31 Disember 2009

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, December 31, 2009

8

Hari ni, Khamis, 31 Disember 2009, merupakan hari terakhir dalam tahun 2009. Hari ni jugak akan menjadi muka surat terakhir dalam diari siapa2 yang rajin menulis diari untuk tahun ini. Bila tiba hari esoknya, 2009 akan dianggap sebagai memori kita semua.

Bagi aku, tahun 2009 ni memang istimewa. Tahun aku start blogging. Haha... Tahun 2009 jugak menyaksikan pertama kali aku dapat dean list sejak masuk Universiti Malaya ni. Pergh... Manis sungguh 2009 ni.

Apa pun esok dah tahun baru. Orang kata bila start tahun baru kena la ada azam baru. Tapi betul ke perlu macam tu? Kalau ikut aku, tak la perlu sangat. Lebih-lebih lagi kalau azam-azam yang lepas pun belum terbuat atau tercapai. Kan? Haha... Kepala masing-masing...

Akhir sekali, aku nak mohon maaf atas apa saja kesalahan aku kepada siapa2 yang baca post ni. Mana la tau kan, sepanjang tahun 2009 ni aku ada terguris perasaan sesiapa kat luar sana (atau kat dalam ni). Maafkanlah aku ye...

Last but not least, jumpa lagi tahun hadapan... (padahal esok dah tahun baru dah... haha...)

Wassalam...

Dunia Luar Negara 2

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, December 30, 2009

4

Nama tempat terpanjang di dunia adalah di New Zealand. Tempat itu ialah:
"Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakpikimaungahoronukupokai-iw
henuakitanatahu"


Pada kurun ke 16, orang Filipina menggunakan 'yoyo' sebagai senjata memburu.


Di Jepun, tembikai berbentuk empat segi.
Sementara itu, terdapat sebuah tempat di Jepun yang dinamakan 'O'.
Dan dari segi statistiknya, 98% mayat di Jepun dibakar.
Satu lagi, nombor 'four' (empat) di Jepun dianggap nombor sial kerana sebutannya dalam bahasa Jepun sama dengan perkataan 'mati'.



Vatican City adalah negara terkecil di dunia dengan keluasan 108 ekar dan hanya 1000 penduduk.


Setiap perokok di China menghisap 1,800 batang rokok setiap tahun.
Apa yang menariknya, lebih ramai orang China yang boleh berbahasa Inggeris berbanding seluruh rakyat Amerika.
Satu lagi, berus gigi dicipta di China pada tahun 1498.


Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang bukan empat segi.



Kereta api yang bergerak setiap hari pergi dan balik ke Bombay di India dibuat untuk menampung 1,700 penumpang tetapi ianya dinaiki oleh 7000 penumpang setiap perjalanan.


Amerika membeli Alaska dengan harga 2 sen seekar daripada negara Rusia.


Harga bagi burger McDonald's Extra Value di Rusia adalah sama dengan purata sebulan gaji pekerja Rusia sendiri.
Orang Rusia menjawab telefon dengan menyebut 'saya mendengar'.
Percaya atau tidak, kod telefon untuk Rusia ialah '007 '.
Dan 1 daripada 5 doktor di seluruh dunia adalah merupakan orang Rusia!


Lithuania adalah negara yang mempunyai paling banyak kes orang bunuh diri.


Kartun Donald Duck pernah diharamkan di Finland kerana ia tak pakai seluar.


Sweden mempunyai kadar kelahiran paling sedikit di dunia (1 dalam 100).


Susah Ko Nok Kecek English?

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, December 29, 2009

4

Suatu ketika dulu, Bahasa Melayu sangat terkenal sebagai lingua franca atau bahasa perantara. Tu dulu la. Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Zaman pemerintahan Dato’ Seri Najib pulak, dah takde dah situasi tu. Sekarang ni orang pakai Bahasa Inggeris pulak.

Sapa yang tak kenal Bahasa Inggeris? Bahasa ibunda penjajah bangsa suatu ketika dulu. Namun, orang sekarang dah tak pandang dari sudut begitu. Ia dipandang sebagai bahasa ilmu. Nak ilmu banyak, kena la tau English.

Dan kadang-kadang tau saja tak cukup. Kena la pandai komunikasi. Pulak! Ni la part yang susah bagi kebanyakan orang macam aku yang tinggal di kawasan luar bandar dan sangat jarang mempraktikkannya dalam pertuturan seharian.

