Victoria dan Beckham

Posted by Fiq | Posted in , , , , | Posted on Friday, July 09, 2010

23

David Beckham bukanlah seorang ahli silap mata. Itu David Blaine atau David Cooperfield.

David Beckham juga bukanlah seorang penyanyi. Itu David Archuleta atau David Cook.

David Beckham yang sebenar-benarnya ialah seorang (bekas) pemain bola sepak profesional buat England dan juga merangkap bekas pemain profesional di kelab-kelab ternama (bukan kelab malam ye bang...) seperti Manchester United, Real Madrid dan AC Milan.

Bini si Beckham ni ialah seorang bekas penyanyi kumpulan Spice Girl, iaitu Victoria Adams atau nama popularnya Posh.

Beckham ni semua orang kenal sebab dia ni jugak jadi model. Model seluar dalam. Korang cuba check kat SINI kalau tak caya.

Disebabkan keglamourannya itu, maka dia ni sentiasa menjadi sasaran paparazzi atau jurufoto untuk diambil gambarnya dalam situasi-situasi tertentu. Salah satunya korang boleh tengok di bawah. Mari kita tengok si Victoria yang merajuk dengan mata liar si Beckham. Layan...











Kata Beckham dalam hati:

"Alamak! Masak sendiri la aku malam ni! Ntah hadiah apa pulak aku nak beli nak pujuk hati minah batu ni. Adoi..."

Haha...


Napoleon Bonaparte: Penguasa Eropah Yang Memeluk Islam

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, July 06, 2010

6

Namanya terdapat dalam turutan ke-34 daripada 100 tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah yang ditulis oleh Michael H. Hart, dengan baginda Muhammad bin Abdullah (Rasulullah S.A.W) berada di nombor satu. Beliau merupakan jeneral perang yang sangat hebat menyusun taktik perang dan merupakan pemerintah Perancis yang paling dikenali ramai. Beliau dilihat sebagai seorang yang bercita-cita tinggi dalam menakluk dunia.

Namun sebenarnya kemegahan dan kekuasan dunia masih belum mampu mententeramkan hatiya. Agama yang dianutinya pada ketika waktu itu tidak mampu membuatkan Napoleon Bonaparte berasa tenang dan damai. Akhirnya pada 2 Julai 1798, 23 tahun sebelum kematiannya pada 1821, Napoleon Bonaparte menyatakan ke-Islamannya ketika di Mesir.

Namanya berubah menjadi Aly (Ali) Napoleon Bonaparte.

“Saya membaca Bible. Musa adalah orang yang baik, sedangkan orang Yahudi adalah celaka, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat daripada kisah Lut beserta kedua puterinya? Sains telah menunjukkan bukti kepada kita bahawa bumi bukanlah pusat Sistem Suria, dan ini adalah satu pukulan memalukan kepada agama kita (Kristian). Agama kita selalu berdasarkan kepada perkara-perkara aneh seperti perkara Trinity yang sukar untuk difahami, dan Jesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan, padahal dia adalah keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad. Islam terhindar jauh daripada perkara tahyul seperti yang terdapat dalam agama kita (Kristian). Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang penyembah berhala dan dewa. Dengan yakinnya saya mengaku bahawa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhluk-Nya tanpa pembantu."
(Terjemahan daripada kenyataan asal Napoleon yang dipetik dari Genuine Islam, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura)

Dalam buku yang berjudul Bonaparte et Islarn oleh Cherlifs, Paris, halaman 105, Napoleon Bonaparte pernah berkata sebagai berikut:

"Saya meramalkan bahawa tidak lama lagi semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi akan bersatu untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, kerana hanya Al-Quran itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada jalan kebahagiaan."


Habatnya beliau. Atas hidayah Allah, yang kafir bertukar Islam...

Setelah Award, Tag Pulak...

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, July 05, 2010

8

Cik Tiram beranak dua ni kasi tag pulak kat aku. Rajin betul dia ni ek. Apapun, aku tak nak bebel panjang, korang baca je la tag yang beliau kasi. Hamba jawab ye Cik Tiram...

Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
"Apa yang aku nak merapu letak dalam tag ni ek..." (hahaha)

Apakah nama samaran you all?
Fiq (ni yang paling tersohor di kalangan kelab peminat aku... haha)

Berikan 3 orang yang you all sayang.
Nabi Muhammad SAW, mama aku dan abah aku...

Panggilan untuk Si Dia?
Cik Tiram (erkk?!)

Hadiah yang you all impikan daripada seseorang yang istimewa?
Kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Biar berdarab atau meningkat exponentially. Haha...

Blog mana yang you all suka visit?
Blog yang aku tau alamat URLnya...=)

Tagkan kepada 15 followers.
Dengan kuasa VETO, aku tamatkan di sini. Muahahaha


Selesai sudah kerja hamba wahai Cik Tiram...=)

Pengemis Yang Paling Kreatif Dalam Dunia

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, July 03, 2010

8


Ini macam punya idea pun ada ek? Haha

Nota Kaki:

Brazil kalah semalam. Punah impian nak tengok Brazil pegang piala....=(

Award Daripada Cik Tiram

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, July 01, 2010

5

Erk... Tiram pun boleh bagi award? Haha. Ni Tiram bukan sebarang Tiram. Ni Tiram masuk Uni ni. Haha.

Cik Tiram ni dengan baik hatinya menghulurkan buah tangan (Tiram ni ada tangan 2 ye...) berbentuk award beserta tugasannya sekali. Tapi disebabkan aku ni manusia yang punya ego lebih tinggi daripada Tiram, maka aku dengan sesuka hatinya mengubah tugasan beliau mengikut selera sendiri.

Harap Cik Tiram jangan ambik hati (sebab Tiram takde hati...). Ini dia buah tangan Cik Tiram:


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award...

1. Cik Tiram ni hanya nama samaran beliau. Nama sebenar beliau tidak diketahui. Namun jantinanya dapat dikenalpasti dengan jelas iaitu perempuan.

2. Beliau ni masih muda. Baru nak masuk 21 tahun (kan? kan??).

3. Walaupun masih muda, namun sudah mempunya 2 anak di mana salah satunya telah mati. Nak tahu siapa anak beliau? Pergi la selam sendiri lautan blog Cik Tiram.

4. Aku teka Cik Tiram ni suka warna pink atau purple berdasarkan kepada warna blog beliau. Mungkin sudah bosan dengan warna biru laut agaknya...=D

5. Menurut beliau, beliau ni suka membaca. Harap takde la suka baca semua benda macam jampi serapah atau mantera... Takut pulak bila pikir. Haha

Jot down 5 interesting facts about yourself of your hobbies. (dari 10 aku letak 5, sebab aku ni pemalu sikit nak cerita semua... haha)

1. Aku ni anak sulung dan confirm lelaki.

2. Aku sangat suka tengok movie. Jadi download movie adalah satu hobi aku yang terbaru.

3. Dulu sangat minat bermain catur. Sekarang entah ke mana minat tersebut.

4. Aku ni jenis serius bila serius, kelakar bila kelakar (erkk... aku pun tak paham apa maksud ayat ni...)

5. Seperti Cik Tiram, aku gila komik. Haha...

Picks your 5 most deserving recipients. (ni pun aku taruk 5 jer...)

1. Cik Nabilah

2. Cik Ila

3. Cik Amirah

4. Cik Hasni

5. Cik Dina


S
ELESAI!