skip to main |
skip to sidebar
Posted by
Fiq
|
Posted in
Lawak
|
Posted on
Sunday, May 31, 2009
Tiga lelaki; seorang ahli falsafah, seorang pakar matematik dan seorang pelawak ditangkapatas kesalahan "mengendap itik buat projek…"Lalu hakim berkata “Kamu boleh menanyakan satu soalan kepadaku. Kalau aku dapat menjawab, kamu akan ditahan di penjara. Tapi kalau aku tidak dapat menjawab, kamu akan dibebaskan."Ahli Falsafah mula berkata..“Saya mahukan Yang Arif membawa sebuah buku falsafah yang lengkap dari Socrates. Jika Yang Arif berjaya membawanya, saya rela dihukum…”Lalu Hakim mengarahkan pekerjanya pergi mencari buku yang diperkatakan.. Lalu buku itu diberikan kepada ahli falsafah untuk disahkan.“Ya benar sekali ini lah bukunya Yang Arif…”Lalu Ahli Falsafah dipenjarakan…Kemudian giliran pakar matematik mengajukan pertanyaan…“Cuba jawab 1253x254-45557+(5454x25451) dalam masa 5 saat.”Sambil menekan kalkulator dengan pantas, Hakim memberikan jawapannya, dan ternyata tepat..Lalu Pakar Matematik pun dipenjarakan..Giliran terakhir pergi kepada pelawak..“Berikan saya sebuah kerusi yang mempunyai 7 lubang ditempat duduknya!” kata si pelawak.Apabila kerusi disediakan, pelawak itu duduk dan tiba-tiba melepaskan kentut yang kuat.Lalu dia berdiri dan bertanya kepada Hakim, “Yang Ariff, dari lubang mana kentut saya tadi keluar?”Setelah membelek kerusi dan melihat lubang yang berada tepat dibawah punggung si pelawak tadi, hakim berkata, “Kentutmu keluar dari lubang yang ketiga dari sebelah kanan ini.”“Salah!!! Sebenarnya kentut saya dari lubang punggungku ini !!!”.Pelawak itu kemudian dibebaskan...Hahaha=))
Posted by
Fiq
|
Posted in
Lawak
|
Posted on
Sunday, May 31, 2009
Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina lah bodoh! Apa kena-mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!"
Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu."Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem."Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi."Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg lah bodoh..!" jerit sang pengarah lagi."Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"
Posted by
Fiq
|
Posted in
Coret-Coret
|
Posted on
Sunday, May 31, 2009
Posted by
Fiq
|
Posted in
Artikel,
Teladan
|
Posted on
Sunday, May 31, 2009
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.Masa berlalu... Budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu."Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.Masa berlalu...Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu."Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan.Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu."Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu."Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu."Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu."Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.Mereka berdua menangis kegembiraan.CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT.SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKATREMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAPPOKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA.JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA...
Posted by
Fiq
|
Posted in
Artikel,
Teladan
|
Posted on
Sunday, May 31, 2009
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar lelaki bernama Kiki bertanya pada seorang cikgu bernama Aida yang sedang mengajar. Ketika itu, Cikgu Aida tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.Dialog diantara Kiki dan Cikgu Aida tersebut berbunyi begini :Kiki : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?Cikgu Aida : Oh, kamu nak tahu ke? Emmm... Baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut saja ya... Mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.Kiki : Baiklah... Apa yang saya harus buat?Cikgu Aida : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu dan selepas itu bawa balik ke kelas.Kiki : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.Cikgu Aida : Mana rumput yang cikgu suruh petik?Kiki : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik...Cikgu Aaida : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kitaboleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini,kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. Sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihNya,maka kamulah serugi-rugi manusia...
