Ubat Iblis/Syaitan Yang Cedera Parah

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, June 10, 2010

Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya. Boleh dikatakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.

Walaupun seteruk mana pun penyakit dan patah kakinya,namun ada sejenis ubat yang membantu memulihkan penyakitnya. Kita sebagai umat Islam telah bersimpati dengan nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kepada mereka yang dilaknat.

Dalam buku itu diceritakan bahawa pada suatu hari, bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat Islam yang baru hendak solat di masjid. Apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah.

Tiba-tiba berkumandanglah azan. Maka larilah iblis lintang-pukang sambil terlanggar bukit, pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Lalu iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah ,patah tangan ,kaki dan sebagainya.

Kemudian datanglah bapak mereka dan menyatakan bahawa hanya ada satu saja ubat yang boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah orang Islam dan mencari air kencing orang yang kencing berdiri. Kemudian air kencing itu hendaklah disapukan di tempat yang luka.

Sepantas kilat,mereka mencari orang Islam yang kencing berdiri dan serta-merta penyakit mereka sembuh...

Kesimpulannya, orang kencing berdiri inilah yang menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar . Oleh itu, janganlah korang kencing berdiri!

Comments (9)

thanks bg info

ye ker..apa tajuk kitab itu..

hmm...khususnya org lelaki la kan...huhu...

great info Fiq.. :)

aah,salu nye laki yg wat cenggitu an an..kih3...:P

kpd lelaki, xleh dh guna tndas berdiri..hoho

i know this since i'm a child.. betul tu, jangan kencing diri especially laki..ekeke

waw!!!
siap ada jadual tu..
ni betul2 fanatik la...nasib bek 4 tahun sekali kan..
hmmm..syafiq farhan..
dah dah lama saya tak singgah blog kamo..hehehhe..ok enjoy ur bola ok..kekekeke

waw!!!
siap ada jadual tu..
ni betul2 fanatik la...nasib bek 4 tahun sekali kan..
hmmm..syafiq farhan..
dah dah lama saya tak singgah blog kamo..hehehhe..ok enjoy ur bola ok..kekekeke

khas utk lelaki :)