Kita Tak Layak Membeza-Bezakan

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Monday, November 30, 2009

3

Kita ini semuanya sama, tiada beza yang tua mahupun yang muda. Jangan sombong atau takbur sesama manusia sekalipun kita berpangkat atau berilmu, kerana disisi Allah kita semuanya sama sahaja.

Kata ustaz, jangan kita hina orang yang lemah, yang kurang berada, mahupun yang kurang paras rupa. Tiada beza yang mengerjakan sawah mahupun yang membina perumahan mewah, kerana disisi Allah kita semuanya sama sahaja.

Kata ustaz lagi, jangan kita hina budak kecil yang comot lagi berhingus kerana dia tiada dosa. Sedangkan kita setiap waktu dan ketika, memenuhi hati kita dengan titik-titik noda sama ada dalam tidur atau dalam jaga.

Akhirnya ustaz berpesan, "Ingatlah! Kita manusia semuanya adalah sama. Yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA. Biarlah kita rendah di mata manusia tetapi tinggi di sisi ALLAH..."

Peliharalah dirimu
Agar tidak dinodai dengan suasana...
Sesungguhnya dirimu
Ada harga diri
Yang tidak ternilai mahalnya...


Segalanya UJIAN
ALLAH menguji KEIKHLASAN bila bersendirian...
ALLAH memberi KEDEWASAAN bila ada masalah...
ALLAH melatih KESABARAN dalam kesakitan...
ALLAH TIDAK PERNAH ambil sesuatu yang kita sayang TANPA menggantikan dengan yang LEBIH BAIK....


WAHAI SAHABAT...

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana KELEBIHANNYA, kerana mungkin dengan 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana KEBAIKANNYA, kerana dengan 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...

Aandai kau ingin berteman, janganlah kerana ILMUNYA, kerana apabila dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA....

Andai kau ingin berteman, janganlah kerana sifat CERIANYA, kerana andai dia MURAM, mungkin kau akan MENJAUHINYA...

Andai kau ingin berteman, TERIMALAH dia seadanya kerana dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU...


Pengajarannya di sini:

Kita semua ada kelebihan, ada kekurangan... Jangan sesekali kita pupuk dalam diri kita sifat suka mencari-cari kekurangan, keburukan orang lain. Renunglah diri sendiri... Jangan mata kita hanya melihat KOYAK di kain orang lain sedangkan kita lupa kain di badan kita yang mungkin TERKOYAK... Tutuplah keaiban orang lain semoga ALLAH menutup keaiban diri kita...

Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka

Posted by Fiq | Posted in , , , , | Posted on Sunday, November 29, 2009

5



Sape kata senang jadi lelaki? Lelaki ni sebenarnya digalaskan dengan seribu satu tanggungjawab, termasuklah tanggungjawab terhadap saudara-saudara perempuan mereka... Kalau tak tunai atau abai, senang-senang je dicampak ke Neraka! Berikut disenaraikan posisi atau pangkat seorang lelaki dan perkara yang boleh menarik mereka ke Neraka Allah:

AYAH

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Maka anak perempuannya itulah yang menariknya ke Neraka...

SUAMI

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal).

Maka isterinya itulah yang menariknya ke Neraka...

ABANG

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam...

Maka adiknya itulah yang menariknya ke Neraka...

ANAK LELAKI

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak...

Maka ibunya itulah yang menariknya ke Neraka...

Renungkanlah:

Kepada golongan lelaki, cubalah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian. Kepada golongan wanita, sama-samalah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.

Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati?? Semoga kita semua berada d bawah lindungan-Nya... Amin.

Perihal Keldai

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Saturday, November 28, 2009

3


Suatu ketika seorang lelaki beserta seorang anaknya membawa seekor keldai ke pasar. Di tengah jalan, beberapa orang melihat mereka dan tersengih menyindir, “Lihatlah orang-orang dungu itu. Mengapa mereka tidak naik ke atas keldai itu?”

