Sayangnya Allah Pada Umat Muhammad Memang Tidak Terhingga

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, January 31, 2010

13

Allah SWT menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan mengurniakan baginya 600 sayap yang panjang (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Sayapnya itu panjangnya antara Timur dan Barat.

Setelah diciptakan, Jibrail AS memandang dirinya sendiri dan berkata, "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Tidak"

Kemudian Jibrail AS berdiri serta menunaikan solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah SWT. Dan tiap-tiap rakaatnya itu mengambil masa selama 20,000 tahun.

Setelah Jibrail AS menyempurnakan solatnya itu, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepada-Ku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."

Kemudian Jibrail AS bertanya, "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Ya Jibrail, akan Aku berikan Syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail AS meminta izin kepada Allah untuk melihat Syurga Ma'waa. Setelah Jibrail AS mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah JibrailAS dengan mengembangkan sayapnya dan terbang. Setiap kali Jibrail AS mengembangkan dua sayapnya itu, dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun. Lalu terbanglah Malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah. Akhirnya dia turun berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan sujud kepada Allah SWT dan berkata, "Ya Tuhanku, apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh daripada beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad sebagai imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan."

Kesimpulan:

Lihatlah betapa sayangnya Allah kepada kita semua. Malaikat pun tak dapat tempat istimewa sepertimana manusia walaupun Malaikat selalu beribadat kepada-Nya.

Justeru, renung-renungkanlah dan selamat beramal. Moga kita semua sentiasa di bawah limpah rahmat-Nya...=)

Soalan: Apakah Perkara Atau Benda Yang Paling Pantas Sekali?

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, January 30, 2010

10

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Daripada beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih secara muktamad antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga. Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin mendatangkan jawapan berbeza.Calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini."

Soalannya ialah:Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?

Calon pertama berkata, "FIKIRAN, kerana kadang kala ianya datang sendiri tanpa kita sedari..."

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi. "Kamu pula?" tanyanya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah pun berkelip," jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun peribahasa Melayu pun ada sebut SEKELIP MATA yang melambangkan kepantasan", kata CEO itu. "Bagaimana pula dengan kamu?" tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas," jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Siap bagi contoh mercu tanda Malaysia pula. Ini yang saya nak. Pengetahuan geografi mantap, semangat 1 Malaysia pun ada," kata CEO itu. "Dan kamu?" tanya CEO kepada calon terakhir.

CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali.

"Haaa???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung! Macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni? Kamu ingat saya bukak syarikat tahik ker?!!", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah..."

"Erk... Alasan yang agak bagus. Menganalisis mengikut keadaan semasa. Bagus..." puji CEO itu.

Akhirnya, calon keempat yang diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... hehe=p

Yang Disangka Lancar Rupanya Tidak: Ibarat Panas Disangkakan Hingga Ke Petang, Rupanya Hujan Di Tengah Hari!

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Saturday, January 30, 2010

12

Buat pengetahuan semua, minggu ni adalah minggu genting bagi warga Universiti Malaya (UM). Minggu ni adalah minggu Pilihan Raya Kampus (PRK) bagi sesi 2009/2010. Dan yang paling penting, sesi membuang undi telah pun tamat pada hari Khamis, 28 Januari 2010.

PRK kali ni tiada isu “panas” sepanjang tempoh berkempen. Bukan macam sesi lepas, di mana kepala B*B* pun diletak dalam surau di Akademi Pengajian Islam! Dah la macam-macam isu kontroversi hinggakan melibatkan campur tangan polis. “Panas” giler PRK yang lepas. Tapi kali ni, suam aje.

PRK kali ni gak buat julung kalinya memperkenalkan sistem e-undi. Undi pakai komputer; menggantikan sistem konvensional yang melibatkan penggunaan kertas dan pengiraan undi yang selalunya menimbulkan kontroversi dalm soal ketelusannya. E-undi ni direka dan dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat UM sendiri.

Disebabkan oleh pengenalan sistem baru, Pro-Mahasiswa UM melantik satu badan bebas, Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas (Mafrel) untuk memantau PRK kali ni. Dan malam selepas sesi buang undi tamat, dah ada keputusan tak rasmi diumumkan. Penggerak Mahasiswa memenangi 20 kerusi fakulti dan 1 kerusi umum manakala Pro-Mahasiswa memenangi 9 kerusi fakulti dan 8 kerusi umum. Maknanya Penggerak mendapat majoriti.

Namun, selepas undi selesai, telah timbul isu kontroversi berkenaan sistem e-undi. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA), Prof. Madya Dato’ Dr. Azarae Idris dikatakan terlibat dalam isu penyelewangan PRK kali ni. Hal ini mendapat perhatian khas daripada Naib Canselor sendiri.

Justeru, persetujuan dicapai di mana TNC HEPA dan beberapa orang dalam HEP yang terlibat akan disiasat. Keputusan rasmi undi PRK kali ni juga ditangguh dan kemungkinan sesi buang undi akan dibuat semula. Erkk... Leceh tol!

Aku mati-mati ingat dah takde masalah. Ingat PRK kali ni bebas isu “panas”. Tapi nampaknya merpati dua sejoli ni memnag payah nak dipisahkan. Apapun, warga UM menanti apa jua keputusannya.

Undang-Undang Pelik Buatan Manusia Seantero Dunia - Bahagian 2

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, January 29, 2010

14

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah di mana hakim (kadang kala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian di antara pihak yang terlibat, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara di mana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.

Disebabkan undang-undang sesebuah negara adalah hak mutlak negara itu sendiri, maka wujudlah undang-undang pelik yang ada di antaranya tidak boleh diterima atau tak masuk akal bagi penduduk di negara lain. Untuk Bahagian 2 ini, aku nak menyambung sedikit lagi senarai undang-undang aneh rekaan manusia. Dan tak dilupakan, ramai gak yang tanya, Malaysia ni ada tak undang-undang aneh? Aku ada letak kat bahagian last sekali. Bacalah!


PERANCIS
Dilarang berciuman di dalam keretapi bawah tanah.


ISRAEL
Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.


AMERIKA

ARIZONA

-Dilarang memandu tanpa kasut.
-Dilarang bermain Domino pada hari minggu.
-Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
-Hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang menabur garam di atas rel kereta api.
-Dilarang memandu dengan mata tertutup.

ALASKA
-Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
-Dilarang memberi minum bir kepada rusa.
-Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

ARKANSAS
-Suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
-Dilarang memelihara buaya di dalam tab mandi.
-Wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dihukum 30 hari meringkuk dalam penjara.
-Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama pada hari minggu.

CALIFORNIA
Binatang peliharaan dilarang dibiarkan membuat hubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

COLORADO
Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan korang ditahan olehnya.

CONNECTICUT
Dilarang mencium isteri pada hari minggu.

FLORIDA
-Dilarang menyanyi di depan khalayak ramai sambil mengenakan pakaian renang.
-Dilarang kentut di tempat umum selepas pukul 6 .
-Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih daripada 3 buah sehari.

WASHINGTON
Dilarang menyusui anak di tempat awam.





Dan seperti yang dinanti-nantikan...




MALAYSIA

Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang!!!



