"Woman Without Her Man Is Nothing"

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Tuesday, March 23, 2010

Cerita ini berlaku di sebuah universiti di Malaysia. Untuk dijadikan cerita, pada suatu hari yang indah dan permai, seorang profesor yang mengajar subjek Psikologi Manusia masuk ke dewan kuliahnya seperti biasa untuk mengajar. Tapi, hari ini beliau melakukan sesuatu yang agak luar bisasa sedikit.

Masuk aje dalam dewan kuliah, beliau terus menulis di papan putih. Hanya sebaris ayat sahaja yang ditulisnya, yang berbunyi, "Woman without her man is nothing". Beliau kemudian mengarahkan para pelajarnya meletakkan tanda baca yang sesuai pada ayat yang ditulisnya untuk menghasilkan sebaris ayat yang mempunyai intonasi dan penekanan bacaan yang lebih kuat.

Beberapa lama kemudian, dia memanggil seorang pelajar lelaki untuk meletakkan tanda baca yang sesuai pada ayat di papan putih itu. Pelajar lelaki itu pun tampil ke hadapan dan setelah merenung-renung ayat itu, dia meletakkan tanda bacaan yang tertentu hingga ayat itu dapat dibaca seperti berikut:

"Woman, without her man, is nothing!"

Jawapan pelajar lelaki itu mendapat sorakan semua pelajar lelaki lain di dalam dewan kuliah tersebut. Dengan bangganya pelajar itu kembali duduk dan di tempatnya dan sorakan masih lagi berterusan.

Kemudian tampil pula seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian, dengan penuh yakinnya dia memadam tanda bacaan yang diletakkan oleh pelajar lelaki sebelumnya dan meletakkan tanda bacaaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:

"Woman! Without her, man is nothing!"

Seluruh dewan kuliah kemudiannya menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata tertumpu kepada profesor.

"Well", kata profesor itu."You can be what you want to be..."

Fikir:

Kata-kata "You can be what you want to be..." membawa maksud yang mendalam. Daripada perkataan yang sama, kita boleh membuat sesuatu menjadi lemah atau sebaliknya.

"Woman, without her man, is nothing!" bila dibaca dengan selamba membawa maksud wanita ni tidak berguna tanpa lelaki di sisinya.

"Woman! Without her, man is nothing!" pulak menggambar situasi sebaliknya di mana tanpa wanita, lelaki itu tidak berguna.

Benda yang sama boleh membawa perbezaan bergantung kepada cara kita memandangnya...

Comments (7)

hmm...betul tu..pokok pangkal semuanya bergantung pada kita..apa yg kita fikirkan... ;)

sesungguhnya...lelaki n perempuan saling memerlukan di antara 1 sama lain.. ;)

nice and beautiful article.From now onwards i will be following your blog

ayat yg sama dgn cara penyampaian yg berbeza mengikut pemikiran masing2

Kita adalah apa yang kita fikirkan...segalanya terkandung dalam pemikiran.

Best. =)

kisah yg memberi mesej yg penting.
good job. (:

boleh x mcm ni
hasni!without her, sidia is nothning!!haha
macam kejam gila ayat ni

my lect pun penah suh wat ni.hehe...
A woman; without her, man is nothing!...huhu