Kisah Si Pendayung Sampan

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Monday, May 31, 2010

4


Alkisahnya, pada suatu hari, ada seorang profesor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu adalah seorang tua yang begitu pendiam. Profesor itu memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun si profesor itu membuat kajiannya. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang, selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Profesor itu membuat kajian dengan tekun sekali.

Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata dalam hati, "Hmm... Pasti ribut melanda sebentar lagi..."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat," kata profesor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah profesor itu menegur si pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" tanya profesor itu.

"Hampir seumur hidup saya," jawab si pendayung sampan itu dengan ringkas.

"Seumur hidup kamu?" tanya profesor itu lagi.

"Ya."

"Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain daripada mendayung sampan?"

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, profssor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25% daripada usia kamu. Kamu tahu biologi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepalanya lagi.

"Kasihan... Kamu dah kehilangan 50% usia kamu. Kamu tahu fizik?" profesor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

"Kalau begini, kasihan... Kamu sudah kehilangan 75% daripada usia kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan," kata profesor itu dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik.Profesor dan pendayung sampan itu terpelanting. Sempat pula si pendayung sampan itu bertanya kepada si profesor, "Kamu tahu berenang?"

Profesor itu menggelengkan kepala.

"Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100% nyawa kamu," kata si pendayung sampan sambil berenang menuju ke pantai.


Iktibar Cerita:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan.

Tak guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu rupanya lebih berjaya daripada kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak ada kena mengena dengan kerjayanya, tetapi "MASTER" dalam bidang yang diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri: Untuk apakah ilmu yang dikumpulkan jika bukan untuk digunakan dan boleh digunakan?

Frozen Sea

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, May 30, 2010

0












Akhir Kalam:

Subhanallah.................

Kapak Dan Kaitannya Dengan Isteri Pak Jali

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, May 30, 2010

3

Alkisahnya, pada satu hari, Pak Jali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Ketika dia lalu kat kawasan tasik, Pak Jali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh ke dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Jali dan berlakulah perbualan seperti berikut:



Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Jali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Jali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Jali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Jali: Ya, itulah kapak buruk aku..

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Jali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Jali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinya plak yang jatuh kedalam tasik. Pak Jali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Jali.

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Jali: Isteriku jatuh kedalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.

Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Jali menjawab… "Ya, itulah isteriku…"

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak!"

Sambil menahan pilu Pak Jali menjawab, "Aku bukan tamak... Kalau aku kata ‘tidak’ pada Christina Aguilera, kau akan bawakan pula Britney Spears… Kalau aku katakan ‘tidak’ juga, barulah kau bawakan isteriku… Bila aku kata ‘ya’, kau akan berikan mereka bertiga padaku... Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua... "

The Letter "S"

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, May 29, 2010

2

Cik Nabilah ni memang rajin tag aku. Baru-baru ni aku kena tag lagi dengan dia. Kali ni tag pasal huruf pertama kat nama plak. Adoi. Layan je la...

Rules:
It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...
Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real...
Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and You can't use your name for the boy / girl name question...





1. What is your name :

Syafiq Farhan Saidi


2. A four letter word :

Sate (Sate Kajang memang terbaik la, lagi-lagi kalau orang belanja. Haha)





3. A boy's name :

Syafrie Shafie (member baik aku kat hostel aku di UM)


4. A girl's name :

Syahirah (coursemate aku...=p)


5. An occupation :

Saintis (aku le tu...)


6. A colour :

Sky Blue (warna biru langit)



7. Something you wear :

Seluar


8. A food :

Sup tulang




9. Something found in the bathroom :


Sabun


10. A place :

Sungai Congkak (tempat mandi-manda ni)


11. A reason for being late :

Silap jalan


12. Something u shout :

Shit!!!


13. A movie title :

SAW (cerita yang memang ngeri habis!)





14. Something u drink :


Sky Juice (air kosong le maknanya...)