Undang-Undang Pelik Buatan Manusia Seantero Dunia - Bahagian 1

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, January 28, 2010

27

Dari segi tafsiran dalam politik dan perundangan, undang-undang ialah satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli masyarakat. Undang-undang dibuat oleh pemerintah sesuatu negara supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Dan jikalau undang-undang ini tidak dipatuhi, maka sesiapa yang tidak mematuhinya itu akan dihukum atau didenda oleh pihak berkuasa.

Namun, bukan semua undang-undang kat dunia ni boleh diterima akal. Justeru, untuk Bahagian 1 entry aku ni, aku nak mendedahkan dan berkongsi dengan korang semua undang-undang pelik yang wujud kat dunia ni. Check it out!


THAILAND
Penduduknya dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.


SWITZERLAND
Penduduknya dilarang berkebun pada hari minggu.


SWEDEN

Dilarang mengecat rumah tanpa izin daripada kerajaan dan mestilah menggunakan cat yang sudah mendapat kelulusan daripada mereka sahaja.


KOREA SELATAN

Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima daripada para pemandu yang ditahan.


SINGAPURA

Tidak flusk jamban setelah buang air di tandas akan dikenakan denda.


MEXICO

Dilarang memaki hamun di tempat umum.


AUSTRALIA

Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama.


YUNANI
Dilarang mengenakan topi di stadium kerana perbuatan itu dapat mengganggu pandangan orang lain.


KANADA
-Dilarang menempel plaster luka di tempat umum.
-Dilarang menyiram tananam di kebun ketika waktu sedang hujan.
-Dilarang memanjat pokok!


UNITED KINGDOM
-Dilarang menjual sayuran pada hari minggu .
-Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

4 Misteri Yang Ada Pada Sistem Windows Keluaran Syarikat Microsoft

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Wednesday, January 27, 2010

20


Dunia yang kita tinggal ni memang penuh dengan misteri. Selalunya misteri ni dikaitkan dengan sesuatu yang semula jadi seperti hantu, jembalang, siluman dan suku sakatnya yang mana ianya melibatkan kewujudan alam ghaib. Tapi siapa sangka bahawa ciptaan manusia pun ada misterinya jugak.

Paparan kali ni (pergh... macam Majalah 3 la plak...=p) membawa korang mencuba sendiri 4 misteri yang terkandung dalam Sistem Wndows, iaitu ciptaan berguna sepanjang abad oleh Bill Gates yang merangkap manusia terkaya di planet bumi pada hari ini.



Misteri 1

Di komputer masing-masing, cuba korang buat satu folder (create new folder) dan letakkan namanya folder tu sebagai CON. Kemudian tekan Enter. Apa yang berlaku? Boleh?



Misteri 2

Buka plak Microsoft Word yang baru. Kemuadian taip =rand (200, 99). Pastu tekan Enter. Tengok apa yang keluar... (setiap komputer sepatutnya mempunyai hasil yang berlainan)



Misteri 3

Sekarang plak, buka Notepad. Taip Bush hid the facts. Kemudian, save guna apa-apa je file name. Close Notepad. Pastu, open semula file Notepad tu. Tengok apa plak yang terjadi...



Misteri 4

Bagi penguna Window XP, korang tau tak cara nak menang Solitaire dengan satu langkah? caranya ialah tekan ALT + SHIFT + NO 2 ( tekan serentak). Terus menang wa cakap sama lu!



Pertanyaan:

Amacam? Korang rasa misteri tak? Ke aku jer yang rasa?

Dan buat pengetahuan korang, pengacara Misteri Nusantara pun tak boleh nak rungkai misteri ni (nampak sangat mung menipu ni Fiq...=p)

Mata Dan Otak Yang Jahat

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, January 26, 2010

34


Cuba korang perhatikan gambar ni...

Adakah korang nampak PUNGGUNG perempuan yang pakai baju pink berbelang putih itu?








Ya???








Jika ya, maka sahihlah bahawa korang ni memiliki mata dan otak yang sangat nakal.







Kenapa???







Sebab yang itu bukannya punggung, tapi BAHU perempuan yang pegang kamera tu!!!

Hahahaaaa... Korang ni memang jahat...=p

Lobak, Telur Dan Kopi

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Monday, January 25, 2010

14

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehdupan. Ia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Ia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketigatiga periuk2 tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur diperiuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir. Ia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.

Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya dimangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya. Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?"

"Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak.

Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Ia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak. Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk meminum kopi. Ia tersenyum ketika minum kopi dengan aromanya yang khas.

Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"

Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masingmasing menunjukkan reaksi yang berbeza. Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah. Cangkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut.

"Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya. "Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan
mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau kopi?"

Renungan Kita:

Bagaimana dengan korang?

Apakah korang adalah lobak yang kelihatannya keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu.

Atau...

Apakah korang adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah korang menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku?

Atau...

Apakah korang adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimal pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat. Jika korang seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, korang akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitar korang juga menjadi semakin baik.

Tanya diri, jawab sendiri!

Isteri Diramas Orang, Kantoi Dengan Suami Sendiri!

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, January 24, 2010

24


Tajuk aje pelik, isinya kelakar. Hahaha=D

Maaf kalau-kalau ada sesiapa yang kecewa...=P

Untuk Orang Yang Ada Otak Sahaja!

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, January 24, 2010

21


Hari ni aku nak tayang satu ujian mudah untuk korang. Korang nampak gambar pompuan kat atas? Nak kata cun, hitam legam! Tapi boleh tahan gak seksinya!!! Haha...

Tapi bukan itu yang aku nak sampaikan, ok. Kalau korang tengok gambar tu, gambar tu telah dianimasikan agar pompuan tu kelihatan berpusing. Jadi, di sini la bermulanya ujian untuk korang. Soalannya, arah mana korang nampak pompuan tu pusing? Adakah:

1) Mengikut arah jam?

Atau...

2) Mengikut arah lawan jam?

Yang sebenarnya gambar ini direka untuk menyimpulkan korang ni lebih menggunakan otak kiri atau otak kanan. Kalau korang nampak gambar tu pusing ikut arah jam, maka korang dikelaskan sebagai manusia yang banyak menggunakan otak sebelah kanan. Kalau lawan jam, korang ni masuk dalam kelompok orang yang banyak guna otak sebelah kiri.

Secara ringkasnya, orang yang guna otak kiri ada ciri-ciri berikut: lebih kepada logik, perancang, suka matematik dan sains, suka pada keadaan yang selamat, cintakan ilmu, lebih kepada realiti, kepakaran dalam perkataan dan bahasa serta sukakan praktikal berbanding teori.

Bagi otak kanan pula: kuat berimiginasi, suka seni, berani ambik risiko, lebih kepada fantasi.

Dan kalau korang ni seorang yang mahir mengawal otak, korang boleh "tukar pandangan" korang terhadap gambar tu. Maknanya, kejap korang nampak pusing ikut jam, pastu nampak arah lawan jam plak.

Aku dah cuba. Aku boleh nampak dua-dua. Tapi yang mula-mula sekali aku nampak ialah ianya berpusing ikut jam. Maknanya, aku ni kuat berfantasi! Hahahaaa...

SELAMAT MENCUBA!!!