Lelaki itu mendengar perkataan tersebut. Dia lalu meminta anaknya naik ke atas keledai. Seorang perempuan tua melihat mereka, “Sudah terbalik dunia ini! Sungguh anak tak tahu diri! Ia berehat di atas keldai sedangkan ayahnya yang tua dibiarkan berjalan.”

Kali ini anak itu turun dari punggung keldai dan ayahnya yang naik. Beberapa saat kemudian mereka berselisih dengan seorang gadis muda. “Mengapa anda berdua tidak menaiki keldai itu bersama-sama?”

Mereka menuruti nasihat gadis muda itu. Tidak lama kemudian sekelompok orang lalu di situ. “Binatang malang, ia menanggung beban dua orang gemuk tak berguna. Kadang-kadang orang memang sangat kejam!”

Sampai di sini, ayah dan anak itu sudah muak. Mereka memutuskan untuk memikul keldai itu. Melihat kejadian itu, orang-orang tertawa terbahak-bahak. “Lihat, manusia keldai memikul keldai!” sorak mereka.

Mendengar kata-kata itu, si ayah pun memberitahu anaknya. "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai mengkritik. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka, rosaklah kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan kritikan mereka."

P/s: Jika kita berusaha memudahkan semua orang, boleh jadi kita tak akan dapat memudahkan dan menggembirakan sesiapa pun.

Adakah korang keldai atau manusia? Kalau keldai memang dia tidak banyak kerenahnya...

Kita tidak dapat melakukan semua perkara untuk memuaskan hati semua pihak...


Salam Korban

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, November 27, 2009

4


Kepada semua pembaca blog ini, aku ucapkan Selamat Hari Raya Korban
Raya raya jugak, tapi jangan nakal-nakal sangat.
Bukan apa, takut niat di hati nak korban lembu, tapi nanti diri sendiri pulak yang terkorban.
Ok. Enjoy Your Hari Raya.
Aku pun nak enjoy jugak ni..=)

Perihal Burung Pipit

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, November 26, 2009

2


Ketika musim kemarau baru sahaja mula, seekor burung pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh kepada tempat tinggalnya yang dituduhnya sudah tidak mesra lagi. Dia lalu memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang khabarnya udara di sana selalu dingin dan sejuk.

Maka si burung pipit pun memulakan penerbangannya. Benar, lama-kelamaan dia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk, lalu menjadikanya semakin bersemangat memacu terbangnya lebih ke utara lagi.

Terbawa oleh nafsu, dia tak merasakan sayapnya yang mulai diselaputi salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya dia jatuh ke tanah kerana tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya semakin bertambah tebal. Si burung pipit tak mampu berbuat apa-apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Dia merintih menyesali nasibnya.

Mendengar suara rintihan si burung pipit, seekor kerbau yang kebetulan lalu datang menghampirinya. Namun si burung pipit kecewa mengapa yang datang hanya seekor kerbau. Dia mengherdik si kerbau agar menjauhi dirinya dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya.

Si kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri, kemudian kencing tepat di atas burung tersebut. Si burung pipit semakin marah dan memaki-maki si kerbau. Si kerbau tetap tidak bersuara, dia maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan najisnya ke atas tubuh si burung pipit. Si burung pipit tidak dapat bersuara kerana tertimbun oleh najis si kerbau. Si burung pipit kemudiannya menjadi pasrah dan berfikir bahawa dia pasti akan mati kerana tak dapat bernafas.

Namun perlahan-lahan, dia merasakan kehangatan mula meyeliputi dirinya. Salji yang membeku pada bulunya cair sedikit demi sedikit dek kerana hangatnya najis si kerbau. Akhirnya si burung pipit dapat bernafas dengan lega dan melihat kembali langit yang cerah. Si burung pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas-puasnya.

