Di Manakah Air?

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Tuesday, May 25, 2010



Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbual di tepi sebatang sungai. Kata si ayah kepada anaknya, “Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini. Tanpa air, kita semua akan mati.”

Pada waktu yang sama, seekor ikan kecil terdengar percakapan itu dari bawah permukaan air. Ikan kecil itu terus menjadi gelisah dan ingin tahu apakah itu “air”, yang didengarnya begitu penting dalam kehidupan ini.

Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai. Setiap ikan yang ditemuinya akan ditanyakan satu soalan yang sama, “Hai, tahukah kamu di mana air? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati.”

Tetapi semua ikan menjawab tidak mengetahui di manakah air itu. Si ikan kecil menjadi semakin gelisah, lalu ia berenang menuju ke mata air untuk bertemu dengan ikan sepat yang tua lagi bijaksana dan berpengalaman.

Si ikan kecil ini bertanya kepada ikan sepat itu, “Dimanakah air? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati.”

“Tak usah gelisah anakku. Air itu berada mengelilingimu, sehingga kamu sendiri tidak menyedari kehadirannya. Betul, tanpa air kita akan mati,” jawab si ikan sepat.

Manusia itu sendiri kadang kala mengalami situasi yang sama seperti si ikan kecil: Mencari-cari kehidupan dan kebahagian, sedangkan dia sendiri sedang menjalaninya, bahkan kebahagian itu sentiasa bersamanya hingga dia sendiri tidak menyedarinya...

Comments (5)

nice story! ^_^

bersungguh2 ikan kecik 2 cari jwpn..
rajin..=)

thx fiq. aku sangat tersentap baca cerita ringkas ni...

betul, kadang2 kita rasa kita tak bahagia..kita mencari kebahagiaan yg ada kat orang lain...

tapi sebenarnya ada org lain yang dambakan kebahagiaan yg kita ada...

adat dlm kehidupan manusia...tidak pernah puas dgn apa yg dia ada..

great n3,,, :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KELEDEK MANIS

aha, sebenarnya kita bahagia tapi xsedar...