Sastera Surat Cinta

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Saturday, November 13, 2010

4

Berikut merupakan surat syahdu seorang lelaki yg telah ditinggalkan oleh pasangannya. Bahasanya: memang tak pernah ada orang terfikir nak buat surat macam ni. Huhu

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurikanostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjah segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.



Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin,kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan.



Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022.



Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan akumenghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.



Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting keruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.



Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipashelikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diriini tidak diperlukan lagi.



Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.



Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua mesti terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku.



Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.



Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's,Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.



Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan.



Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?



Yang ikhlas,

kekasihmu..

P/s: haha

Imaginasi Pelukis: Realiti + Lukisan

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, November 03, 2010

5

Aku ada jumpa pasal seorang pelukis bernama Ben Heine (mula2 ingat Ben-10..hehe). Macam pelukis-pelukis lain, dia ni minat lukis pasal pemandangan, atau "scenery" bak kata omputih. Paling menarik ialah satu siri karya dia yang diberi tajuk "Pencil Vs Camera". Apa tu? Layan gambor-gambor kat bawah ni....















P/S: Dulu minat melukis, sekarang tangan dah keras... huhu

Kepada Isteri...

Posted by Fiq | Posted in , , , , | Posted on Tuesday, November 02, 2010

5


P/S: Baru saja kehilangan sahabat lama, satu sekolah dulu... Al-fatihah untuk arwahyarham Shaiful Mat Isa... Moga rohmu dicucuri rahmat daripada-Nya...

Masih Hidup Lagi Aku Ni...

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, September 29, 2010

7

Assalamualaikum....

Pergh... Lama gile kan blog ni tak berupadate. Dekat 3 bulan tu...
Sekarang dah berupdate... Alhamdulillah=)

Erkk... Chow dulu.

Wassalam

P/s: Punya la lama tak berupdate, tapi bila update kejap gile kan? Haha

Victoria dan Beckham

Posted by Fiq | Posted in , , , , | Posted on Friday, July 09, 2010

23

David Beckham bukanlah seorang ahli silap mata. Itu David Blaine atau David Cooperfield.

David Beckham juga bukanlah seorang penyanyi. Itu David Archuleta atau David Cook.

David Beckham yang sebenar-benarnya ialah seorang (bekas) pemain bola sepak profesional buat England dan juga merangkap bekas pemain profesional di kelab-kelab ternama (bukan kelab malam ye bang...) seperti Manchester United, Real Madrid dan AC Milan.

Bini si Beckham ni ialah seorang bekas penyanyi kumpulan Spice Girl, iaitu Victoria Adams atau nama popularnya Posh.

Beckham ni semua orang kenal sebab dia ni jugak jadi model. Model seluar dalam. Korang cuba check kat SINI kalau tak caya.

Disebabkan keglamourannya itu, maka dia ni sentiasa menjadi sasaran paparazzi atau jurufoto untuk diambil gambarnya dalam situasi-situasi tertentu. Salah satunya korang boleh tengok di bawah. Mari kita tengok si Victoria yang merajuk dengan mata liar si Beckham. Layan...











Kata Beckham dalam hati:

"Alamak! Masak sendiri la aku malam ni! Ntah hadiah apa pulak aku nak beli nak pujuk hati minah batu ni. Adoi..."

Haha...


Napoleon Bonaparte: Penguasa Eropah Yang Memeluk Islam

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, July 06, 2010

6

Namanya terdapat dalam turutan ke-34 daripada 100 tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah yang ditulis oleh Michael H. Hart, dengan baginda Muhammad bin Abdullah (Rasulullah S.A.W) berada di nombor satu. Beliau merupakan jeneral perang yang sangat hebat menyusun taktik perang dan merupakan pemerintah Perancis yang paling dikenali ramai. Beliau dilihat sebagai seorang yang bercita-cita tinggi dalam menakluk dunia.

Namun sebenarnya kemegahan dan kekuasan dunia masih belum mampu mententeramkan hatiya. Agama yang dianutinya pada ketika waktu itu tidak mampu membuatkan Napoleon Bonaparte berasa tenang dan damai. Akhirnya pada 2 Julai 1798, 23 tahun sebelum kematiannya pada 1821, Napoleon Bonaparte menyatakan ke-Islamannya ketika di Mesir.

Namanya berubah menjadi Aly (Ali) Napoleon Bonaparte.

