Sunyi

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, June 30, 2009

0

Sunyi bagi orang kebanyakan macam aku ni bererti suatu keadaan tanpa bunyi. Kiranya takde bunyi yang kita dengar. Betul, tapi kan, seperti yang korang tahu, bunyi tu adalah sejenis getaran mekanikal berbentuk gelombang yang bergerak dalam medium seperti udara, cecair dan pepejal. Selagi ada getaran, selagi tu la ada bunyi… Cuma keupayaan telinga kita ni jer yang terhad, tak dapat dengar bunyi yang terlalu perlahan.

Untuk pengetahuan korang, bunyi diukur dalam unit desibel. Disebabkan tahap telinga korang (aku pun same ler…) yang tak berapa sensitif cam binatang seperti anjing atau harimau, maka korang akan berasa suasana yang benar-benar sunyi bila skala desibel kawasan tu kurang daripada 20. Bunyi tetap ada, cuma korang jer yang tak dengar. Ni bukan bererti korang pekak badak atau telinga tersumbat. Dah keupayaan manusia camtu, nak buat camne… Kalau korang ni makhluk lain, tak tau la kan…

Korang sebenarnya dapat faedah yang banyak daripada sunyi ni. Sunyi boleh bagi korang mudah tido (kecuali bagi hantu iPod dan mP3.. Hehe). Pastu bila dalam library, apa yang korang baca mudah korang ingat kalau sunyi. Waktu Subuh yang sunyi lak bagi korang ilham dan kreativiti serta keupayaan mengingat yang tinggi. Bagi orang yang nak menenangkan fikiran pun diorang akan cari kawasan sunyi, bukannya kawasan bising seperti pasar ikan atau kawasan yang sekutu dengannya… Korang tu je yg pelik g Redbox untuk tenangkan fikiran… Haha…

Bising yang berlebihan akan buatkan korang ni emo atau alami tekanan perasaan. Tapi bising ni takde kaitan pun dengan sifat perasan korang tu. Hehe… Bising yang berlaku kat bilik darjah tu membuatkan korang ni blajar susah masuk. Ilmu yang korang belajar lebih suka bercuti kat mane2 daripada terkurung kat kepala korang… Hehe… Tapi jangan lak jadikan alasan kelas bising punca korang gagal SPM atau STPM ye… Kesian cikgu sekolah korang nanti.

Tapi kan, sunyi yang melampau ada plak impak negatifnya. Apa? Haa… Kalau korang ni dibiarkan terlalu lama dalam keadaan sunyi, korang akan berhalusinasi dan terdengar atau ternampak sesuatu yang tak wujud. Tu yang korang nampak macam2 spesies hantu dan segala mak nenek tu bila korang jalan kat kubur waktu malam lelama…

Tapi orang kat Barat ni cerdik sikit. Diorang pergunakan keadaan sunyi dalam soal siasat diorang. Banduan yang diorang nak soal siasat tu akan dikurung dalam sebuah bilik tanpa bunyi, tanpa tingkap dan tanpa warna (tetiba teringat lagu Tanpa 6ixth Sense… Huhu). Cara ni dipanggil deprivasi deria. Kesan kaedah ni adalah menghasilkan halusinasi ekstrem sama macam amik sejenis dadah yang dipanggil “mescaline”. Lepas 2 hari, mentaliti banduan menyusut teruk. Ini akan jadikan banduan tu hilang kawalan kewarasan dan mudah patuh pada perintah yang diberi. Eee… Dahsyat beb!

Dalam industri muzik lak, keadaan sunyi penting untuk rekodkan muzik yang berkualiti. Sebab tu la diorang ni kena guna studio yang kalis bunyi agar bunyi2 luar tak bercampur dengan muzik yang dirakam. Pada masa kini, hanya terdapat sejenis bilik yang betul-betul kalis bunyi iaitu bilik kalis bunyi anechoic. Bilik ni ada di beberapa tempat jer kat dunia ni. Yang terkenal ialah “Sound 80” di Minneapolis, Minnesota. Untuk rekod, ni la tempat paling sunyi kat muka Bumi yang tersenarai dalam Guiness Book of World Records.

Sunyi gak digunakan dalam teknologi kententeraan Bagi korang yang kaki games (cam aku ni) dan kaki filem (pun macam aku lagi… Hehe), korang mesti pernah tengok adegan tembakan yang hasilkan bunyi yang perlahan, kan? Tu sebab diorang gunakn perendam bunyi atau “silencer” kat hujung senjata api tu. Ni boleh naikkan kejayaan misi serang hendap diorang. Pastu ada ura2 untuk hasilkan bom senyap yang boleh meletup tanpa disedari musuh. Wah… Bahaya nih!