15. A musical group :

Scorpions




16. An animal :


Saurophaganax maximus





17. A street name :


Silver Street, London




18. A type of car :


Subaru




Now tag twenty (20) people.


(silence...=p)

Tag Daripada Cik Amirah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, May 29, 2010

2

Kali ni aku dapat soalan-soalan sengal daripada Cik Amirah. Layan je la!


Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?

Tanya dia apasal tak tikam depan-depan!

6 orang di hati anda?

Mama, abah, aku, adik aku yang no. 2, adik aku yang bongsu, kucing aku (jangan tanya sebab apa aku letak kucing)


Anda rasa anda comel?

Aku tak rasa aku comel, tapi orang rasa aku comel!


Single or taken?

Errrr............


Blog yang anda suka?

Blog aku sendiri


Adakah bilik anda kemas setiap hari?

Bilik aku bersepah, tapi dikemas setiap hari.


Lagu terakhir yang anda dengar?

Tak pasti (ni bukan tajuk lagu)


Last text message?

Yang dihantar atau diterima? (Lain kali tanya bior terang, jelas lagi bersuluh guna sport light)


Last phone call?

Ni lagi satu. Yang aku call orang atau orang call aku?


Hari terakhir anda menangis?

Mungkin kat akhirat bila aku dapat masuk syurga (menangis kegembiraan)


List 5 kaler faveret anda

1. Biru
2. Biru muda
3. Biru tua
4. Biru air laut
5. Biru kebiruan


Orang terakhir yang anda berYM?

Tak boleh diberitahu secara terbuka atas permintaan orang tersebut


Game yang anda paling suka?

Game Over!


Adakah anda peminat MCR?

MCR tu apa? Misteri Cinta Rokiah? Tak minat sebab aku tak kenal pun sape itu Rokiah!


Apa perasaan anda jawab tag ini

Bercampur-aduk


Anda rasa tag ini best?

Apa yang best nye?


Tag lagi 10 orang

Tak nak 10. Nak 2 aje. Ni ha:

Cik Zafira Nabilah
Cik Honey Bunny


Sekian, terima kasih!

Realiti Roda Dalam Hidup Manusia

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, May 29, 2010

3

ABC Punya Tag

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, May 28, 2010

5

Tag ni aku dapat daripada Cik Nabilah. Amboi... Bukan main simple lagi dia punya tag, tapi jawapan nak berjela. Adoi...

Apapun, meh aku selesaikan tag ni.

A
Aku bernama Syafiq Farhan Bin Saidi

B
Bakal mencecah umur 21 tahun

C
Cita-cita ingin menjadi seorang saintis berjaya

D
Duit bukan matlamat hidup walaupun aku nak duit banyak dalam hidup aku

E
Enak dimakan begitu saja adalah ayat yang sesuai untuk masakan mama aku

F
Fakir adalah satu keadaan yang aku selalu fikir untuk elakkannya

G
Gila-gila adalah diri aku bila aku berjumpa dengan orang yang salurannya juga gila-gila

H
Hidup ibarat esok nak mati, ibadat ibarat hidup 1000 tahun lagi merupakan prinsip yang aku cuba nak capai

I
Isteri idaman dalam hidup aku kalau boleh biar la ada sorang je la... Lebih kang susah plak aku nanti...=P

J
Jam tangan merupakan benda yang memang aku tak suka pakai. Memberatkan tangan je... Haha

K
Kesian aku bila melihat masih ada lagi orang kat Malaysia yang tak berpeluang untuk sambung belajar

L
Lokasi rumah aku di peta Malaysia ialah di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman

M
Mama aku adalah orang yang aku sangat sayang kat dunia ni

N
Nak sambung belajar kat Jepun atau Korea, mana tau dapat awek sana. Haha

O
Orang yang aku sayang adalah orang yang menyayangi aku

P
Peristiwa yang paling aku rasa syukur ialah aku dilahirkan ke dunia ni dalam Islam dan dalam keluarga yang bahagia...=)

Q
Que Sera-Sera adalah lagu yang selalu dipasang kat sekolah menengah aku ketika waktu rehat.

