Makluman Iblis Kepada Nabi Yahya A.S.
Posted by Fiq | Posted in Agama | Posted on Wednesday, June 30, 2010
2
Dalam kitab Ibid halaman 245, Wahab bin Munabbih berkata bahawa iblis pernah menampakkan dirinya di hadapan Nabi Yahya a.s., lalu berkata kepadanya, “Aku ingin menasihatimu...”
Baginda kemudiannya menjawab, “Bohong! Engkau tidak mungkin menasihatiku, tetapi khabarkan kepadaku tentang anak Adam.”
Iblis berkata, “Anak Adam di hadapanku terbagi kepada 3 kumpulan:
1. Kumpulan yang paling berat bagiku iaitu manusia yang tergoda dan terpedaya olehku kemudian beristighfar dan bertaubat, sehingga dia merosakkan seluruh usahaku. Kemudian aku kembali menggoda lagi tanpa kenal erti putus asa dan aku tidak lagi menemui apa yang saya hajati.
2. Kumpulan manusia di tanganku yang bagaikan bola, seperti bola di tangan anak-anak kamu. Aku boleh bermain mengikut kehendakku sehingga mereka tidak banyak menyusahkanku.
3. Kumpulan manusia seperti kamu yang tidak mampu aku goda sama sekali.
Nabi Yahya a.s. lantas berkata, “Apakah kamu mampu menggodaku?”
Iblis menjawab, “Tidak, kecuali sekali saja iaitu pada waktu kamu makan. Aku menggodamu hingga kamu makan lebih banyak daripada yang kamu inginkan lalu kamu tidur di malam itu hingga terlambat dari solat dan (kamu) solat tidak seperti hari biasa.”
Nabi Yahya a.s. berkata, “Sudah pasti mulai sekarang aku tidak akan makan kenyang hingga saat nyawaku yang terakhir.”
Iblis akhirnya berkata, “Kalau begitu aku juga sudah pasti tidak lagi akan menasihati manusia setelah kamu.”