Posted by
Fiq
|
Posted in
Artikel
|
Posted on
Saturday, May 30, 2009
1) New York City has 11 letters2) Afghanistan has 11 letters.3) Ramsin Yuseb (The terrorist who threatened to destroy the Twin Towers in 1993) has 11 letters.4) George W. Bush has 11 letters.5) The two twin towers make an "11"This could be a mere coincidence, but this gets more interesting:1) New York is the 11th state.2) The first plane crashing against the Twin Towers was flight number 11.3) Flight 11 was carrying 92 passengers. 9 + 2 = 114) Flight 77 which also hit Twin Towers, was carrying 65 passengers. 6+5 = 115) The tragedy was on September 11, or 9/11 as it is now known. 9 + 1+ 1 = 116) The date is equal to the US emergency services telephone number 911. 9 + 1 + 1 = 11.Sheer coincidence..?! Read on and make up your own mind:1) The total number of victims inside all the hijacked planes was 254. 2 + 5 + 4 = 11.2) September 11 is day number 254 of the calendar year. Again 2 + 5 + 4 = 11.3) The Madrid bombing took place on 3/11/2004. 3 + 1 + 1 + 2 + 4 = 11.4) The tragedy of Madrid happened 911 days after the Twin Towers incident.Sheer coincidence..?! Read on and make up your own mind...Now this is where things get totally eerie:The most recognised symbol for the US, after the Stars & Stripes, is the Eagle. The following verse is taken from the Quran, the Islamic holy book:"For it is written that a son of Arabia would awaken a fearsome Eagle. The wrath of the Eagle would be felt throughout the lands of Allah and lo, while some of the people trembled in despair still more rejoiced: for the wrath of the Eagle cleansed the lands of Allah and there was peace."That verse is number 9.11 of the Quran.Still uncovinced about all of this..?!Try this and see how you feel afterwards, it made my hair stand on end:Open Microsoft Word and do the following (TRY THIS FOR REAL)1. Type in capitals Q33 NY. This is the flight number of the first plane to hit one of the Twin Towers.2. Highlight the Q33 NY3. Change the font size to 48.4. Change the actual font to the WINGDINGS 1
SEE IT FOR REAL!!!
Posted by
Fiq
|
Posted in
Artikel
|
Posted on
Saturday, May 30, 2009
Fakta dibawah dgn sendirinya ia menyatakannya secara jelas kecuali kita gagal ‘mendengarnya’. Sebahagian isi diambil daripada ucapan Hafez A.B Mohamed, Pengarah Umum Al-Baraka Bank, Afrika Selatan....Demografi Populasi Yahudi Di Seluruh Dunia...• 7 juta di Amerika • 5 juta di Asia • 2 juta di eropah • 0.1 juta di Afrika Keseluruhan = 14.1 jutaPopulasi Muslim Di Seluruh Dunia....• 1,000 juta di Asia • 400 juta di Afrika • 44 juta di Eropah • 6 juta di Amerika Keseluruhan = 1,500 juta • Setiap 5 populasi manusia di muka bumi bermakna terdapat sorang Muslim (20%) • Setiap org Hindu Terdapat dua Muslim (1:2) • Setiap org Buddha Terdapat dua Muslim (1:2) • Setiap org Yahudi Terdapat 107 Muslim (1:107) • 14 Juta Yahudi lebih berkuasa daripada keseluruhan 1,500 juta Muslim......Mengapa? Berikut adlh beberapa sebab.... fikirkanlah...Sejarah Pendatang Yahudi• Albert Einstein - Yahudi • Sigmund Freud - Yahudi • Karl Marx - Yahudi • Paul Samuelson - Yahudi • Milton Friedman - YahudiPenemuan Perubatan....