3 Soalan Dan Jawapan Daripada Seorang Budak

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Friday, June 25, 2010

Dikisahkan bahawa pada suatu masa dahulu, ada seorang yang memusuhi Allah. Dia suka mengajukan tiga soalan dan tiada siapa yang boleh menjawabnya. Bahkan ulama-ulama di Baghdad pun tidak dapat menjawabnya. Ini menyebabkan dia semakin menjadi-jadi memperlecehkan Islam.

Pada suatu hari, seorang budak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun datang dan mendengar cabaran yang dibuat oleh lelaki tersebut. Lelaki ini mencabar sesiapa sahaja untuk menjawab soalannya. Budak lelaki itu diam dan memerhatikan sahaja. Kemudian dia nekad untuk menyahut cabaran lelaki itu dan berjalan ke arah lelaki itu seraya berkata, "Aku sahut cabaranmu."

Lelaki itu ketawa dan memperlecehkan lagi orang-orang Islam sambil berkata, "Budak berumur 10 tahun menyahut cabaranku? Ini sajakah yang mampu kamu ada?"

Budak lelaki itu dengan tenang mengulangi sekali lagi hasratnya. Dia akan menyahut cabaran lelaki ini dan berkata bahawa dengan pertolongan dan petunjuk Allah, dia akan menundukkan lelaki itu. Lelaki itu akhirnya bersetuju. Maka ramailah orang berkumpul di sekeliling bukit kecil di mana rapat umum selalu diadakan.

Maka lelaki yang bongkak itu pun naik ke atas bukit dan dengan suara yang kuat ia mengajukan soalan pertama, "Apa yang sedang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?"

Budak lelaki itu berfikir sejenak dan tak lama kemudian dia meminta lelaki itu turun dari atas bukit supaya dia boleh naik dan menjawab soalan itu. Lelaki itu dengan nada yang agak marah berkata, "Apa? Kau mahu aku turun?"

"Ya!" jawab budak lelaki itu. "Kau hendak aku jawab, bukan?"

Akhirnya lelaki itu turun dan dengan kakinya yang kecil, maka naiklah budak lelaki itu ke atas bukit. Lalu dia pun berkata, "Ya Allah yang Maha Gagah. Engkaulah menjadi saksi di hadapan orang ramai ini. Kau baru sahaja mentakdirkan orang kafir ini turun ke aras yang rendah dan orang yang beriman ke aras yang tinggi."

Mendengar jawapan budak itu, orang rama ipun bersorak sambil bertakbir, "Allahuakbar!!!"

Lelaki itu pun rasa terpukul tetapi masih tidak serik lalu mengajukan soalan kedua. Soalnya, "Apa yang wujud sebelum Tuhan?"

Budak lelaki itupun berfikir. Dia kemudiannya meminta lelaki itu mengira dari 10 ke belakang. Lelaki itu pun mengira, "10, 9 ,8 , 7 , 6, 5, 4, 3, 2, 1,0"

Budak lelaki itupun bertanya, "Apa yang wujud sebelum 0?"

Jawab lelaki itu, "Tak tahu...tiada barangkali..."

Budak lelaki itu pun berkata, "Tepat sekali. Tiada sebelum Allah. Dia kekal abadi."

Orang ramai bersorak lagi sambil bertakbir, "Allahuakbar!!!"

Lelaki itu mula putus asa tetapi tetap meneruskan dengan soalan ketiga, "Ke arah mana Allah menghadap?"

Seperti tadi budak lelak itu pun berfikir sejenak, lalu dia meminta sebatang lilin. Sebatang lilin dibawakan kepadanya lalu dia memberikannya kepada lelaki tadi. Dia meminta lelaki itu menyalakan lilin berkenaan. Lelaki itu menyalakan lilin itu sambil berkata, "Apa yang kau ingin buktikan?"

Budak lelaki itu pun bertanya, "Ke arah manakah cahaya lilin itu memancar?"

Lelaki itu menjawab, "Tentulah ke semua arah."

Budak lelaki itupun berkata, "Kau telah menjawab soalanmu sendiri. Cahaya Allah memancar ke semua arah. Dia ada di mana-mana. Tiada tempat pun Dia tiada."

Orang ramai pun bersorak lagi sambil bertakbir, "Allahuakbar!!!"

Lelaki itu kagum dan hatinya tersentuh dengan kepandaian budak lelaki itu lalu dia memeluk Islam dan belajar dengan budak itu.


Tahukah korang siapa budak lelaki itu?

Beliau adalah salah seorang imam mazhab besar dalam ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau ialah Imam Abu Hanifah yang mengasaskan Mazhab Hanafi.

Comments (7)

ASWJ. sy belaja nih agama form 5 hehe

hurmm..
jwpn yg tak pernah kita fikirkan..
^^

hmm...bijak sungguh budak itu kan..great n3.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH

yup,great n3..like dis..:)

ustazah husna pulak ckp kat dlm masjid atas mimbar.. die tye mana tuhanmu?? xnmpk pown... pastu bdak kecik ckp.. jwapn ade kat diri kamu.. kalu ade soul??(eceh..speaking bdak ni.. hebat!)
org tu kate ade.. then bdak tuh ckp mane jiwe kamu?? xnmpk pown.. :D

fiq...tq tau...ila suka baca blog fiq..informatif...

ada lagi xbudak bijak mcm ni y takdirnya memang untuk memimpin kearah yang benar?