Institut Veterinar Malaysia dan Aku

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Wednesday, May 12, 2010

Assalamualaikum.......

Pertama sekali, aku minta maaf sebab semalam aku janji nak cerita pasal pengalaman baru aku menjalani Latihan Industri. Tapi semalam internet ada masalah sikit, jadi tak dapat la aku nak sampaikan kepada korang. Jadi, hari ni aku cerita la kepada korang ye... Huhu

Sebenarnya, untuk cuti semester ini, aku telah mendaftar diri untuk menjalani latihan industri di Institut Veterinar Malaysia (IVM) Kluang, Johor. Ikut jadual, aku kena buat latihan ni selama 7 minggu. Untuk minggu pertama ni, aku dan beberapa rakan-rakan aku ditugaskan di Unit Arnab.

Unit Arnab ni merupakan satu-satunya unit yang menempatkan haiwan rodensia di IVM. Kat sini ada 2 kandang arnab yang utama. Unit ni bela 3 baka tulin untuk dikacukkan antara satu sama lain bagi menghasilkan baka baru.

Hari pertama aku kat sini, iaitu hari Isnin hari tu, aku tak buat apa-apa pun. Cuma dengar penerangan ringkas aje. Start hari kedua, aku dan rakan-rakan aku dah kena mula buat kerja. Perkara pertama yang kitaorang kena buat ialah pengurusan kandang.

Pengurusan kandang yang kitaorang kena buat termasuklah mencuci najis kat lantai, tukar air minuman arnab, buat bancuhan air vitamin, beri makan dan juga pengurusan arnab yang baru lahir. Masa ketua unit tu bagi penerangan, nampak macam kerja senang aje, tapi bila dah buat baru tau macam mana situasi sebenarnya. Sampai lencun baju beb, mandi air peluh! Itu semua kitaorang kena buat tiap-tiap pagi sepanjang minggu ni.

Kat sebelah petang plak, kitaorang belajar teknik "Flamming" iaitu bakar bulu arnab yang melekat kat sangkar. Sambil-sambil tu, kitaorang kena basuh palong makanan arnab suapaya palong tu bersih bila kitorang bagi makanan esok pagi.

Hari ni punya kerja pun sama macam semalam: cuci kandang, bagi minum dan bagi makan. Cuma hari ni kitaorang belajar satu benda baru iaitu proses pembiakan arnab secara semula jadi. Proses dia senang aje. Ambil betina yang dikenalpasti dah "on heat" atau dalam tahap bersedia untuk membiak, kemudian masukkan ke dalam sangkar jantan. Lepas aje diorang mengawan, keluarkan balik betina tu dan letak balik dalam sangkar asalnya. Senangkan?

Yang menariknya dalam proses mengawan tu ialah lepas je si jantan masukkan air maninya ke dalam organ pembiakan si betina, si jantan tu akan tumbang ke lantai sangkar. Tabiat ni menyenangkan kita untuk mengetahui sama ada si jantan tu berjaya melepaskan air mani ke dalam organ pembiakan si betina ataupun tak.

Itu je apa yang aku buat setakat ni. Esoknya tak tau la apa plak benda baru yang akan kitaorang belajar. Yang pastinya, setakat ni aku rasa best buat latihan industri kat sini sebab memang kena dengan jiwa aku. Rasa macam dah nak bukak ladang arnab je bila keluar nanti. Haha..

Ok la. Berhenti dulu. Lain masa aku cerita lagi. Sekian=)

Comments (8)

hrumm,,,menarik gak tu...

next time fiq attach kn la gambar sekali...sure bertmbh best... ;)

wohooooo..kalo bab pembiakan hang mang suka noooo~

bestnya..
pernah p institut veterinar kat perak,best gak

nak tanya, lama xarnab tu mengawan?..knp si jantan tumbangkan badannya?

nk tnye, kalo kat u amek ko laen tp nnt nk keje jd vet bley x? huhu

This comment has been removed by the author.

instutd vet kluang tu mmg bezt giler... aman n tenteram agat,,, uhuhuhuh...
kalu nk jdy vet ambik la dvm kat upm.. x pun kat umk...

tumpang tanya, daftar camne eh? ada link tak? :) tq

hai... nak tanya... ivm, latihan industri ada sediakan tempat tinggal tak? ke kena cari rumah sewa? terima kasih :)