• Vaccinating Needle - Benjamin Ruben - Yahudi • Polio Vaccine - Jonas Salk - Yahudi • Leukaemeia Drug - Gertrude elion - Yahudi • Hepatitis B - Baruch Blumberg - Yahudi • Syphilis Drug - Paul Ehrlich - Yahudi • Neuro Muscular - Elie Metchnikoff - Yahudi • Endocrinology - Andrew Schally - Yahudi • Cognitive Therapy - Aaron Beck - Yahudi • Contraceptive Pill - Gregory Pincus - Yahudi • Understanding Of Human eye - G. Wald - Yahudi • Embryology - Stanley Cohen - Yahudi • Kidney Dialysis - Wilem Kloffcame - YahudiPemenang Hadiah Nobel....Sejak 105 tahun lepas, 14 juta Yahudi telah memenangi 180 hadiah Nobel manakala 1,500 juta Muslim hanya menang 3 Anugerah Nobel yang kesemuanya warga Mesir.Inovasi Yang Mengubah Sejarah........• Micro-Processing Chip - Stanley Mezor - Yahudi • Nuclear Chain Reactor - Leo Sziland - Yahudi • Optical Fibre Cable - Peter Schultz - Yahudi • Traffic Lights - Charles Adler - Yahudi • Stainless Steel - Benno Strauss - Yahudi • Sound Movies - Isador Kisee - Yahudi • Telephone Microphone - Emile Berliner - Yahudi • Video Tape Recorder - Charles Ginsburg - Yahudi Bisnes Global Berpengaruh................• Polo - Ralph Lauren - Yahudi • Coca Cola - Yahudi • Levi’s Jeans - Levi Strauss - Yahudi • Starbuck’s - Howard Schultz - Yahudi • Google - Sergey Brin - Yahudi • Dell Computers - Michael Dell - Yahudi • Oracle - Larry Ellison - Yahudi • DKNY - Donna Karan - Yahudi • Baskin & Robbins - Irv Robbins - Yahudi • Dunkin Donuts - Bill Rosenberg - YahudiAhli Politik / Intelek Berpengaruh• Henry Kissinger -US Sec of State - Yahudi • Richard Levin - President Of Yale University - Yahudi • Alan Greenspan - US Federal Reserve - Yahudi • Joseph Lieberman - - Yahudi • Madeline Albright -US Sec Of State - Yahudi • Casper Weinberger - US Sec of Defense - Yahudi • Maxim Litvinov - USSR Foreign Minister - Yahudi • David Marshal - Singapore Chief Minister - Yahudi • Isaacs Isaacs - Gov-gen Australia - Yahudi • Benjamin Disraeli - British Stateman - Yahudi • Yevgeny Primakov - Russian PM - Yahudi • Barry Goldwater - US Politician - Yahudi • Jorge Sampaio - Portugal President - Yahudi • Herb Gray - Canadian Deputy PM - Yahudi • Pierre Mendes - French PM - Yahudi • Michael Howard - British Home Sec. - Yahudi • Bruno Kriesky - Austrian Chancellor - Yahudi • Robert Rubin - US Sec of Treasury - YahudiMedia Global Berpengaruh • Wolf Blitzer - CNN - Yahudi • Barbara Walters - ABC News - Yahudi • Eugene Meyer - Washington Post - Yahudi • Henry Grunwald - Time Magazine - Yahudi • Katherine Graham - Washington Post - Yahudi • Joseph Lelyeld - New York Times - Yahudi • Max Frankel - New York Times - YahudiPhilanthropists Global• George Soros - Yahudi • Walter Annenberg - YahudiMengapa Mereka Sangat Berkuasa?Jadi mengapa Muslim tidak berkuasa? Di sini ada beberapa sebab... Kita sudah ketinggalan dari segi kapasiti menghasilkan ilmu. • Di seluruh Negara Islam (57 Negara) terdapat hanya lebih kurang 500 Universiti... • Di US sahaja terdapat 5,758 Universiti.... • Di India sahaja terdapat 8,407 Universiti.... • Hanya ada beberapa Universiti dari Negara Islam yg mendapat Ranking 500 Universiti Terbaik Dunia... • Literasi di Negara Kristian - 90% • Literasi di Negara Islam - 40% • 15 negara Majoriti Kristian mencatatkan Literasi 100% • Tiada Negara Majoriti Muslim mencatatkan Literasi 100% • 98% di Negara Majoriti Kristian berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah. • Hanya 50% di Negara Islam berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah. • 40% di Negara Majoriti Kristian Mendapat pendidikan