R
Rumah aku kat Langkawi adalah di tengah-tengah kawasan sawah padi dan berlatar belakangkan gunung yang paling tinggi kat Langkawi iaitu Gunung Raya

S
Syafiq merupakan nama pertama bagi semua adikberadik aku.

T
Tujuh keturunan sumpah Mahsuri ke atas Langkawi dah tamat (erkk... ni semua orang dah tau kan???)

U
Universiti Malaya adalah tempat pengajian aku ketika ini

V
Vote atau undi adalah sesuatu yang bakal aku lakukan buat pertama kalinya bagi pilihan raya umum yang bakal menjelang

W
Waktu sekolah menengah merupakan memori manis aku sepanjang perjalanan hidup aku menuntut ilmu

X
X-Men merupakan kumpulan yang aku selalu angan-angan nak masuk. Haha

Y
Yang aku gatal-gatal cerita pasal diri aku kat atas buat apa?

Z
Zafira Nabilah punya pasal la. Dia yang tag aku!=p


Menjenguk Ke Kawasan NASA...

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, May 28, 2010

2









Daddy?

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, May 27, 2010

4


Kata Aku:

Budak-budak memang sengal!

Hitam Putih

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, May 27, 2010

4

Untuk hari ini, aku nak berkongsi satu cerita berkenaan perspektif kita dalam melihat sesuatu kebenaran. Ceritanya begini...



Alkisahnya, pada suatu pagi di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah, ada 2 orang murid lelaki yang bertekak kerana bercanggahan pendapat. Aku namakan seorang Murid A dan seorang lagi Murid B. Murid A yakin bahawa dirinya adalah betul dan pendapat Murid B adalah salah. Begitu jugalah sebaliknya bagi Murid B.

Pertelingkahan mereka sampai ke telinga guru mereka yang sedang mengajar di depan. Dia lantas memanggil kedua-dua murid itu datang ke mejanya di hadapan lalu bertanyakan kenapa mereka bertekak. Murid A menjawab dia dan Murid B bercanggah pendapat dan masing-masing berpendapat bahawa diri mereka adalah betul.

Mendengar jawapan itu, guru itu mendapat satu akal. Dia menyuruh Murid A berada di hujung mejanya di sebelah kanan manakala Murid B pula di sebelah kiri. Guru itu kemudiannya meletakkan satu objek bulat di tengah-tengah meja. Murid A dengan jelasnya melihat objek itu berwarna hitam.

Guru itu bertanya kepada Murid B apakah warna objek itu. Murid B dengan cepatnya menjawab “Putih”. Murid A macam tak percaya dengan jawapan Murid B sedangkan jelas di depan matanya bahawa objek itu adalah berwarna hitam. Sekali lagi petengkaran berlaku antara Murid A dan Murid B, kali ini berkenaan warna objek di tengah meja itu pula.

Guru itu lantas menyuruh mereka diam dan mengarahkan Murid A pergi ke tempat di mana Murid B sedang berdiri dan Murid B pula sebaliknya. Alangkah terkejutnya Murid A apabila melihat objek itu berwarna putih. Barulah dia sedar bahawa objek itu sebenarnya mempunyai 2 warna. Tadi dia berada di posisi yang membolehkan dia melihat warna hitam, sekarang pula di posisi yang membolehkannya melihat warna putih.


Pengajaran daripada guru itu:

“You must stand in the other person's shoes and look at the situation through their eyes in order to truly understand their perspective...”

Nama Tempat Terpanjang Di Dunia

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, May 26, 2010

4


Ni adalah nama sebuah bukit di New Zealand. "Taumata­whakatangihanga­koauau­o­tamatea­turi­pukakapiki­maunga­horo­nuku­pokai­whenua­kitanatahu" mengandungi 85 huruf dan disenaraikan oleh Guinness World Records sebagai nama tempat yang terpanjang di dunia. Nama ni membawa bermaksud "The summit where Tamatea, the man with the big knees, the climber of mountains, the land-swallower who travelled about, played his nose flute to his loved one."

