Keajaiban Tubuh Manusia - Mikroskopik

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, March 27, 2010

Kebanyakan daripada kita mengenal badan sendiri dari sudut mata kasar. Apa yang dilihat itulah yang difahami. Tapi pernah tak korang terfikir bahawa di sebalik rupa luaran mahupun dalaman yang korang nampak, masih ada satu lagi tahap pemerhatian yang kebanyakan orang langsung tak ambik pusing?

Benda yang aku maksudkan itu ialah permerhatian pada tahap mikroskopik. Apa tu tahap mikroskopik? Haha... Bagi yang tak tahu, ia adalah satu peringkat di mana kita boleh melihat sel sebagaimana kita melihat seketul organ. Jelas dan terperinci.

Untuk lebih mengetahui perkara berkaitan "peringkat sel" dalam badan manusia, teruskan membaca...=)





1. Secara kasarnya, dianggarkan ada lebih kurang 32 juta bakteria yang hidup pada setiap inci permukaan kulit kita. Tapi jangan la risau sangat sampai nak letak antiseptik kat seluruh badan. Sebabnya ialah kebanyakan bakteria tu adalah tak berbahaya langsung malahan ada di antaranya memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan kita sendiri.

2. Manusia menukar sel kulit baru setiap 27 hari. Kulit ni memang penting sebagai sistem pertahanan badan peringkat pertama, di mana ianya melindungi seluruh bahagian dalam tubuh daripada ancaman luar. Sel kulit perlu diganti agar keberkesanannya dalam pertahanan terjamin.

3. 300 juta sel badan manusia mati setiap minit. Bunyi macam banyak giler kan? Tapi realitinya, ia hanyalah sebahagian kecil aje daripada seluruh sel badan kita ni. Ada orang pernah buat kajian di mana dianggarkan bahawa badan kita ni mempunyai 10-50 juta trilion sel.

4. Setiap jam, manusia macam kita ni akan menggantikan 600 000 sel kulit. Gila banyak kan?

5. Setiap hari, manusia dewasa yang normal akan menghasilkan lebih kurang 300 bilion sel baru. Oleh itu, badan kita bukannya sekadar perlukan tenaga untuk mengekalkan fungsi badan, tapi juga perlukan tenaga yang mencukupi dalam penghasilan sel-sel baru ini.

6. "Cap lidah" adalah sama seperti cap jari di mana ianya adalah unik bagi setiap orang. Makna kata, lain orang lain la "cap lidah"nya.

7. Badan kita mengandungi zat besi yang cukup untuk menghasilkan paku sepanjang 3 inci. Pada sesiapa yang pernah rasa darah dengan lidah, mesti korang tau yang darah tu ada "rasa besi", kan? Sebabnya tak lain tak bukan ialah darah mengandungi kandungan zat besi yang tinggi. Tapi kalau doktor kata korang kurang zat besi, jangan plak pegi bantai makan paku besi!

8. Dalam dunia ni, darah jenis O adalah darah yang paling biasa didapati. Makna kata, banyak orang yang darahnya itu jenis O. Lagi satu, darah jenis O ni adalah darah yang paling banyak dan paling diterima untuk disimpan di "bank darah" sebab ialah adalah "penderma universal", yakni sesiapa pun boleh menerima darah jenis O ni. Jenis darah yang paling jarang ditemui pula ialah jenis A-H atau jenis Bombay. Setakat ni, tak sampai 100 kes yang dicatatkan berkenaan penemuan darah jenis ni.

9. Bibir manusia berwarna merah sebab kat bawah kulit bibir tu, terdapat banyak kapilari kecil yang menyalurkan darah ke bibir. Darah kat bibir tu plak mempunyai kandungan oksigen yang tinggi, sebab tu la merahnya begitu terang. Bila kita kesejukkan, bibir bertukar menjadi kebiruan sebab kapilari kat bibir akan mengecut dan menyebabkan darah kehilangan oksigen lalu bertukar warna. Bibir juga kelihatan berwarna pucat bila mana kita kehilangan banyak darah atau mengidap anemia.


Ok. Cukup la untuk hari yek. Wassalam...=)



Comments (5)

hrumm...menarik... ;)

tak tau nk komen apa..tp realy nice info.. :)

ohho...aku suka entri ni :)

wah.. memang tak tahu pun.. lama tak kaut ilmu kat sini.. (^__^)

yeahhh..ila pn byk dapat info...bgs la saintis kita neh...;-) eh..ila darah O.hehhe...

huhu...thnx, entry yg membantu.sok ade la idea nk bg set induksi kt students.huhuhu