Mendengar ada suara burung bernyanyi, datang pula seekor anak kucing menghampiri si burung pipit, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung pipit dan kemudian menimang-nimangnya, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih melekat pada bulu si burung pipit tadi.

Setelah bulunya bersih, si burung pipit bernyanyi lagi dan menari kegirangan Dia berfikir bahawa dia telah mendapat teman yang ramah dan baik hati.

Namun apa yang terjadi kemudian ialah si burung pipit ditelan oleh si anak kucing tadi. Ketika itu dunia terasa gelap gelita bagi si burung pipit dan tamatlah riwayatnya di situ juga...

Manfaat cerita:

1. Persekitaran yang nampak "lebih hijau", belum tentu sesuai buat kita.

2. Baik dan buruknya penampilan, jangan dijadikan sebagai satu-satunya ukuran.

3. Apa yang pada mulanya terasa pahit dan tidak enak, kadang kadang boleh berbalik membawa hikmah yang menyenangkan, dan demikian pula sebaliknya.

4. Ketika kita baru sahaja mendapat kenikmatan, jangan lupa dan jangan terburu nafsu, agar tidak menyesal kelak.

5. Waspadalah terhadap orang yang memberikan janji yang berlebihan...

Perihal Burung Gagak

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Wednesday, November 25, 2009

3


Pada suatu petang seorang tua bersama anak lelakinya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka. Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah terus menuding jari ke arah gagak sambil bertanya, “Nak, apakah bendanya itu?”

“Burung gagak, ayah”, jawab si anak.

Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama. Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat,”Itu burung gagak ayah!”

Tetapi sekali lagi si ayah bertanya soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, “BURUNG GAGAK!!

Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian tetap mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada hendak tak hendak melayan si ayah, “Gagak la ayah...”

Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.

“Ayah! Saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan? Itu burung gagak, burung gagak la...”, kata si anak dengan nada yang begitu marah.

Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ia adalah sebuah diari lama.

“Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu”, pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut:

“Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, “Ayah, apa tu?”

Dan aku menjawab, “Burung gagak”.

Walau bagaimana pun, anakku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawapan yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya. Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga.”

Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu.

Si ayah dengan perlahan bersuara, "Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah..."


Iktibar cerita

Sebagai anak, kita wajiblah menjaga hati ibu bapa. Jangan sesekali mengecilkan hati mereka.

Membeli Cinta

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Tuesday, November 24, 2009

6

Di sebuah daerah tinggal seorang saudagar kaya raya. Dia mempunyai seorang hamba sahaya yang sangat bebal - begitu dungu, hinggakan semua orang menyebutnya si bodoh.

Suatu hari, si tuan menyuruh si bodoh pergi ke sebuah perkampungan miskin untuk menagih hutang para penduduk di sana

"Hutang mereka sudah cukup tempoh," kata sang tuan.

"Baik, Tuan," sahut si bodoh. "Tetapi nanti wangnya mahu dibeli apa?"

"Belikan sesuatu yang belum aku punyai," jawab sang tuan.

Maka pergilah si bodoh ke perkampungan yang dimaksudkan. Cukup penat juga si bodoh menjalankan tugasnya; mengumpulkan sedikit demi sedikit wang hutang dari para penduduk kampung. Para penduduk itu memang sangat miskin, dan ketika itu pula tengah terjadinya kemarau panjang.

Akhirnya si bodoh berjaya juga menyelesaikan tugasnya. Dalam perjalanan pulang ia teringat pesan tuannya, "Belikan sesuatu yang belum aku miliki."

"Apa, ya?" tanya si bodoh dalam hati. "Tuanku sangat kaya, apa lagi yang belum dia punyai?"

Setelah berfikir agak lama, si bodoh pun menemukan jawapannya. Dia kembali ke perkampungan miskin tadi. Lalu dia bagikan lagi wang yang sudah dikumpulkannya tadi kepada para penduduk. "Tuan aku memberikan wang ini kepada kalian," katanya.

