + seni = ???. Layan gak web ni. Check it out!!!



P/s: Those are the websites that have caught my interest untuk memajukan kegiatan lepak. So amacam? Ada lagisebenarnya tempat lepak yang lain. Nanti aku post kemudian. Jom join my lepak community. Haha=P

Terbelit Lidah: Masalah Bahasa Atau Otak Manusia?

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, September 28, 2009

0

Cuba korang sebut “buaya biawak” sebanyak 3 kali berulang-ulang dengan cepat. Adakah lidah korang terbelit untuk menuturkannya? Kalau korang boleh sebut, korang ni tergolong dalam kelompok manusia istimewa (tapi bukan cacat la yek…Hehe). Cubaan kedua, ulang sebutan tu sebanyak 10 kali. Confirm benda yang korang sebut tu jadi lain kan? Haha…

Perkataan yang aku bagi tadi tu adalah sebahagian daripada kumpulan ayat yang sebabkan lidah terbelit. Istilah yang selalu diguna pakai oleh manusia zaman sekarang ialah “tongue twister” atau “tongue tie”. Dalam setiap bahasa yang dituturkan oleh semua bangsa manusia kat dunia ni, pasti ada kumpulan perkataan tongue twister atau pematah lidah ini. Cuma kita ni jer yang tak tahu.

Dalam Guiness World of Record, pematah lidah yang paling susah disebut dalam Bahasa Inggeris ialah “The sitxth sick sheikh’s sixth sheep’s sick”. Walaupun camtu, ada sorang mamat ni, William Poundstone namanya, kata pematah lidah dalam Bahasa Inggeris yang paling susah disebut ialah “The seething sea ceaseth and thus the seething sea sufficeth us”.

Walaupun perkataan ni kita anggap mainan, saintis melihatnya sebagai kejadian yang sangat misteri lagi pelik. Diorang masih tercari-cari jawapan sebenar bagi proses kognitif cara manusia cam kita ni bercakap. Walau bagaimanapun, ada pengkaji menyimpulkan bahawa perlakuan ini melibatkan banyak bahagian otak. Sekiranya salah satu daripada bahagian tu rosak, maka percakapan seseorang tu akan terjejas.

Bidang kajian yang berkaitan dengan bunyi dan batas percakapan manusia ni dipanggill sebagai fonologi. Ilmu ini mengklasifikasikan percakapan manusia kepada 2 komponen utama, iaitu pengeluar (alat artikulasi) dan daerah pengeluar (artikulasi). Pengeluar ialah alat yang dapat digerakkan dengan bebas dan boleh diletakkan di beberapa kedudukan seperti hujung lidah dan bibir lelangit lembut. Sementara daerah pengeluar pula ialah tempat yang boleh dicapai oleh alat artikulasi seperti gigi atas, gusi dan lelangit keras.

Secara umumnya bila korang baca ayat “buaya biawak” tadi, korang memahami arahan untuk menyebut perkataan tu sebanyak 3 kali secara pantas. Satu bahagian otak korang membaca perkataan tu dan menerima arahan. Kemudian korang membuat keputusan sama ada untuk menurut arahan tu atau sebaliknya, sekiranya korang memilih untuk menurutinya, bahagian lain pada otak korang memahami ayat yang tertulis itu dan mula memproses cara menyebut perkataan yang dibaca.

Proses ni bukan tugas kecil atau mudah beb. Diafragma korang perlu mengkasilkan jumlah tekanan yang tepat untuk membentuk perkataan tu. Sama ada pita suara korang berada dalam keadaan relaks atau berhubung, bergantung kepada perkataan itu. Seterusnya ia melibatkan lidah korang lak. Isyarat dari otak memberitahu lidah tindakan yang patut dibuat bergantung pada apa-apa yang korang pelajari semasa perkembangan kognitif percakapan korang.

Selain berfungsi sebagai deria utama bagi rasa serta memainkan peranan untuk mengendalikan makanan semasa mengunyah dan menelan, bungkusan otot rangka pada daerah mulut ini boleh melakukan banyak pergerakan untuk membantu membentuk bunyi dalam pertuturan. Ia sensitif dan sentiasa dilembabkan oleh kelenjar air liur serta kaya dengan deria dan salur darah bagi membenarkan ia bergerak seperti menjelir-jelir kat orang lain (ni pompuan selalu buat. Hehe…).

Apabila tiba masanya untuk menuturkan sesuatu perkataan dengan jelas, lidah menjadi alat untuk menentukan ketepatan. Organ ni ada kepelbagaian bergerak pada repertoirnya, seperti menekan ke atas pada gigi hadapan bila korang sebut bunyi “t”. Memang dah semula jadi lidah korang akan tertarik semula sebaik sahaja bunyi “t” disebut. Cuba kekalkan lidah korang tertekan pada belakang gigi hadapan tu masa korang membunyikan huruf “t”, confirm bunyi tu tak jadi, kan?

Lidah gak ada batas kemampuannya. Yang ni la yang menimbulakan persoalan sama ada lidah atau otak yang sebenarnya bertanggungjawab menyebabkan terjadinya pematah lidah ini. Lidah korang bersambung dengan lantai mulut oleh satu keping tisu vertikal yang dipanggil lingual fraenulum. Sesetengah orang memiliki lingual fraenulum yang sangat pendek dan keadaan ni menyebabkan percakapannya terjejas. Keadaan ni boleh dibetulkan melalui satu pembedahan khas yang mengunting tisu itu dan membenarkan pergerakan lidah yang lebih bebas untuk memudahkan pertuturan.

Keadaan ni seterusnya menimbulkan persoalan, adakah lidah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketidakmampuan kita untuk menyebut perkataan kumpulan pematah lidah seperti “buaya biawak” sebanyak 3 kali secara pantas? Adakah lingual fraenulum sangat tersekat untuk membolehkan pergerakan yang sangat pantas? Atau adakah ada kekeliruan pada otak kita yang menjelaskan fenomena pematah lidah ini?

Persoalan ni tidak mampu dirungkai selama bertahun-tahun, tetapi ada beberapa kajian yang mengaitkan otak sebagai penyebabnya. Salah satunya ialah kajian pada 1982 yang dilakukan oleh Ralph Haber dan Lyn Haber. Dalam kajian diorang, beberapa pelajar diuji dengan pembacaan senyap beberapa kumpulan ayat yang mengandungi pematah lidah. Ayat yang mempunyai tahap kompleks yang hampir sama, tetapi tidak mengandungi pematah lidah digunakan sebagai kawalan.

Menariknya, diorang mendapati pelajar itu mengambil masa yang lebih lama untuk pembacaan senyap bagi ayat-ayat yang mengadungi pematah lidah. Kita sepatutnya boleh membaca, “Kakakku kata kuku kaki kiriku kotor kerana ku ke Kota Kinabalu kelmarin” secepat kita membaca “Kakak saya berkata kuku kaki kiri saya sangat kotor kerana saya berjalan-jalan di Kota Kinabalu semalam”. Faktanya kita tidak membaca ayat pematah lidah secepat itu, ini membuatkan otak bertanggungjawab untuk lidah kelu apabila menyebut ayat yang hampir serupa.

