Keistimewaan Ciptaan Burung

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, September 14, 2009

Pandanglah ke langit, pasti korang akan dapat melihat sekumpulan burung berterbangan ke satu arah yang sama. Pandanglah ke laut, korang akan melihat ikan-ikan dan penyu juga berenang ke satu arah yang sama. Pandanglah ke sekeliling korang, pastinya nampak rama-rama berterbangan berpasangan atau berkumpulan.

Semua spesies binatang ni bergerak melangkaui batas jarak hingga ratusan malahan ribuan kilometer. Bagi manusia cam kita ni, kalau gerak ke mana-mana jer walaupun menggunakan kenderaan dah tentu perlukan persediaan dari segi keupayaan diri dan kekal bertenaga, tapi bagaimana pula dengan burung yang mampu terbang ribuan kilometer tanpa henti dan mendarat sekalipun? Tambahan pula, dalam perjalanan itu, dah tentu cuaca tak semestinya baik. Namun diorang tetap tiba ke destinasi yang ditujui.

Burung tak perlukan sebarang alat bantuan bagi membantunya merentasi pelbagai benua. Malah burung tak pula perlu mantap dari segi mental dan fizikal bagi migrasi ke negara lain, tapi sesungguhnya burung dianugerahkan dengan keupayaan yang amat istimewa hingga tak tercapai dek akal manusia untuk mengkajinya.

Burung memiliki kehebatan semasa terbang hasil daripada tenaga yang diperoleh dengan cara tersendiri. Sebelum bermigrasi diorang akan bersiap sedia dengan mengumpulkan lemak di badan. Walau bagaimanapun, ada spesies burung yang mampu terbang lebih jauh berbanding spesies lain, contohnya camar di kawasan kutub. Para saintis mendapat spesies burung yang mampu terbang sejauh 30 000 hingga 40 000 kilometer ini akan mengumpulkan tenaga lain semasa berhenti rehat di ketula-ketulan ais. Teknik ini didapati dapat mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan.

Lain pula dengan teknik penerbangan spesies burung botak. Diorang ni dapat kurangkan penggunaan tenaga malah adakalanya tak guna tenaga langsung semasa terbang. Caranya dengan terbang pada aras setinggi 2000 meter semasa udara panas, diorang meluncur laju tanpa mengibaskan sayap. Teknik ini turut dilakukan oleh spesies burung albatros. Spesies yang menghabiskan masa 92% di lautan ini mampu terbang selama sejam tanpa hayunan sayap. Caranya, diorang ni meluncur dengan memastikan kedudukan sayap diorang yang sepanjang 3.5 meter tu selari dengan aliran udara. Kalau bandingkan dengan manusia, angkat tangan selama seminit jer dah menjadikan otot tangan lenguh.

Ini disebabkan albatros dikurniakan keistimewaan sistem anatomi sejak dilahirkan. Sayap diorang seolah-olah dikunci dan tidak memerlukan sebarang kekuatan otot semasa terbang di udara. Bayangkan, dalam penerbangan sejauh 1000 kilometer, burung albatros yang seberat 10 kg hanya menggunakan 1% sahaja tenaga.

Sesungguhnya penerbangan burung memerlukan skil yang tinggi. Sekiranya manusia cam kita ni mendaki Gunung Everest pada ketinggian 8848 meter memerlukan bantuan pernafasan bagi mengurangkan tekanan udara, angsa mampu terbang tanpa memerlukan sebarang peralatan pada altitud yang tinggi sehingga 8000 meter. Ini disebabkan paru-paru burung diciptakan dengan sistem respiratori yang istimewa, yang membolehkan angsa terbang seperti biasa.

Burung juga tidak pernah dipanah petir. Ini disebabkan diorang tak akan terbang di kawasan yang berisiko berlakunya petir. Pakar ornitologi mendapati burung mempunyai deria pendengaran yang amat sensitif. Burung dapat mendengar sebarang bunyi walaupun pada frekuensi yang rendah. Sekiranya burung mendengar ada bunyi guruh di kawasan sebalik gunung walaupun dalam jarak 100 kilometer, burung itu tidak akan mendekati kawasan itu.

Burung tidak akan sesat walaupun sudah terbang jauh. Contohnya burung merpati yang sudah terbang sejauh 1500 mampu kembali semula ke sarangnya tanpa sebarang masalah. Sama ada terbang kembali ke sarang pada waktu siang atau malam, burung merpati seolah-olah mempunyai kompas atau reseptor magnetik yang memandunya pulang. Para saintis gagal menghuraikan keistimewaan burung merpati ini dan menjadikan “kompas” di dalam tubuh merpati kekal misteri.

Ini semua adalah ciptaan Allah yang mengetahui segalanya, yang menciptakan burung-burung di langit dan semua hidupan di muka bumi ini dengan penuh keajaiban. Melihat pada semua ini, sudah tentu membuatkan kita terfikir betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Dalam Surah an-Nur, ayat 41, Allah SWT berfirman, “Tidakkah anda mengetahui sesungguhnya Allah sentiasa bertasbih kepada sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semula jadinya) cara mengerjakan ibadatnya kepada Allah dan memuji-Nya, dan Allah Maha Mengetahui berkenaan apa-apa yang mereka lakukan.”

Comments (4)

bangau oh bangau

fiq~amek kad raya eny ye..thx;)

Cookie Divine ~ ni lagu masa kite kecik2 dulu... sekarang dah jadi "babi oh babi" dek kerana H1N1=)

Enyheartdiamond ~ dah amik dh...=)