Penerbangan Percuma Daripada Allah!!!

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, January 23, 2010

10

Apabila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia), ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.

1. Penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi Al-Jenazah.

2. Bekalan kita bukan lagi sekadar beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat.

3. Baju kita bukan lagi Pierre Cardin, Dunhill, Polo atau setaraf dengannya tetapi hanya kain putih biasa.

4. Pewanginya bukan lagi Channel ataupun One Drop, tetapi air mawar dan cendana.

5. Pasport kita bukan lagi sebagai Malaysia , British atau American, tetapi Al-Islam.

6. Visa kita bukan lagi sekadar untuk 6 bulan, tetapi selama-lamanya .

7. Pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

8. Destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.

9. Ruang menunggunya bukan lagi bilik berpendingin hawa dan permaidani, tetapi hanyalah bilik sempit sedalam 6 kaki yang gelap gelita.

10. Pegawai imegresen bukanlah pihak kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan; bukan Disneyland , Paris atau London tetapi sama ada Syurga atau Neraka.

11. Lapangan terbang transitnya adalah Al-Barzakh.

12. Destinasi terakhir sama ada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

13. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi wang dan harta benda anda tidak akan dihabiskan.

14. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau soal halal haram makanan.

15. Jangan risaukan delay; penerbangan ini sentiasa tepat waktunya. Ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.

16. Jangan bimbang tentang tempahan; ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

17.Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini! Oleh itu bergembiralah selagi boleh. 'Sekiranya' anda boleh la...

Beringatlah!!!

Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'. Nama anda telah pun ditempah untuk penerbangan ini!

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

Kalau Tak Biasa, Maka Biasakanlah Diri Dengan Ucapan "Terima Kasih"

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, January 22, 2010

8

Seperti biasa, hari ni aku ke Masjid Ar-Rahman agak awal untuk menunaikan Solat Jumaat. Dalam 12.30 tengah hari macam tu la... Bukan apa, nak makan gulai kawah yang dijual kat luar masjid tu. Sedap beb! Lagi satu sebab ialah nak dengar tazkirah sebelum khutbah bermula. Masjid ni bagus kat sini la: setiap tazkirah best aje.

Hari ni punya tazkirah ada sentuh pasal berterima kasih. Kata ustaz tu, manusia ni memang lumrah payah nak berterima kasih kepada orang yang berjasa padanya. Kalau nak dibandingkan dengan anjing, anjing tu lebih tahu berterima kasih. Bagi 2 3 ketul tulang, anjing tu akan kenal dan ingat orang tu. Tapi kalau manusia, dari bawah kita tolong, hingga dia berjawatan besar, akhir sekali kita pulak yang dipijaknya!

Ustaz tu ada sebut gak yang manusia ni memang lumrah suka dikenali. Dengan kata lain suka glamour. Bila nak dikenali, manusia ni akan cuba berbuat baik kepada orang di sekelilingnya. Dan bila berbuat baik tu, ustaz tu kata jangan berharap orang akan berterima kasih kepada apa yang kita buat. Kalau kita berharap, sakit jiwa kita! Sebab dah lumrah manusia ni payah nak berterima kasih.

Walau bagaimanapun, sebagai orang yang menerima jasa, kita mestilah membalas perbuatan baik orang kepada kita. Kata ustaz, balas jasa biar secepat mungkin: dengan kata lain on the spot. Kalau tiada apa yang setimpal untuk kita membalas, biar la kita berdoa kepada orang tu. Sebagai contoh, “Moga rezeki ko bertambah-tambah...” Biar orang tu dengar.

Tapi, biarpun nak ucap terima kasih tu payah, kalau ianya dijadikan amalan, lama-lama ia akan jadi satu kebiasaan. Bila dah jadi satu kebiasaan, maka kita pun dengan automatiknya akan selalu mempraktikkan dalam kehidupan seharian kita. Maka, mulai hari ni, selalulah mengucapkan “Terima Kasih”.

Penghargaan:

Terima kasih sebab selalu baca dan komen kat blog ni. Terima kasih...

Pentas Lakonan Itu Adalah Dunia

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, January 21, 2010

18

Hidup kita ini umpama suatu perjalanan cerita atau filem yang mana ada permulaan dan pengakhirannya. Jika kita ingin membuat andaian, dunia ini boleh diibaratkan sebagai pentas lakonan.

Pelakon utamanya ialah manusia dan skripnya adalah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jurugambarnya adalah terdiri daripada para Malaikat di mana Islam menjadi tema ceritanya. Manakala kiamat pula menjadi kesudahan penggambaran cerita.

Apabila tiba hari penganugerahan atas cerita yang dilakonkan, titian sirat itu bakal menjadi karpet merahnya. Tempat penganugerahannya adalah di Padang Mahsyar. Rasulullah SAW adalah "pelakon terbaiknya", Allah SWT sebagai "jurinya" yang Maha Adil. Syurga atau Neraka, itulah trofinya!

Perkara Betul Yang Mungkin Tak Betul Antara Lelaki Dan Perempuan

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Wednesday, January 20, 2010

15

First of all, aku rasa hari ni aku dah mencipta rekod tajuk entry terpanjang yang pernah aku buat. Setakat ni la. In the future whos know right? Maybe lagi berjela daripada yang ni. Haha...

Ok. Kali ni aku nak senaraikan sedikit perbezaan lelaki dan perempuan dari beberapa sudut. Bukan apa, sebagai pengetahuan sahaja. Dan diingatkan di sini, benda-benda ni bukan la seratus peratus betul. Sebabnya manusia ni bermacam ragamnya. Kita bukannya statik.

Apapun, jom ushar:

MATANG

Wanita lebih cepat matang daripada lelaki. Ini saintifik. Menjangkau usia 17 tahun, lagak si gadis seperti wanita dewasa sedangkan pada usia sebegitu, kebanyakan lelaki masih keanak-anakan. Haha. Tapi aku tak la...=p

NICKNAME

Adalah satu kebiasaan menggunakan nama samara untuk e-mel, forum laman web dan juga YM. Wanita lebih gemarkan nama samara yang lembut dan feminin seperti “Lady_Heart”, “Cute_Gal”, dan sebagainya. Apa nama samaran bagi lelaki? “Pembunuh_Bersiri”, “Lanun_Mereng”, “Hang_Kuah” dan banyak lagi nama yang lebih merapu! Aku pun sama gak ni. Hehe...

FUNGSI OTAK

Wanita lebih banyakmenggunakan fungsi otak sebelah kanan berbanding lelaki. Bahagian ini merangkumi komunikasi, sebutan dan daya ingatan. Lelaki pula banyak menggunakan otak sebelah kiri yang merangkumi kemahiran, penyelesaian masalah, membuat andaian dan menguraikan kebuntuan. Tapi tak semua orang la. Macam aku yang kidal ni, aku banyak gunak otak kanan. Tapi tu tak bermakna aku perempuan.

KOMPLEN

Perkara yang kerap dikomplen oleh lelaki tak lain tak bukan ialah pasal wanita; kaum ini selalu cuba untuk mengubah diri mereka. Wanita pula selalu komplen pasal lelaki kerana menganggap golongan Adam ini tidak memahami diri mereka!

