Meneroka Minda Separa Sedar

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, September 13, 2009

Di manakah minda separa sedar kita semua ni berada? Persoalan ni dah lama dah difikirkan dan sehingga kini saintis masih giat mengkaji berkenaan hakikat kesedaran itu. Menurut saintis, pemikiran di luar sedar sebenarnya banyak memandu sikap, perangai, fikiran dan tingkah laku individu.

Sejak lebih daripada 40 tahun dulu, kajian yang dijalankan mendapati manusia berhubung dengan aktiviti mental yang tidak diekspresikan, tetapi ia jauh lebih ke hadapan berbanding dengan minda sedar. Pelbagai tindakan kompleks yang dilakukan oleh mental seperti menyelesaikan masalah, mengingat kembali dan memberikan kesimpulan waras dilakukan oleh minda separa sedar. Oleh sebab kebijaksanaan minda separa sedar ini, ahli psikologi sepakat menyatakan bahawa manusia tidak memerlukan kerjasama minda sedar.

Menurut Sigmund Freud, bapa psikoanalisis yang terkenal dengan teori minda separa sedar mempercayai minda manusia dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu sedar, separa sedar dan luar sedar. Aktiviti bercakap, berjalan dan melihat dikawal oleh minda sedar. Minda separa sedar yang merupakan lapisan antara sedar dengan tidak sedar, adalah pemikiran yang tidak aktif, tetapi mengandungi memori yang boleh dipanggil apabila diperlukan. Minda separa sedar ini biasanya tersembunyi, tetapi ia memberikan kesan jangka panjang kepada sikap individu.

Kini banyak ahli psikologi yang bersetuju dengan Freud bahawa kebanyakan kehidupan kita semua ni didorong oleh pemikiran di luar tahap kesedaran kita tu. Tidur nyenyak, pengsan dan koma akan membawa korang ke alam di luar sedar. Namun bila terjaga jer , korang tak mampu nak menghuraikan apa-apa berkenaan situasi ini.

Teori Penekanan yang dicadangkan oleh Freud menyatakan sesetengah pengalaman adalah menyakitkan untuk diingat, lalu minda akan mengarahkannya supaya ia disimpan di dalam sebuah “gudang”, iaitu minda separa sedar. Memori yang menyakitkan ini akan dimanifestasikan di alam mimpi walaupun tidak dapat dibuktikan mampu menyebabkan tindak balas psikotik dan neurotik.

Bebeza daripada pendapat Carl Gustaz Jung yang turut merungkai berkenaan minda separa sedar, dia ni membahagikan minda separa sedar kepada 2 bahagian, iaitu individu dan kumpulan. Menurutnya minda separa sedar individu adalah tempat yang menakung maklumat yang pernah dirakamkan oleh minda, tetapi dilupakan. Manakala minda separa sedar kumpulan mengandungi pengalaman lepas yang masih tertanam dalam minda.

Dalam artikel Nature Neuroscience, sekumpulan saintis berjaya menemui cara otak membuat keputusan tanpa sedar. Diorang menggunakan mesin pengimbas otak bagi mengkaji mekanisme yang berlaku sejurus sebelum sesuatu kepurusan dibuat. Dalam penyelidikan tu, diorang bagi kebebasan kepada responden untuk menekan butang dengan tangan kiri atau kanan apabila keputusan dibuat. Berdasar signal yang dikeluarkan di otak mereka, saintis mencerap keputusan responden sebenarnya ada 7 saat sebelum mereka menekan butang. Penemuan ini menunjukkan bahawa sudah ada keputusan sebelum sesuatu keputusan dikeluarkan.

Banyak yang kita pelajari dalam hidup terkumpul di minda separa sedar dan pengalaman itu yang membentun sikap kita pada sesuatu keadaan. Contohnya kalau kanak-kanak digigit anjing, pada masa akan datang apabila terserempak dengan anjing, dia akan terfikir ada bahaya walaupun kejadian masa lalu sudah luput daripada ingatannya. Dalam masa yang sama dia cuba bertindak rasional dengan memberikan penjelasan kepada dirinya sendiri bahawa tidak semua anjing berbahaya dan dia berada dalam situas yang selamat. Ini kerana otaknya sentiasa ligat mencari penjelasan bagi mnjawab perasaan takut yang mendadak itu.

Minda separa sedar juga sebenarnya telah banyak menyumbang dalam penemuan sains. Seorang pakar astronomi British, Sir Federick William Herschel bermimpi berkenaan planet Uranus sehingga beliau menjumpainya pada tahun 1871. Penemuan beliau ini telah merubah pemikiran ahli astronomi lain bahawa ada sebuah planet di antara Marikh dengan Jupiter. Selain itu, mesin jahit automatik pula dicipta oleh Elias Howe memalui mimpinya, dan Bob Dylon turut menulis lirik lagu berdasarkan situasi yang beliau dengar semasa bermimpi.

Begitula dia, minda separa sedar dalam kehidupan. Mungkin ilham adalah anugerah dari langit, tetapi untuk menggapainya, segelas keringat sentiasa menemani. Bak kata Thomas Elva Edison, “Kebijaksanaan memerlukan satu inspirasi dan 99 keringat.”

Comments (2)

Rakyat kita masih di minda kelas 2.Rata2..sedar xsedar iteww mereka tidak pikir...nice entry.

Cookie Divine ~ Hmmm... Minda kelas kedua ye... Pikir jauh demi masa depan ye wahai masyarakat Malaysia sekalian...