Selera Unik Orang Jepun Terhadap Ikan
Posted by Fiq | Posted in Fikir, Kehidupan | Posted on Tuesday, June 01, 2010
Buat pengetahuan korang semua, orang Jepun majoritinya sangat suka makan ikan. Ini fakta. Dari ikan sekecil-kecil ikan buntal yang beracun hingga ikan paus yang besar gedabak, semuanya diorang bantai. Tapi ada satu masalah iaitu perairan yang berhampiran dengan kepulauan Jepun ni dah tak banyak ikan yang tinggal sejak berdekad lamanya. Jadi, untuk memenuhi permintaan dan pasaran ikan kat Jepun, bot-bot ikan Jepun mengalami revolusi dari segi saiz, di mana ia menjadi lebih besar serta beroperasi lebih jauh di kawasan laut dalam.
Dan secara tak langsung, lagi jauh nelayan-nelayan Jepun ni pergi menangkap ikan, lagi lama masa yang diambil oleh diorang untuk pulang ke daratan bersama tangkapan. Kalau la trip diorang memakan masa berhari lamanya, pastinya ikan pun dah jadi tak segar. Orang Jepun punya perangai memang tak suka makan ikan yang tak segar. Jadi ini mendatangkan satu lagi masalah.
Untuk menyelesaikan masalah ni, diorang tambahkan peti penyejuk beku ke dalam bot. Dengan penambahan teknologi ni, maka nelayan Jepun boleh berada lebih lama dan lebih jauh di kawasa laut dalam. Tapi, ada lagi satu masalah baru yang perlu diselesaikan. Disebabkan orang Jepun ni terlampau minat makan ikan, maka lidah diorang ni sangat sensitif dengan rasa ikan hinggakan mampu membezakan antara rasa ikan segar dan rasa ikan yang disimpan lama dalam penyejuk. Dan pastinya sifat cerewet diorang menjadikan diorang tak suka rasa ikan lama yang disejuk beku. Akibatnya ikan terpaksa dijual murah dan tidak menguntungkan. Jadi para nelayan perlu mengatasi masalah ini.
Satu penyelesaian yang diorang dapat ialah dengan menambahkan tangki ikan kat dalam bot. Tangki ni diisi air laut dan bagi setiap ikan yang ditangkap, diorang akan terus letak dalam tangki ni. Sebab ada air, ikan-ikan tu boleh la bernafas dan bergerak-gerak di celahan himpunan ikan di dalam tangki tu. Lama kelamaan ikan-ikan tu jadi letih dan tak bergerak, tapi tetap hidup.
Walau bagaimanapun, orang Jepun ni masih lagi dapat rasa perbezaan rasanya. Ikan-ikan tu dah tak bergerak berhari lamanya sebelum tiba di daratan untuk dijual, jadi ia telah pun hilang rasa ikan segar. Ini yang orang Jepun tak suka.
Jadi macam mana penyelesaiannya?
Apa yang orang Jepun buat senang aje. Diorang masih lagi meletakkan ikan yang ditangkap di dalam tangki, tapi kali ni diorang tambah jerung-jerung kecil. Jerung yang diletakkan akan mengejar dan makan beberapa ekor ikan yang ada, tapi kebanyakannya berjaya melarikan diri. Keadaan ini menjadikan ikan yang ditangkap sentiasa bergerak untuk menyelamatkan diri daripada jerung, sekaligus mengekalkan rasa segar ikan sebagaimana yang diingini oleh orang Jepun.
Sebab aku nak korang berfikir pengajaran di sebaliknya. Kita tengok, orang Jepun punya matlamat sangat tinggi. Diorang berusaha bersungguh-sungguh dengan pelbagai cara untuk mencapai matlamat tu.
Kita juga dah tengok orang Jepun berjaya membawa pulang ikan yang hidup dengan adanya tangki di dalam bot diorang. Tapi ikan-ikan tu tak rasa sesegar ikan yang baru ditangkap. Jadi diorang cabar ikan-ikan tu dengan meletakkan jerung.
Kehidupan manusia pun begitu. Kita perlukan cabaran untuk hidup. Kalau tak, kita akan sentiasa relaks dan hidup kita statik. Tiada “thrill” kata orang.
Kita juga tak boleh berputus asa. Usaha sampai dapat patut dijadikan slogan hidup.
Satu lagi, cuba korang letak “jerung” dalam tangki kehidupan korang. Mari kita tengok berapa jauh korang boleh pergi...

Kenapa aku cerita pasal orang Jepun dan ikan ini?

erm
pengajran yang sangat unik dan menarik
sedang cuba untuk meletakkan jerung dalam kehidupan saya:-)
hmm...org2 jepun mmg sangat kreatif..
jgn mudah berpuas hati dgn apa yg kita ada sekarang.. :)
i kekurangan kesukaan keikanan :DD
Nak letak jerung jugak neh...ehheh...usaha tangga kejayaan...
orang jepun memang bagus.
sebab tu leh maju.
:D
orang jepun yang kreatif..padanlah mereka maju...kita masih dengan kisah mat jenin
wow, entri yang sangat bagus. ada pengajaran. kalau kita susah, cuba cari jalan untuk mengatasinya. jangan putus asa. tq=)