Al-Qur'an: 6,666 Atau 6,236?

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, March 26, 2010

Mesti korang semua pernah dengar yang sesetengah orang, terutamanya golonganMelayu menyatakan dengan yakin bahawa jumlah ayat di dalam Al-Qur'an adalah 6,666. Angka ni memang nampak cantik, manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar.

Tapi, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu adalah benar belaka. Kita hendaklah memeriksa dulu sebelum menerima sesuatu dengan bualat-bulat, apatah lagi kalau ianya berkenaan dengan agama.

Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil kalkulator dan sebuah kitab al-Qur'an. Mula dari Surah Fatihah yang diakhiri dengan nombor 7. Tu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian pegi ke hujung surah ke-2 (Al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan semua angka tu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat Al-Qur'an yang sebenar.

Tapi untuk memeudahkan korang semua, aku sertakan pengiraannya di sini. Berikut adalah satu senarai yang mengandungi surah-surah (menurut nombornya sahaja), jumlah ayat-ayatnya, dan jumlah kesemua ayat di dalam surah-surah itu, atau jumlah kesemua ayat kitab Al-Qur'an yang sebenar:

Surah:

1-5 ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 ) = 789 ayat

6-10 ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684 ayat

11-15 ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 ) = 428 ayat

16-20 ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582 ayat

21-25 ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 ) = 449 ayat

26-30 ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 ) = 537 ayat

31-35 ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 ) = 236 ayat

36-40 ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 ) = 513 ayat

41-45 ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 ) = 292 ayat

46-50 ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 ) = 165 ayat

51-55 ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 ) = 304 ayat

56-60 ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 ) = 184 ayat

61-65 ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 ) = 66 ayat

66-70 ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 ) = 190 ayat

71-75 ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 ) = 172 ayat

76-80 ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 ) = 209 ayat

81-85 ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 ) = 131 ayat

86-90 ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 ) = 112 ayat

91-95 ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 ) = 63 ayat

96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 ) = 51 ayat

101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 ) = 36 ayat

106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 ) = 23 ayat

111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 ) = 20 ayat

-----------------------------------------------------------

Jumlah besar = 6,236 ayat

-----------------------------------------------------------

Maka dapat la kita simpulkan di sini bahawa bilangan ayat di dalam Al-Qur'an adalah 6,236, dan bukannya 6,666 seperti yang dipercayai oleh kebanyakan orang.

Tiap-tiap surah, melainkan surah 9 (At-Taubah), bermula dengan "Bismillah." Akan tetapi hanya Bismillah yang pertama di dalam al-Qur'an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah), dikira sebagai satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di surah lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.

Andai kata bilangan 112 itu ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi 6,348, yang bukan juga sebanyak 6,666 yang keramat tu!

Perbezaan bilangan ayat di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666 adalah 430 dan 318 masing-masing. Beza yang sangat besar. Mana tersimpannya ayat-ayat yang berlebihan itu?

Mungkin terdapat orang yang percaya ada unsur mistik pada nombor 6666 itu. Jika begitu, maka mistik nombor 6666 itu adalah, tiada lain, tetapi hanya karut lagi mengarut. Sebabnya ialah tiada ayat Allah daripada Al-Qur'an yang tersembunyi.

Moga, dengan paparan ini, kita dapat membetulkan mana tanggapan silap kita kepada fakta yang sebetulnya. Al-Qur'an itu panduan hidup kita. Kenali ia, insyaAllah hidup kita sentiasa di landasan yang benar dalam mengecapi nikmat dunia dan mengumpulkan amal untuk mengecapi nikmat Syurga kelak.

Wallahualam...


Comments (7)

hmm...nice n3 fiq...selama ni tak pernh tau pun pasal ni.. ;)

:-)
6666 tu memang bukan jumlah sbnr al-Quran
dah pernah kira sebelum ni
dpt sm y fiq kira n itu memang jumlah ayat al-quran
dalam xm pon
guna yang 6236
not 6666
but nice entry fiq
mgkin rmi lagi kat luar sn yang xtahu

errr konpiusss

emm..entri ni dpt inform ramai org.thnx

ye eh..stahu aku 6666..ustz la yg ckp gitu dulu..thanz for inform

my brother cakap 6666 ni no d****.but, dont know the truth..good info

suka tajuk ni.
thanks. :)