Kalau korang ingat nama tu dah cukup panjang, korang sebenarnya silap kerana nama bukit tu masih ada lagi 2 versi yang lebih panjang berjela. Salah satunya ialah "Taumata­whakatangihanga­koauau­o­tamatea­ure­haea­turi­pukaka­piki­maunga­horo­nuku­pokai­whenua­ki­tana­tahu". Nama ni mengandungi 92 huruf.

Satu lagi versi yang lebih panjang ialah "Taumata-whakatangihanga-koauau-o-Tamatea-haumai-tawhiti-ure-haea-turi-pukaka-piki-maunga-horo-nuku-pokai-whenua-ki-tana-tahu" yang mengandungi 105 huruf! Nama ni bermaksud "The hill of the flute playing by Tamatea — who was blown hither from afar, had a circumcised penis, grazed his knees climbing mountains, fell on the earth, and encircled the land — to his beloved."

Amacam? Tergeliat lidah tak nak menyebutnya? Haha=p

Dunia Itu Bulat

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, May 25, 2010

2










Aku Puji:

Kreatif yang amat!!!

Di Manakah Air?

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Tuesday, May 25, 2010

5



Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbual di tepi sebatang sungai. Kata si ayah kepada anaknya, “Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini. Tanpa air, kita semua akan mati.”

Pada waktu yang sama, seekor ikan kecil terdengar percakapan itu dari bawah permukaan air. Ikan kecil itu terus menjadi gelisah dan ingin tahu apakah itu “air”, yang didengarnya begitu penting dalam kehidupan ini.

Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai. Setiap ikan yang ditemuinya akan ditanyakan satu soalan yang sama, “Hai, tahukah kamu di mana air? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati.”

Tetapi semua ikan menjawab tidak mengetahui di manakah air itu. Si ikan kecil menjadi semakin gelisah, lalu ia berenang menuju ke mata air untuk bertemu dengan ikan sepat yang tua lagi bijaksana dan berpengalaman.

Si ikan kecil ini bertanya kepada ikan sepat itu, “Dimanakah air? Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa tanpa air kehidupan akan mati.”

“Tak usah gelisah anakku. Air itu berada mengelilingimu, sehingga kamu sendiri tidak menyedari kehadirannya. Betul, tanpa air kita akan mati,” jawab si ikan sepat.

Manusia itu sendiri kadang kala mengalami situasi yang sama seperti si ikan kecil: Mencari-cari kehidupan dan kebahagian, sedangkan dia sendiri sedang menjalaninya, bahkan kebahagian itu sentiasa bersamanya hingga dia sendiri tidak menyedarinya...

Cara Nak Menguruskan Badan

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, May 24, 2010

5

Diceritakan bahawa seorang lelaki yang sangat gemuk masuk ke sebuah fitness center dengan niat untuk menguruskan badannya. Di kaunter, dia bertanya apakah program atau modul menguruskan badan yang ditawarkan di situ.

Perempuan di kaunter menjawab, "Kami menawarkan 2 program di sini iaitu RM50 untuk versi ‘Biasa’ dan RM100 utk versi ‘Ekspres’. Encik nak yang mana satu?

"Oh... Kalau macam tu saya ambil yang ‘Biasa’ punya sebab saya ni sebenarnya baru je nak kuruskan badan," kata lelaki itu.

"Baiklah. Encik boleh masuk ke Bilik 5 di penjuru sana", kata perempuan penjaga kaunter sambil menunjukkan arah menggunakan ibu jarinya.

Lelaki itu pun terus masuk ke bilik yang ditunjukan lalu menutup pintunya. Selang 2 minit kemudian, datang seorang perempuan yang sangat cantik, badan montok, mantap dan sedap mata memandang. Perempuan itu kemudiannya menanggalkan kesemua pakaian melainkan coli dan seluar dalam sehinggakan lelaki tadi tidak senang duduk dan berpeluh-peluh.