Aduh. Sebenarnya post ni dibuat gara-gara aku kena ambik subjek Saintific Communication. Dah la dapat lecturer yang sememang sangat terkenal akan kengeriannya. Waduh waduh... Sakit kepala ni. Kalau bukan subjek wajib, mati hidup semula pun memang tak ambik subjek ni.

Tapi nak buat macam mana kan. Kehidupan tu bukan selalunya seperti yang kita nak. Jadi kawan-kawan, korang ni ada tak buah fikiran untuk aku meningkatkan tahap pertuturan Bahasa Inggeris aku? Aku nak menulis boleh tahan lagi, tapi kalau pasal speaking... Fuh... Meleleh peluh ke lantai beb!

If have, let me know. You help me, you get pahala; your kredit to syurga...=)

Tag Daripada Cik Nissa-Elhumaira

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, December 28, 2009

4

Sesuatu yang sudah lama aku tak buat. Post kali ni adalah dibuat dengan tujuan menjawab soalan-solan yang dikemukakan oleh Cik Nissa-Elhumaira. Selamat membaca la Nissa oii... Haha...

Nama penuh:

Syafiq Farhan Bin Saidi


Tarikh lahir:

15 oktober 1989


Tempat anda dibesarkan:

Langkawi, Kedah


Siapakah nama kawan rapat anda semasa kecil:

Maksudnya sebelum sekolah la kan? Hmm... Adik-adik la jawabnya.


Apakah nama permainan anda yang anda ingat semasa kecil-kecil:

Main mainan. Dinosaur dan robot! Haha...


Kalau anda bergaduh dengan kawan anda, apakah perkataan yang anda akan sebut kepadanya:

Mana ada sebut apa-apa. Kasi belasah je (macam gengster la plak...)


Di kawasan manakah yang menjadi tempat anda bermain:

Dalam bilik dan belakang rumah.


Apakah cita-cita anda semasa kecil:

Seniman (cuba sebut macam sebut Superman ke, Spiderman ke... Bunyi macam superhero kan?)


Apakah kartun yang anda gemari semasa kecil:

Ni tak berapa ingat. Yang ingatnya, apa-apa je kartun yang ada superhero. Haha..


Makanan ringan apakah yang anda borong di kedai:

Aiskrim dan segala macam keropok.


Nyatakan nama kawan anda semasa kecil yang anda teringin sangat berjumpa:

Erkk... Tak ingat=p


Apakah gelaran anda semasa kecil:

Ntah la. Mungkin Abang An kot (sama seperti gelaran sekarang). Kalau kat sekolah orang panggil Mat Pit (ni bukan penagih ye..)


Nyatakan seberapa banyak rakan bloggers anda yang anda ingin tahu zaman kanak-kanaknya:

Honey Bunny, Liyana, Miera dan Enyheartdiamond! Hah... Jawab la korang2 ni ok. Haha...


Kaki Saya Lebih Bersih Daripada Muka Saudari

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, December 28, 2009

1

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.

Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki(washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).

Ulama: Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)

Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).

Ulama: Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.

Nota Kaki:

Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Atas darat ke, di awangan ke, bila tiba masanya, kerjakanlah.

Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Kalau tak nak tanggung, pandai-pandai la jawab nanti di muka pengadilan Allah.


Dunia Luar Negara

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, December 27, 2009

2

Canada adalah perkataan Red Indian yang bermaksud "Lembah Besar".
Pada tahun 1984, peladang Canada menyewakan badan lembu mereka untuk dijadikan sebagai ruang iklan.
Dan secara statistiknya, 0.3% kemalangan jalan raya di Canada adalah membabitkan rusa.


Percaya atau tidak, Bolivia mempunyai dua ibu negara.


Sungai Amazon di Brazil adalah sungai yang terbesar di dunia. Panjangnya pula ialah 6,259 km.


Kata orang bumi mana tak ditimpa hujan. Tapi kalau korang nak tahu, Bandar Calma di Chile tidak pernah langsung menerima hujan!


