Tugu Peringatan Selepas Mati

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, March 25, 2010

Diceritakan bahawa pada suatu hari, seorang doktor pakar sakit jantung di sebuah hospital terkemuka di sebuah negara yang tak perlu disebutkan namanya telah meninggal dunia. Untuk mengenang jasa doktor itu, keluarganya telah bersepakat dan bersatu teguh untuk membuatkan sebuah tugu peringatan berbentuk jantung dikubur doktor tersebut. Upacara pengebumian berjalan dengan lancar dan tugu jantung juga selamat diletakkan.

Nak jadikan cerita bertambah menarik, sebulan kemudian, seorang doktor pakar mata di hospital yang sama pula yang meninggal dunia. Seperti keluarga mendiang si doktor pakar sakit jantung yang meninggal sebelum ini, ahli keluarga doktor pakar mata juga bersepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikubur doktor itu bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumian beliau juga berjalan dengan lancar dan tugu berjaya diletakkan.

Kali ini, setelah selesai majlis pengebumian doktor pakar mata dan para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih termenung sendirian di pinggir kubur si doktor pakar mata itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

“Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi” kata si doktor itu.

“Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu,” kata lelaki itu.

“Mengapa pula? Mana tahu mungkin saya dapat membantu,” jawab si doktor itu.

“Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengebumian saya nanti...” kata lelaki itu.

“Mengapa pula?” Tanya doktor tersebut.

“Saya sebenarnya seorang doktor pakar penyakit kelamin...” jawab lelaki itu dengan nada perlahan.

"Erkk... Baik jangan fikir!" nasihat doktor itu lalu berlalu pergi.


Comments (2)

hehehehhe...tak dpt nk bygkn mcm mn la rupa tugu peringtn utk doc tu nanti kan..? hehehe.. (^_^)

hahaha...dah agak dh mesti dokter bhgn tuutt..