Wakil Negeri Yang Berumur 10 Tahun

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, June 18, 2010

Dikisahkan bahawa pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah dahulu, terdapat seorang pemerintah yang sangat terkenal dengan sifatnya yang penyantun, adil dan rendah hati. Beliau ialah Khalifah Umar bin Abdul Aziz.

Pada suatu hari, ramai wakil dari tanah jajahannya telah datang mengadap baginda untuk melaporkan keadaan di jajahan masing-masing. Jajahan Hijaz merupakan salah satu daripada jajahan takluk Islam yang terbesar pada masa itu. Pada hari pertemuan wakil-wakil itu, jajahan Hijaz telah menghantar seorang budak sebagai wakilnya.

Setelah semua hadir, maka salah seorang pegawai istana mempersilakan baginda bertitah. Setelah habis bertitah, baginda mempersilakan wakil dari jajahan Hijaz berucap dahulu.
Maka wakil dari jajahan Hijaz itu pun bangun dengan hormat untuk berucap, tetapi apabila baginda ternampak wakil itu bangun untuk berucap, maka Khalifah Umar pun bertanya “Hai, budak biarlah orang tua berucap dahulu.”

Mendengar teguran khalifah itu maka budak itupun menjawab, “Ya, Amirul Mukminin... Sekalian manusia sebenarnya dipandang dari dua perkara iaitu hati dan lidahnya. Maka apabila Allah telah mengurniakan kepada seseorang itu lidah yang petah dan hati yang bijaksana, maka orang itu lebih berhak bersuara. Jika dipandang dari segi umur sahaja, ketahuilah wahai Amirul Mukminin ada orang yang lebih berhak duduk di atas takhta tuanku itu."

Mendengar saja balasan percakapan wakil dari Hijaz itu, baginda amat terkejut kerana kata-katanya amat bernas hingga baginda tersedar akan keterlanjurannya.

“Benar katamu hai wakil yang terhormat. Cakaplah sekarang bagaimana keadaan negerimu?” titah raja itu.Lantas budak itupun meneruskan ucapannya.

“Ya, Amirul Mukminin yang sangat kami muliakan. Kami semua adalah wakil-wakil yang mendapat kebahagiaan dan bukannya kecelakaan. Kami ke mari bukan mengadukan hal negeri kami yang tidak aman tetapi kami ke mari kerana kami telah merasa nikmat keamanan hidup mewah di bawah naungan tuanku yang adil. Kami semua telah memperoleh apa yang kami pohonkan”

Khalifah Umar bin Abdul Aziz berasa takjub melihat kefasihan dan kebijaksanaan budak itu berucap sebagai wakil negerinya. Lalu bagindapun bertanya “Berapakah umurmu hai wakil yang bijaksana?”.

“Sepuluh tahun tuanku...”


Comments (6)

hm, zaman dulu memang ada macam tu, zaman sekrang, nak jmp pn ssh

seorang pemimpin yang bijak sulit untuk ditemukan.

emm..zmn dulu umur muda pon dah penuh ilmu di dada.jgn kata khatam quran,hafal quran pon umor masih muda.
-cerita baguss

great one.. blog nie crite slalu best2... :D

kecik but bijak

org dulu tak sama ngan org skrg