Kisah Sebuah Jam

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Sunday, November 22, 2009


Alkisah, seorang pembuat jam berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana aku sanggup.”

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” tanya si pembuat jam.

“Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ni?” jawab jam penuh keraguan.

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” cadang si pembuat jam.

“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sangat tu...” tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam, “Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik hanya satu kali setiap detik?”

“Oh, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali setahun atau 86,400 sehari atau 3,600 sejam!!!

Intipati Pengajaran:

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Malah yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

Segalanya bermula di minda. Kita adalah apa yang kita fikirkan...

Comments (3)

alah bisa tegal biasa
btl2
sgalanya di minda
kita adalah apa y kita fikirkan?
sama ke dgn kata -kata Rene descartes
i think,therefore i am..

Hasni ~ wah2 cik hasni... ni dikatakan banyak membaca banyak ilmu...=)

bila kita dah bertekad nak buat yg terbaik, kita sendiri terkejut dgn keupayaan kita,.