Jarak Antara Dunia dan Akhirat

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Tuesday, March 16, 2010

Jabir bin Abdullah berkata, “Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya pula sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih.

Lalu dia menghampiri Rasulullah SAW dengan berkata, "Assalamualaikum ya Rasulullah, Apakah ertinya dunia itu?"

Maka Rasulullah SAW pun bersabda,"Dunia itu adalah impian orang yang tidur."

Bertanya orang itu lagi, “Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Satu kumpulan manusia yang berada di dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam Neraka Sa’ir.”

Orang itu bertanya lagi, “Apakah Syurga itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini.”

Bertanya orang itu lagi, “Apakah Jahanam itu?”

Maka bersabda Rasulullah SAW, “Jahanam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya.”

Bertanya orang itu lagi, “Siapakah sebaik-baik umat ini?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT.”

Orang itu bertanya lagi, “Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah.”

Orang itu bertanya lagi, “Seberapakah ketentuan taat itu?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah.”

Bertanya orang itu lagi, “Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat?”

Bersabda Rasulullah SAW, “Hanya sekadar memejamkan mata sahaja.”

Jabir melanjutkan ceritanya, “Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu selepas itu.”

Rasulullah SAW bersabda, "Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibrail as, dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."

Bersabda Rasulullah SAW lagi, “Sesungguhnya Allah SWT tidak mencipta makhluknya yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya.”

Renungan:

Dunia ini adalah satu alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya juga akan musnah. Jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal...

Gunakanlah dunia ini untuk kita mengumpul bekalan amal untuk dibawa ke akhirat. Janganlah kita menjadi orang bodoh, sebab orang yang bodoh hanya suka mengejar dunia. Seluruh masa dan tenaganya dihabiskan semata-mata untuk mendapatkan dunia. Jadilah orang yang bijak, insyaAllah Syurga menjadi tempat kita di akhirat kelak...

Wallahualam...


Comments (4)

hanya sekadar memejamkan mata sj...
hemm..renungan di pagi hari

hmm...nice sharing fiq.. ;)

manusia skrg hya mengejar dunia...kdg2 leka n alpa dgn akhirat nti....istifar....

setiap entry fiq..msti ad ilmu y brguna..trima kasih...
biar lah kite seimbang antara mencari dunia dan akhirat...itulah sebaek2 umat...