TANGANI MASALAH

Wanita lebih mudah migrain 3 kali ganda berbanding lelaki! Kerana mereka ni lebih suka memikirkan masalah dan mencari jalan penyelesaiannya walaupun hal yang remeh-temeh. Lelaki pula akan “melarikan diri”daripada masalah dan tidak mahu dibebani walaupun ia adalah masalah besar. Tapi aku takde la nak lari sangat. Haha...

KECELARUAN GENDER

Wanita yang berlagak tomboy (bukan pengkid) boleh diterima, tapi kalau lelaki yang berlagak lembut (bukan gay atau pondan)... Arghhh!!! Payah nak terima beb!


Catatan Aku:

Korang rasa leh terima tak? Aku terima. Sebab tu la aku post entry ni. Hahahaaa...


Siapa Yang Lebih Bagus?

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Wednesday, January 20, 2010

10

Syeikh Ibnu Khafif ialah seorang ahli sufi dari Parsi. Dia mempunyai dua orang murid yang mempunyai nama yang sama iaitu Ahmad. Untuk memudahkannya, dia memanggil Ahmad Tua untuk yang lebuh tua umurnya dan Ahmad Muda untuk yang lebih kecil. Antara dua kanak-kanak itu, Ibnu Khafif lebih menyayangi Ahmad Muda. Tindakannya ini tidak disenangi murid-murid lain. Mereka beranggapan Ahmad Tua lebih bijak dan berdisiplin berbanding Ahmad Muda.

Ibnu Khafif ingin menunjukkan sesuatu pada mereka. Pada suatu hari, dia membawa murid-muridnya ke rumah. Di hadapan rumahnya, terdapat seekor unta yang sedang tidur.

“Ahmad Tua, ke mari! Angkat unta itu ke atas loteng sekarang,”Ibnu Khafif memberi arahan.

Ahmad Tua garu kepala. “Mustahil, Tuan Guru. Unta itu kan besar. Mana boleh saya angkat sorang-sorang ke atas loteng.”

“Tak apa, cukuplah tu. Ahmad Muda, ke mari!” Ibnu Khafif memanggil Ahmad Muda pula. “Buat sebagaimana yang saya suruh tadi.”

Tanpa berkata apa-apa, Ahmad Muda terus menyingsing lengan baju dan mengetatkan ikatan pinggangnya. Kemudian dia mencangkung ke arah unta yang sedang tidur. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di bawah tubuh unta itu dan…

“Eeergh!!!” Dengan segala kudrat yang ada Ahmad Muda cuba mengangkat unta tersebut. Usahanya sia-sia sahaja. Unta itu sedikit pun tidak bergerak, maklum saja saiz haiwan itu yang besar manakan mampu diangkat oleh seorang kanak-kanak.

“Ahmad Muda. Cukuplah,” Ibnu Khafif menyuruhnya berhenti.

Ahli sufi itu memandang anak-anak muridnya dan berkata, “Kamu dah nampak, kan? Walaupun kamu lihat Ahmad Muda macam lurus bendul, itu tidak bermakna dia bodoh. Dia telah menjalankan tanggungjawab dnegan sedaya upaya walaupun ia kelihatan mustahil. Sedangkan Ahmad Tua hanya memberi alasan dan tidak mahu langsung berusaha. Antara kamu, siapa yang lebih bagus?” tanya Ibnu Khafif kepada mereka.

Pelajar-pelajarnya terdiam. Mulai hari itu, mereka mula menghormati Ahmad Muda.

Sejenak:

Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita seperti Ahmad Muda, ataupun seperti Ahmad Tua? Masing-masing fikir dan nilai diri sendiri...

Cerita Logik

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, January 19, 2010

14

Ada dua orang gadis yang cantik. Salah satu dari mereka cara berfikirnya macam Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logik(L). Suatu hari, mereka berdua berjalan pulang dari tempat kerja melalui jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka pula agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan, tiba-tiba mereka perasan ada seseorang sedang mengekori mereka. Maka terjadilah perbualan seperti berikut:

M : Awak perasan tak ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira tiga puluh lapan minit yang lalu? Aku khuatir dia berniat jahat.

L : Itu sangkaan yang Logik. Aku rasa dia nak merogol kita la...

M : Alamak, dengan kelajuan berjalan kita seperti ini, dijangka 15 minit lagi dia akan berjaya menangkap kita. Aduhai, apa yang harus kita buat?

L : Hanya ada satu cara logik yang harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.

M : Itu tidak banyak membantu laa, peratusan risikonya masih tinggi. Macam mana ni?

L : Bila difikirkan balik, memang tak membantu pun. Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan berjalan lebih cepat.

M : Jadi, apa yang harus kita lakukan? Dengan kelajuan berjalan kita seperti ini dia akan Berjaya menangkap kita dalam tempoh dua minit setengah je lagi...

L : Hmmm... Hanya ada satu langkah logik yang harus kita lakukan. Engkau ikut jalan kiri dan aku ikut jalan kanan.

Kemuadian, kedua-dua gadis itu pun berpisah. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logik (L). Gadis matematik (M) tiba di rumah terlebih dahulu dan dia khuatir akan keselamatan kawannya itu.

Tidak berapa lama kemudian, Gadis Logik (L) datang.

M : Oh, syukur ya Allah! Kawan aku tiba dengan selamat. Macam mana cerita engkau kena ikut oleh lelaki tadi?

L : Yelah, setelah kita berpisah tadi, dia terus mengikuti aku.

M : Ya... Ya... Tapi apa yang terjadi kemudiannya?

L : Sesuai dengan logik aku, aku terus lari sekuat hati. Dan seperti yang dijangka oleh logik akal aku, lelaki itupun lari sekuat tenaga jugak.

M : Dan??? Dan???

L : Sesuai dengan logik, dia berjaya mendekati aku di suatu tempat yang gelap.

M : Jadi, apa yang engkau lakukan?

L : Hanya ada satu logik yang dapat aku lakukan, iaitu mengangkat kain aku tinggi-tinggi sampai nampak seluar dalam.

M : Alamak! Jadik apa yang dilakukan lelaki tadi?

L : Sesuai dengan logik, dia bukak tali pinggang, bukak zip dan londehkan seluarnya...

M : Alamak! Jadi apa yang berlaku seterusnya?

L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kain larinya lebih cepat daripada pada lelaki yang berlari sambil seluarnya terlondeh? Langkah aku besar, tapi dia macam orang yang masuk pertandingan lari dalam guni. Maka akhirnya aku terlepas daripada lelaki itu.

M: Haha... Memang logik!!!

Fikir:

Kadang kala tindakan yang diluar jangkaan sebenarnya adalah suatu tindakan yang kritikal yang mungkin menyelamatkan nyawa kita...

Kadang kala jugak, sesuatu yang nampak seperti tidak logik adalah sesuatu yang logik dilakukan.


Facebook: Kegilaan Ramai, Tapi Bukan Aku

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, January 17, 2010

18


Facebook, suatu fenomena masa kini. Boleh dikatakan semua orang layan benda ni. Katanya Facebook ni bagus; boleh tambah kenalan, bersembang-sembang, bahkan tak mustahil untuk cari jodoh.