Para penduduk sangat gembira. Mereka memuji kemurahan hati sang tuan. Ketika si bodoh pulang dan melaporkan apa yang telah dilakukannya, si tuan geleng-geleng kepala.

"Benar-benar bodoh," keluhnya.

Waktu berlalu. Terjadilah hal yang tidak disangka-sangka; perubahan pemimpin kerana pemberontakan membuatkan perniagaan si tuan tidak selancar dulu. Belum lagi bencana banjir yang menghabiskan semua harta bendanya. Pendek kata si tuan jatuh miskin dan melarat. Dia terpaksa meninggalkan rumahnya. Hanya si bodoh yang ikut serta.

Ketika tiba di sebuah kampung, entah mengapa para penduduknya menyambut mereka dengan riang dan hangat; mereka menyediakan tumpangan dan makanan buat si tuan.

"Siapakah para penduduk kampung itu, dan mengapa mereka sampai mahu berbaik hati menolongku?" tanya si tuan kepada si bodoh.

"Dulu tuan pernah menyuruh saya menagih hutang kepada para penduduk miskin kampung ini," jawab si bodoh. "Tuan berpesan agar wang yang terkumpul saya belikan sesuatu yang belum tuan punyai. Ketika itu saya berfikir, tuan sudah memiliki segalanya. Satu-satunya hal yang belum tuan punyai adalah cinta di hati mereka. Maka saya membahagikan wang itu kepada mereka atas nama tuan. Sekarang tuan menuai cinta mereka..."

Kesimpulan Cerita:

Nama baik lebih berharga dari pada kekayaan besar, dan dikasihi orang lebih baik daripada perak dan emas...

Umpama Kepompong Kupu-Kupu

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Monday, November 23, 2009

2


Seorang lelaki menemui atu kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.

Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh yang kecil, sayap-sayapnya juga berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.

Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh kecil dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna. Dia tidak pernah mampu terbang.

Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Itu kisah dalam alam semula jadi haiwan. Namun situasinya sama saja bagi manusia.

Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal.

Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.

Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita!!!

Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan, bererti bahawa kita tidak mendapatkan segala yang kita inginkan?

Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi yang pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita.

Kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, walhal itulah yang terbaik untuk kita...

Berubahlah, moga kita semua sentiasa di bawah naungan rahmat-Nya...

Kisah Sebuah Jam

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Sunday, November 22, 2009

3


Alkisah, seorang pembuat jam berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana aku sanggup.”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” tanya si pembuat jam.

“Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ni?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” cadang si pembuat jam.

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sangat tu...” tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam, “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik hanya satu kali setiap detik?”

“Oh, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali setahun atau 86,400 sehari atau 3,600 sejam!!!

Intipati Pengajaran:

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Malah yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

Segalanya bermula di minda. Kita adalah apa yang kita fikirkan...

Benda Lain

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, November 21, 2009

7

Soh Ah Peng dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menjual dadah. Jirannya Goh Kai Huat dipanggil menjadi saksi dalam perbicaraan. Dalam sesi soal jawab, peguam bela mengemukakan beberapa soalan.

Peguam bela: Pernahkan awak menerima dadah daripada tertuduh?

Goh Kai Huat: Tak ada Tuan!

Peguam bela: Ada terima apa-apa dari isteri tertuduh?

Goh Kai Huat: Tidak.

Peguam bela: Bagaimana pula dengan anak perempuan tertuduh? Pernah dia bagi kamu?

Goh Kai Huat: Adakah tuan maksudkan benda lain selain dadah? (sambil tersengih-sengih...)

Sekeping Hati Dicari

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, November 21, 2009

2

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan hanya sekeping hati kepada kita?

Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang untuk kita mencarinya.

Itulah namanya CINTA



Diceritakan ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yang satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Lantas siapa kamu?”

Jawab titis air mata kedua itu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu saja...”


