Bersederhana Dalam Segala Hal Adalah Titik Kejayaan Dalam Semua Perkara

Posted by Fiq | Posted in , , , , | Posted on Friday, March 19, 2010


"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."


Jika perlu MARAH, marahlah...
Tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah...
Tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah...
Tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah...
Tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah...
Tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya...
Tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.




Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah...
Selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.

Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah...
Asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS.

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah...
asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah...
Asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah...
Asalkan jangan sampai MENGUMPAT.

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah...
Asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.



Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta...

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia...

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri...



"Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..."

Comments (4)

terimakasih atas motifasinya

hmm...betul tu...besederhanalah... ;)

fiq memang seorang y sngt bersederhana;--p

fiq, jika kwn2 nak mkn KFC, belanjalah. hahaha