“Saya membaca Bible. Musa adalah orang yang baik, sedangkan orang Yahudi adalah celaka, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat daripada kisah Lut beserta kedua puterinya? Sains telah menunjukkan bukti kepada kita bahawa bumi bukanlah pusat Sistem Suria, dan ini adalah satu pukulan memalukan kepada agama kita (Kristian). Agama kita selalu berdasarkan kepada perkara-perkara aneh seperti perkara Trinity yang sukar untuk difahami, dan Jesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan, padahal dia adalah keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad. Islam terhindar jauh daripada perkara tahyul seperti yang terdapat dalam agama kita (Kristian). Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang penyembah berhala dan dewa. Dengan yakinnya saya mengaku bahawa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan Nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhluk-Nya tanpa pembantu."
(Terjemahan daripada kenyataan asal Napoleon yang dipetik dari Genuine Islam, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura)

Dalam buku yang berjudul Bonaparte et Islarn oleh Cherlifs, Paris, halaman 105, Napoleon Bonaparte pernah berkata sebagai berikut:

"Saya meramalkan bahawa tidak lama lagi semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi akan bersatu untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, kerana hanya Al-Quran itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada jalan kebahagiaan."


Habatnya beliau. Atas hidayah Allah, yang kafir bertukar Islam...

Setelah Award, Tag Pulak...

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, July 05, 2010

8

Cik Tiram beranak dua ni kasi tag pulak kat aku. Rajin betul dia ni ek. Apapun, aku tak nak bebel panjang, korang baca je la tag yang beliau kasi. Hamba jawab ye Cik Tiram...

Apa yang bermain di fikiran anda sekarang?
"Apa yang aku nak merapu letak dalam tag ni ek..." (hahaha)

Apakah nama samaran you all?
Fiq (ni yang paling tersohor di kalangan kelab peminat aku... haha)

Berikan 3 orang yang you all sayang.
Nabi Muhammad SAW, mama aku dan abah aku...

Panggilan untuk Si Dia?
Cik Tiram (erkk?!)

Hadiah yang you all impikan daripada seseorang yang istimewa?
Kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Biar berdarab atau meningkat exponentially. Haha...

Blog mana yang you all suka visit?
Blog yang aku tau alamat URLnya...=)

Tagkan kepada 15 followers.
Dengan kuasa VETO, aku tamatkan di sini. Muahahaha


Selesai sudah kerja hamba wahai Cik Tiram...=)

Pengemis Yang Paling Kreatif Dalam Dunia

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, July 03, 2010

8


Ini macam punya idea pun ada ek? Haha

Nota Kaki:

Brazil kalah semalam. Punah impian nak tengok Brazil pegang piala....=(

Award Daripada Cik Tiram

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, July 01, 2010

5

Erk... Tiram pun boleh bagi award? Haha. Ni Tiram bukan sebarang Tiram. Ni Tiram masuk Uni ni. Haha.

Cik Tiram ni dengan baik hatinya menghulurkan buah tangan (Tiram ni ada tangan 2 ye...) berbentuk award beserta tugasannya sekali. Tapi disebabkan aku ni manusia yang punya ego lebih tinggi daripada Tiram, maka aku dengan sesuka hatinya mengubah tugasan beliau mengikut selera sendiri.

Harap Cik Tiram jangan ambik hati (sebab Tiram takde hati...). Ini dia buah tangan Cik Tiram:


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award...

1. Cik Tiram ni hanya nama samaran beliau. Nama sebenar beliau tidak diketahui. Namun jantinanya dapat dikenalpasti dengan jelas iaitu perempuan.

2. Beliau ni masih muda. Baru nak masuk 21 tahun (kan? kan??).

3. Walaupun masih muda, namun sudah mempunya 2 anak di mana salah satunya telah mati. Nak tahu siapa anak beliau? Pergi la selam sendiri lautan blog Cik Tiram.

4. Aku teka Cik Tiram ni suka warna pink atau purple berdasarkan kepada warna blog beliau. Mungkin sudah bosan dengan warna biru laut agaknya...=D

5. Menurut beliau, beliau ni suka membaca. Harap takde la suka baca semua benda macam jampi serapah atau mantera... Takut pulak bila pikir. Haha

Jot down 5 interesting facts about yourself of your hobbies. (dari 10 aku letak 5, sebab aku ni pemalu sikit nak cerita semua... haha)

1. Aku ni anak sulung dan confirm lelaki.

2. Aku sangat suka tengok movie. Jadi download movie adalah satu hobi aku yang terbaru.

3. Dulu sangat minat bermain catur. Sekarang entah ke mana minat tersebut.

4. Aku ni jenis serius bila serius, kelakar bila kelakar (erkk... aku pun tak paham apa maksud ayat ni...)

5. Seperti Cik Tiram, aku gila komik. Haha...

Picks your 5 most deserving recipients. (ni pun aku taruk 5 jer...)