Perempuan itu berkata, "Kalau encik dapat mengejar saya, encik boleh buat apa saja dengan saya... Hik hik hik..."

Habis saja berkata, dia terus berlari di dalam bilik itu. Lelaki itu pun apa lagi, terus dikejarnya perempuan tu. Kejar punya kejar, sampai 10 minit pun tak dapat-dapat jugak. Lelaki tu tak berputus. Terus saja dia mengejar hingga akhirnya dia sendiri jatuh terjelepuk ke atas lantai lalu pengsan kerana terlalu penat.

Apabila dia sedar, dia terus ke alat penimbang dan mendapati berat badannya telah turun sebanyak 3kg.

"Wow! Memang berbaloi aku bayar RM50. Senang rupanya nak kuruskan badan ni," jerit hati kecil lelaki itu.

Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh perempuan di kaunter. Kali ini lelaki itu berazam untuk menggunakan versi 'Ekspres' pula memandangkan kesan versi ‘Biasa’ pun sudah sangat memberansangkan.

"OK. Encik sila masuk ke Bilik 6 di penjuru sana," kata perempuan penjaga kaunter.

Setelah beberapa minit di dalam bilik itu, datanglah seorang lelaki berbadan tegap, body-builder mungkin. Lelaki berbadan tegap itu terus melondehkan pakaiannya dan hanya meninggalkan seluar dalam di badannya lalu berkata, "Saya akan kejar kamu di dalam bilik ini dan kalau saya dapat... Hehehe..."

“GULP!” lelaki gemuk itu hanya mampu menelan air liur sebelum mula berlari...

Kehidupan Di Luar Tingkap

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Sunday, May 23, 2010

4

Hari ini aku nak berkongsi satu cerita dengan korang. Satu cerita kehidupan yang boleh mengubah cara kita berfikir. Ceritanya begini...



Ada 2 orang lelaki yang mengidap penyakit kronik ditempatkan di dalam satu bilik yang sama di sebuah hospital. Salah seorangnya, aku namakan Lelaki 1, dibenarkan untuk bangun dari katilnya selama 1 jam pada setiap waktu tengah hari untuk membantu melancarkan peredaran cecair di peparunya. Katilnya betul-betul bersebelahan dengan satu-satunya tingkap di bilik itu.

Seorang lagi pula, aku namakan Lelaki 2, hanya berbaring sepanjang masa di atas katil. Mereka berdua selalu berbual berjam lamanya tentang pelbagai perkara berkenaan hidup masing-masing. Setiap hari, pada waktu tengah hari, Lelaki 1 akan menghabiskan masanya menceritakan tentang apa yang dapat dilihatnya melalui tingkap bilik itu kepada Lelaki 2.

Lelaki 2 merasakan seolah-olah dirinya semakin bersemangat untuk hidup sepanjang dia mendengar cerita Lelaki 1 berkenaan dunia luar yang penuh dengan aktiviti dan warna keindahan. Lelaki 2 diberitahu oleh Lelaki 1 bahawa di luar tingkap itu ada sebuah taman yang menghijau dengan sebuah tasik yang sangat indah. Itik dan angsa berenang-renang di permukaan tasik . Terdapat juga kanak-kanak yang bermain bot kertas di pinggir tasik sambil diperhatikan oleh ibu bapa masing-masing. Ada juga pasangan bercinta yang memimpin tangan kekasih masing-masing berjalan-jalan melihat keindahan tasik. Bunga-bunga di taman pula semuanya mekar belaka dengan pelbagai warna yang menarik dan indah.

Tatkala Lelaki 1 menceritakan semua itu dengan terperinci, Lelaki 2 akan memejamkan matanya dan membayangkan suasana di luar tingkap yang tidak dapat dilihatnya itu. Pada suatu tengah hari, Lelaki 1 menceritakan bahawa ada 1 perarakan di luar tingkap itu. Walaupun Lelaki 2 tidak mendengar sebarang bunyi dari luar tingkap itu, dia dapat membayangkan suasana meriah perarakan itu di mindanya melalui gambaran terperinci yang disampaikan oleh Lelaki 1...