Penemuan ini menunjukkan bahawa fonologi memainkan peranan utama bukan hanya melalui cara kita menyebut perkataan, tetapi juga cara kita memprosesnya semasa membaca. Semasa membaca, salah satu cara kita mengasingkannya kepada kumpulan yang boleh difahami adalah dengan penyusunan bunyi, atau istilah khasnya fonem.

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata “beri”. Kata ini terdiri daripada 4 unit bunyi iaitu “b,e,r,i”. unit-unit bunyi ini la yang dipanggil fonem. Kalau la “r” digantikan dengan “l”, maka “beri” akan bertukar menjadi “beli”. Jadi, “r” dan “l” adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran.

Dalam perkataan “buaya biawak”, bunyi “u” dan “I” adalah fonem kerana ia adalah unit yang membuatkan maksud ujaran berubah. Oleh itu, fonologi juga bertanggungjawab terhadap ketidakupayaan kita menuturkan perkataan pematah lidah. Sekiranya korang dengar sendiri apa-apa yang disebut semasa mengulangi perkataan “buaya biawak”, korang akan dapati yang bunyi huruf “b” pada hadapan kedua-dua perkataan itu dengan sempurna, tetapi bunyi vokalnya menjadi herot-berot.

Biasanya pada kali ketiga atau selepas beberapa kali korang ulang perkataan tu dengan cepat, ia akan berakhir dengan menjadikan ia berlanggar pada huruf konsonan yang terbabit seolah-olah “buaya biawak” atau bunyi yang seumpama dengannya.

Walau apa pun sebabnya pematah lidah ini terjadi, sama ada kesilapan lidah atau kognitif pada bahasa, kita tidak perlu berasa kecil diri sekiranya gagal menyebut “buaya biawak” dengan cepat. Ia tidak membuktikan yang kita tidak dapat bertutur dengan baik. Manusia normal biasanya akan melakukan kesilapan untuk setiap ribu perkataan yang dituturkan. Walaupu kita kelu semasa menyebut “buaya biawak” ini, kita masih boleh berbangga kerana Bahasa Melayu kita masih indah dipertuturkan zaman-berzaman…=)

10 Things Allah Won't Ask

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, September 27, 2009

0

1. Allah won't ask what kind of car you drove,
He'll ask how many people you drove who didn't have transportation.

2. Allah won't ask the square footage of your house,
He'll ask how many people you welcomed into your home.

3. Allah won't ask about the clothes you had in your closet,
He'll ask how many you helped to clothe.

4. Allah won't ask what your highest salary was,
He'll ask if you compromised your character to obtain it.

5. Allah won't ask what your job title was,
He'll ask if you performed your job to the best of your ability.

6. Allah won't ask how many friends you had,
He'll ask how many people to whom you were a friend.

7. Allah won't ask in what neighborhood you lived,
He'll ask how you treated your neighbors.

8. Allah won't ask about the color of your skin,
He'll ask about the content of your character.

9. Allah won't ask why it took you so long to seek Salvation,
He'll lovingly take you to your mansion in heaven and not to the gates of Hell.

10. Allah won't ask how many people you forwarded this to,
He'll ask if you were ashamed to pass it on to your friends.

Please Remember:
Happy moments, praise Allah.
Difficult moments, seek Allah.
Quiet moments, worship Allah.
Painful moments, trust Allah.
Every moment, thank Allah!

Misunderstanding

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, September 25, 2009

1

Lee Sum Wan : Hello can i speak to Annie Wan

Mr Sori : Yes u could speak to me.

Lee Sum Wan: No, i want to speak to Annie Wan!

Mr Sori : You are talking to someone! Who is this?

Lee Sum Wan : Im Sum Wan. And i need to talk to Annie Wan! Its urgent.

Mr Sori : I know u are someone and u want to talk to anyone! But whats this urgent matter about?

Lee Sum Wan : Well just tell my sister Annie Wan that our brother was involved in an accident. Noe Wan got injured and now Noe wan is being sent to the hospital. Right now Avery Wan is going to the hospital.

Mr Sori : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital from the accident that isnt an urgent matter! You may find this hilarious but i dont have time for this!!!

Lee Sum Wan : You are rude. Who are you?

Mr Sori : I’m Sori.

Lee Sum Wan : You should be sorry. Now give me your name!

Mr Sori : I’m Sori!!

Lee Sum Wan : I dont like your tone of voice Mr and i dont care, give me your name!

Mr Sori : Look lady, I told you already Im Sori! Im Sori!! Im SORI !!! you didnt even give me your name!

Lee Sum Wan : I told u before im Sum Wan! Sum Wan!!! You better be careful my father is Sum Buddy. And my uncle holds a very big position in the co. He is Noe Buddy.

Mr Sori : Oh im so scared (sarcastically). Look i dont care about ur uncle he’s a nobody. Everybody thinks his top dog and holding an important position in the company.

Lee Sum Wan : No Avery Buddy just married my aunt. And Avery Buddy doesn’t work there.

Mr Sori : Like i said i dont care which one of ur aunt screws everybody and i also know that not everybody works here! Jeez!!!

Lee Sum Wan : Wheech Wan is my sis!

Mr. Sori : I dont know which one is ur sis! Why in gods name u think i do!? Look i got work to do and if im feeling mischievious i’ll broadcast it on the P.A system saying. “Attention, someone called and said that anyones brother just got involved in an accident. But not to worry no one got injured and no one was sent to the hospital. But everyone is going to the hospital anyways. The father maybe a somebody but if u’re their uncle, u’re a nobody. " How bout that!?

Toot… .Toot… .Toot… …

Why Do We Read Qur'an, Even If We Can't Understand A Single Arabi?

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, September 24, 2009

0

This is a beautiful story of an Old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa! I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Ta ke this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead. The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would Leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be Changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

6 Soalan

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, September 23, 2009

0

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu beliau bertanyakan 6 soalan, pertamanya ialah: "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Ali Imran 185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua: "Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "Masa Yang Berlalu". walau macam mana sekalipun kita berusaha, kita tetap tak akan kembali ke masa lepas. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga: "Apakah yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu". Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah: "Apakah yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan benar, kata Imam Ghzali, tapi yang paling berat adalah "Amanah". Tumbuh-tumbuhan, binatang,gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menerima permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada kalangan manusia masuk ke neraka karena ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah: "Apakah yang paling ringan di dunia ini?"

Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "Meninggalkan Solat". Hanya kerana kerja, kita tinggalkan solat. Hanya kerana letih, kita tinggalkan solat.

Akhirnya tibalah pertanyaan keenam: "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "Lidah". Kerana melalui lidah, manusia dengan senang menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri...

Sekali Macam Kaset Daa...

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, September 22, 2009

0

Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas. Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.

