Keajaiban Tubuh Manusia - Penuaan Dan Kematian

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, March 06, 2010

Daripada muda hingga ke tua, penuaan adalah sesuatu yang pasti dan tidak boleh dielakkan. Ia adalah sesuatu yang pasti bagi mereka yang berumur panjang. Kulit yang cekang menjadi kedut, rambut yang hitam menjadi putih, badan yang sihat dan kuat menjadi lemah dan berpenyakit... Itulah kesan penuaan.

Dan sudah semestinya bila sebut tua, automaik mati pun turut disebut. Dah macam pasangan bahagia. Di mana ada tua, di situ juga kematian menghampiri, walaupun sebenarnya mati tu tak kira umur...

Untuk siri kali ni, meh kita baca serba sedikit tentang tua dan mati...




1. Berat abu mayat yang telah dibakar secara puratanya ialah 4.1 kg. Sebenarnya bahagian yang menjadi penyumbang terbesar kepada berat badan ialah air dalam setiap sel kita ni. Jadi bila dibakar, air dan sebahagian besar daripada tisu manusia musnah, lalu meninggalkan sebilangan kecil sisa sahaja.

2. Selepas kita mati, kuku dan rambut akan berhenti memanjang. Tapi ia akan kekal lebih lama berbanding sebahagian besar anggota badan yang lain selepas kita mati.

3. Dalam usia mencecah 60 tahun, kebanyakan orang akan hilang sebagaian besar daripada tunas rasa kat lidah. Oleh itu, jangan percaya sangat dengan masakan nenek korang tu! Orang tua biasanya hilang kepekaan dalam merasa, dan kebanyakannya memerlukan perasa yang agak banyak untuk membolehkan mereka merasa seperti yang kita rasa.

4. Mata sentiasa mempunyai saiz yang sama sejak lahir tapi telinga dan hidung tidak pernah berhenti daripada membesar. Kalau korang tengok bayi comel aje dengan mata besar, sebenarnya saiz mata itu jugalah yang akan dibawanya sehingga ke akhir hayat.

5. Menjelang usia 60 tahun, 60% lelaki dan 40% wanita akan berdengkur. Dengkuran biasa adalah lebih kurang 60 desibel, iaitu nilai kekuatan bunyi yang sama dengan perbualan biasa. Kadang-kadang ada dengkuran yang boleh mencecah 80 desibel, iaitu sama kuat dengan bunyi yang dihasilakan ketika memecahkan tembok konkrit dengan penukul!

6. Kepala bayi adalah suku daripada panjang keseluruhan badannya. Tapi pada usia 25 tahun, kadarnya ialah satu per lapan daripada panjang keseluruhan tubuh badan. Sebenarnya saiz kepala tidak banyak berubah sejak dari usia bayi hingga dewasa, tetapi perubahan besar sebenarnya terletak pada bahagian badan yang lain.

7. Dari segi statistik pulak, lebih kurang 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan. Alamak... Aku pun kidal jugak!

8. Mayat yang ditanam akan mereput 4 kali lebih lambat daripada mayat yang dibiarkan di kawasan terbuka. Dan seperkara lagi, mayat manusia zaman moden ni sebenarnya lebih lambat untuk direputkan dek kerana banyak sangat bahan pengawet (daripada makanan) yang terperap kat dalam badan...

9. Bila mati, deria kita tidak hilang sekaligus sebaliknya berperingkat-peringkat. Deria yang mula-mula sekali yang akan meninggalkan kita ialah penglihatan. Kemudian diikuti secara rapat oleh deria rasa, bau dan seterusnya sentuhan. Deria yang pergi paling akhir sekali ialah deria pendengaran.



Berikut tiada kaitan dengan fisiologi:

Sejurus sebelum Thomas Edison mati pada 1931, sahabatnya Henry Ford telah ‘mengambil’ nafas terakhir beliau dan menyimpannya ke dalam sebuah botol.

Apabila Alexander The Great mati pada 323 Sebelum Masihi, sebuah jalan khas telah dibina di Babylon ke Mesir untuk membawa mayatnya. Kalau ditaksirkan kos pengurusan mayat Alexander itu dengan nilai mata wang pada hari ini, kos dianggarkan AS$600 juta (RM2.28 biliion)!

Masyarakat Mesir purba plak menganggap kucing adalah haiwan suci. Oleh sebab itu, mereka akan mencukur kening mereka apabila kucing peliharaan mereka mati. Selain itu, bagi diorang, kucing tu ialah Tuhan Kematian dan barang siapa yang ditangkap membunuh kucing dengan sengaja, maka orang tu dihukum bunuh!


Comments (8)

takottt penuaan...tp itulah lumrah bila umo dh menigkat,,,,ehheh,,..tq info...

hmm...n3 yg besh...(^_^)

Fiq...tag dah diselesaikan... ;)

Honey Bunny ~ orang kata makin tua makin berminyak... huhu

Nabilah ~ Ye? tq very much..=)

erm
pnyakit y tiada ubat ialah nyanyuk n mati:-)
n sngt tertarik dengan fakta mata baby tu
huhu
tnx 4 da info fiq:-)

Hasni ~ Sama2 cik hasni=)

awak.. sy rs mcm bkn sy yg amek medic, tp awk yg amek.. haha. some of these sy br je blaja.. *last block sy blaja psl org tua n kanak2*

anyway.. kucing lbih berkuasa dr manusia? T_T

Ika ~ Haha... Nway, kucing 2 kiranya macam dewa kematian masyarakat mesir purba. tu yg diorg hormat kucing=)