3 Hari, 2 Nafas, 2 Pilihan, 2 Tempat
Posted by Fiq | Posted in Agama, Fikir, Kehidupan, Renungan | Posted on Sunday, November 15, 2009
HIDUP KITA CUMA DALAM 3 HARI
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah...
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan...
Esok ~ Hari yang belum pasti...
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua...Semalam ~ Sudah menjadi sejarah...
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan...
Esok ~ Hari yang belum pasti...
HIDUP KITA CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik...
Nafas Turun...
Hargailah nafas naik kerana udara yang disedut adalah pemberian ALlah secara percuma dan carilah keredhaan-Nya dalam menggunakannya...Nafas Naik...
Nafas Turun...
Bertaubatlah dalam nafas turun kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini...
HIDUP KITA CUMA ADA 2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah...
Hidup dalam kemurkaan Allah...
Hidup dalam keredhaan Allah...
Hidup dalam kemurkaan Allah...
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT
Kekal di dalam neraka...
Kekal di dalam syurga...
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada Rukun Iman...Kekal di dalam neraka...
Kekal di dalam syurga...
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia...
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha hebat...
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan Rukun Islam yang 5 itu dan puncaknya adalah solat...
Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke syurga tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass...
Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengepos sepucuk surat tanpa melekatkan setem...
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya, lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian...
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:
Dia mungkin didenda...
Atau...
Suratnya masuk tong sampah!!!
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang ALlah kurniakan kepada kita???Dia mungkin didenda...
Atau...
Suratnya masuk tong sampah!!!
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati-Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada ALlah dalam keadaan jiwa yang tenang, lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai...
Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa...
Di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah SWT!!!
Di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah SWT!!!
bertaubat...bykkan beramal ibadat..sebab kita x tau bile ajal kite...
terasa diri ini hamba yg betul3 lemah..:(