Orang Perancis makan lebih banyak keju daripada orang di negara lain di dunia.
Selain itu, terdapat sebuah tempat di Perancis yang hanya dinamakan "Y" sahaja.
Dahulu, terdapat seorang raja Perancis bernama Raja Louis XIX yang hanya sempat memerintah selama 15 minit sahaja.
Dan satu lagi maklumat, ketinggian Eifel Tower sentiasa berubah mengikut suhu, ada kalanya sehingga 6 inci.


Lagu kebangsaan Greece ada sebanyak 158 versi.


Korang suka yogurt?
Kalau korang nak tahu, manusia yang paling banyak makan yogurt di dunia ialah rakyat negara Bulgaria.


Satu-satunya negara di dunia yang ada anjing kebangsaan ialah negara Belanda.
Belanda juga pernah melaksanakan kempen menentang sikap "sumpah-menyumpah".


Mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mula-mula digunakan di England pada 1965.
Dan yang paling pelik sekali ialah dalam sejarah pemerintahan England, ada seorang raja bernama King George I yang tak tahu langsung berbahasa Inggeris dek kerana baginda dibesarkan di Jerman.


Di Iceland, buku panduan telefon kadang kala turut memuatkan pekerjaan seseorang disebabkan terlalu banyak penduduknya yang memiliki nama yang sama.


Di Denmark, sehingga tahun 1997, babi adalah lebih banyak daripada manusia.


Umpama Pinggan

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Saturday, December 26, 2009

2


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita. Selang beberapa tempoh masa, mereka pun memulangkan pinggan yang dipinjam itu.

Individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang cacat mahupun kotoran. Secalit habuk pun tiada, malah kelihatan lebih berkilau. Kita pun dengan senang hatinya menerima pinggan itu dan terus meletakkannya di atas rak pinggan.

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang masih kotor yakni tidak berbasuh. Bahkan, kelihatan tompok-tompok kulat hijau. Kita pula yang akan membasuh pinggan tersebut sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakan di tempat yang sepatutnya.

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah. Hancur habis. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca. Tidak boleh digunakan dan tiada nilainya lagi. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah.

Begitulah jua halnya kita ni dengan Allah Taala. Jika kita nikembali kepada-Nya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita, iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadrat-Nya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan "basuh" kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga.

Tetapi jika kita kembali kepada-Nya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya; ibarat pinggan yang pecah, tiada nilai lagi...

Tanggungjawab:

Kalau dah pinjam tu, buat la cara pinjam. Jangan buat harta sendiri. Berterima kasih. Bersyukur. Untuk setiap nafas pada hari ini, dan hari-hari yang seterusnya...

Kisah Seorang Jutawan Bersederhana

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Friday, December 25, 2009

2


Warren Edward Buffet adalah seorang jutawan terkenal dunia. Terkenal sebagai pelabur, ahli perniagaan dan dermawan, beliau ini sebenarnya dilahirkan di Omaha, Nebraska, Amerika Syarikat. Dilahirkan pada 30 Ogos 1930, beliau pernah ditabalkan sebagai antara 100 individu dunia yang berpengaruh oleh Majalah Times. Sifat dermawannya terbukti apabila mencatat rekod derma terbesar di Amerika Syarikat yang berjumlah USD31 bilion. Berikut adalah serba sedikit perkara menarik berkenaan Warren Buffet:

1. Pada usia 11 tahun, dah beli saham sendiri. Pada hari ini, beliau menyesal sebab memulakannya pada usia yang lewat!

2. Pada usia 14 tahun, dah beli ladang kecil dari simpanannya sendiri hasil daripada bekerja sebagai penghantar surat khabar.

3. Pada hari ini, beliau masih tinggal di rumah sederhana besar 3 bilik di Bandar Omaha, yang dibelinya ketika berkahwin lebih kurang 50 tahun dahulu. Menurutnya segala apa yang diperlukan adan di situ dan rumah itu begitu selesa baginya. Tiada pagar atau tembok yang mengelilingi rumahnya itu.

4. Memandu sendiri keretanya tanpa mempunyai pemandu atau pengawal di sekelilingnya.

5. Tidak pernah memiliki dan menaiki jet peribadi jika ada urusan di luar negara walaupun memiliki sebuah syarikat jet terbesar dunia.

