Malaikat Penjaga Manusia

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, March 12, 2010

Setiap manusia ada 2 malaikat yang sentiasa bersamanya. Di kiri dan kanan manusia, itulah posisi mereka. Tugas mereka adalah mencatat segala amalan dan maksiat yang dilakukan manusia. Dan hakikatnya, malaikat yang di sebelah kanan adalah lebih berkuasa daripada yang di sebelah kiri.

Lumrah manusia, ada yang kita buat itu adalah amal dan ada juga yang dibuat itu dosa. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, ada menyebutkan bahawa apabila seseorang manusia itu melakukan dosa, maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan, "Apakah yang harus aku catit?"

Maka kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catitkan dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam?!"

Sedarlah:

Begitulah rahmat Allah kepada hamba-Nya. Buat baik diberi ganjaran, buat jahat diberi peluang. In memmbuktikan bahawa kasih sayang-Nya kepada hamba-Nya melimpah ruah tiada terbatas.

Cuma... Hanya hamba-Nya saja yang lalai dan leka...


Comments (5)

hmm...kasihnya Allah pada hamba-hamba Nya kan..nice... ;)

terkesan di hati.tq

sesungguhnya ALLAH itu maha pemurah kan..

insafnya...begitu besar kasih sayang yang diberi oleh Allah SWT...

tq menyedarkan rahmat ALLAH yg sgt luas. tp dari mana sandaran kenyataan/cerita ini...? hadith? sohih? riwayat siapa?