Peperiksaan Tamat, Jadi Kepala Ringan Nak Mengarut Sebentar

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, May 06, 2010

Salam...=)


Apa khabar rakyat dunia semua? Harap sihat la ye. Seperti mana yang korang ketahui, peperiksaan akhir aku untuk semester ini telah pun tamat dengan jayanya. Aku berasa teramatlah seronok. Kepala rasa ringan, macam takde kepala pun ada (tu dah melampau la fiq... macam la ko pernah rasa macam mana kepala takde...)=p

Korang tau tak apa benda pertama yang aku buat lepas habis exam? Apa lagi kalau bukan tido. Wajib tu. Aku ni jenis yang kalau esoknya ada exam, sebelah malamnya mesti aku susah nak tido. Dah la susah nak mula mukadimah tidur, pastu kalau dah tido plak, aku mesti asyik terjaga. Adoi. Ntah sindrom mana aku dapat ni. Sindrom belajar last minute kot...(opsss...)

Aku juga amat bersyukur sebab setakat ni semua paper yang aku ambik dalam exam masih berada dalam kawalan. Maknanya takde la paper yang aku jawab tahap hancus giler. Insyaallah aku boleh menaikkan, tak pun kekalkan pointer aku (macam la tinggi sangat pointer ko tu fiq oiii... sedor le diri, usaha mantapkan pointer tu!!)

Dan selalunya, topik yang dibincangkan lepas exam ialah "Bila Balik". Maksudnya bilakah orang yang ditanyakan soalan oleh orang yang bertanyakan soalan itu akan berangkat pulang ke kampung. Tapi bagi aku, soalan itu amatlah sensitif kepada rohani, jiwa dan raga serta perasaan hati ini disebabkan untuk pertama kalinya aku tak balik rumah ketika cuti semester.

Sebab apa aku tak balik? Bukan sebab lari rumah atau takut bini kat kampung, tapi sebab aku dah mendaftarkan diri aku ini untuk menjalani latihan industri di Johor selama 2 bulan lamanya. Jauh tu. Tapi takpe, ini keputusan atas kerelaan hati aku. Huhu

Apapun, setelah selesai membaca karutan aku ni, harap korang semua meneruskan kehidupan harian korang dengan jayanya (ceh... ko bukannya tulisan untuk segmen motivasi fiq oii...)

Itu je la kot.



Wassalam

Comments (3)

sedihnya xbalik kampung.
fiq curi2 la balik kampung kejap
btw, congrats dh merdeka..hihi

owh...patut la sebelum xm dh balik rumah dulu yer...?

hrumm...selamat berpraktikl...and semalat tidur...hehe.. ;)

bila dh ada kt jb...rs2nya blog ni berupdate tak..? huhu

Yeahhh..jom nyayi lagu merdeka fiq..merdeka sekejap..ihihi..berehat puas2...;-)