1. Cik Nabilah

2. Cik Ila

3. Cik Amirah

4. Cik Hasni

5. Cik Dina


S
ELESAI!


Makluman Iblis Kepada Nabi Yahya A.S.

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, June 30, 2010

2

Dalam kitab Ibid halaman 245, Wahab bin Munabbih berkata bahawa iblis pernah menampakkan dirinya di hadapan Nabi Yahya a.s., lalu berkata kepadanya, “Aku ingin menasihatimu...”

Baginda kemudiannya menjawab, “Bohong! Engkau tidak mungkin menasihatiku, tetapi khabarkan kepadaku tentang anak Adam.”

Iblis berkata, “Anak Adam di hadapanku terbagi kepada 3 kumpulan:

1. Kumpulan yang paling berat bagiku iaitu manusia yang tergoda dan terpedaya olehku kemudian beristighfar dan bertaubat, sehingga dia merosakkan seluruh usahaku. Kemudian aku kembali menggoda lagi tanpa kenal erti putus asa dan aku tidak lagi menemui apa yang saya hajati.

2. Kumpulan manusia di tanganku yang bagaikan bola, seperti bola di tangan anak-anak kamu. Aku boleh bermain mengikut kehendakku sehingga mereka tidak banyak menyusahkanku.

3. Kumpulan manusia seperti kamu yang tidak mampu aku goda sama sekali.

Nabi Yahya a.s. lantas berkata, “Apakah kamu mampu menggodaku?”

Iblis menjawab, “Tidak, kecuali sekali saja iaitu pada waktu kamu makan. Aku menggodamu hingga kamu makan lebih banyak daripada yang kamu inginkan lalu kamu tidur di malam itu hingga terlambat dari solat dan (kamu) solat tidak seperti hari biasa.”

Nabi Yahya a.s. berkata, “Sudah pasti mulai sekarang aku tidak akan makan kenyang hingga saat nyawaku yang terakhir.”

Iblis akhirnya berkata, “Kalau begitu aku juga sudah pasti tidak lagi akan menasihati manusia setelah kamu.”

Status Binatang Yang Ketagihan Facebook Bahagian 2

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, June 29, 2010

4

Binatang yang gila Facebook kini kembali lagi. Mari kita lihat apa status-status binatang gian ini di Facebook. Layan...=)

KATAK: Malam ni nak wat konsert la... Dah lama tak hujan ni... Hangat oii!!!

ULAR: Rasa macam nak makan lauk katak la malam ni... Mana nk cari ek?

ANJING: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun tak senang. Hanjeng punya orang!

KUDA: Patah kaki... Penunggang aku bangang, salah timing bila nak lompat pagar. Sekarang rehat kat kandang...=(

KURA-KURA: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi!

SIPUT BABI: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura-kura!

GAGAK: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles...

BURUNG KAKAK TUA: Penat betul nak ubah stigma masyarakat. Walaupun aku spesies Burung Kakak Tua, tapi aku tetap burung JANTAN!!!

BABI HUTAN: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni, kan?

KERA: Semalam girlfriend aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah. Nyum2..=)

TIKUS: Aku makan mee goreng mamak kat Restoran Al Naz. Meh la join sekali.

LALAT: Selalunya asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus...=)

SOTONG: Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut!!!

KUCING: Petang nanti tepat jam 5.00pm, slow2 ngendap ala-ala pink panther, nak curik ikan bawal kepunyaan Kak Lela jiran sebelah. Hehe...

ITIK SERATI: Haha... Lawak2... Ayam serama tu ada hati jalan tersengguk-sengguk... Nak tiru I le tu.. Wekk!!!

IKAN LAGA: Boring seyh duduk sorang-sorang dalam tangki ni. Jom teman aku laga boleh???

IKAN PARANG: Kurang asam punya manusia! Letak gambar aku kat depan bekas keropok!!! Dah la royalti tak bayor!

IKAN JERUNG: Kenapa takde sorang pun nak add/approve aku... Sedih...:-(

IKAN SEPAT: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam... Al Fatihah...

IKAN BILIS: Wah... Ramainya kawan sespesies kita! Tahniah Remy... Ko kawan aku yang ke-5000!


