Tujuan Hidup Adalah Untuk Mati

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, September 10, 2009

"Setiap orang memiliki tujuan, dan tujuan setiap orang yang hidup adalah kematian."

Kematian adalah akhir daripada kegembiraan dan kesedihan, kekayaan dan kemiskinan, kejayaan dalam hidup dan kegagalan mendapatkan sesuatu, dan apa jua yang kita lakukan. Kehidupan kita di dunia jelas ada hadnya, ada akhirnya. Jadi, setiap apa yang kita lakukan mestilah sebagai persediaan untuk kita menghadapi kematian.

Tetapi ayat di atas bukanlah menjadi penghalang untuk kita mengecapi kejayaan. Para sahabat Nabi Muhammad juga adalah orang yang kaya pada zaman mereka. Cuma dalam setiap apa yang kita ingin lakukan dan kecapi, biarlah ia dilakukan dengan harapan ia dapat memberikan persediaan terbaik untuk kita sebelum kita mati.

Dulu semasa kecil, selalu ustazah menasihatkan buatlah ibadah seolah-olah esok kita akan mati. Tetapi sampai sekarang aku masih tidak dapat melakukannya. Dalam hati masih ada perasaan takut akan mati.

Islam mengajar kita berani menghadapi kematian dan hari kiamat. Islam mengajar supaya kita bersedia menghadapi kedua-duanya. Walaupun ingin jadi kaya, ingin jadi jutawan, ingin jadi doktor, ingin jadi pilot atau apa-apa jua keinginan, bersiap sedialah untuk kematian.

Sesungguhnya kematian ini adalah pasti. Kita cuma hidup entah berapa lama lagi. Entah esok entahkan malam ini sahaja kita akan mati. Kita merancang pelbagai perkara yang entahkan sempat entahkan tidak untuk kita melakukannya.

Jadi, tujuan hidup kita mesti jelas iaitu hidup untuk mati. Maka bersiaplah dengan segala macam persiapan dan persedian yang baik-baik untuk memastikan tujuan hidup itu betul-betul tercapai...

Wallahualam

Comments (0)