Keajaiban Tubuh Manusia - Otot Dan Tulang

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, March 13, 2010

Setiap binaan memerlukan sokongan. Tiada rumah yang dibuat tanpa tiang. Badan manusia pun macam rumah jugak. Cuma sokongan kita bukanlah tiang tapi tulang. Tulang saja pula masih tidak cukup. Oleh itu, kita ada sokongan tambahan daripada otot.

Otot dan tulang membolehkan kita melompat, berlari mahupun baring-baring atas katil. Pendek kata 2 benda ni banyak membantu kita menjalankan aktiviti harian. Jadi di sini, aku nak kongsikan perkara berkaitan otot dan tulang dengan korang.







1. 17 otot digunakan untuk senyum dan 43 otot digunakan untuk bermasam muka. Jadi, kalau tak nak cepat letih, sentiasa la senyum yer...

2. Ketika bayi, kita semua dilahirkan dengan 300 tulang. Tapi bila aje kita meningkat dewasa, angka tu dah berkurang kepada 206 tulang. Sebabnya ialah ketika bayi, kebanyakkan tulang adalah terdiri daripada bahagian-bahagian kecil yang masih belum bergabung antara satu sama lain. Ni untuk memudahkan bayi dilahirkan. Bila dah makin dewasa, tulang-tulang tadi ada yang bergabung dan berpadu.

3. Kita ni sebenarnya adalah 1cm lebih tinggi pada waktu pagi daripada waktu petang. Sebabnya ialah tulang rawan dan bendalir di sekitar sendi akan termampat oleh aktiviti harian seperti berdiri, duduk dan lain-lain aktiviti. Jadi, kita akan pendek sedikit pada waktu petang atau malam berbanding dengan waktu pagi.

4. Otot paling kuat kat badan ialah lidah. Memang la korang tak boleh nak buat push up dengan lidah, tapi jika dibuat perbanding dalam saiz, ternyata lidah lebih kuat daripada otot badan yang lain dalam saiz yang sama.

5. Tulang paling keras ialah tulang rahang. Bahagian ni adalah bahagian yang paling payah dipatahkan dalam badan manusia dan sangat tahan lama.

6. Setiapa langkah kaki korang akan memerlukan kerjasama 200 otot yang berkaitan agar ianya bergerak sempurna. Sehari, kita biasanya berjalan sebanyak 10, 000 langkah. Jadi bayangkan la berapa banyak kerja yang otot kita lakukan!

7. Gigi adalah satu-satunya bahagian badan manusia yang takkan pulih secara sendirinya. Lapisan luar gigi kita dipanggil enamel. Enamel ni bukanlah tisu hidup, sebab tu la gigi tak boleh pulih secara sendiri. Maka perkhidmatan doktor gigi adalah penting.

8. Tulang secara kasarnya adalah lebih kuat daripada sesetengah besi. Tapi ni tak bermakna tulang tu tak boleh patah beb! Tulang ni sebenarnya kurang tumpat berbanding besi. Tapi jika dibanding dengan berat yang sama pada suatu skala, tulang sebenarnya lebih kuat daripadbesi!

9. Kaki kita mempunyai tulang suku daripada jumlah seluruh tulang dalam badan. Maknanya tulang kat kaki sekurang-kurangnya berjumlah 52 patah tulang.





Hargailah otot dan tulang kita=)


Comments (5)

punuh dgn info..tpi tak boring baca coz ditulis dgn cara santai..best.. keep it up.. ;)

wohoooo ... lidah kuat?
ngehehehhe ... jgn kuat mencarut dah.
hahahahha. nice info beb


>>___<<

patut laa klu masam jerr lagi penat drpd trsenyum...jd selalu2 laa tersenyum...hehehe

maari kita senyum:-)

hehhe..tulang ila pnh patah tau..huh..nak semyum selalu la gtu...;-)