Setelah puas mencari, barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yang menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah seorang penyanyi. Bajet suara macam Siti Nurhaliza sebelum kahwin dengan Datuk K la kononnya tu (walaupun pesakit ni sebenarnya lelaki...).

Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula. Doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang, tapi sekarang meniarap pula? Gila ke ape ni???"

Doktor ni pun satu. Kan dah nama hospital sakit jiwa. Mesti la kelakuan orang kat dalam tu lain macam sikit, kan? Haih...

Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo...Tadi Side A, ni Side B la pulak..."

Siapakah Gerangannya?

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, September 21, 2009

1

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa, menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

P/s: Siapakah kita yang sebenarnya? Hamba atau tuan? Baik atau jahat? Tanyalah iman di dada...

Selera

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, September 20, 2009

0

Sempena Syawal yang sinonim dengan hari menjamu selera ni, aku nak bercerita sikit pasal selera dari sudut pandangan saintifik. Selera ni dikaitkan dengan nafsu untuk makan. Sistem tubuh kita ni memang mengagumkan sebab ia dah diatur secara automatik untuk memberitahu kita bila masanya kita akan berasa lapar untuk menjamu selera. Dengan wujudnya selera, keinginan kita untuk memenuhi permintaan biologi badan akan lebih mudah terlaksana. Kita gak dapat kepuasan daripada makanan melalui kewujudan selera ini.

Dulu, manusia sangat susah untuk memperoleh sumber makanan yang mencukupi. Kadang-kadang tu kena berlapar berhari-hari baru leh dapat makanan. Bahkan ada yang mati kebuluran kerana tak makan. Namun zaman sekarang dah lain. Makanan ada kat mana-mana jer. Kita selalu jer terlebih makan, hinggakan mudah dihidapi penyakit seperti obesiti.

Tubuh manusia cam kita ni bukanlah dicipta untuk dikenyangkan sebegitu rupa. Sehingga la hari ni saintis giat mengkaji apakah efek makanan yang berlebihan kepada manusia. Kajian juga dijalankan mencari sebab, kenapa, walaupun telah makan begitu banyak, ada sebilangan manusia kat duni ni yang mempunyai selera tak putus-putus. Kiranya orang ni selalu jer lapar, atau makan banyak pun masih tak kenyang.

Mengikut satu kajian yang dibuat oleh Obesity Research Center di Universiti Cincinnati, ada satu hormon yang menjadi punca selera manusia yang dipanggil ghrelin. Bagi sesetengah kita, akan ada waktu makan yang menjadi rutin tetap setiap hari. Bila dekat jer dengan waktu makan tu, perut akan serta-merta berkeroncong. Saintis mendapati punca rasa lapar dalam perut kita tu ialah ghrelin.

Ghrelin ni diorang jumpa pada 1999. Ia dihasilkan di dalam perut mengikut kitaran waktu. Ada saintis mencadangkan ghrelin juga terembes apabila kita menghidu sesuatu yang menyelerakan. Setelah dihasilkan, ghrelin akan terus mengalir di dalam sistem peredaran darah menuju ke otak, ke arah bahagian hipotalamus yang mengawal kadar metabolisme, serta bahagian lain otak yang mengawal nafsu lapar dan mekanisme kekenyangan.

Setelah ghrelin ni sampai jer kat otak kita, neuron yang menjaga aturan nafsu selera akan menyala. Signal-signal saraf vagus akan sampai kembali ke perut, menyebabkan dinding perut mula mengeluarkan asid hadaman. Organ pankreas akan mula menghasilkan insulin. Hati pula menyiapkan diri untuk memproseskan karbohidrat dan lemak yang bakal dimakan. Kita mula lapar, selera mula meningkat, lalu kita pun makan la dengan lahap dan penuh bernafsu sekali. Bagi haiwan yang meragut lak, seperti lembu, ghrelin ni sentiasa terembes dalam sistem badan diorang. Sebab tu la kita tengok diorang ni selalu jer makan kalau ada peluang.

Namun setiap aturan ciptaan Tuhan ni sentiasa ada pasangannya. Pasangan bagi ghrelin ialah leptin, sejenis hormon menghalang nafsu makan. Bila leptin terembes kat dalam badan kita, ia akan mengembara ke hipotalamus di otak, bahagian yang sama didatangi oleh ghrelin ketika kita ni meraa lapar. Kemudian leptin ni akan menumpulkan isyarat ghrelin, lantas mematikan selera kita untuk melahap dengan lahap.

Oleh sebab sifat leptin ni ialah menjadikan manusia kenyang, maka ianya diberikan kepada mereka yang obes atau gemuk, bertujuan menurunkan selera makan lalu secara tak langsung dapat la mengawal kegemukan diorang ni. Orang gemuk didapati mengandungi tahap leptin yang sedikit,menjadikan selera makan diorang tak terkawal, lalu membuatkan diorang sentiasa nak melahap dengan lahap tanpa rasa kenyang. Kalau orang macam ni gi majlis bufet, nescaya bankrap orang yang anjur majlis tu. Hehe…

Namun obesiti bukanlah satu-satunya penyakit yang disebabkan oleh selera yang abnormal. Orang yang ada terlalu sikit selera gak leh membahayakan tubuh, iaitu penyakit yang dipanggil anorexia nervosa. Dalam banyak kes, pesakit anorexia akan berlapar dengan keterlaluan sehinggakan tubuh mereka menjadi kurus kering macam cicak kubin. Diorang ni tidak sedar diri diorang terlalu kurus. Bagi diorang, bila tengok jer cermin, diorang akan rasa masih gemuk.

Walaupun banyak sudut telah dikaji dalam sains selera, banyak pula yang masih belum digali. Selera adalah satu proses yang kompleks, melibatkan deria rasa di hujung lidah, bau yang terbit daripada makanan, rupa dan persembahan makanan, rasa suapan di dalam mulut dan macam-macam lagi. Mungkin dengan kajian yang seterusnya sains di sebalik selera akan semakin diselami dan diperhalusi. Mungkin kelak, selera boleh dikawal secara kimia, dan penghuni dunia tidak terlalu banyak makan sehingga menyebabkan obesiti, dan tidak akan ada pula perut-perut penghuni lain yang dibiarkan kebuluran tanpa diisi…

Salam Aidilfitri

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, September 19, 2009

0


Esok adalah hari kemenangan kita semua sebagai umat Islam yang berjaya mengharungi puasa Ramadhan. Esok adalah di mana matahari Syawal akan menjelma. Esok juga merupakan hari gembira, disambut dengan kunjungan mesra dan hidangan beraneka jenis.

Alhamdulillah, bersyukur kita kerana masih bernyawa untuk menyambut kedatangan Syawal. Justeru, eloklah kiranya aku memohon ampun dan maaf kepada rakan bloggers sekalian kalau ada salah dan silap diri ini dalam penulisan yang menguris hati dan perasaan sesetengah insan. Moga Syawal kali ini membawa 1000 erti dalam perjalanan hidup kalian.

akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan dan insan yang mengenali diri ini. Jemput la datang rumah aku kat Langkawi ye...=)

Air Asas Hidupan Di Muka Bumi

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, September 19, 2009

0

Air, benda bukan hidup yang komposisinya terdiri daripada 2 hidrogen dan 1 oksigen. Sebab tu la dalam sains air ni gak dipanggil H20. Walaupun air ni bukan la benda hidup, tapi dikatakan air ni la yang jadi pemangkin kepada wujudnya benda hidup. Hah? Camner lak tu? Ok… Jom baca penerangan selanjut. Hehe...