Lagipun melalui Facebook ni, atau dengan nama manjanya FB, boleh jadi medium untuk cari rakan lama yang lost contact dulu. Kawan-kawan sekolah rendah zaman 10 tahun lepas pun leh jumpa balik.

Dengan FB gak, persahabatan pun dah dinaik taraf; local kepada global. Maknanya boleh berkawan dengan orang Amerika walaupun tak pernah gi pun Amerika tu. Kawan bukan lagi sekadar orang yang berada di persekitran, tapi meliputi seluruh pelusuk Bumi.

Nampak macam banyak kan pro yang aku sebut tadi? Siapa-siapa yang layan FB memang setuju dengan kenyataan kat atas. Ye la, dah semuanya macam berpihak kepada diorang.

Tapi, di sebalik baiknya FB tu, ada jugak buruknya. Buruk FB yang pertama ialah disebabkan sifatnya yang global, FB ni mudah menjadi medium penyebaran propaganda sesat ataupun salah. Tau Ayah Pin? Ayah Pin ni memang pakar sesatkan orang. Dakyah dia taklah seglobal mana, tapi orang yang terpengaruh dengannya bukan main ramai lagi. Cuba bayangkan kalau ada orang sepakar Ayah Pin ni buat onar melalui FB. Tak ke bahaya tu...

Kedua, FB ni selalu disalah guna untuk memburukkan sesorang yang kita tak suka. Pendek kata FB ni jadi port mengumpat dan fitnah yang berkesan. Contohnya bila sorang laki ni putus dengan kekasih dia, bukan main ringan tangan lagi fitnah bekas kekasih dia kat FB. Kata perempuan ni jalang la, gedik la, dan sebagainya. Pastu siap letak no telefon perempuan tu lagi, siap cakap yang dia sanggup “layan” mana-mana lelaki. Jahanam bukan?

Ketiga, FB ni banyak membazirkan masa. Korang mesti tau kan yang FB ni ada game macam FishVille, FarmVille dan sebagainya. Kawan-kawan aku banyak layan game-game ni. Macam maniac bila main game. Addicted. Tiap hari bukak. Kalau tak bukak, bukan main gelisah lagi. Game tu plak kalau internet punya line lembab, bukan main lama lagi nak loading (kawan aku kata la). Tapi diorang sanggup tunggu. Excited nak tengok ikan yang dibela atau pokok yang ditanam. Adoi…

Begitulah pandangan aku terhadap FB ni. Aku pun ada join FB ni, tapi tak aktif sangat dalam penggunaannya. Itupun disuruh oleh Biotech Club yang mewajibkan semua ahlinya ada FB, senang nak umum apa-apa hal yang berkaitan dengan kelab.

Apapun, baik buruk FB ni bergantung pada orang yang gunanya. Kalau kita guna secara bijaksana, FB ni adalah satu benda yang berfaedah. Pilihan di tangan kita...

Ibarat Genggaman Kera

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Sunday, January 17, 2010

4


Ceritanya adalah seperti berikut:

Di suatu hutan hiduplah sekelompok kera. Pada suatu hari ketika mereka sedang bermain, mereka nampak sebuah balang kaca berleher panjang dan sempit bahagian mulutnya manakala bahagian bawahnya tertanam dalam tanah. Di dalam balang itu ada kacang yang sudah digaul dengan bauan yang disukai kera.

Rupa-rupanya balang itu adalah perangkap yang diletakkan di sana oleh seorang pemburu. Salah seekor kera muda mendekati dan memasukkan tangannya ke dalam balang itu untuk mengambil kacang-kacang tersebut. Tetapi tangannya yang menggenggam kacang tidak dapat dikeluarkan dari balang kerana kepalan tangannya lebih besar berbanding ukuran leher balang itu.

Si kera muda meronta-ronta untuk mengeluarkan tangannya namun tetap gagal. Seekor kera tua menasihati kera muda itu, "Lepaskanlah genggamanmu ke atas kacang-kacang itu! Engkau akan bebas dengan mudah!"

Tapi kera muda itu tidak mengendahkan nasihat itu. Dia tetap berkeras menggenggam kacang yang menjadi punca masalahnya.

Tidak berapa lama setelah itu, datanglah seorang pemburu. Si kera tua memberikan nasihat sekali lagi, "Lepaskanlah genggamanmu sekarang juga supaya engkau selamat!"

Walaupun dalam ketakutan, si monyet kera itu tetap tamakkan kacang. Akhirnya ia ditangkap oleh pemburu dengan begitu sahaja...

Aplikasi Cerita:

Kadang kala kita asyik mengenggam dan tidak melepaskan hal-hal yang sepatutnya kita lepaskan. Ini berkaitan dengan semua hal negatif seperti kuasa, kemarahan, kebencian, iri hati, tamak dan sebagainya.

Dalam pada kita asyik menggenggam dan tidak melepaskan, maka kematian datang 'menangkap' kita. Ketika itu semuanya sudah terlambat.

Bukankah lebih mudah jika kita melepaskan setiap masalah yang ada dan mencorakkan hari esok dengan lebih bijaksana? Bukankah dunia akan menjadi lebih indah jika kita melepaskan genggaman kita dan berkongsi kebahagiaan dengan orang lain?

Semoga Allah merahmati kita semua. Wassalam...

Kena Tindih Atau Sleep Paralysis?

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, January 16, 2010

18

Kena tindih bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu Malaysia ni. Berlambak-lambak orang cerita pasal ni. Tak kira la dalam buku ke, surat kabor ke. Ceritanya lak selalu sangat dikaitkan dengan unsur mistik. Tapi betul ke kena tindih ni disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Kalau buat undi, memang sah jin and the geng yang menang sebab itu la yang paling masyarakat percaya. Tapi tahu tak korang yang fenomena yang dikatakan paranormal ni sebenarnya adalah sesuatu yang normal dan boleh dijelaskan secara saintifik.

Jadi, hari ni aku nak menyingkap pasal fenomena kena tindih: kepercayaan dan kebenarannya.

Selalunya orang ramai terangkan keadaan kena tindih ni seperti tak boleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada dan kadang-kadang tu nampak benda-benda pelik (hantu, makhluk hitam dan sebagainya lah).

Kalau aku tanya siapa-siapa yang baca entry ni, mesti ramai jawab pernah kena. Yakin, 110%!(member baik aku selalu guna ayat ni untuk menegaskan betapa yakinya dia…)

Aku pun, sejujurnya pernah ada pengalaman kena "tindih" ni masa kat matrik dulu. Ada la dalam 2-3 kali jugak... Masa tu aku sedar, boleh bukak mata separuh je... Aku tau aku sedar, tapi takleh gerak. Badan rasa berat sangat, rasa macam ada “sesuatu” tengah landing baik punya atas aku. Dulu aku pikir ni mesti kerja jin and the gang ni.

Tapi sekarang, kesedaran saintifik aku dah diaktifkan untuk melihat sesuatu berdasarkan bukti. Sekarang baru la aku tau kebenarannya. Jadi meh kita ushar sikit fenomena kena tindih atau nama medical nya: “Sleep Paralysis”.