6. Syarikatnya iaitu Berkshire Hathaway mempunyai 63 anak syarikat. Beliau hanya menulis satu perkataan sahaja untuk setiap pengurus anak syarikatnya iaitu sasaran keuntungan setiap tahun. Beliau tidak pernah mengadakan mesyuarat atau menghubungi mereka selalu, Cuma memberi 2 peraturan kepada setiap pengurus itu. Pertama, jangan rugikan duit pemegang saham. Kedua, jangan lupa peraturan pertama!

7. Tidak bersosial dengan masyarakat korporat. Lepas pulang daripada kerja, apa yang dibuatnya ialah makan pop corn sambil tengok TV.

8. Tidak menggunakan telefon bimbit sehinggalah tahun 2007 dan sampai sekarang, e-melnya masih belum wujud!

Pesanan beliau pada orang muda:

1. Jauhi daripada menggunakan kad kredit dan melaburlah untuk diri sendiri.

2. Manusia menjadikan wang, tetapi wang tidak menjadikan manusia.

3. Jangan buat apa yang orang lain katakana, dengar saja, tetapi buat apa yang kamu fikirjan terbaik.

Dunia Kita

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, December 24, 2009

4


Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya manakala beruk dan monyet pula memang sentiasa bergayut walaupun tak menggunakan telefon.


Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada perkataan 'Sahra' yang bermaksud liar atau terbiar. Manakala penyanyi Siti Sarah pula mendapat nama daripada bapaknya yang bernama Raisudin.



Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan manakala menghidu gam dan menghisap dadah juga boleh mengurangkan berat badan malah boleh juga membawa maut.



Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia manakala di dalam Sungai Klang terdapat bahan kimia dan juga sampah sarap.




Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya manakala kumpulan rap malaysia Too Phat pula sinonim dengan yo..yo..ya a auw..ya a auww!!!



Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari manakala Ratu Elizebeth pula boleh hidup menjangkau usia 100 tahun.




Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya manakala maknyah pula hanya boleh menukar jantinanya sekali sahaja.



Tikus kasturi adalah antara mamalia paling kecil di dunia dan makan 4 kali berat badannya dalam masa 36 jam, manakala limau yang paling kecil sekali di dunia adalah limau kasturi dan di tanam di Kampung Limau.


Bayarlah Dengan Segelas Susu

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, December 23, 2009

2

Sudah beberapa jam si pengembara berjalan kaki memerhatikan pemandangan indah musim bunga di kawasan perkampungan itu. Bunga-bungaan sedang mekar, unggas dan serangga yang berterbangan ke sana dan serata halaman rumah yang cantik dihiasi kuntuman bunga amat menarik perhatian pengembara muda itu.

Tetapi perjalanan yang jauh dan matahari yang sedang terik menyebabkan pemuda yang cintakan keindahan alam itu mula berasa letih. Tekaknya kering, sedangkan pengembaraannya masih panjang lagi.

Lantas pemuda itu memutuskan untuk pergi ke sebuah rumah kecil di sebuah ladang di tepi jalan yang sedang disusurinya itu. Seorang budak perempuan membuka pintu rumah yang diketuknya tadi. Wajahnya comel.

Pemuda itu menceritakan yang dirinya kehausan, dia berharap budak perempuan itu dapat memberikannya segelas air. Budak perempuan itu bergegas ke dapur dan sebentar kemudian kembali mendapatkan pemuda tersebut.

Dia bukan membawa segelas air, sebaliknya segelas susu kerana dia tahu pemuda tersebut bukan sekadar dahaga tetapi juga memerlukan tenaga untuk meneruskan pengembaraannya.

“Berapa harga susu ini?” tanya pemuda itu selepas menghabiskan susu tersebut.

Jawab budak perempuan itu, “Oh, percuma! Tak perlu bayar. Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan.”

Pengembara muda itu tersentuh hati dengan jawapan tersebut. “Kalau begitu, saya hanya dapat mengucapkan terima kasih sahaja,” kata pemuda tersebut, disambut oleh budak perempuan itu dengan senyuman dan anggukan.

Sifat mulia budak perempuan itu memberikan kesan yang mendalam kepada pemuda yang berkenaan. Kejujuran budak itu dan keengganannya menerima sebarang bayaran, walaupun dirinya sendiri miskin, sering saja bermain dalam fikiran pemuda tersebut.

Tahun berganti, budak perempuan itu yang kini berusia 20-an, diserang penyakit kronik. Dia dihantar ke sebuah hospital terkenal di tengah kota untuk diperiksa oleh doktor pakar dan seterusnya menjalani pembedahan. Seorang doktor dipanggil.