Hmm… Bagaimanapun, takde tempat yang betul-betul takde bunyi kat Bumi. Mungkin korang hanya dapat menikmati kesunyian sejati kat angkasa lepas jer sebab bunyi tak mengalir dalam ruang vakum. Tapi susah lar camni… Orang Malaysia pun baru sorang g angkasa… Hehe… Mungkinkah u are the next one? Siapa tahu rezeki korang…

Last but not least, Lao Tzu pernah berkata “Mereka yang bising adalah dungu. Mereka yang bijaksana senyap sunyi”. Leh pakai ker? Masing2 punya pendapat lar…

Wassalam

Tukang Cukur

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, June 29, 2009

0

Seorang laki-laki bernama Bador datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Ia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang cukur yang melayaninya. Pelbagai macam topik pun akhirnya jadi pilihan, hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan.

"Hai Tuan, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang anda katakan tadi," ujar si tukang cukur.

Mendengar ungkapan itu, Bador terkejut dan bertanya, "Mengapa anda berkata demikian?"

"Mudah saja, cuba anda menjengok ke luar jendela itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terlantar? Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi..." ungkapnya dengan nada yang tinggi.

Bador pun berfikir tentang apa yang baru saja dikatakan sang tukang cukur. Namun, dia sama sekali tidak memberi sebarang reaksi agar pernyataan tersebut tidak lebih meluas lagi. Ketika sang tukang cukur selesai melakukan pekerjaannya, Bador pun berjalan keluar dari salon. Baru beberapa langkah, ia bertembung dengan seorang laki-laki berambut panjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke tukang cukur dan itu membuatka nya terlihat tidak kemas. Bador kembali masuk ke dalam salon dan kemudian berkata pada sang tukang cukur, "Tukang cukur itu tidak ada!"

Sang tukang cukur pun terkejut dengan perkataan Bador tersebut. "Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang cukur," sanggah sang tukang cukur.

Bador kembali berkata tegas, "Tidak, mereka tidak ada. Kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti contohnya lelaki di luar itu."

"Ah, anda merepek saja... Tukang cukur itu selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah dia tidak mau datang ke salon saya untuk dicukur," jawabnya tenang sambil tersenyum.

"Tepat!" tegas Bador. "Itulah contohnya. Tuhan itu ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini!!!"

Award Kiriman Fauzan

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, June 29, 2009

7


Tahniah untuk diri sendiri sebab dapat award lagi.
Terima kasih kat saudara Fauzan sebab pilih aku.
Dia dah bagi lama dah. Aku ni jer yang baru amik.
Maaf la ye Fauzan...
Almaklum la... Sibuk... Hehe..
Tapi, ada tapinya...
Dia letak syarat. Ni syaratnya:

♥ letakkan logo award ini di blog anda.
♥ anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
♥ pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
♥ informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
♥ berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

Hoho... 10 ehhh Fauzan? Baiklah...
Skang ni tiba la masanya aku umumkan calon-calonnya.
Calon-calonnya ialah:

Haa... Korang yang tersenarai ni apa lagi, buat macam aku buat tu.
Kang aku kecik ati nanti... Hehe
Apa pun terima kasih buat saudara Fauzan untuk kesekian kalinya...
Cinta dan sayangku untuk mu Fauzan... Auwww... Hehe

Fobia

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, June 28, 2009

4


Aku fobia dengan tinggi dan juga scene pembedahan. Sebab tu aku tak sanggup jadi doktor... (ceh… alasan! Hehe…). Aku tau korang semua paham kan apa tu fobia… Pada yang tak tau (ader ker???), fobia ialah terjemahan daripada bahasa Inggeris iaitu “phobia”. Hehe… Gurau sekali sekala… Yang sebenarnya fobia bererti ketakutan berlebihan akan sesuatu hal atau fenomena tertentu.

Fobia berlaku secara spontan, tidak normal dan di luar kawalan. Ia juga berkait dengan psikologi orang tu sendiri dan kadang-kadang tu, fobia ni boleh buatkan hidup orang tu jadi tak tenteram. Ye lar… Cuba korang bayangkan dengan orang yang fobia terhadap cermin… Tengok jer cermin terus histeria, tak pun pengsan. Tak ke naya tu… Korang dengar cam mustahil kan? Tapi tu la hakikatnya yang hakiki yang ditentukan sejak azali… Cewahh. Hehehe…

Sebab kita ada fobia? Macam-macam sebab ada. Tapi secara asasnya, kita jadi fobia sebab pengalaman buruk yang dialami. Contohnya aku sendiri… Aku jadi fobia terhadap ketinggian sebab aku pernah jatuh pokok sampai lucut sendi. Sakitnya mak aii… Tuhan jer yang tahu! Tapi kebanyakan fobia yang terjadi tidak mempunyai sebab yang kukuh ataupun memang tak bersebab. Contoh diri aku lagi. Aku takut tengok scene pembedahan dan sebabnye aku sendiri pun tak pasti. Yang aku tau memang aku tak boleh tengok.