Sleep Paralysis apabila di-Melayukan akan berbunyi “lumpuh waktu tidur”. Maksud atau definisinya ialah keadan yang terdiri daripada lumpuh (paralysis) yang sementara (temporary). Temporary paralysis ni selalu berlaku bila mana kita nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru-baru nak bangun tido (hypnopompic paralysis).

Ok, normal badan manusia bila tido, akan masuk tahap tidur yang nyenyak atau REM (Rapid Eye Movement). Waktu nyenyak ni, bijik mata kita akan gerak-gerak. Seterusnya otak akan bagitau badan kita untuk rehat. Jadi, badan kita kira macam switch off kejap.

Yang sebenar-benarnya, selain badan, otak kita pun memang ada butang switch off sendiri. Ia dipanggil Reticular Activating System (RAS). Bila otak dah switch off badan, dia pun automatik akan switch off RAS ni. Jadi yang tinggal hanyalah automatic function (degupan jantung, bernafas dan lain-lain) je yang on. Kiranya ibarat macam screensaver atau hibernate macam laptop yang korang guna tu.

Apa yang jadi bila kita bangun ialah RAS akan switch on balik. Jadi kita sedar sepenuhnya yang dipanggil fully awake state. Tapi kadang-kadang, electrical signal tak diaktifkan oleh otak untuk switch on balik badan kita. Kiranya badan switch on, tapi otak tak. Maka masa tu la badan kita akan lumpuh seketika sebelum otak switch on kembali. Memang menakutkan tapi benar. Lumpuh tu plak tak semestinya keseluruhana atau complete. Kadang-kadang sebahagian je. Tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tapi badan lain lumpuh dan sebagainya.

Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan halusinasi sama ada dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelikpelik), visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (terasa ada benda sentuh/hempap dan lain-lain).

Sebab-sebab yang boleh menyebabkan sleep paralysis:

1. Tido dalam posisi terlentang terlalu lama.

2. Jadual tido yang tak tentu (irregular sleep clock).

3. Sleep/rest deprivation (tak cukup tido la ni… Penat sangat...)

4. Stress yang banyak kat otak seperti masalah keluarga, kewangan dan blab la bla...

5. Pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba. Contohnya macam biasa dok rumah je, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh basikal... hehe... Ekstrem sangat contoh aku ni...

6. Orang yang ada penyakit narcolepsyba (disebabkan dari tadi aku je bagi info, apa kata korang Google sikit untuk cari apamakna istilah ni. haha)

Jadi jangan lagi kata kena hempap dengan hantu, jin, jembalang atau apa jenis mambang lepas ni. Penat jari aku menulis ni. Ok? Buka la pemikiran korang untuk menerima sesuatu yang nyata sebabnya hidup kita bukannya selalu diselubungi misteri. Bak kata Misteri Nusantara, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..."

Kepada Orang Perempuan:

Kalau korang bangun tido dan tetiba nampak lelaki ajnabi tindih korang, tu bukan Sleep Paralysis! Tu memang jembalang jahanam yang tindih!!!

Jangan baca Kursi sebagai penyelesaian, panggil polis. Tapi kalau dah berkenan panggil aje Tok Kadi!!! Haha=D

Alamak! Kantoi!!!

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, January 15, 2010

4

Sepasang suami isteri yang telah mempunyai 3 orang anak, sedang berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya kepada suami beberapa soalan.

Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?

Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana, anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang pun ada orang yang sediakan nanti.

Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia duduk rumah kita?

Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong macam tu saja, kan?

Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik kita, toilet kita?

Suami : Ya Yang, sebab takkan abang nak buat bilik lain khas untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?

Suami : Ye Yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi orang lain pulak.

Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?

Suami : Terpaksalah Yang. Sebab katil kita tu baru je beli sebulan.

Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?

Suami : Takkan itu abang nak bagi kakak atau adik awak. Jadi, daripada tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?

Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag warna maroon. Kasut dia plak saiz kecil daripada awak, saiz 5. Golf set tak boleh sebab dia kidal, Yang...

Isteri: Aikkk???

Suami: (Dalam hati) Alamak! Kantoii!!!

Pesan Aku:

Jangan curang. Kebenaran akan keluar jugak akhirnya...=)

Jurutera Agung

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, January 14, 2010

2


Aku rasa sesapa pun tak dapat mengelak daripada merasa kagum dengan busut yang dibina oleh anai-anai di atas tanah. Sebabnya busut anai-anai adalah sebuah keajaiban reka bentuk yang kompleks dan dibina setinggi 5-6 meter. Dalam sarang ni plak ada sistem-sistem yang canggih untuk memenuhi keperluan anai-anai yang tidak dapat muncul di bawah pancaran cahaya matahari disebabkan oleh struktur tubuh diorang.

Di dalam busut tu, ada sistem pengudaraan, terusan, bilik-bilik larva, koridor, perkarangan khas kalis kulat, pintu keluar keselamatan, bilik untuk musim panas dan sejuk; ringkasnya, segala-galanya ada. Dengan kata lain, macam-macam ada! Tapi apa yang lebih menarik ialah semua anai-anai yang membina busut ini sebenarnya adalah buta!

Berdasarkan fakta ni, sekiranya korang membandingkan saiz seekor anai-anai dan busutnya, korang dapat lihat bahawa anai-anai telah berjaya membina satu projek kejuteraan yang 300 kali ganda lebih besar daripada tubuhnya.

Anai-anai gak mempunyai satu lagi sifat yang mengagumkan: Kalau korang pecahkan sebuah busut anai-anai kepada dua bahagian pada peringkat pertama pembinaannya, dan kemudian menyatukannya semula selepas beberapa lama, korang akan dapati bahawa semua lorong, terusan dan jalan saling bersilang antara satu sama lain. Anai-anai ini buat kerja diorang seolah-olah dorang tak pernah dipisahkan dan diperintahkan daripada satu tempat.

Begitulah anai-anai. Jurutera kecik molek yang handal!

Kerana Sehelai Bulu Mata...

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, January 13, 2010

4


Diceritakan pada hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia untuk berbuat maksiat.

Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi, sesungguh ia tidak benar. Saya tidak pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," kata Malaikat.

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yang ada. Kemudian dia pun menyanggah, "Mana saksi-saksi yang engkau maksudkan? Di sini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab Malaikat, "Inilah saksi-saksimu..."

Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang."

Disusuli pula dengan telinga, "Saya yang mendengar perkara itu."

Hidung pun tidak ketinggalan untuk berbicara, "Saya yang mencium."

Bibir pun mengaku dengan selambernya, "Saya yang merayu."

Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap."

Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas."

Kaki pula menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari semasa itu."

"Nah! Kalau dibiarkan, kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar Malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuat sanggahan lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam Neraka Jahannam. Dia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Namun segalanya sudah terlambat.

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yang amat lembut datang daripada sehelai bulu mata, "Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini."

Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata."

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah Rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yang dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya daripada ancaman api neraka? Maka, saya, sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan," kata bulu mata dengan panjang lebar.

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan daripada Neraka dan segera dihantar ke Syurga hinggakan penghuni Syurga berkata, "Lihatlah... Hamba Allah ini masuk Syurga kerana pertolongan sehelai bulu mata."