Amacam? Meriah tak Facebook kalau macam ni la punya keadaan? Haha..=D

How To Survive A Day At The Office

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, June 28, 2010

6





Apapun:

Kerja elok-elok. Jangan lakukan benda tak senonoh macam kat atas.
Allah nampak.... (pergh... makan dalam seyh...=D)


Teori Evolusi Manusia

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, June 27, 2010

5

Sapa tak kenal Charles Darwin. Seorang saintis yang membengongkan dirinya dengan mengatakan bahawa manusia tu berevolusi daripada monyet. Dia dengan secara tak langsungnya mengiktirafkan moyangnya sendiri adalah seekor monyet (melainkan dirinya tu bukan manusia).

Walaupun dah sah dan terang bahawa teorinya itu salah, masih ramai lagi orang yang percaya. Agaknya mereka ini juga beruk-beruk yang tak pernah belajar agama agaknya. Apapun, teori itu juga kadang kala digunakan sebagai jenaka dalam penulisan mahupun lukisan.

Hari ni aku nak tunjuk salah satu jenaka berkenaan evolusi manusia. Layan...













Akhir Kata:

Baca boleh. Bergelak boleh. Tapi percaya jangan!

Reason We Should Learn English

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, June 26, 2010

5

One day, Prime Minister of Japan, Naoto Kan, was given some basic English conversation training before he visits Washington and meets President Barack Obama. The instructor told Naoto Kan, “When you shake hand with President Obama, please say ‘How are you?’. Then Mr. Obama should say, ‘I am fine, and you?’. Now, you should say ‘Me too’. Afterwards we, translators, will do the work for you.”

It looks quite simple, but the truth is…

When Naoto Kan met Obama , he mistakenly said ‘Who are you?’ instead of ‘How are you?’.

Mr. Obama was a bit shocked but still managed to react with humor, "Well, I’m Michelle’s husband.. Haha..."

Then Naoto Kan replied, "Me too! Haha..."

Then there was a long silence in the meeting room.........

3 Soalan Dan Jawapan Daripada Seorang Budak

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Friday, June 25, 2010

7

Dikisahkan bahawa pada suatu masa dahulu, ada seorang yang memusuhi Allah. Dia suka mengajukan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama di Baghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan dia semakin menjadi-jadi memperlecehkan Islam.

Pada suatu hari, seorang budak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar sesiapa sahaja untuk menjawab soalannya. Budak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja. Kemudian dia nekad untuk menyahut cabaran lelaki itu dan berjalan ke arah lelaki itu seraya berkata, "Aku sahut cabaranmu."

Lelaki itu ketawa dan memperlecehkan lagi orang-orang Islam sambil berkata, "Budak berumur 10 tahun menyahut cabaranku? Ini sajakah yang mampu kamu ada?"

Budak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya. Dia akan menyahut cabaran lelaki ini dan berkata bahawa dengan pertolongan dan petunjuk Allah, dia akan menundukkan lelaki itu. Lelaki itu akhirnya bersetuju. Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana rapat umum selalu diadakan.

Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia mengajukan soalan pertama, "Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"

Budak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian dia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya dia boleh naik dan menjawab soalan itu. Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata, "Apa? Kau mahu aku turun?"

"Ya!" jawab budak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab, bukan?"

Akhirnya lelaki itu turun dan dengan kakinya yang kecil, maka naiklah budak lelaki itu ke atas bukit. Lalu dia pun berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke aras yang tinggi."

Mendengar jawapan budak itu, orang rama ipun bersorak sambil bertakbir, "Allahuakbar!!!"

Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak serik lalu mengajukan soalan kedua. Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?"

Budak lelaki itupun berfikir. Dia kemudiannya meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang. Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0"

Budak lelaki itupun bertanya, "Apa yang wujud sebelum 0?"

Jawab lelaki itu, "Tak tahu...tiada barangkali..."

Budak lelaki itu pun berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah. Dia kekal abadi."

Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir, "Allahuakbar!!!"

Lelaki itu mula putus asa tetapi tetap meneruskan dengan soalan ketiga, "Ke arah mana Allah menghadap?"

Seperti tadi budak lelak itu pun berfikir sejenak, lalu dia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu dia memberikannya kepada lelaki tadi. Dia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata, "Apa yang kau ingin buktikan?"

Budak lelaki itu pun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?"

Lelaki itu menjawab, "Tentulah ke semua arah."

Budak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana. Tiada tempat pun Dia tiada."

Orang ramai pun bersorak lagi sambil bertakbir, "Allahuakbar!!!"

Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian budak lelaki itu lalu dia memeluk Islam dan belajar dengan budak itu.


Tahukah korang siapa budak lelaki itu?

Beliau adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau ialah Imam Abu Hanifah yang mengasaskan Mazhab Hanafi.