Sejurus melihat wajah gadis itu dan alamat tempat tinggalnya, doktor itu segera terkenang saat dia meneguk segelas susu suatu ketika dahulu. Tidak lain tidak bukan, inilah budak perempuan yang pernah memberinya segelas susu dan kemudiannya berkata, "Emak dan ayah telah mengajar saya supaya jangan meminta sebarang balasan terhadap apa juga kebaikan yang kita lakukan."

Kini masanya untuk membalas jasa. Doktor itu melakukan segala yang terdaya untuk menyelamatkan gadis tersebut. Si gadis ditempatkan di wad untuk beberapa lama. Pembedahan dilakukan dan penyakit si gadis berjaya diubati.

Kini bayaran perlu dikenakan kepadanya. Bil rawatan ditunjukkan kepada doktor itu untuk pengesahan. Doktor tersebut menyelaknya sehelai demi sehelai. Dia memerhatikan setiap angka yang tercatat pada bil tersebut, kemudian menulis sesuatu di bucu helaian terakhirnya. Setelah itu dia menurunkan tandatangannya. Bil itu dihantar ke alamat yang tertera, iaitu sebuah rumah kecil di pinggir ladang.

Gadis tersebut menggeletar sebaik menerima bil tersebut. Helaian demi helaian dibeleknya, ternyata jumlahnya terlalu besar. Dia tidak mampu membayarnya. Walau si gadis bekerja sepanjang hayat sekalipun, belum tentu dia dapat membayar bil yang dikenakan itu.

Jumlah-jumlah yang menakutkan terus terpapar, hinggalah ke helaian terakhir apabila si gadis membaca satu catatan ringkas di bucunya. Tulisan itu berbunyi…

“Bayarlah dengan segelas susu...”

Dr Howard Kelly

Perhatian:

Artikel ini adalah pengalaman sebenar Dr Howard Kelly (1858-1943), salah seorang daripada empat doktor yang mengasaskan Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.

Ambillah Masa Untuk...

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, December 22, 2009

42

Ambillah masa untuk berfikir, kerana berfikir itu sumber kekuatan...



Ambillah masa untuk belajar, kerana belajar itu sumber kebijaksanaan...



Ambillah masa untuk bekerja, kerana bekerja itu sumber keberhasilan...



Ambillah masa untuk beribadat, kerana beribadat itu kunci ke pintu syurga...



Ambillah masa untuk bermain, kerana bermain itu sumber kecergasan...



Ambillah masa untuk memberi, kerana memberi itu mebuatkan hidup terasa bererti...



Ambillah masa untuk ketawa, kerana ketawa itu penawar jiwa...



Ambillah masa untuk bersahabat, kerana bersahabat itu jalan menuju kebahagiaan...



Ambillah masa untuk berkasih sayang, kerana berkasih sayang itu kurniaan Allah kepada makhluk-Nya...

Mangkuk, Madu dan Rambut

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Monday, December 21, 2009

4

Saidina Abu Bakar R.A berkata, "Iman itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, orang yang beriman itu lebih manis daripada madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah daripada meniti sehelai rambut".

Saidina Umar R.A berkata, "Kerajaan itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, seorang raja itu lebih manis daripada madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Saidina Uthman R.A berkata, "Ilmu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis daripada madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Saidina Ali R.A berkata, "Tetamu itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, menjamu tetamu itu lebih manis daripada madu, dan membuat tetamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Saidatina Fatimah berkata, "Seorang wanita itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis daripada madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis daripada madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril A.S berkata, "Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik daripada sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis daripada madu, dan mempertahankan perjuangan agama sampai akhir hayat adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, "Syurga-Ku itu lebih cantik daripada mangkuk yang cantik, nikmat syurga-Ku itu lebih manis daripada madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit daripada meniti sehelai rambut".

Eukarya: Animalia 3

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, December 20, 2009

12


Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
Satu lagi, buaya tidak boleh jalan mengundur.




Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.




Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.




Ular tidak boleh mengelipkan mata. Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.




Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur.




Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.




Cheetah adalah pelari pecut terhandal di mana ia boleh berlari sepantas 110 km sejam.





Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak? Jawapannya senang saja.... Ambil kalkulator, kiralah sendiri wei...