Pengajarannya:

Walau sebesar mana pun kesilapan yang dilakukan, namun jika ada kesedaran dan keinsafan, maka bertaubatlah dengan sepenuh hati. Nescaya Allah akan memberi keampunan kepada orang yang bertaubat.

Bila Dah Terlalu Canggih

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, January 12, 2010

1

Sistem database automatik mengatur kehidupan manusia - Selamat datang ke dunia IT. Berikut adalah rakaman percakapan telefon pesanan Pizza pada tahun 2850.

Operator: Terima kasih kerana anda telah menghubungi Pizza Hot. Boleh saya bantu?

Pelanggan: Hello, saya nak pesan pizza...

Operator: Saya perlukan nombor I/C encik untuk memproses permohonan seterusnya.

Pelanggan: OK, sekejap. Nombornya ialah 160615-08-5331

Operator: Ok Encik Rahmat, berumur 34 tahun. Encik tinggal di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. Nombor telefon rumah ialah 03-77726378 dan nombor pejabat pula ialah 03-51912870 serta nombor telefon bimbit anda ialah 016-6666222. Encik menelefon dari mana?

Pelanggan: Dari rumah. Eh, dari mana kamu tahu semua nombor telefon saya?

Operator: Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.

Pelanggan: Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza. Pakej family.

Operator: Itu bukan idea yang bagus encik.

Pelanggan: Kenapa pulak?

Operator: Dari record perubatan encik, encik memiliki tekanan darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan daripada paras normal.

Pelanggan: Jadi awak cadangkan apa yang sesuai?

Operator: Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee Pizza

Pelanggan: Erm... Macam mana kalau saya tak suka pilihan tu?

Operator: Hmmm... Bukankah minggu lalu encik ada pinjam buku yang berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan negara di Jalan Tun Razak?

Pelanggan: Ok ah. Ikut je la. So, berapa harga pekej family yang saya pesan tadi?

Operator: Jumlah keseluruhan adalah RM80.00. Tapi pakej family kami takkan cukup untuk anak encik yang berjumlah 7 orang...

Pelanggan: Takpe, cukup tu. Ok, saya akan bayar dengan kad Visa saya.

Operator: Owh, saya rasa encik patut bayar tunai sebab had limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu, itupun belum termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah encik.

Pelanggan: Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit sebelum penghantar pizza sampai ke rumah saya.

Operator: Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank, CIMB, AmBank dan Public Bank menunjukkan baki kurang daripada RM1.00

Pelanggan: Cis! Sudahlah! Hantar saja pizza tu, saya bayar tunai kat sini. Berapa lama pizza akan dihantar?

Operator: sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil sendiri dengan motor kapcai encik.

Pelanggan: APA????

Operator: Menurut catatan kami, encik memiliki motor kapcai tahun 2715 dengan nombor pendaftaran BWW2114.

Pelanggan: Cis! Melampau betul! Celaka nak mampus. Siapa bagi buka rekod orang lain sesuka hati ni? Ada yang nak kena belasah ni!!!

Operator: Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan encik dah lupa tarikh 15 Mei 2835? Encik pernah kena tahan lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.

Pelanggan: (Terdiamm....)

Operator: Ada nak tambah yang lain encik?

Pelanggan: Takde... Eh, tapi kalau pesan pakej family ada percuma 2 botol coca cola kan?

Operator: Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada juga mengidap diabetes, jadi kami tidak mahu mengambil sebarang risiko.

Pelanggan: KURANG AJAR!!! BATALKAN SAJA SEMUA!!!

Operator: Terima kasih atas panggilan pesanan encik. Untuk sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi form online pada website kami. Username dan passwordnya tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan... Terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot.

Fikir:

Kemajuan teknologi tak semestinya membawa kebaikan atau keselesaan kepada umat manusia.

Asal Usul Bulan

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, January 11, 2010

4


Dari mana kau datang wahai Bulan?

Para saintis sebenarnya berselisih pendapat tentang asal-usul Bulan ni. Tapi diorang semua bersetuju yang Bulan pada awal kejadian alam tidak berada seperti sekarang. Maknanya, pada suatu masa dahulu, Bumi ni keseorangan tanpa bulan. Malam memang gelap gelita tanpa sinaran Bulan. Kemudian, selepas satu jangka masa, barulah muncul sang Bulan. Tentu pungguk dah lama rindukannya kan? Haha

Terdapat 4 teori tentang asal-usul Bulan ni:

1) Bulan diteorikan pada asalnya adalah sebahagian Bumi. Disebabkan Bumi ni berputar terlalu laju pada awal kejadiannya, ini menyebabkan sebahagian tanah di kawasan Lautan Pasifik sekarang telah terpelanting keluar. Tanah yang terpantul keluar, selepas beberapa jangka masa lama, telah bertukar menjadi sfera lalu menjadi apa yang kita panggil sebagai Bulan.

2) Bulan adalah satelit semula jadi yang terlepas dari planet lain yang terdapat dalam Sistem Suria ini. Ia terlepas dari planet asal dan ketika melintasi bumi, ditarik pula dengan graviti Bumi. Dengan itu maka jadilah Bulan.

3) Kejadian Bulan adalah daripada jasad angkasa lain yang berlanggar dengan Bumi dan menyebabkan sebahagian tanah Bumi terkeluar. Kemudian, tanah yang terpantul keluar bercampur dengan jasad yang melanggar tadi dan membentuk jasad lain yang kita panggil Bulan.

4) Teori keempat pula mengatakan Bulan memang sedia ada dengan Bumi dari awal kejadian namun para kosmologi mengatakan mustahil untuk Bulan terbentuk disebabkan jaraknya yang terlalu dekat dengan Bumi dan kuasa-kuasa tidal yang menarik akibat pusingan Bumi.

Bersyukurlah:

Kalau takde bulan, takde la anak bulan. Kalau takde anak bulan, tak raya la kita. Kalau tak raya, takde la cuti. Kalau tak cuti, memang sah lahtak balik kampung!!!

Tempayan Retak

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Sunday, January 10, 2010

2

Seorang tukang air India memiliki dua tempayan besar, masing-masing digantung pada kedua-dua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya.

Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan yang retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidak sempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari kapasiti yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air, "Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah kapasiti air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana retakan pada sisi. Retakan ini telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi," kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, dia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan esok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang jalan, dan itu membuatkannya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor keluar, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu melihat adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang tidak retak itu? Aku menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu, majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang."

Penyampaian Cerita:

Setiap daripada kita ini memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, kita akan menggunakan kekurangan kita itu untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat.

Ketahuilah, dalam kelemahan, kita menemukan kekuatan.

Jadilah seorang KETUA , bukannya TUAN

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, January 09, 2010

5

Menjadi Ketua ataupun Tuan merupakan sesuatu yang berbeza. Namun kita semua dituntut untuk menjadi Ketua, bukannya Tuan, kerana:

Ketua memberi inspirasi kepada orang bawahan...
Tuan mengerah orang bawahannya!!!

Ketua bergantung kepada semangat muhibah...
Tuan bergantung kepada kuasa!!!

Ketua mencerna kemesraan...
Tuan membangkit ketakutkan!!!

Ketua sentiasa berkata "Kita"...
Tuan sentiasa berkata "Saya"!!!