Sebelum aku bercerita lebih lanjut, jom kita tinjau marhum Al-Quran yang menyatakan hidupan diciptakan daripada air. Dalam Surah an-Anbiya ayat 30, Allah berfirman, “Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan di antara kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.”

Ayat kat atas ni menjelaskan air hakikatnya adalah asas bagi segala hidupan. Hidupan tidak wujud sama sekali sekiranya tiada air. Air bukan jer penting dalam proses kejadian langit dan bumi, tapi air gak penting bagi hidupan-hidupan kat dunia. Hal ini ditegaskan Allah dalam beberapa ayat di dalam Al-Quran, sepertimana ayat yang aku lampirkan tadi. Ia juga ditegaskan dalam Surah Al-Nur ayat 45 yang bermaksud, “Allah menciptakan kesemua jenis haiwan daripada air…”

Bagi yang kurang atau tidak yakin dengan marhum Al-Quran ini, ok… Takper. Tapi korang perlu ingat, Al-Quran dan sains tidak pernah bercanggah. Segalanya seiringan. Sains hari ini hanya sekadar membuktikan kebenaran hakikat yang telah dinyatakan oleh Al-Quran sejak berkurun lamanya, bukannya mencipta sesuatu yang baru. Buktinya ialah menurut BBC News, pakar biologi hari ini sepakat berpendapat air adalah asas bagi kehidupan. Tanpanya, kehidupan tidak dapat wujud dan sekiranya wujud, ia tidak dapat melangsungkan kehidupan. Disebabkan itu bagi memastikan sama ada kehidupan wujud di planet-planet lain, saintis mencari sumber air yang terdapat di planet itu terlebih dahulu.

Selain tu, aku gak ada bukti daripada jurnal. Buat korang yang tak tahu, jurnal adalah antara sumber yang paling dipercayai kerana ketelusan hasil kajiannya. Sebab tu kalau orang yang belajar di universiti nak buat assignment, diorang digalakkan merujuk kepada jurnal. Aku pilih laporan yang dikeluarkan oleh Paleontological Society Special Publication Volume 9 (1999) berjudul “Evolution: Investigating the Evidence”. Dinyatakan di dalam jurnal ini, “Permulaaan hidupan sudah semestinya bermula di persekitaran yang mempunyai suhu yang rendah agar dengan itu air dapar wujud. Air diperlukan kerana ia adalah asas bagi kehidupan. Hai ini disebabkan hanya air sahaja yang dapat menjadi medium bagi proses (yang berkaitan dengan kehidupan) dan hanya dengan air metabolism dapat berlaku.”

Kenyataan hidupan bermula daripada air ni dikukuhkan lagi dengan penemuan yang mendapati hidupan mungkin bermula di bawah lautan. Menurut BBC News Online, para saintis menyatakan rahsia tentang kewujudan hidupan yang awal di dunia mungkin wujud 9000 kaki di bawah Lautan Atlantik. Kat situ, para saintis menemui semburan hidrogen. Sesudah mereka mengkaji persekitarannya, mereka merasakan tempat itu amat la sesuai bagi melahirkan hidupan pada peringkat awal. Jadi, sekali lagi penemuan ini mengesahkan Al-Quran yang menyatakan segala hidupan bermula daripada air. Sains membuktikan kebenaran Al-Quran!!!

Tambahan daripada itu, kebenaran kenyataan Al-Quran dapat dikaitkan dengan ilmu biologi yang berkaitan dengan sel. Aku percaya semua orang tahu yang sel merupakan batu-bata kepada hidupan. Tanpanya, segala hidupan tak wujud. Unit yang paling penting di dalam sel selain nukleus ialah protoplasma. Ia dianggap sebagai unit yang hidup dan tanpanya sesuatu sel dianggap mati. Protoplasma adalah asas bagi kehidupan.

Berhubung dengan protoplasma ni, aku ada jumpa satu kenyataan menarik dalamsebuah buku biologi asas. Dalam Lawsons Text-book of Botany dinyatakan, “Protoplasma adalah asas kepada segala hidupan dan kekuatannya bergantung kepada kewujudan air yang berterusan.” Demikianlah juga yang disebutkan dalam Textbook of Zoology, “Protoplasma yang hidup mengandungi air yang banyak di dalamnya.”

Memandangkan setiap hidupan terbina daripada sel dan kehidupan sel pula bergantung pada protoplasma, manakala protoplasma pula memerlukan air untuk hidup kerana 80% daripadanya adalah air, tidak mungkin wujud sebarang kehidupan tanpa air. Maka penemuan sains mengesahkan kebenaran Al-Quran…

Tetap Dapat Kad Raya

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, September 19, 2009

0

Kad Raya kembali lagi! Wah... Meriah lak blog aku dengan kad raya ye.. Hehe. Ok, kali ni ada 3 lagi insan yang rajin bikin dan hantar kad raya. Calon-calonnya ialah... jeng, jeng, jeng....



Kiriman Kak Flora



Kiriman Cik Dee



Kiriman Cik Yuyu

Sesuatu Tentang Mandi

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, September 18, 2009

0

Semua orang tahu apa tu mandi kan? Selain mandi ni amat mujarab untuk menghilangkan masalah bau badan, mandi sebenarnya memainkan peranan yang signifikan dalam kehidupan semua manusia. Setidak-tidaknya manusia pasti mandi sekali seumur hidup sama ada selepas baru dilahirkan atau sebelum dikebumikan. Malah mandi mempunyai cerita yang sangat menarik dari segi sejarahnya sehinggalah manfaat dalam perubatan.

Mandi secara takrifannya ialah merendam atau menyiram badan dengan suatu cecair atau larutan. Biasanya, bahan yang digunakan ialah air. Namun, ada juga sesetengah orang mandi menggunakan susu, lumpur, coklat, rempah ratus, dan sebagainya bergantung kepada tujuan tertentu. Antaranya sebabnya selain membersihkan badan, adalah untuk kecantikan, perubatan, keagamaan, kebudayaan, atau sekadar untuk rekreasi. Paling pelik antara jenis mandi ialah mandi cahaya matahari untuk menggelapkan ton kulit, cam orang yang berjemur kat tepi pantai tu la.

Mandi gak ada sejarahnya tersendiri. Tinggalan sejarah paling awal yang membuktikan manusia mandi berdasarkan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan berusia 4500 tahun Sebelum Masihi. Sementara bangsa yang paling terkenal dengan budaya mandi ialah bangsa Rom. Penemuan sisa binaan rumah mandi awam memnjadi bukti kukuh bahawa amalan mandi diterima dalam tamadun mereka. Malah rumah mandi awam ni semakin mahsyur dalam kalangan masyarakat Eropah sekitar kurun ke-17 dan kurun ke-18.

