Post Mortem Arnab

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, May 13, 2010

Salam.............

Seperti biasa, sampai aje aku ni kat kandang arnab, perkara pertama yang dilakukan ialah mencuci kandang dan juga memberi makan. Tapi hari ni ada tambahan kerja iaitu bagi arnab mengawan. Kalau semalam hanya didemokan, hari ini kena buat sendiri. Banyak jugak.

Lepas kerja tu selesai, kitorang jumpa plak 1 ekor arnab yang mati. Jadi ketua unit kitorang pun kata nak demokan post mortem arnab. Apa lagi, aku dengan member pun seronok la kan. Belajar benda baru... Huhu

Mula-mula ketua unit kitorang, Puan Norzie namanya, suruh kitorang basahkan bulu arnab sementara dia pergi ambik alat-alat bedah. Kitorang pun apa lagi, beramai-ramai la basahkan arnab yang mati tu.

Itu la kitorang bersama arnab yang mati......=)


Sempat lagi main gigi arnab. Ada 4 batang......


Kemudian Puan Norzie pun sampai la dengan kotak berisi alat bedahnya. Kata Puan Norzie, nak buat post mortem, belahnya kena mula dari mulut.

Ini la caranya. Guna gunting dulu, pastu baru pakai pisau.


Makin lama belahnya makin ke bawah.....


Akhirnya, semua organ dalaman dah terdedah.....


Lepas belah, kitorang ambik sampel organ dan masukkan ke dalam beg plastik.


Yang sebelah kiri tu hati, yang kana plak peparu.


Ini la contoh sampel (trakea) yang dimasukkan ke dalam beg plastik.


Ini uterus arnab. Betina rupanya arnab ni yer... (padahal dah tau bila baca rekod...haha)

Kesimpulan yang dapat aku buat, buat post mortem ni tak la susah sangat kalau dah mahir ilmu anatomi arnab. Aku pernah belah tikus, dan apa yang aku dapati anatomi arnab dan tikus lebih kurang aje. Cuma saiz aje lebih besar.

Untuk esoknya pulak, kitorang diberitahu akan ditunjukkan teknik Artificial Insemination (AI) untuk arnab. Huhu

Ok la. Setakat tu dulu. Nak mandi dan pegi makan pulak.

Wassalam..............

Comments (8)

wah...mcm siang ayam lk...huhu...

menarik....(^_^)

jelesnya..
untung r dapat bedah arnab.
nak jugakkkk

siannya arnab tersebut :(
dah la lawa ..

baru arnab..

belom tengok yang manusia punye..

haizzz..

alamak..ila xleh tgk...coz kesian la...

haha. tringt bedah tikus tym m3x dlu! :P skrg sy dah x bedah2 menatang.. inject ubat ade la. ngeh.

geli la..

btw nampak best kan..

x ngerike masa arnab tu kena belah