Universiti. • Di kalangan Muslim terdapat 230 Saintis per sejuta Muslim. • Di US terdapat 5000 Saintis per Sejuta. • Di Dunia Kristian terdapat 1000 Juruteknik per sejuta. • Di seluruh Arab Hanya Terdapat 50 Juruteknik per sejuta. • Negara Islam membelanjakan 0.2% untuk penyelidikan dan pembangunan daripada Keluaran Negara Kasar. • Negara Kristian Membelanjakan 5% daripada Keluaran Negara Kasar untuk Penyelidikan dan Pembangunan.Kesimpulan 1Muslim kekurangan kapasiti untuk menjana ilmu pengetahuan... Jalan lain untuk menguji darjah pengetahuan ialah darjah menyebarkan pengetahuan..... • Pakistan Mempunyai 23 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya • Singapore mempunyai 460 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya • Di UK 2,000 tajuk buku per sejuta • Di Mesir Hanya 17 tajuk buku per sejuta. Kesimpulan 2• Muslim gagal menyebarkan ilmu pengetahuan. • Mengaplikasikan ilmu pengetahuan merupakan satu lagi Ujian • Eksport produk berteknologi tinggi dari Pakistan ialah hanya 0.9%daripada keseluruhan eksport dan Arab Saudi 0.2% manakala Kuwait,Maghribi dan Algeria 0.3% sedangkan Singapore sahaja 68%.Kesimpulan 3• Muslim gagal mengaolikasikan ilmu pengetahuan. • Apa Yang Perlu Disimpulakan? • Tidak perlu dinyatakan kerana statistik dan Fakta di atas dengan jelas menyatakannya kecuali kita gagal mendengarnya. Sama-samalah memberi pendidikan kepada diri sendiri rakan, saudara jauh dan dekat serta anak2 dan menggalakkan pendidikan... jangan berkompromi dalam soal ini dan jgn biarkan anak kite daripada tidak mendapat bimbingan dan galakan dalam pendidikan (dan tolong jangan gunakan kabel (networking), rakan untuk menaikkan anak anda dalam pendidikan demi kebaikan anak... Jika mereka gagal biarkan mereka belajar bagaimana untk lulus... Jika mereka ggl lakukan skarang,mereka akn dpt lakukannya nanti)... Kita adalah Populasi terbesar dunia dan terkuat dan apa yg perlukita lakukan ialah mengenal pasti dan menerokai kekuatan kita. Kejayaan kita adalah ilmu Pengetahuan kita, kreativii kita, literasi kita dan tiada yg lain. Tolonglah Wahai Muslim. Bangunlah… Masih tidak terlalu lambat..... Sementara masa masih ada... Wake up..Nota:Kerana Membudayakan Ilmulah Kaum Yahudi berjaya menakluki dunia...Sayangnya kita kini termasuk diri aku sendiri amat leka terhadap hiburan dan lain2 hingga Yahudi bermaharajalela di dunia ini...Krisis Gaza menyaksikan beribu rakyat Palestin dibunuh.... Marilah kita sama2 membudayakan ilmu sesuai dengan Ayat Pertama Al-Quran, “Iqra’” yakni bacalah yang memberi interprestasi kepada pembudayaan ilmu. Ilmu Suluh Kehidupan!..... KNOWLEDGE IS POWER!
Posted by
Fiq
|
Posted in
|
Posted on
Saturday, May 30, 2009
Assalamualaikum...Fuh... First time buat blog... Hehe...Akhirnya blog yang aku terfikir secara spontan ni berjaya jugak dibuat yek.Sebenarnya aku pun masih bingung lagi apa tujuan aku buat blog ni...Rasanya dah terikut-ikut dengan Raja Petra!Oppss... Isu sensitif ni... HahaTakde lar...Aku tak akan posting benda-benda sensitif.Don't worry about that...Anyway, ini lar posting aku yang first...Kawan-kawan pun takder lagi...So, kalau sesaper yang ade terbaca blog ni (ader ker???) sudi-sudi la jadi my followers atau terus ikuti perkembangan aku yang terkini...Ok lar ekk...Dah tak larat nak tulis (baru tulis sikit dah tak larat.. haih..)Jumpa lain kali lak...HeheWassalam....