Dalam budaya Barat, mandi pagi menjadi kelaziman masyarakatnya, iaitu sebelum memulakan aktiviti harian, lebi-lebih lagi jika mempunyai temu janji di luar rumah. Datang ke pejabat tanpa mandi bagi mereka suatu tabiat tidak profesional dan selekeh. Manakala bagi masyarakat di Asia Timur, mereka akan mandi 2 kali sehari, terutamanya pagi dan malam sebelum tidur. Lain pula bagi orang Asia Barat, mereka agak jarang mandi kerana cuaca Mediterranean yang tidak menyebabkan mereka banyak berpeluh. Masyarakat di kawasan kutub dan padang pasir tandus mungkin paling jarang mandi lantaran cuaca sejuk dan kekurangan sumber air.

Mandi banyak dikaitkan dengan kepercayaan tertentu terutamanya untuk perubatan. Dalam sejarah China, Jepun, India, Yunani dan Asia Barat banyak menceritakan perihal mandi sebagai satu kaedah penyembuhan. Contohnya pada zaman kegemilangan empayar Rom, tenteranya akan mandi menggunakan pancutan air panas semula jadi untuk merawat luka dan merehatkan tubuh selepas berperang. Begitu juga dengan masyarakat Asia, mereka akan berkunjung ke kawasan kawah gunung berapi yang mempunyai sumber mata air panas untuk mandi dan berendam kerana mempercayai mampu menyembuhkan penyakit kulit.

Orang Melayu pula sangat terkenal dengan mandi bunga. Lazimnya, mereka akan mencampurkan air dengan 7 jenis bunga pelbagai warna yang berbau wangi bersama-sama perahan limau di samping bacaan mantera tertentu. Amalan ini sudah menjadi adat turun temurun dan masih diamalkan sehingga sekarang oleh segelintir masyarakat. Mereka percaya ritual mandi bunga dapat mengusir anasir jahat seperti gangguan jin dan sial pada tubuh pengamalnya sekaligus mendatangkan tuah.

Ritual mandi juga sangat popular dalam kalangan penganut Hindu. Pada hari-hari tertentu seperti perayaan Deepavali, mereka akan mandi di Sungai Ganges atau mandi minyak di rumah bertujuan menghapuskan dosa lampau. Mungkin masyarakat moden hari ini menganggap amalan mandi sebagi ritual agama dan kepercayaan ini sebagai tahyul.

Walau bagaimanapun, sejajar dengan perkembangan zaman, mandi turut mendapat pandangan baharu. Hari ini, mandi banyak dikaitkan dengan amalan kesihatan dan kecantikan yang dibuktikan secara saintifik. SPA, hidroterapi, mandi wap, dan sauna adalah istilah moden yang semuanya berkaitan dengan mandi.

SPA yang berasal daripada bahasa Latin (Solus Per Aqua) bermaksud kesihatan melalui air. SPA dilakuan bagi mendapat ketenangan fizikal dan mental melalui perawatan air panas pada suhu tertentu yang juga dikenali sebagai hidroterapi.

Mandi wap juga adalah sebahagian daripada SPA dan hidroterapi. Sejak dahulu di sesetengah tempat, amalan mandi wap dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk. Pesakit diletakan berhampiran dengan periuk dan diselungkupi dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk kering dan tidak berwap. Pesakit akan berpeluh dan bagi mereka yang demam, biasanya akan sembuh.

Apakah sebabnya air boleh menjadi ejen rawatan yang sangat berkesan? Sebenarnya sifat air sangat unik kerana ia boleh wujud dalam 3 bentuk berbeza iaitu cecair, gas dan pepejal. Air juga bolenh menyimpan dan mengalirkan haba serta tenaga selain boleh melarutkan bahan lain sepertu garam galian. Dalam suhu blik, air tidak menyakitkan walaupun bagi seseorang yang amat sensitif pada perubahan persekitaran. Jadi ini membolehkan kit mandi walaupun beberapa kali sehari tanpa masalah.

Asas dalam hidroterapi juga amat bergantung kepada suhu air. Perubahan kepada suhu air memberi kesan rawatan yang berbeza kepada pengamalnya. Air sejuk berfungsi merangsang pengecutan salur darah yang hampir pada kulit sekali gus mengalirkan lebih banyak darah ke organ dalaman. Bagi mereka yang mengalami ketegangan, mandi air sejuk adalah ubatnya. Begitu juga bagi mereka yang mengalami kesukaran tidur, pendarahan hidung, selesema dan sembelit juga boleh dirawat dengan hanya merendamkan kaki ke dalam air dingin. Suhu yang disarankan ialah antara 12-18°C.

Manakala air suam sekitar suhu 32-35°C pula dipercayai dapat merehatkan otot. Mengembangkan salur darah selain daripada menyingkirkan toksin daripada tisu badan. Hasil kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England mendapati pesakit kencing manis yang menghabiskan masa berendam di dalam air suam selama 30 minit dapat mengurangkan kadar gula dalam darah sebanyak 13%. Kajian di Jepun pula mendapati hanya berendam di dalam air suam selama 10 minit dapat meningktkan kesihatan jantung terutamanya bagi kaum lelaki.

Terapi air yang dijalankan di kolam renang khas juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana ada pergerakan yang tidak boleh dilakukan di atas tanah boleh dilakukan dengan mudah di dalam air, terutamanya bagi pesakit yang cedera tulang belakang, strok dan arthritis..

Islam mempunyai satu keistimewaan perihal mandi kerana ia merupakan satu amalan yang diwajibkan atas sebab tertentu. Antaranya ialah kerana haid, bersalin, junub, dan meninggala dunia. Mandi ini tidak sama dengan mandi yang lain kerana kewajipannya perlu dilaksanakan mengikut panduan yang telah digariskan.

Walau bagaimanapun, ajaran mandi wajib ini sangat relevan dari segi perubatan kerana ia dipercayai dapat mencegah penyakit, terutamanya yang berkaitan dengan mandi junub selepas mengadakan hubungan kelamin. Bahkan banyak penyelidikan sains yang telah membuktikan hikmah mandi wajib dalam kalangan umat Islam. Oleh itu, kita sudah tahu pentingnya mandi dalam kehidupan, maka “mandilah sebelum kita dimandikan.”

Penimbang Berat

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, September 17, 2009

1

Di sebuah pasaraya yang sesak dengan pengunjung, ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.

Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang. Setelah memasukkan wang RM 1.00, mesin komputer menjawab: "47 kg!"

Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00, mesin komputer mengeluarkan jawapan: "Tolong naik sorang-sorang... Jangan ramai-ramai!!!"