Carilah hati sejati..

Setelah dapati, jangan biar ia pergi...

Kerana biarpun sampai mati, ianya tidak mampu dicari ganti...


Kura-Kura Sengal

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, November 20, 2009

1

Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura-kura) hendak pergi berkelah bersama-sama. Kekura pertama membawa makanan, kekura kedua membawa minuman, sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun. Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya,sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kekura I: Ermmm... Salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?

Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding Kekura III.

Kekura III: Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua.

Kekura I & II: Taklah. Kita orang tunggu sampai engkau datang.

Kekura III: Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?

Kekura I & II: Kita orang akan tetap tunggu.

Kekura III: Kalau 3 jam?

Kekura I & II: Kita orang akan tetap tunggu.

Kekura III: Kalau 1 hari?

Kekura I & II: Kita orang akan tetap tunggu.

Kekura III: 3 hari?

Kekura I & II: Kita orang akan tetap tunggu.

Kekura III: 5 hari?

Kekura I & II: Kita orang akan tetap tunggu.

Kekura III: 1 minggu?

Kura I & II: Kita orang akan tetap tunggu.

Kekura III: 2 minggu?

Kekura I & II: Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah.

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & IIs udah tidak dapat menahan lapar.

Kekura I : Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah.

Kekura II: Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni.

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak dan berseru:


"Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi.Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? Kan?!!!"


Sifat Kita, Sifat Jengking

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, November 20, 2009

1

Semasa berjalan-jalan di pinggir taman, seorang lelaki tua ternampak seekor kala jengking yang tergapai-gapai di dalam lopak. Jengking hitam sebesar ibu jari kaki itu berkali-kali cuba memanjat tebing, tapi setiap kali mencuba, ia jatuh semula ke dalam air.

Lelaki tua itu berasa simpati. Dicapainya jengking hitam itu, tapi belum sempat menyelamatkannya, haiwan itu menyengat jari lelaki tua itu. Sakitnya bukan kepalang. Ironinya, tiap kali disengat, orang tua itu tetap juga mencuba untuk mengangkat jengking hitam itu keluar dari lopak.

“Mengapa pakcik masih lagi nak menyelamatkan kala jengking ini? Dah berkali-kali pakcik disengatnya, tapi pakcik masih lagi nak mencuba. Kenapa?” tanya seorang pemuda yang sejak tadi memerhatikan lelaki tua tersebut.

Orang tua itu menjawab,”Menyengat memang sifat semulajadi seekor kala jengking. Tapi sifat semulajadi manusia ialah menyayangi. Mengapa mesti kita korbankan sifat semulajadi kita itu kepada sifat semualajadi seekor haiwan?”

Selepas berkata demikian, lelaki tua itu mencuba lagi mengeluarkan jengking hitam itu sehingga berjaya. Lelaki tua itu tersenyum puas biarpun bisa sengatan telah pun menular ke seluruh tubuhnya…

Bersama-samalah kita menghayati erti sebenar sifat semulajadi kita yang bernama manusia ini...


Burung Hilang Punya Pasal

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, November 19, 2009

1

Kat sebuah kampung kat Malaysia ni, ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Nak dijadikan cerita ni lebih menarik dan berperisa, maka pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasakan si pencuri burung ni memang melampau tahap ketamakannya, lalu lelaki tua itu pun membawa masalah ini ke dalam perjumpaan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua itu memulakan pertanyaan dengan ayat mukadimah yang sangat ringkas, tapi dengan nada keras, "Siapa di sini yang ada burung?!"

Mendengar pertanyaan ganjil lagi pelik itu, maka semua hadirin yang berjantina lelaki segera berdiri, dek kerana gentar dengan suara garau lelaki tua itu.

Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki tua itu merendahkan nada dan berkata, "Bukan itu maksud saya... Tuan-tuan tidak memahami maksud sebenar saya."

