Hitam Putih

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Thursday, May 27, 2010

Untuk hari ini, aku nak berkongsi satu cerita berkenaan perspektif kita dalam melihat sesuatu kebenaran. Ceritanya begini...



Alkisahnya, pada suatu pagi di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah, ada 2 orang murid lelaki yang bertekak kerana bercanggahan pendapat. Aku namakan seorang Murid A dan seorang lagi Murid B. Murid A yakin bahawa dirinya adalah betul dan pendapat Murid B adalah salah. Begitu jugalah sebaliknya bagi Murid B.

Pertelingkahan mereka sampai ke telinga guru mereka yang sedang mengajar di depan. Dia lantas memanggil kedua-dua murid itu datang ke mejanya di hadapan lalu bertanyakan kenapa mereka bertekak. Murid A menjawab dia dan Murid B bercanggah pendapat dan masing-masing berpendapat bahawa diri mereka adalah betul.

Mendengar jawapan itu, guru itu mendapat satu akal. Dia menyuruh Murid A berada di hujung mejanya di sebelah kanan manakala Murid B pula di sebelah kiri. Guru itu kemudiannya meletakkan satu objek bulat di tengah-tengah meja. Murid A dengan jelasnya melihat objek itu berwarna hitam.

Guru itu bertanya kepada Murid B apakah warna objek itu. Murid B dengan cepatnya menjawab “Putih”. Murid A macam tak percaya dengan jawapan Murid B sedangkan jelas di depan matanya bahawa objek itu adalah berwarna hitam. Sekali lagi petengkaran berlaku antara Murid A dan Murid B, kali ini berkenaan warna objek di tengah meja itu pula.

Guru itu lantas menyuruh mereka diam dan mengarahkan Murid A pergi ke tempat di mana Murid B sedang berdiri dan Murid B pula sebaliknya. Alangkah terkejutnya Murid A apabila melihat objek itu berwarna putih. Barulah dia sedar bahawa objek itu sebenarnya mempunyai 2 warna. Tadi dia berada di posisi yang membolehkan dia melihat warna hitam, sekarang pula di posisi yang membolehkannya melihat warna putih.


Pengajaran daripada guru itu:

“You must stand in the other person's shoes and look at the situation through their eyes in order to truly understand their perspective...”

Comments (4)

nice story again..=)

ada pegajaran yg berguna dlm n3 ni.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
KATA GANTI DIRI

Ya btol tu penjagran dr cikgu..

moral value : pk dulu sblm berckp . eh ! betul ke ?? haha