Masih Dapat Kad Raya Lagi

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, September 16, 2009

1

Mak aii... Dapat lagi kad raya. Rajin betul ye mereka-mereka ni menghasilkan kad raya. Tahniah untuk yang mengasilkan, dan tahniah juga orang yang mendapatnya (aku le tu...hehe). Apapun, hanya ucapan terima kasih jer yang mampu dibalas. Tapi kalu ada masa, datang la ke Langkawi ye, gi rumah aku, aku belanja makanan stail Langkawi nyer masakan. Ok?=)



Kiriman Miss Saifa



Lagi-Lagi Dapat Kad Raya

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, September 16, 2009

0

Untuk kesekian kalinya, aku mendapat lagi 2 kad raya. Wah... Nampaknya blogger kita sekarang memang rajin ye menyiapkan kad raya masing-masing. Itulah dia penangan dunia blog hari ini. Segalanya sekarang bertulang belakangkan dunia siber dan maya. Buat dua insan berikut, jutaan terima kasih dikirim kepada mereka melalui blog ini=)



Kiriman Hasni


Kiriman Orked

Bukan Semua Orang Tahu Tentang Ini

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, September 16, 2009

4

This is awesome - I bet you didn't know this:

Letters 'a', 'b', 'c' & 'd' DO NOT APPEAR anywhere in the spellings of 1 to 99


(Letter 'd' comes for the first time in Hundred)

Letters 'a', 'b' & 'c' DO NOT APPEAR anywhere in the spellings of 1 to 999


(Letter 'a' comes for the first time in Thousand)

Letters 'b' & 'c' DO NOT APPEAR anywhere in the spellings of 1 to 999,999,999


(Letter 'b' comes for the first time in Billion)

And

Letter 'c' DOES NOT APPEAR anywhere in in the spellings of

ENTIRE ENGLISH COUNTING!!!

P/S: Amacam? Pernah terpikir tak? Haha...

Dapat Kad Raya Lagi

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, September 15, 2009

0

Sekali lagi, siri jelajah mengutip kad raya kembali menemui anda. Seperti yang dinyatakan sebelum ni, dunia maya hari ini menyebabkan kad raya versi elektronik semakin menjadi-jadi. Sana-sini ada orang buat kad, sana-sini ada orang yang terima kad, termasuklah aku. Hehehe...

Buat yang mengirim kad raya elektronik ini, diucapkan ribuan terima kasih atas kesudian anda membuat kad raya dengan kreativiti sendiri. Di sini aku pamerkan 4 lagi insan bermurah hati yang mengurniakan kad raya kepada aku:



Kiriman Azmira



Kiriman Butterfly



Kiriman Cik Zetty




Kiriman Cik Nabilah

Dapat Kad Raya

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, September 15, 2009

2

Sempena zaman teknologi ni, segalanya dah bertukar. Kad raya yang dulunya berteraskan penggunaan kertas kini diganti dengan kad secara elektonik dan maya. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Terima kasih kepada insan berikut atas kesudian mereka mengurniakan kad raya kepada diri ini...






Kiriman Lionteen

Tingkap Pecah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, September 15, 2009

4


Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.

Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”

Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”

Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.

Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”

Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya..?”

Keistimewaan Ciptaan Burung

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, September 14, 2009

4

Pandanglah ke langit, pasti korang akan dapat melihat sekumpulan burung berterbangan ke satu arah yang sama. Pandanglah ke laut, korang akan melihat ikan-ikan dan penyu juga berenang ke satu arah yang sama. Pandanglah ke sekeliling korang, pastinya nampak rama-rama berterbangan berpasangan atau berkumpulan.

Semua spesies binatang ni bergerak melangkaui batas jarak hingga ratusan malahan ribuan kilometer. Bagi manusia cam kita ni, kalau gerak ke mana-mana jer walaupun menggunakan kenderaan dah tentu perlukan persediaan dari segi keupayaan diri dan kekal bertenaga, tapi bagaimana pula dengan burung yang mampu terbang ribuan kilometer tanpa henti dan mendarat sekalipun? Tambahan pula, dalam perjalanan itu, dah tentu cuaca tak semestinya baik. Namun diorang tetap tiba ke destinasi yang ditujui.

Burung tak perlukan sebarang alat bantuan bagi membantunya merentasi pelbagai benua. Malah burung tak pula perlu mantap dari segi mental dan fizikal bagi migrasi ke negara lain, tapi sesungguhnya burung dianugerahkan dengan keupayaan yang amat istimewa hingga tak tercapai dek akal manusia untuk mengkajinya.

Burung memiliki kehebatan semasa terbang hasil daripada tenaga yang diperoleh dengan cara tersendiri. Sebelum bermigrasi diorang akan bersiap sedia dengan mengumpulkan lemak di badan. Walau bagaimanapun, ada spesies burung yang mampu terbang lebih jauh berbanding spesies lain, contohnya camar di kawasan kutub. Para saintis mendapat spesies burung yang mampu terbang sejauh 30 000 hingga 40 000 kilometer ini akan mengumpulkan tenaga lain semasa berhenti rehat di ketula-ketulan ais. Teknik ini didapati dapat mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan.

Lain pula dengan teknik penerbangan spesies burung botak. Diorang ni dapat kurangkan penggunaan tenaga malah adakalanya tak guna tenaga langsung semasa terbang. Caranya dengan terbang pada aras setinggi 2000 meter semasa udara panas, diorang meluncur laju tanpa mengibaskan sayap. Teknik ini turut dilakukan oleh spesies burung albatros. Spesies yang menghabiskan masa 92% di lautan ini mampu terbang selama sejam tanpa hayunan sayap. Caranya, diorang ni meluncur dengan memastikan kedudukan sayap diorang yang sepanjang 3.5 meter tu selari dengan aliran udara. Kalau bandingkan dengan manusia, angkat tangan selama seminit jer dah menjadikan otot tangan lenguh.

Ini disebabkan albatros dikurniakan keistimewaan sistem anatomi sejak dilahirkan. Sayap diorang seolah-olah dikunci dan tidak memerlukan sebarang kekuatan otot semasa terbang di udara. Bayangkan, dalam penerbangan sejauh 1000 kilometer, burung albatros yang seberat 10 kg hanya menggunakan 1% sahaja tenaga.

Sesungguhnya penerbangan burung memerlukan skil yang tinggi. Sekiranya manusia cam kita ni mendaki Gunung Everest pada ketinggian 8848 meter memerlukan bantuan pernafasan bagi mengurangkan tekanan udara, angsa mampu terbang tanpa memerlukan sebarang peralatan pada altitud yang tinggi sehingga 8000 meter. Ini disebabkan paru-paru burung diciptakan dengan sistem respiratori yang istimewa, yang membolehkan angsa terbang seperti biasa.

Burung juga tidak pernah dipanah petir. Ini disebabkan diorang tak akan terbang di kawasan yang berisiko berlakunya petir. Pakar ornitologi mendapati burung mempunyai deria pendengaran yang amat sensitif. Burung dapat mendengar sebarang bunyi walaupun pada frekuensi yang rendah. Sekiranya burung mendengar ada bunyi guruh di kawasan sebalik gunung walaupun dalam jarak 100 kilometer, burung itu tidak akan mendekati kawasan itu.