Masa terus berlalu untuk mereka berdua...


Pada suatu pagi yang damai, jururawat membawakan air mandian untuk Lelaki 1 dan Lelaki 2. Namun, jururawat itu mendapati Lelaki 1 sudah meninggal dunia di atas katilnya. Jururawat dan Lelaki 2 berasa sedih dengan pemergian Lelaki 1 kerana Lelaki 1 merupakan seorang yang peramah dan disukai oleh jururawat di situ.

Beberapa hari kemudian, Lelaki 2 meminta kepada jururawat untuk memindahkan dirinya ke katil yang berhampiran dengan tingkap di bilik itu, iaitu katil yang pernah menjadi tempat perbaringan Lelaki 1. Setelah memindahkan Lelaki 2, jururawat pergi meninggalkannya. Perlahan-lahan, dengan menggunakan sikunya, Lelaki 2 cuba menongkatkan badannya untuk melihat dunia luar melalui tingkap bilik itu buat pertama kalinya dengan matanya sendiri.

Alangkah terkejutnya Lelaki 2 melihat apa yang ada di luar tingkap itu. Apa yang dilihatnya hanyalah dinding tembok bercat putih. Lelaki itu lantas memanggil jururawat dan bertanyakan mengapa pemandangan di luar tingkap itu sama sekali berlainan dengan apa yang pernah diceritakan oleh Lelaki 1 kepada dirinya.

Jururawat memaklumkan kepada Lelaki 2 bahawa Lelaki 1 sebenarnya adalah buta dan tidak boleh melihat apa pun termasuk tembok di luar tingkap itu. Tambah jururawat itu lagi, “Mungkin niatnya adalah untuk memberi semangat kepada kamu supaya jangan berputus asa dengan kehidupan...”


Epilog:

Membuat hidup orang lain bahagia adalah kebahagian terbesar dalam hidup kita sendiri. Kata orang Inggeris, “Shared grief is half the sorrow, but happiness when shared, is doubled.”

Jika kita hendak merasa kaya, jangan kita pandang pada wang. Apa yang kita perlu buat ialah mengira berapa banyak benda dalam hidup kita yang tak boleh dibeli dengan wang.

"Today is a gift, that is why it is called The Present."

Seminggu Di Unit Kuda

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Saturday, May 22, 2010

5

Assalamualaikum...................

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak cerita pasal kuda pulak. Latihan aku di Unit Kuda aka Unit Ekuin telah pun tamat. Ekuin kalau korang nak tau adalah istilah veterinar untuk kuda.

Kerja kat sini takder la banyak sangat. Tapi lebih meletihkan la kalau nak dibandingkan kerja kat Unit Arnab. Malas nak cerita panjang, apa kata korang layan je la gambar-gambar kat bawah....

Sekali lagi, jejaka-jeaka macho kat atas meneruskan perjuangan mereka di Unit Ekuin plak. Hehe....=p


Inilah pandangan kandang kuda dari luar. Ia dipanggil "Stable House"


Ini plak pandangan dari dalam. Bilik-bilik kecik yang korang nampak tu dipanggil "Stable"


Ni satu lagi contoh stable yang ada.



Ini ialah "Stable Arena". Kat sini kuda yang agak jinak akan dilepaskan ketika kerja pembersihan stable dijalankan. Kalau yang liar tu aku tambat jer. Hehe...


Apa yang aku tengah buat tu ialah pembersihan stable kuda. Benda yang kat lantai tu ialah habuk kayu. Habuk kayu yang kena air kencing akan dibuang. Yang member aku buat tu plak ialah membuang najis kuda yang ada.


Habuk kayu yang dibuang perlu la diganti dengan yang baru. Basah baju aku. Peluh tu.....


