Seminggu Di Unit Arnab...
Posted by Fiq | Posted in Aku, Coret-Coret, Pengalaman | Posted on Thursday, May 20, 2010
Assalamualaikum................
Pertama sekali aku nak minta maaf la kat korang sebab lama tak update. Bukan apa, internet kat tempat aku ni ada masalah sikit. Jadi terpaksa la aku menunggu lama untuk membuat post yang baru. Huhu...
Sebenarnya, latihan aku di Unit Arnab telah pun tamat pada minggu lepas. Minggu ni aku dah berpindah ke Unit Kuda. Sebab aku dah tak pergi ke Unit Arnab lagi, jadi hari ni aku nak bawak korang semua tengok apa yang telah aku buat sepanjang aku berada di Unit Arnab. Jom...=)
Mamat hensem berbaju biru itu ialah aku. Yang lagi 3 tu member aku yang juga dari UM. Kitorang memang dah pakat nak buat Latihan Industri kat tempat yang sama. Haha...
Yang ini plak contoh sangkar arnab dari dekat. Setiap sangkar hanya mengandungi satu ekor arnab dewasa.
Kotak kayu yang besar tu dipanggil kotak anak. Kotak ni memang disediakan untuk arnab sebelum arnab tu melahirkan anak dan dibiarkan di sangkar tu sehingga la anak arnab tu cukup dewasa untuk dipisahkan daripada ibunya.
Apa yang aku tengah buat ialah perkara pertama dalam pengurusan kandang arnab iaitu mencuci najis yang bertaburan kat lantai tu. Bukan susah pun nak cuci. Guna paip je. Hehe...
Ha. Ini la cara arnab tu mengawan. Paling kelakar bila jer habis mengawan, arnab jantan kat belakang tu akan tumbang ke tepi. Comel giler. Haha...
Ini plak proses tangging, iaitu proses meletakkan nombor tag kat telinga. Bukan apa, nak memudahkan proses merekod data.
Ni aku tengah ambik sampel darah arnab. Susah giler nak ambik. Salah cucuk darah memancut. Kadang-kadang tu arnab tu meronta giler-gilernye. Dia punya kuku tajam, jadi bila dia meronta tu alamat senang la nak dapat luka kat tangan. Huhu...
Rasanya itu jer kot yang dapat aku kongsikan dengan korang sepanjang aku di Unit Arnab. Nanti ada masa aku cerita plak pasal Unit Kuda plak. Ok?
waaa bestnya..
banyak gak sangkar nak kena cuci,fiq dh pakar mencuci..hehe
comel la baby arnab..bak 1
wee..bestnyer...
teringt ms buat praktikal dulu...kiteorg buat kt zoo melaka..jg makanan untk haiwan..tp tkde la buat mcm fiq..ambil darah bagai....just handelkan penugurusan makanan jer..nama pun budak managemnt...naik lori..ikut petugas zoo round 1 zoo..agih2kn mkanan..huhu... :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
MAKANAN COMEL
wallaweh! enjoy la jaga arnab..
pernah bela arnab banyak2 dulu. heee =)