Burung tidak akan sesat walaupun sudah terbang jauh. Contohnya burung merpati yang sudah terbang sejauh 1500 mampu kembali semula ke sarangnya tanpa sebarang masalah. Sama ada terbang kembali ke sarang pada waktu siang atau malam, burung merpati seolah-olah mempunyai kompas atau reseptor magnetik yang memandunya pulang. Para saintis gagal menghuraikan keistimewaan burung merpati ini dan menjadikan “kompas” di dalam tubuh merpati kekal misteri.

Ini semua adalah ciptaan Allah yang mengetahui segalanya, yang menciptakan burung-burung di langit dan semua hidupan di muka bumi ini dengan penuh keajaiban. Melihat pada semua ini, sudah tentu membuatkan kita terfikir betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Dalam Surah an-Nur, ayat 41, Allah SWT berfirman, “Tidakkah anda mengetahui sesungguhnya Allah sentiasa bertasbih kepada sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semula jadinya) cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memuji-Nya, dan Allah Maha Mengetahui berkenaan apa-apa yang mereka lakukan.”

Meneroka Minda Separa Sedar

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, September 13, 2009

2

Di manakah minda separa sedar kita semua ni berada? Persoalan ni dah lama dah difikirkan dan sehingga kini saintis masih giat mengkaji berkenaan hakikat kesedaran itu. Menurut saintis, pemikiran di luar sedar sebenarnya banyak memandu sikap, perangai, fikiran dan tingkah laku individu.

Sejak lebih daripada 40 tahun dulu, kajian yang dijalankan mendapati manusia berhubung dengan aktiviti mental yang tidak diekspresikan, tetapi ia jauh lebih ke hadapan berbanding dengan minda sedar. Pelbagai tindakan kompleks yang dilakukan oleh mental seperti menyelesaikan masalah, mengingat kembali dan memberikan kesimpulan waras dilakukan oleh minda separa sedar. Oleh sebab kebijaksanaan minda separa sedar ini, ahli psikologi sepakat menyatakan bahawa manusia tidak memerlukan kerjasama minda sedar.

Menurut Sigmund Freud, bapa psikoanalisis yang terkenal dengan teori minda separa sedar mempercayai minda manusia dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu sedar, separa sedar dan luar sedar. Aktiviti bercakap, berjalan dan melihat dikawal oleh minda sedar. Minda separa sedar yang merupakan lapisan antara sedar dengan tidak sedar, adalah pemikiran yang tidak aktif, tetapi mengandungi memori yang boleh dipanggil apabila diperlukan. Minda separa sedar ini biasanya tersembunyi, tetapi ia memberikan kesan jangka panjang kepada sikap individu.

Kini banyak ahli psikologi yang bersetuju dengan Freud bahawa kebanyakan kehidupan kita semua ni didorong oleh pemikiran di luar tahap kesedaran kita tu. Tidur nyenyak, pengsan dan koma akan membawa korang ke alam di luar sedar. Namun bila terjaga jer , korang tak mampu nak menghuraikan apa-apa berkenaan situasi ini.

Teori Penekanan yang dicadangkan oleh Freud menyatakan sesetengah pengalaman adalah menyakitkan untuk diingat, lalu minda akan mengarahkannya supaya ia disimpan di dalam sebuah “gudang”, iaitu minda separa sedar. Memori yang menyakitkan ini akan dimanifestasikan di alam mimpi walaupun tidak dapat dibuktikan mampu menyebabkan tindak balas psikotik dan neurotik.

Bebeza daripada pendapat Carl Gustaz Jung yang turut merungkai berkenaan minda separa sedar, dia ni membahagikan minda separa sedar kepada 2 bahagian, iaitu individu dan kumpulan. Menurutnya minda separa sedar individu adalah tempat yang menakung maklumat yang pernah dirakamkan oleh minda, tetapi dilupakan. Manakala minda separa sedar kumpulan mengandungi pengalaman lepas yang masih tertanam dalam minda.

Dalam artikel Nature Neuroscience, sekumpulan saintis berjaya menemui cara otak membuat keputusan tanpa sedar. Diorang menggunakan mesin pengimbas otak bagi mengkaji mekanisme yang berlaku sejurus sebelum sesuatu kepurusan dibuat. Dalam penyelidikan tu, diorang bagi kebebasan kepada responden untuk menekan butang dengan tangan kiri atau kanan apabila keputusan dibuat. Berdasar signal yang dikeluarkan di otak mereka, saintis mencerap keputusan responden sebenarnya ada 7 saat sebelum mereka menekan butang. Penemuan ini menunjukkan bahawa sudah ada keputusan sebelum sesuatu keputusan dikeluarkan.

Banyak yang kita pelajari dalam hidup terkumpul di minda separa sedar dan pengalaman itu yang membentun sikap kita pada sesuatu keadaan. Contohnya kalau kanak-kanak digigit anjing, pada masa akan datang apabila terserempak dengan anjing, dia akan terfikir ada bahaya walaupun kejadian masa lalu sudah luput daripada ingatannya. Dalam masa yang sama dia cuba bertindak rasional dengan memberikan penjelasan kepada dirinya sendiri bahawa tidak semua anjing berbahaya dan dia berada dalam situas yang selamat. Ini kerana otaknya sentiasa ligat mencari penjelasan bagi mnjawab perasaan takut yang mendadak itu.

Minda separa sedar juga sebenarnya telah banyak menyumbang dalam penemuan sains. Seorang pakar astronomi British, Sir Federick William Herschel bermimpi berkenaan planet Uranus sehingga beliau menjumpainya pada tahun 1871. Penemuan beliau ini telah merubah pemikiran ahli astronomi lain bahawa ada sebuah planet di antara Marikh dengan Jupiter. Selain itu, mesin jahit automatik pula dicipta oleh Elias Howe memalui mimpinya, dan Bob Dylon turut menulis lirik lagu berdasarkan situasi yang beliau dengar semasa bermimpi.

Begitula dia, minda separa sedar dalam kehidupan. Mungkin ilham adalah anugerah dari langit, tetapi untuk menggapainya, segelas keringat sentiasa menemani. Bak kata Thomas Elva Edison, “Kebijaksanaan memerlukan satu inspirasi dan 99 keringat.”

Ibu

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, September 12, 2009

0


"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" Ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengah hari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakannya.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah.

Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya.

Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik perlahan ketelinga anaknya itu...

P/s: Itulah ibu. Demi anaknya, segalanya sanggup dilakukan

Pembentukan Bumi Tidak Selembut yang Disangka

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, September 12, 2009

0

Dalam aspek sains, bumi tidak dilahirkan dalam suasana manja. Bumi terbentuk dalam keadaan ganas, panas dan penuh dengan huru-hara kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu. Banyak ahli sains mengemukakan penjelasan berkenaan pembentukan bumi dan Sistem Suria.