Lalu lelaki tua itu mengajukan soalan yang lain yang berbunyi begini, "Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"

Pertanyaan itu menyebabkan semua hadirin termasuk wanita berdiri.

Dek kerana menyedari pertanyaannya kali ini masih tidak betul, maka dengan muka merah
padam dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya... Tuan-tuan dan puan-puan ni dah salah paham dengan ayat saya tadi."

Sekali lagi lelaki tua tu cuba bertanya, "Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya?"

Habis je lelaki tua tu bertanya, maka separuh daripada hadirin wanita berdiri.

Muka lelaki tuatu makin merah padam, dan dia juga makin gugup. Sekali lagi lelaki tua itu berkata, "Maaf sekali lagi... Bukan ke arah itu pertanyaan saya. Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, isteri lelaki tua itu pun pun berdiri... Bukan tu je, tapi ada lagi sorang wanita lain, Bedah si Janda Getah, turut berdiri.

Maka kali ini muka si isteri pula yang merah padam, bukan malu tapi geram, manakala lelaki tua itu pula cabut lari disebabkan tembelang tentang hubungan gelapnya telah pecah dek kerana burungnya sendiri... Hahahaaaa=D

Peperiksaan Akhir...

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, November 18, 2009

4

Dah TAMAT!!!
Dah HABIS!!!


Penamatan tempoh peperiksaan akhir aku ni bermakna tamatlah sudah pengajian aku untuk semester ni.

Kepada kawan-kawan aku, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana banyak membantu aku sepanjang semester ini. Jasa dan budi serta keringat yang kalian tumpahkan akan aku tidak lupakan selagi aku tak nyanyuk.

Kepada para pensyarah yang bakal menyemak kertas jawapan aku, aku doakan anda semua sihat selalu dan dimurahkan rezeki serta dibukakan hati untuk bagi aku A... Haha... Macam ni punya doa pun ada ka...=)

Kepada korang yang baca entry aku ni, aku ucapkan "Have a nice day!"

Kepada diri aku sendiri, "Woi!!! Dah habis exam pergi la enjoy! Tu pun nak kena suruh ker?!!"

Kriteria Penting Isteri Idaman

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, November 18, 2009

4

Berikut adalah kriteria isteri idaman:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4.
Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain... Hehe..=)

Bebelan Pendek Sebelum Sambung Study

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, November 17, 2009

1

Assalamualaikum...

Pertama sekali, aku nak bagitau bahawa esok adalah hari terakhir aku menduduki peperiksaan untuk semester ni. Paper esok macam susah jer. Tapi takpe, aku nak study habis-habisan sampai ke titik dakwat pen yang terakhir.

Yang kedua, aku nak mintak doa korang semua agar aku berjaya menjawab soalan dengan baik dan mendapat keputusan yang terbaik lagi gilang gemilang. Tolong la ye...

Yang ketiga, itu jer yang aku nak bagitau sebab aku nak study plak. Ok? Sehingga ketemu lagi selepas aku merdeka esok. Haha...

Wassalam...

Apakah Itu "Marketing"?

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Tuesday, November 17, 2009

1

Berikut adalah penerangan tentang beberapa istilah dalam Marketing:

Korang nampak seorang gadis cantik lagi cun melecun di sebuah pesta lalu korang pun menghampirinya dan berkata, "Aku adalah orang kaya... Kahwinlah dengan aku."

Tu dikatakan DIRECT MARKETING.


Korang berada di sebuah pesta dengan kawan-kawan korang dan bertemu dengan seorang gadis cantik. Salah seorang kawan korang menghampiri gadis itu dan berkata, "Lihatlah jejaka tu (sambil jari dia tunjuk korang). Dia sangat kaya, kahwinlah dengan dia."

Tu dikatakan ADVERTISING.


Korang melihat seorang gadis cantik di sebuah pesta lalu korang mendekatinya dan meminta nombor telefonnya. Keesokan harinya korang telefon gadis tu dan mengatakan," Hi... Aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku."