Yang ni plak mandikan kuda. Layan jer kuda tu kena air. Haha


Apa yang aku tengah buat ialah "grooming". Ini penting untuk membersihakan badan kuda daripada kotoran seperti bulu lama, daki dan debu.


Kuda ni kitorang grooming ramai-ramai sebab saiz dia besar sangat. Tak larat nak buat sorang-sorang. Hehe....


Part ni yang paling best. Menunggang kuda! Yeehaaaaaaa!!!


Ok. Cukup la kot. Nanti aku cerita plak apa yang aku buat kat unit lain. Hingga ketemu lagi di lain masa, tempat yang sama... Wassalam=)

Award Daripada Cik Amirah

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, May 21, 2010

3


Cik Amirah dengan baik hatinya memberi aku award ni.
Terima kasih diucapkan.

Friends Forever...=)


Seminggu Di Unit Arnab...

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, May 20, 2010

3

Assalamualaikum................


Pertama sekali aku nak minta maaf la kat korang sebab lama tak update. Bukan apa, internet kat tempat aku ni ada masalah sikit. Jadi terpaksa la aku menunggu lama untuk membuat post yang baru. Huhu...

Sebenarnya, latihan aku di Unit Arnab telah pun tamat pada minggu lepas. Minggu ni aku dah berpindah ke Unit Kuda. Sebab aku dah tak pergi ke Unit Arnab lagi, jadi hari ni aku nak bawak korang semua tengok apa yang telah aku buat sepanjang aku berada di Unit Arnab. Jom...=)


Mamat hensem berbaju biru itu ialah aku. Yang lagi 3 tu member aku yang juga dari UM. Kitorang memang dah pakat nak buat Latihan Industri kat tempat yang sama. Haha...


Inilah kandang arnab. Ada banyak sangkar yang disusun secara sebelah-menyebelah.


Yang ini plak contoh sangkar arnab dari dekat. Setiap sangkar hanya mengandungi satu ekor arnab dewasa.

Kotak besi kat depan sangkar tu dipanggil palong makanan. Kat situ la makanan arnab akan diletak.


Kotak kayu yang besar tu dipanggil kotak anak. Kotak ni memang disediakan untuk arnab sebelum arnab tu melahirkan anak dan dibiarkan di sangkar tu sehingga la anak arnab tu cukup dewasa untuk dipisahkan daripada ibunya.

Apa yang aku tengah buat ialah perkara pertama dalam pengurusan kandang arnab iaitu mencuci najis yang bertaburan kat lantai tu. Bukan susah pun nak cuci. Guna paip je. Hehe...


Lepas cuci semua, aku bagi arnab makan. Arnab ni makan pellet, bukan lobak ye...


Ini plak anak arnab yang baru lahir. Comel tak? Bulu pun takder lagi tu...


Aku buat close up sikit. Panas wo badan die. Macam anak tikus pun ade...


Anak yang baru lahir perlu ditimbang. Timbang ramai-ramai...


Ini gambar organ pembiakan arnab jantan...


Ini lak yang betina...


Ha. Ini la cara arnab tu mengawan. Paling kelakar bila jer habis mengawan, arnab jantan kat belakang tu akan tumbang ke tepi. Comel giler. Haha...


Macam yang aku cerita pada entry yang lepas, aku jugak buat post-mortem.

Ini plak proses tangging, iaitu proses meletakkan nombor tag kat telinga. Bukan apa, nak memudahkan proses merekod data.


Ni aku tengah ambik sampel darah arnab. Susah giler nak ambik. Salah cucuk darah memancut. Kadang-kadang tu arnab tu meronta giler-gilernye. Dia punya kuku tajam, jadi bila dia meronta tu alamat senang la nak dapat luka kat tangan. Huhu...


Rasanya itu jer kot yang dapat aku kongsikan dengan korang sepanjang aku di Unit Arnab. Nanti ada masa aku cerita plak pasal Unit Kuda plak. Ok?


Bye...=)