Interesting Moments

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, June 24, 2010

7

Dunia ni memang dipenuhi dengan flora dan fauna yang melata di seluruh pelosok Bumi. Hari ni aku nak pamerkan sedikit sebanyak gambar-gambar fauna a.k.a haiwan yang diambil dalam situasi yang sangat menarik dan sukar untuk dilihat di mana-mana.

Apa lagi, layan je la yer...

























Havie a nice day ahead...=)

Kenali Artis

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, June 23, 2010

11

Hari ini aku nak memperkenalkan serba sedikit kumpulan artis dan artis yang agak lama wujud dalam industri hiburan. Ini hanyalah suka-suka sahaja, nothing personel. Layan...


1. Kumpulan yang berasal dari Bukit Gasing...

KUMPULAN SPIN


2. Kumpulan Orang Asli paling berjaya...

O.A.G (Orang Asli Gombak)


3. Kumpulan yang paling murah menerima bayaran...

SCOIN (pakai syiling jer)


4. Kumpulan Rock yang paling wangi...

MAY (Bau Sabun)


5. Kumpulan Rock paling bahaya...

AMUK


6. Kumpulan Rock yang terdiri daripada bomoh professional...

MANTERRA


7. Kumpulan Rock yang takut mandi pagi...

GIEGIEL


8. Kumpulan Rock yang selalu kena migrain...

HEADWIND


9. Kumpulan yang mudah berpecah...

KRISTAL


10. Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri...

LEFTHANDED


11. Kumpulan yang terdiripada dari pesawah...

PADI


12. Kumpulan yang kejap cantik kejap hodoh...

PRETTY UGLY


13. Kumpulan yang takleh nyanyi kat Eropah...

METALASIA


14. Kumpulan yang boleh lihat tapi takleh pegang...

4U2C


15. Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU'...

TEACHERS PET


16. Kumpulan yang susah nak sakit...

MEDICINE


17. Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur...

DR. KRONIK


18. Kumpulan yang kena samak apabila disentuh...

BLACK DOG BONE


19. Kumpulan yang paling di hormati...

KUMPULAN DEWA


20. Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9...

SWEET SEPTEMBER


21. Kumpulan berani mati...

KAMIKAZE


22. Kumpulan yang selalu gi konvoi...

XPDC


23. Penyanyi yang tak pernah kena speed trap...

MELLY GOESLOW


24. Penyanyi yang sentiasa tua...

TO'KI


Gitu la kiranya. Ada kenal diorang?=p

Insiden Itik

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Tuesday, June 22, 2010

7






Pengajaran:

1. Lintas jalan bukan saja tengok kiri kanan, tapi depan belakang!

2. Mak jangan tinggal anak kat belakang supaya tak hilang dan tak susahkan hati sendiri dan orang lain.

3. Berhati-hatilah setiap masa kerana malang itu tak berbau.

4. Ajal boleh datang bila-bila masa, jadi sentiasalah bertaubat!

5. Ingat sebelum kena, beringat sebelum habis.


Sekian, wassalam.

Pengemis Yahudi Buta Yang Memeluk Islam Kerana Akhlak Rasulullah SAW

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, June 21, 2010

2

Dikisahkan bahawa di sudut pasar Madinah Al-Munawarah, ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari, bila ada orang yang mendekatinya, dia selalu berkata "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad. Dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya, kalian akan dipengaruhinya."

Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah pun, menyuapkan menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Baginda melakukannya hingga menjelang kewafatan baginda. Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari, Saidina Abu Bakar berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"

Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja."

"Apakah itu?" tanya Abu Bakar.

"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.

Keesokan harinya, Abu Bakar pun pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika beliau mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu ?"

Abu Bakar menjawab, "Aku orang yang biasa."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya, setelah itu ia berikan padaku dengan mulutnya sendiri," kata pengemis itu.

Abu Bkar tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad SAW."

Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia..."

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Saidina Abu Bakar.

Akhir Kalam:

Biar orang benci kita, kita jangan benci orang.

Selamat Hari Bapa 2010

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Sunday, June 20, 2010

6


Selamat Hari Bapa diucapkan khas buat abah tercinta:

SAIDI BIN SAAIDIN

Moga dipanjangkan umur, sentiasa dimurahkan rezeki, dan diberkati Allah dunia akhirat.

Terima kasih untuk segala-galanya...=)

High Speed Photography: Capture The Amazing Moments Part 2

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, June 19, 2010

8

Gambar-gambar di bawah adalah sambungan daripada yang hari tu punya. Hari tu tak letak semua sebab banyak sangat...=p

Apapun, layan...