Pembentukan Bumi Tidak Selembut yang Disangka
Posted by Fiq | Posted in Alam Semesta, Artikel | Posted on Saturday, September 12, 2009
Dalam aspek sains, bumi tidak dilahirkan dalam suasana manja. Bumi terbentuk dalam keadaan ganas, panas dan penuh dengan huru-hara kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu. Banyak ahli sains mengemukakan penjelasan berkenaan pembentukan bumi dan Sistem Suria.
Ahli fizik Perancis bernama Pierre Simon Laplace mencadangkan hipotesis kuantitatif pertama untuk menerangkan proses pembentukan bumi. Asas hipotesis beliau menyatakan bahawa Sistem Suria ini bermula dengan keruntuhan sekumpulan awan dan debu antara najam. Proses ini tidak pernah berhenti dan masih berlaku di beberapa lokasi dalam alam semesta ini.
Daya tarikan graviti antara debu dengan gas ini menyebabkan awan tadi terpecah kepada beberapa gugusan dan akhirnya termampat membentuk bola gas berapi yang sangat panas. Bola gas inilah yang kita kenali sebagai bintang selama ini. Pada masa yang sama, cakera gas berputar yang berada di sekeliling bintang ini mula bergugus membentuk pelbagai planet.
Keadaan yang sama berlaku dalam proses pembentukan Bumi. Kira-kira 4.5 bilion tahun dahulu, cebisan debu yang mengelilingi matahari mula bercantum untuk membentuk gumpalan-gumpalan zarah pejal bersaiz 3-4 cm. ini adalah permulaan bagi proses pembentukan bumi.
Proses seterusnya ialah percantuman zarah-zarah ini membentuk satu bebola pejal dengan jejari beukuran 1-2 km. bebola ini diibaratkan sebagai nucleus dalam pembentukan planet dan dikenali sebagai planetesimal. Proses pembentukan planetesimal ini boleh memakan masa puluhan ribu tahun.
Selepas planetesimal terbentuk, daya graviti meneruskan proses penggumpalan ini membentuk objek dengan jejari beberapa ribu kilometer yang dikenali sebagai embrio planet. Proses ini memakan masa beberapa ratus ribu tahun.
Ahli astronomi menerangkan proses ini adalah turutan bagi beberapa siri pelanggaran seperti yang berlaku dalam permainan snuker. Daya tarikan graviti menarik embrio planet ini bersama-sama. Semasa proses pergerakan ini, maka berlakulah pelanggaran sesame embrio itu. Akibat pelanggaran itu, ada embrio yang pecah kemudian bercantum semula dengan serpihan embrio yang lain. Proses ini berterusan dan dalam kes perlanggaran yang terlalu kuat, ada embrio yang pecah secara total dan terkeluar langsung dari medan pelanggaran seterusnya.
Kesan daripada siri pelanggaran ini ialah wujudnya pelbagaisaiz dan jisim embrio yang terbentuk. Embrio yang lebih padat berada berhampiran denagn matahari. Embrio ini mendapat jisim yang lebih berat apabila bercantum dengan embrio lain yang lebih kecil. Bumi juga tidak terkecuali daripada proses ini. Bumi mempunyai permukaan yang berbatu, lebih tumpat dan berada berhampiran dengan matahari.
Pada peringkat awal pembentukannya, bumi mengalami fenomena hujan meteor secara berterusan. Ahli geologi percaya tenaga yang dilepaskan dalam peristiwa ini telah memanaskan bumi hingga ke takat lebur terhadap sebahagian besar batuan bumi pada masa itu. Akibatnya terbentuklah lautan magma yang meliputi sebahagian besar permukaan bumi. Dalam masa yang sama, logam-logam berat seperti besi dan nikel, mencair dan tenggelam ke bawah lalu menbentuk teras bumi.
Proses yang rancak ini mula menurun kadar keaktifannya dalam tempoh kira-kira 10 juta tahun seterusnya, tetapi masih berterusan walaupun tidak sehebat pada peringkat wal dahulu. Contohnya, setiap kali ada tahi bintang, maka sebenarnya ”sebuah objek” sudah memasuki dan bercantum dengan atmosfera bumi. Walaupun objek ini terbakar, tetapi melalui proses itu ahli sains menganggarkan setiap tahun kira-kira 10 juta kilogram bahan luar menyumbanh kepada jisim bumi.
Ini adalah satu daripada teori-teori yang dikemukakan untuk menerangkan proses pembentukan teras bumi. Selain itu, ada juga teori lain yang dicadangkan. Antaranya teori hujan cecair besi yang jatuh lalu meresap melalui batuan cair. Resapan ini seterusnya sampai ke teras bumi dan menambahkan jisim teras itu.
Pada masa ini, ahli sains belum dapat mengemukan teori yang benar-benar lengkap. Namun begitu, perkara yang pasti ialah komponen utama teras bumi mengambil masa kira-kira 15-30 juta tahun untuk membentuk dengan lengkap. Tempoh ini diperoleh melalui maklumat terperinci daripada ciri isotop radioaktif batuan bumi.
Pada peringkat akhir proses pembentukan bumi, iaitu kira-kira 40-50 juta tahun kemudian, berlaku pula satu peristiwa yang sangat dahsyat. Sebuah embrio planet dengan saiz kira-kira sebesar Marikh telah melanggar bumi yang pada masa itu masih panas dan agak lembut.
Kesan pelanggaran ini, sebahagian batuan bumi terhambur ke orbit. Serpihan-serpihan yang masih terperangkap dalam medan gravity bumi saling bergugus, menyejuk lalu membentuk bulan. Idea pembentukan bulan akibat pelanggaran ini adal;ah penjelasan paling munasabah kerana bumi hanya mempunyai satu bulan tunggal dengan saiz yang agak besar.
Pelanggaran ini merupakan pelanggaran paling besar pernah berlaku pada bumi dan menghasilkan haba yang sangat besar. Mengikut simulasi komputer, kesan pelanggaran itu, atmosfera bumi menjadi terlalu panas sehingga mencapai suhu 1200 Kelvin (K). suhu ini nyata lebih panas daripada takat lebur besi dan juga menyebabkan besi mengewap. Gas-gas besi ini bercantum dengan wap-wap daripada batuan yang lebur kerana terlalu panas.
Selama kira-kita 1000 tahun, planet bumi kelihatan seperti bola merah yang panas. Perlahan-lahan dalam tempoh ini, bumi menyejuk dan wap tadi bertukar menjadi cecair dan jatuh semula ke bumi. Cecair itu menimbus permukaan bumi pada kadar kira-kira 1 meter setiap hari membentuk lautan magma kedua di atas bumi.
Apabila bumi terus menyejuk, atmosfera bumi mula tenang dengan kandungan gas-gas yang biasa ditemui hari ini. Sehingga kini ahli sains belum dapat menentukan jum lah sebenar jisim atmosfera bumi yang terselamat semasa pelanggaran besar ini.
Walau bagaimanapun beberapa ciri atmosfera asal itu dapat diperoleh melalui pendekatan ala forensik. Satu daripadanya ialah tekanan atmosfera pada masa itu sekurang-kurangnya 1000 kali lebih tinggi berbanding hari ini.
Sekiranya kita lupa keadaan yang boleh dilakukan oleh bumi, maka lihatlah lava yang keluar daripada perut bumi. Gerakan plat bumi yang mencetuskan tsunami besar di Acheh dahulu adalah salah satu contoh kecil kekuatan bumi. Kembalilah kita untuk menghargai kelembutan bumi hari ini supaya ia tidak marah-marah lagi pada masa depan…

Comments (0)
Post a Comment