Raja Vs Raja Segala Raja

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Sunday, June 06, 2010

Aku dan korang semua, tahu apa itu Raja. Lagi-lagi Raja Segala Raja, kerana dia mencipta kita, tanpa Dia siapalah kita.

Memang elok kita berada dengan Raja, tetapi kenapa kita mesti biadap sangat dengan Raja Segala Raja? Bukan nak kata derhaka pada Raja, tapi nak ajak jaga hubungan dengan Raja Segala Raja. Hubungan dengan Raja Segala Raja perlu dipelihara, itupun kalau nak masuk Syurga, kalau tak sah sah masuk Neraka.

Aku bukan apa, cuma nak membawa perkara, yang mungkin kita tak sengaja, tapi itulah yang kita kerja. Renung kata-kata, moga dibukakan mata, tengok yang mana tak kena, kita ubah dengan segera!

1. Kita beradab dengan Raja, bila dijemput ke istana, gembira tak terkata... Tapi dengan Raja Segala Raja, orang jemput ke masjid mendengar cerita agama, kita buat 'derk' aja!!!

2. Kita beradab dengan Raja, pakai smart aja, siap tempah khas lagi baju semua... Tapi dengan Raja Segala Raja, solat kita sarung kain pelekat aja, kekadang baju langsung tak ada!!!

3. Kita beradab dengan Raja, esok nak ke istana, malam ni dah bersiap segala... Tapi dengan Raja Segala Raja, nak ke masjid liat saja, malam nak Tahajjud jangan harap la!!!

4. Kita beradab dengan Raja, dia suruh apa pun jua, kita buat tanpa banyak bicara... Tapi dengan Raja Segala Raja, Dia suruh solat pun tak terkerja, kalau buat pun sambil lewa saja!!!

5. Kita beradab dengan Raja, apa dia tak suka kita tak buat kerana takut dikata derhaka... Tapi dengan Raja Segala Raja, kita buat apa saja yang kita suka, tak takut ke masuk api neraka?!!

6. Kita beradab dengan Raja, bila dia ada, diri kita rasa hina... Tapi dengan Raja Segala Raja, mana pernah Dia tak ada dengan kita, tapi masih jugak tak sedar diri kita tu hamba!!!

7. Kita beradab dengan Raja, nak mengadap punyalah takut, rasa longgar segala sendi lutut... Tapi dengan Raja Segala Raja, tak pulak ada takut, tu yang bila solat otak melalut!!!

8. Kita beradab dengan Raja, dipanggil mengadap pun dah rasa bertuah... Tapi dengan Raja Segala Raja, dengar azan saja pun kita menyampah!!!

9. Kita beradap dengan Raja, sanggup menunggu berjam-jam lama sebab nak jumpa... Tapi dengan Raja Segala Raja, solat lima minit pun dah kira lama!!!

Jadi, fikir la:

Mana yang lebih utama? Raja atau Raja Segala Raja?
Tepuk dada tanya selera.
Buat keputusan yang bijaksana, agar bahagia kat dunia, dan juga akhirat di sana...


Comments (3)

Hidup merupakan suatu ramalan yang menjadi kenyataan sendiri; kita selalu dapat apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini; akan tetapi dalam jangka panjang biasanya kita akan memperoleh apa yang kita harapkan; dan semua itu merupakan proses perjalanan doa kita yang selalu kita panjatkan kepada-Nya. Takdir bukan menjadi ketetapan yang baku dari Tuhan, bila kita mau merubahnya. Asalkan kita tidak melakukan suatu pengkhianatan terhadap doa kita sendiri.

Dengan mengenal diri sendiri, seseorang akan sadar dan mengerti tentang kemampuan, karakter, potensi dan kekurangan yang dimiliki di bumi mana ia bertempat serta berdiam diri. Dengan pencapaian kesadaran itu pula, setiap individu yakin akan adanya kekuatan, kekuasaan Maha Besar yang berada jauh dibandingkan dengan dirinya.

Cerahkan hati dengan pancaran sinar Illahi
Tebarkan kedamaian dengan cinta kasih dan kelembutan.
Tetaplah berkarya mengisi kreatifistas dengan pancaran cahaya Illahi
Karyamu tetap dinanti.......

Raja segala Raja yg penting...itu yg membawa kita ke syurga jika kita beramal dan beribadat...raja hanya di dunia...tp raja dan segala raja di dunia dan akhirat.....like this entry...insaf2...

betul tuh..
aku kadang2 pun terasa cmtuh
kalau bab solat lagi la..
pakai pun stakat tutup aurat jer~
kalau org kita biadap dgn raja masuk paper lagik kemain..
tapi yg biadap ngn Raja segala Raja nih xde pe lak~