Sebutir Pasir Di Kaki: Analogi Untuk Direnungkan

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Sunday, May 09, 2010

Salam...=)


Satu soalan sebagai mukadimah cerita: Siapa di antara kemu semua yang sedang membaca blog ini yang kenal akan Sir Edmund Hillary? Kenal? Tidak?

Ini la Sir Edmund Hillary masa muda remaja...

Tidak mengapa kalau tidak kenal. Dia bukanlah sesiapa melainkan seorang manusia macam kamu semua juga. Cuma dia ni telah mencipta sejarah sebagai manusia pertama yang berjaya menakluk Gunung Everest yang merangkap gunung yang tertinggi di dunia. Kalau bukan dia yang buat, mungkin aku atau salah seorang daripada kamu semua pulak yang buat. Haha.

Disebabkan pencapaian beliau itu, maka beliau menjadi seorang yang terkenal dan sering kali menghadiri temubual untuk majalah, surat khabar mahupun untuk siaran melalui media elektronik. Dan dalam salah satu sidang media yang beliau hadiri, ada sorang wartawan bertanya apakah perkara yang paling menakutkan beliau sebagai seorang pendaki gunung dan sebagai seorang pengembara.

Sir Edmund Hillary berkata beliau tidak gentar dengan binatang buas, jurang yang dalam, ataupun padang pasir yang luas serta kontang, tetapi beliau begitu takut dengan sebutir pasir yang melekat di celah-celah jari kaki.

Semua wartwan tercengang. Apa ke pelik punya jawapan. Sebutir pasir bukanlah sesuatu yang menggerunkan wahai si penawan gunung!



Sir Edmund Hillary melihat reaksi wartawan dengan senyuman. Beliau kemudiannya menerangkan bahawa sebutir pasir sebenarnya merupakan petanda awal malapetaka besar yang bakal berlaku kepada si pengembara. Katanya, pasir di celahan jari boleh menyusup ke dalam kuku tanpa kita sedari. Ia boleh menyebabkan luka kecil yang kita sendiri tidak rasa. Lama-kelaman, luka yang kecil itu akan mendatangkan jangkitan dan merebak menjadi luka yang lebih parah. Dan pada ketika kita menyedari luka itu ada di kaki, ia sudah terlambat. Pada akhirnya, kita sendiri yang perlu diusung.

Katanya lagi, binatang buas tidak perlu digeruni kerana secara semula jadinya binatang itu sendiri yang takut dan akan menjauhi manusia. Jurang mahupun padang pasir tidak perlu digeruni kerana kita sudah pasti membuat persiapan untuk mengharunginya. Tapi tidak bagi sebutir pasir di kaki kerana kita cenderung untuk mengabaikan kehadirannya...


Mari kita fikir akan kata-kata beliau.


Kalau kita renungkan, apa yang dikatakan beliau itu sama halnya dengan orang yang mengabaikan dosa-dosa kecil. Orang yang melakukan dosa-dosa kecil menganggap itu semua hanyalah dosa yang kecil dan tidaklah sampai menghumbankan mereka ke neraka. Lagipun dosa kecil ni senang untuk dihapuskan.

Kerana anggapan itu, mereka akan sering melakukan dosa-dosa kecil sehingga ianya menjadi suatu kebiasaan. Kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Dosa yang dulunya kecil bila dah bertimbun, maka jadilah dosa besar. Dan dosa besar yang asalnya hanyalah dosa kecil inilah tanpa kita sedari akhir bakal menghumbankan kita ke dalam neraka kelak.

Sebab itulah junjungan kita Nabi Muhammad SAW sendiri mengingatkan kita agar berhati-hati dengan dosa-dosa kecil yang dibuat dan juga tidak mengabaikan amalan-amalan yang dibuat walau sekecil mana pun. Oleh itu wahai kamu semua, termasuk diri aku, sentiasa beringat dalam setiap apa jua yang kita lakukan.

Moga kita semua diberikan rahmat dan menerima nikmat syurga-Nya kelak... Amin.


Comments (3)

nice analogi.
dosa2 kecil ni la yang akan mendorong kita melakukan dosa yang lebih besar.

dosa2 kecil..klu dikumpulkan akan mnjadi dosa besar....
disebabkan dosa kecil...kite lalai...moga entry kamu mnjadi peringatan utk smua...bgitu juga sy...amin...

something to share

http://nooneknowzz.blogspot.com/2010/05/sunshine-square.html