Tu dikatakan TELEMARKETING.


Korang berada dalam sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Korang pun membetulkan tie, berjalan ke arahnya dan menawarkannya minuman. Korang membukakan pintu untuknya saat menghantarnya pulang dan berkata, "Aku sangat kaya, mahukah kau kahwin dengan aku?"

Tu dikatakan PUBLIC RELATIONS.


Korang berada di sebuah pesta lagi dan melihat seorang gadis cantik. Dia berjalan ke arah korang dan berkata dengan manja, "Kau sangat kaya rupanya."

Tu dikatakan BRAND RECOGNITION.


Korang masih lagi berada di sebuah pesta dan melihat seorang gadis cantik. Korang mendekatinya dan berkata, "Aku sangat kaya, kahwinlah dengan aku." Tapi kali ni dia tampar muka korang.

Tu dikatakan CUSTOMER FEEDBACK alias COMPLAIN!!!


Begitulah serba sedikit ilmu Marketing dalam kehidupan sosial kita. Hehe...=)


Kenapa Allah Menghilangkan Lidah Ikan?

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, November 16, 2009

2


Rasululllah SAW bersabda: "Sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari lidah api neraka jahannam."

Sabda Rasulullah SAW lagi: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita."

Apabila ditanya apa hikmahnya, Baginda SAW menjawab: "Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata."

Salah seorang sahabat pun bertanya, "Mengapa ikan tidak mempunyai lidah?"

Sabda Rasulullah SAW: "Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.

Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya,
"Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan."

Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh sebab Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya."


P/s: Oleh itu, marilah kita "menjaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah...


Kisah Pakar Bedah

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, November 16, 2009

2


Lima pakar bedah sedang berbincang siapakah yang boleh menjadi pesakit mereka yang terbaik untuk mereka laksanakan pembedahan.

Pakar bedah pertama berkata, "Saya suka melihat seorang akauntan di atas meja pembedahan saya, sebab apabila anda membukanya, segalanya di dalam diri mereka adalah dinomborkan."

Pakar bedah kedua menjawab, "Ya itu mungkin betul, tapi awak patut mencuba juruelektrik, sebab segalanya dalam kod berwarna."

Pakar bedah ketiga menyambut, "Ohh... Tidak!. Saya betul-betul merasakan bahawa pustakawan adalah yang terbaik, segalanya dalam susunan abjad."

Pakar bedah keempat pula bersuara, "Kamu semua tahu, saya sukakan pekerja binaan. Mereka selalu mengetahui bila anda tertinggal barangan tertentu dalam diri mereka dan bilakah sesuatu kerja mengambil masa lebih lama daripada yang dijanjikan."

Tetapi pakar bedah kelima membuatkan mereka semua terdiam apabila beliau berkata, "Kamu semua silap, ahli politik adalah yang termudah untuk dibedah. Mereka tiada berhati perut, tiada perasaan, dan isi kepala mereka sentiasa boleh diubah-ubah!"


Bil Telefon

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, November 15, 2009

3


Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Si suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang.

Suami: Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri: Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak: Oh sorry... Saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid aka Bibik: Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!


Gembira, Tapi Kesal

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Sunday, November 15, 2009

2

Suatu malam tiga orang pengembara memacu kuda merentasi padang pasir. Ketika melintasi sebatang sungai yang kering kontang, para pengembara itu terdengar suatu suara mengarahkan mereka berhenti.

Mereka patuh pada arahan itu. Suara itu kemudian menyuruh mereka turun dari kuda dan mengutip batu-batu yang terdapat di dasar sungai. Ketiga-tiga pengembara menggagau di dalam gelap mengutip batu-batu yang ada dan memasukkannya ke dalam poket.

Suara misteri itu seterusnya berkata, “Kamu telah ikut arahan aku. Esok kamu akan berasa gembira dan juga sesal. Sekarang tinggalkan tempat ini!”

