Fiq Mengarut Sebentar Sebelum Test Plant Breeding Pukul 12 PM

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, March 18, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai si pembaca sekalian alam (alam mana lagi yang ada Fiq oii selain Alam Dunia yang baca blog ko ni!).

Hari ni, aku nak canang kat semua orang yang malam ni ada Biotech Club Annual Dinner 2009/10 di suatu kawasan bernama Sunway. Malam ni, semua budak biotech UM (yang bayar saja ye) akan menikmati steamboat yang lazat sehingga menjilat mangkuk (for sure not mangkuk jamban or mangkuk ayun!).

Aku selaku AJK kecilan yang terlibat serba sedikit dalam dinner ni amat berbesar hati, pankreas, usus dan juga perut jika semua budak biotech pergi, terutamanya CIK HASNI... Haha...

Ok, cukup pasal dinner. Cerita panjang-panjang pun korang bukan paham atau nak ambil tau, kan??? Haha...

Tadi, masa dalam kelas, lecturer aku ada sentuh pasal Piala Dunia atau dunia lebih mengenalinya sebagai FIFA World Cup. Dalam sejarah Piala Dunia, hanya 7 aje negara yang pernah bergelar juara dan dalam tujuh tu, takde satu pun dari benua Asia (sedangkan Asia la benua paling besar!).

Kemuadian lecturer aku sentuh pasal pencapaian sukan Malaysia. Kita juara ranking dalam badminton dan skuash, iaitu dalam kategori individu. Bagaimana pula dengan sukan berpasukan seperti boa sepak, hoki dan lain-lain? Hancus!!!

Statement lecturer aku yang paling menarik, "Nampaknya orang Malaysia tak bagus dalam kerja berkumpulan..."

Ok. Sekian dulu. Aku nak study. Kejap lagi ada test.

Wassalam...

Comments (5)

hmm...ayt2 dari lectr fiq tu memang menarik..

"Nampaknya orang Malaysia tak bagus dalam kerja berkumpulan..."

kena belajar dari wonderpets dulu gak nyer...

" Apa y penting..? kerjasama...!!" hehhe..

good luck fiq utk test and selamat makan sampai kenyang..(^_^)

such a good info.

good luck awk! :)

wei,siap letak link tu
mcm mau lastik sj budak fiq ni
xpala korang bergembira la yer kat dinner tu

ngeh3....g study dulu.....huuhu....gd luck..