Ahli fizik Perancis bernama Pierre Simon Laplace mencadangkan hipotesis kuantitatif pertama untuk menerangkan proses pembentukan bumi. Asas hipotesis beliau menyatakan bahawa Sistem Suria ini bermula dengan keruntuhan sekumpulan awan dan debu antara najam. Proses ini tidak pernah berhenti dan masih berlaku di beberapa lokasi dalam alam semesta ini.

Daya tarikan graviti antara debu dengan gas ini menyebabkan awan tadi terpecah kepada beberapa gugusan dan akhirnya termampat membentuk bola gas berapi yang sangat panas. Bola gas inilah yang kita kenali sebagai bintang selama ini. Pada masa yang sama, cakera gas berputar yang berada di sekeliling bintang ini mula bergugus membentuk pelbagai planet.

Keadaan yang sama berlaku dalam proses pembentukan Bumi. Kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu, cebisan debu yang mengelilingi matahari mula bercantum untuk membentuk gumpalan-gumpalan zarah pejal bersaiz 3-4 cm. ini adalah permulaan bagi proses pembentukan bumi.

Proses seterusnya ialah percantuman zarah-zarah ini membentuk satu bebola pejal dengan jejari beukuran 1-2 km. bebola ini diibaratkan sebagai nucleus dalam pembentukan planet dan dikenali sebagai planetesimal. Proses pembentukan planetesimal ini boleh memakan masa puluhan ribu tahun.

Selepas planetesimal terbentuk, daya graviti meneruskan proses penggumpalan ini membentuk objek dengan jejari beberapa ribu kilometer yang dikenali sebagai embrio planet. Proses ini memakan masa beberapa ratus ribu tahun.

Ahli astronomi menerangkan proses ini adalah turutan bagi beberapa siri pelanggaran seperti yang berlaku dalam permainan snuker. Daya tarikan graviti menarik embrio planet ini bersama-sama. Semasa proses pergerakan ini, maka berlakulah pelanggaran sesame embrio itu. Akibat pelanggaran itu, ada embrio yang pecah kemudian bercantum semula dengan serpihan embrio yang lain. Proses ini berterusan dan dalam kes perlanggaran yang terlalu kuat, ada embrio yang pecah secara total dan terkeluar langsung dari medan pelanggaran seterusnya.

Kesan daripada siri pelanggaran ini ialah wujudnya pelbagaisaiz dan jisim embrio yang terbentuk. Embrio yang lebih padat berada berhampiran denagn matahari. Embrio ini mendapat jisim yang lebih berat apabila bercantum dengan embrio lain yang lebih kecil. Bumi juga tidak terkecuali daripada proses ini. Bumi mempunyai permukaan yang berbatu, lebih tumpat dan berada berhampiran dengan matahari.

Pada peringkat awal pembentukannya, bumi mengalami fenomena hujan meteor secara berterusan. Ahli geologi percaya tenaga yang dilepaskan dalam peristiwa ini telah memanaskan bumi hingga ke takat lebur terhadap sebahagian besar batuan bumi pada masa itu. Akibatnya terbentuklah lautan magma yang meliputi sebahagian besar permukaan bumi. Dalam masa yang sama, logam-logam berat seperti besi dan nikel, mencair dan tenggelam ke bawah lalu menbentuk teras bumi.

Proses yang rancak ini mula menurun kadar keaktifannya dalam tempoh kira-kira 10 juta tahun seterusnya, tetapi masih berterusan walaupun tidak sehebat pada peringkat wal dahulu. Contohnya, setiap kali ada tahi bintang, maka sebenarnya ”sebuah objek” sudah memasuki dan bercantum dengan atmosfera bumi. Walaupun objek ini terbakar, tetapi melalui proses itu ahli sains menganggarkan setiap tahun kira-kira 10 juta kilogram bahan luar menyumbanh kepada jisim bumi.

Ini adalah satu daripada teori-teori yang dikemukakan untuk menerangkan proses pembentukan teras bumi. Selain itu, ada juga teori lain yang dicadangkan. Antaranya teori hujan cecair besi yang jatuh lalu meresap melalui batuan cair. Resapan ini seterusnya sampai ke teras bumi dan menambahkan jisim teras itu.

Pada masa ini, ahli sains belum dapat mengemukan teori yang benar-benar lengkap. Namun begitu, perkara yang pasti ialah komponen utama teras bumi mengambil masa kira-kira 15-30 juta tahun untuk membentuk dengan lengkap. Tempoh ini diperoleh melalui maklumat terperinci daripada ciri isotop radioaktif batuan bumi.

Pada peringkat akhir proses pembentukan bumi, iaitu kira-kira 40-50 juta tahun kemudian, berlaku pula satu peristiwa yang sangat dahsyat. Sebuah embrio planet dengan saiz kira-kira sebesar Marikh telah melanggar bumi yang pada masa itu masih panas dan agak lembut.

Kesan pelanggaran ini, sebahagian batuan bumi terhambur ke orbit. Serpihan-serpihan yang masih terperangkap dalam medan gravity bumi saling bergugus, menyejuk lalu membentuk bulan. Idea pembentukan bulan akibat pelanggaran ini adal;ah penjelasan paling munasabah kerana bumi hanya mempunyai satu bulan tunggal dengan saiz yang agak besar.

Pelanggaran ini merupakan pelanggaran paling besar pernah berlaku pada bumi dan menghasilkan haba yang sangat besar. Mengikut simulasi komputer, kesan pelanggaran itu, atmosfera bumi menjadi terlalu panas sehingga mencapai suhu 1200 Kelvin (K). suhu ini nyata lebih panas daripada takat lebur besi dan juga menyebabkan besi mengewap. Gas-gas besi ini bercantum dengan wap-wap daripada batuan yang lebur kerana terlalu panas.

Selama kira-kita 1000 tahun, planet bumi kelihatan seperti bola merah yang panas. Perlahan-lahan dalam tempoh ini, bumi menyejuk dan wap tadi bertukar menjadi cecair dan jatuh semula ke bumi. Cecair itu menimbus permukaan bumi pada kadar kira-kira 1 meter setiap hari membentuk lautan magma kedua di atas bumi.

Apabila bumi terus menyejuk, atmosfera bumi mula tenang dengan kandungan gas-gas yang biasa ditemui hari ini. Sehingga kini ahli sains belum dapat menentukan jum lah sebenar jisim atmosfera bumi yang terselamat semasa pelanggaran besar ini.

Walau bagaimanapun beberapa ciri atmosfera asal itu dapat diperoleh melalui pendekatan ala forensik. Satu daripadanya ialah tekanan atmosfera pada masa itu sekurang-kurangnya 1000 kali lebih tinggi berbanding hari ini.

Sekiranya kita lupa keadaan yang boleh dilakukan oleh bumi, maka lihatlah lava yang keluar daripada perut bumi. Gerakan plat bumi yang mencetuskan tsunami besar di Acheh dahulu adalah salah satu contoh kecil kekuatan bumi. Kembalilah kita untuk menghargai kelembutan bumi hari ini supaya ia tidak marah-marah lagi pada masa depan…