Ketua menunjuk apa yang salah...
Tuan menunjuk siapa bersalah!!!

Ketua memberitahu cara sesuatu kerja berjalan...
Tuan tahu sesuatu kerja berjalan!!!

Ketua diberi penghormatan...
Tuan menuntut penghormatan!!!




Hakikatnya:

Kita semua adalah Ketua, bukanya Tuan kepada sesiapa.

Bangun Pagi Korek La Hidung

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, January 08, 2010

13


Hadis daripada Abu Hurairah r.a yang bermaksud, "Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur."

(Riwayat Muslim)


Hidung adalah antara anggota istimewa manusia sebab ada satu je bagi semua orang. Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah korang yang hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika aku dan korang semua tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya. Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung, tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain daripada bersugi. Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin.Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.

Cara nak membersihkannya senang je. Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil lalu bersihkanlah lubang hidung korang perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal. Boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat, nanti berbuih pulak lubang hidung tu. Boleh lemas tu brader... Lagipun setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah dan dapat menghidu bau syurga (ni bergantung kepada amalan masing-masing la kan...).

Imbau Kembali:

Teringant filem Seniman Bujang Lapok di mana ada satu diolog yang berbunyi begini, "Walapupun rupamu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku!"

Sebab Pertelingkahan

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, January 07, 2010

10

Mana-mana pertelingkahan, perselisihan faham atau berdebat yang berlarutan, hanya ada 2 sebab saje:

1) Nak betul (nak kemenangan)
2) Nak kebenaran

Nak betul (nak kemenangan):

Mereka yang mahukan diri betul, sebenarnya mereka adalah orang-orang yang rugi. Sebabnya mereka walaupun tahu diri di tempat salah, mereka tetap mahu menganggap diri mereka masih betul. Bak kata pepatah, "Ingin menegakkan benang yang basah."

Mereka ini adalah orang-orang yang suka memanjang-manjangkan cerita dan berpaling-palingkan masalah kepada masalah lain agar kesalahan mereka sebelum ini tidak terlihat lagi. Namun makin mereka cuba menutup kesalahan makin terbongkar kesalahan mereka...


SATU LAGI...

Nak kebenaran:

Mereka yang mahukan kebenaran, sebenarnya mereka adalah orang-orang yang beruntung. Sebabnya mereka tidak kisah jika mereka orang yang salah, dan mereka ingin betulkan kesalahan mereka asalkan mereka lihat kebenaran.

Mereka sedia menyesal dengan perbuatan mereka asalkan mereka ini berada dalam golongan yang benar. Mereka sedia mengaku kesalahan asalkan mereka tidak pula menyesatkan orang lain. Mereka tidak akan menjual akidah mereka hanya kerana harta dunia...


Maka timbullah persoalan di sini:





SIAPAKAH ANDA SELAMA INI???



1) Nak betul (yakni orang-orang yang rugi)
2) Nak kebenaran (iaitu orang-orang yang beruntung)

Si Nafsu Yang Degil

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, January 06, 2010

2

Dalam sebuah kitab karangan Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal.

Maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud, "Wahai akal mengadaplah engkau."

Maka akal pun mengadap ke hadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Wahai akal berbaliklah engkau!".

Lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud, "Wahai akal! Siapakah aku?".

Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Wahai akal, tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud, "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!"

Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyeksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyeksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".

Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Kawan-Kawan:

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Mana Yang Betul?

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, January 05, 2010

3

Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya. Tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan Bahasa Melayu yang kucar kacir.

"Maaf dik... Tumpang tanya, apa betul ini Jalan Pasir?"

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab, "Ha'ah."

Pelancong itu tidak faham perkataan "ha'ah".

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawapannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, tiba-tiba melintas pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya.

"Maaf dik... Tumpang tanya, apa betul nama jalan ini adalah Jalan Pasir?"

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"

Tapi pelancong itu tidak memahami perkataan "benar".

Namun kerana budak remaja itu mengangguk, dia yakin yang jawapannya adalah betul.

Masih lagi dalam kebingungan, melintas pula seorang dewasa. Lalu pelancong itu segera bertanya, "Maaf encik... Saya nak tumpang tanya, apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?"

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."

Akhirnya pelancong itu merasa puas. Tapi masih kebingungan juga. Jadi untuk menghapuskan rasa keraguannya itu dia bertanya lagi, "Saya keliru. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawapannya 'ha'ah'. Lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawapannya 'benar'. Akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"

"Oh, itu maksudnya sama aja. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje. Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah. Dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu.

"Jadi. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana kan?" tanya pelancong lagi.

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "HA'AH!"


Pengajaran Daripada Paku

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, January 04, 2010

10


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah orangnya. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanyalah satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahanmu," jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya daripada memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, di mana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata, "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah walau berapa kali pun kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka yang nampak di mata."

Ingatlah:

Lajak perahu boleh diundur, lajak kata padah akibatnya.
Betullah kata orang, lidah adalah lebih tajam daripada bilah pedang.

Sekecil-Kecil dan Sebesar-Besar Jenayah

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Sunday, January 03, 2010

4

“Sin has many tools, but a lie is the handle which fits them all.”
-Oliver Wendell Holmes, Jr-

Salah satu jenayah yang boleh dikategorikan sebagai sekecil-kecil jenayah dan sebesar-besar jenayah ialah bohong. Dari zaman dulu sampai la hari kiamat nanti, dunia ni akan penuh dengan pembohongan. Pembohongan yang dibuat oleh ramai pembohong. Dan sudah semestinya pembohong yang dimaksudkan ialah spesies manusia!

Manusia mana yang tak pernah bohong? Kecuali golongan anbia yang sememangnya maksum, kiralah sendiri sudah berapa banyak pembohong yang pernah wujud. Banyak tak?

Sebab apa manusia bohong. Ada 2 sebab. Pertama, bohong sebab tak nak sesuatu yang tak dihajati berlaku. Kedua, kerana nak sesuatu yang dihajati berlaku. Mudah je kan sebabnya? Kalau ada sebab-sebab yang lain, ianya hanyalah cabang daripada 2 sebab utama tadi.

Adakah bohong itu sesuatu yang baik? Macam ni la. Orang kata, setiap sesuatu ada pro dan kontranya. Bohong ni pun sama. Cuma kontranya sudah semestinya lebih banyak daripada pro. Bohong kan satu jenis sifat mazmumah. Jadi, ada ke sifat mazmumah yang baik atau bagus untuk kehidupan?

Lu pikir la sendiri...

Lawan kepada bohong semestinya jujur. Jujur kan sifat mahmudah. Sifat terpuji. Sifat baik. Dan sudah menjadi lumrah, yang baik tu la yang payah nak dibuat.

Adoi... Sengal kan?

Tapi walau macam mana pun, kita ni kena la cuba untuk berlaku jujur dalam semua perkara. Tak baik bohong. Walau benda tu pahit untuk ditelan, kita kena la tabah menghadapinya. Bukankah ini yang dikatakan kehidupan?

Fikir:

Bohong tu dosa kan? Tapi orang kata ada bohong sunat. Betul ke ada bohong sunat? Atau kenyataan ni hanyalah bohong semata-mata?