Ketiga-tiga pengembara memacu kuda mereka hingga ke hujung padang pasir. Apabila matahari memancar keesokkannya, pengembara-pengembara itu menyeluk poket masing-masing. Alangkah terkejutnya mereka, batu-batu yang mereka kutip malam tadi telah berubah menjadi batu permata berharga!

Seketika itu juga mereka teringat pada amaran yang dikeluarkan oleh suara tersebut,

“Kamu akan gembira dan kesal”

Betul, mereka gembira kerana mendapat batu permata tapi kesal kerana tidak mengambil lebih banyak lagi.

Begitulah manusia, mereka memang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki...

3 Hari, 2 Nafas, 2 Pilihan, 2 Tempat

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Sunday, November 15, 2009

2


HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah...
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan...
Esok ~ Hari yang belum pasti...

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua...

HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS

Nafas Naik...
Nafas Turun...

Hargailah nafas naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya...
Bertaubatlah dalam nafas turun kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini...


HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN

Hidup dalam keredhaan Allah...
Hidup dalam kemurkaan Allah...


HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT

Kekal di dalam neraka...
Kekal di dalam syurga...


Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada Rukun Iman...
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia...

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha hebat...
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan Rukun Islam yang 5 itu dan puncaknya adalah solat...

Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke syurga tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass...

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengepos sepucuk surat tanpa melekatkan setem...
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya, lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian...


Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:

Dia mungkin didenda...
Atau...
Suratnya masuk tong sampah!!!


Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita???

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati-Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang, lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai...


Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa...
Di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah SWT!!!


Warna Yang Tak Boleh Blah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, November 14, 2009

3

Zali pegi temuduga kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang macam ni pun ada!"

Tapi apa-apapun dia kena temuduga juga si Zali ni. Jadi dia pun tanyalah Zali, "Kalau awak dapat buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".

Jadi Zali pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab:

"I hear the phone GREEN, GREEN, GREEN... Then I go and PINK up the phone, I say YELLOW... BLUE's that? WHITE did you say? Aiya... ! Wrong number la... Don't PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."

Lepas tu pengurus tu terus koma!! Haha=D

Hoi Hoi Hoi... Aku Masih Di Sini

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, November 13, 2009

7

Assalamualaikum w.b.t...

Setelah 2 minggu dahaga tapi tak minum, lapar tapi tak makan, dek kerana penangan final exam, akhirnya aku kembali normal (sebelum ni ko tak normal ke Fiq? Hehe...). Walaupun aku kata aku nak dormant sampai 18hb, tapi dek kerana rindu yang teramat sangat kepada blog aku ni, aku post jugak la entry ni.

Adakah ni bermakna aku dah habis exam? Owh... Belum dong. Ada satu kertas lagi. 18hb Nov ni. Tu final paper for my final exam. Aku malas nak citer banyak pasal exam sebab taknak korang muntah dengar nama subjek yang aku amik. Overall, setakat ni aku boleh jawab semua. Cuma exam hari ni agak susah walaupun ianya objektif. Pening aku nak pilih jawapan yang betul, tepat, persis lagi jitu akan kebenaran dan kesahihannya.

Untuk final paper, aku tak stadi apa-apa pun lagi. Baru nak start hari ni. Last minute student la katakan. Haha... Ok la wei. Aku nak pergi solat. Solat apa tengah hari buta ni? Solat Jumaat la wei. Aku luku gak kang korang yang tanya soalan ni (kalau nak tau apa tu luku try tanya orang Utara). Aku ni telah disahkan sebagai lelaki sejak azali, so kena la gi Solat Jumaat. Untuk Muslimin, jom pergi masjid. Untuk Muslimah, jangan lupa solat Zohor kat rumah.

Sehingga bertemu lagi...

Wassalam...

Solatlah korang sebelum kepala korang jadi camni!!!