Keajaiban Tubuh Manusia - Seks Dan Pembiakan

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, March 20, 2010

Sebut saja seks, macam-macam timbul dalam benak, terutamnya bagi golongan berotak kuning. Lagipun bagi kat banyak tempat di dunia ni, Malaysia contohnya, perihal seks adalah sesuatu yang tabo. Ia adalah sesuatu yang pantang diperkatakan secara terbuka.

Tapi kalau buat secara terbuka boleh pulak! Generasi hari ini, walaupun tidak semua dan hanya sebilangan kecil, tidak malu dan tidak berasa berdosa melakukan maksiat seperti seks bebas. Diorang ni jenis yang tak tahu menghargai nikmat seks yang sepatutnya dinikmati secara halal melalui ikatan perkahwinan.

Lupakan tentang itu. Di sini aku nak berkongsi serba sedikit perihal dunia pembiakan manusia yang mungkin tidak diketahui oleh orang kebanyakan.







1. Statistik menunjukkan bahawa setiap hari, 120 juta hubungan seks akan berlaku kat bumi. Dalam banyak-banyak spesies, spesies manusia merupakan antara spesies yang mudah membiak. Justeru tidak menjadi satu perkara pelik kalau kadar kelahiran sentiasa aje meningkat dengan statistik yang menunjukkan 4% daripada poplasi manusia di seluruh dunia mengadakan hubungan seks setiap hari.

2. Sel yang paling besar dalam badan manusia ialah ovum dan sel yang paling kecil ialah sperma. Nak tengok saiz ovum, ambik pen dan buat satu titik atas kertas! Kerana diameter ovum lebih kurang 1 mm, jadi boleh dilihat seperti satu titik noktah pada pandangan mata kasar.

3. Kajian menunjukkan 3 perkara yang paling kerap dimimpikan oleh wanita mengandung pada 3 bulan pertama umur kandungannya ialah katak, cacing dan pokok dalam pasu! Hormon ketika mengandung boleh menyebabkan perubahan mood yang drastik; kejap baik, kejap tidak. Selain 3 benda ni, wanita mengandung gak kerap bermimpi tentang air.

4. Gigi kita mula nak tumbuh 6 bulan sebelum kita dilahirkan. Sesetengah bayi ada yang dilahir terus ada gigi. Secara statistikya, 1 daripada 2000 bayi yang baru dilahirkan mempunyai gigi.

5. Bayi yang dilahirkan selalunya bermata biru. Warna mata bergantung kepada warisan genetik daripada ibu bapa, tapi kebanyakan bayi dilahirkan dengan mata biru. Sebabnya adalah kerana pigmen melanin. Selalunya, pigmen melanin bagi mata bayi memerlukan masa untuk dibentuk sepenuhnya selepas bayi dilahirkan. Bila dah dibentuk sepenuhnya, barulah warna mata yang sebenar terhasil.

6. Jika dibandingkan dengan jisim yang sama, bayi lebih kuat daripada lembu jantan dewasa! Untuk saiz yang sebegitu kecil, bayi manusia dikurnaiakan dengan sepasang kaki yang kuat. Jadi berjaga-jaga dengan flying kick bayi!

7. Fetus membentuk cap jari pada usia 3 bulan. Menakjubkan sebab ia takkan berubah sepanjang hayat manusia dan merupakan antara perkara terakhir yang hilang selepas manusia mati.

8. Setiap manusia pernah menghabiskan masa selama 30 minit dalam keadaan 1 sel. Setiap kehidupan mesti ada permulaan hayatnya dan manusia sebenarnya memulakan hayatnya ketika sperma bercantum dengan ovum.

9. Bagi kebanyakan lelaki, ereksi berlaku dalam setiap jam ketika sedar dan setiap setengah jam ketika tidur. Kombinasi sistem peredaran darah dan penghasilan hormon testoteron menyebabkan ereksi ketika tidur. Ia adalah normal dan penting sebagai sebahagian daripada fas tidur REM (Rapid Eye Movement).






Kalau nak dikutkan ada banyak lagi maklumat dalam bab pembiakan manusia ni. Tapi rasanya korang lebih pandai daripada aku dalam ilmu ni. Jadi, tak perlu la aku senarai banyak sangat. Haha...=D

Apapun, enjoy hujung minggu korang...

Wassalam...




Comments (6)

hmm...nice n3..

nnti nk g tnya pada my mom...btul ke ms dia mengandung..dia mimpi bnda2 pelik tu..hehe.. ;)

erm
napa anak mataku berubh menjadi hitam
biarlah biru
owh owh

dasyat tue bayi lg kuat dr lembu jantan...hehehe...takut laa nk dekat ngan baby..nnti dye sepak..abis terpelanting...hihihi

ingatkan melanin kat kulit ja kat mata pon ada..

saya lahir terus pandai baca..ok2 tipu...umur 2 tahun..he3

ohhh baru ila tahu...ovum sel paling besar eh....;-)