Kanak-Kanak Buta Di Sebuah Tangga

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Saturday, June 12, 2010

Alkisahnya, ada seorang kanak-kanak buta duduk di tangga sebuah bangunan dengan sebuah cawan di tangan kanannya. Dia mengangkat satu papan tanda yang berbunyi “Saya buta, tolong bantu.” Juga kelihatan hanya ada beberapa syiling sahaja di dalam cawan tersebut.

Kemudian datang seorang lelaki berjalan melalui kanak-kanak itu. Dia mengambil beberapa wang kertas dari sakunya dan memasukkannya ke dalam cawan yang dipegang kanak-kanak itu. Lelaki itu seterusnya mengambil papan tanda kanak-kanak buta itu dan membalikkannya, lalu menulis beberapa patah perkataan. Dia meletakkan kembali papan tanda itu di bahagian belakang kanak-kanak buta itu agar setiap orang yang lalu-lalang di kawasan itu akan melihat kata-kata yang baru ditulisnya.

Tak beberapa lama kemudian cawan yang pada mulanya hanya mengandungi beberapa keping syiling, sekarang kian berisi. Ramai orang menderma kepada kanak-kanak buta itu. Petang itu lelaki yang telah menukar tulisan pada papan tanda itu lalu lagi. Kanak-kanak itu mengenali bunyi langkah kaki lelaki itu, lalu terus bertanya, “Adakah abang orang yang mengubah tulisan pada papan tanda saya pagi tadi? Apa yang aabang tulis???”

Lelaki itu berkata, “Abang hanya menulis kebenaran. Abang mengatakan apa yang adik katakan, cuma berbeza dengan cara yang adik tulis.”

Apa yang ditulis oleh lelaki itu ialah: “Hari ini adalah hari yang indah tapi saya tidak dapat melihatnya.”

Kedua-dua ayat pada papan tanda itu memberitahu orang ramai bahawa kanak-kanak itu buta. Tapi papan tanda pertama hanya mengatakan bahawa kanak-kanak itu buta. Papan tanda kedua pula mengatakan bahawa orang lain yang lalu-lalng di situ sangat beruntung kerana mereka tidak buta dan dapat melihat dunia ini.


Akhir Kalam:

Bersyukurlah untuk apa yang korang semua miliki. Jadi kreatif. Jadi inovatif. Berfikir secara berbeza dan positif.

Ketika kehidupan memberikan korang 100 alasan untuk menangis, kehidupan sebenarnya masih mempunyai 1000 alasan untuk membuatkan korang tersenyum.

Nikmati hari korang dengan rasa syukur...=)

Comments (8)

erm. sedeyh kowt

huu...sedih.nice story..syukur...:)

touching -_-

=)))

sedihnyaa...huhu n syukur sgt2 dgn nikmat Allah bg sekarang..

very nice story..=)

sedih lah :|

sedihnyee...='(( bersyukur dgn kurniaanNya,Alhamdulillah,bersyukurlh pemberianNya dengan cara mggunakannya ke arah kebaikan..insyaAllah..