Orang yang fobia ni akan rasa lain macam bila berdepan dengan benda yang dia fobia. Ada yang lesu, sakit kepala, kekejangan, sakit otot, menggeletar, kebas, keluar peluh, sesak nafas dan ada yang sampai loya dan pengsan! Tapi aku tak la sampai tahap kritikal camtu… Hehe…

Saper yang boleh kena penyakit fobia ni? Semua peringkat umur leh ada, tapi biasanya di kalangan belia berumur 20 tahun ke atas. Nak rawat fobia ni bukan mudah beb sebab ni ialah masalah psikologi.

Salah satu cara nak kurangkan rasa fobia ialah dengan cara pembiasaan, ataupun dengan istilah sainsnye ialah “desensitisasi”. Maknanya orang tu kena sentiasa mendekati sumber fobianya secara bertahap. Kelemahan cara ni ialah orang tu kena ada semangat yang kuat dan sangat la memakan masa.
Cara lain ialah menimbulkan emosi, desakan dan tekanan persekitaran terhadap orang fobia tu. Ni la prinsip yang ada dalam “Fear Factor”. Rancangan realiti tv ni tawarkan hadiah lumayan untuk peserta yang berjaya mengatasi cabaran fobianya. Kalau la diorang letak cabaran bedah orang, aku pun nak apply masuk. Hehehe…

Ada gak kaedah halus yang dipanggil hipnoterapi. Maknanya guna kaedah hipnosis. Kaedah ni perlukan kepakaran tinggi dalam memahami minda separa sedar manusia. Kesan kaedah ni berbeza terhadap individu.

Cara yang lebih mudah ialah melalui perbincangan untuk menghilangkan keresahan atau ketakutan. Kawan baik, keluarga, awek, kaunselor atau saper saja yang orang tu rasa boleh bantu dia. Kalau tahap ketakutan dan keresahan orang tu dah melampau atau kronik, terpaksa la diorang makan ubat penenang (tranquillisers) seperti Benzodiazepines. Tak pun kalau dah sampai tahap kecelaruan mental, Tanjung Rambutan la tempat terbaik baginya… Hehe…

Kesimpulannya, takut itu memang lumrah manusia, tapi kalau dah sampai kategori fobia, ia dah dikatakan sebagai penyakit. Setiap racun ada penawar, setiap penyakit ada ubat. Yang penting usaha kita ke arah menyembuhkan penyakit tu dan tawakal kepada-Nya agar disembuhkan. As people always said, “Do your best and let Allah do the rest”. Wassalam

Semua La!!!

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, June 27, 2009

5

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju ke kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas...

Nak di jadikan cerita... Ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut nak mintak tumpang. Jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba, lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut.. Sorang perompak berkata, " Keluarkan semua barang kemas
yang korang ada! Cepat!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas, "Tapi... Kami tak bawak barang kemas kalau gi keje.. Duit pun sikit je..."

Perompak berfikir seketika.. "Ha.. Gini la.. Sebab korang takder barang kemas & duit, kami rogol korang SEMUA!!! Hahahaa..."

Pekerja kilang yang muda berkata,"Alalaa... Takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak...Tak kesian ker..."

Tetiba.. Makcik tu berdiri..

" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la!!!"

Pereputan Mayat

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, June 26, 2009

3


Hoho… Tajuk kali ni lagi horror… Korang dah baca sal mati yang aku tulis tu kan? Haa… Kali ni aku nak tulis lak apa yang berlaku kat mayat tu. Ni bukan apa, pengetahuan kepada kita semua… Jadi, meh aku citer kat korang.

Mula-mula sekali, lepas kita ni mati, ada jenazah yang dibakar dan ada yang dikebumikan. Bagi yang beragama Islam, jenazah kita akan dikebumikan. Kat Malaysia ni, menurut kebanyakan penggali kubur, kedalaman kubur yang biasa digali mereka ialah 6 depa. Tanam jenazah ni ada banyak hikmahnya. Kalau tak, maka korang akan menyaksikan proses mayat ni reput di mana keadaannya sangatlah mengaibkan lagi mengerikan. Korang penah tengok citer zombi kan? Kalau nak tau, keadaan mayat reput ni berkali ganda lebih teruk dari zombi tu, terutamanya Zombi Kampung Pisang. Hehe…

Mayat ni mereput ikut peringkat. Kalau dihitung, ada 4 peringkat secara kasar. Yang mula-mula sekali ni orang panggil “pemecahan sendiri”. Hmm… Badan korang ni sebenarnya ada banyak jenis enzim. Walaupun korang dah tak bernyawa, enzim ni masih leh bekerja. Bila mati, enzim ni akan bertindak menghadam badan si mati tu. Struktur membran sel si mati jadi rosak dan pembebasan enzim penguraian bermula.

Lepas tu, masuk la ke peringkat kedua yang dipanggil “pembusukan”. Proses ni bermula bila bakteria anaerobik dalam badan korang ni mula bertindak secara besar-besaran. Apa tu bakteria anaerobik? Haa… Ia adalah sejenis bakteria yang hidup dalam keadaan tanpa oksigen. Bila mati, badan kita ni dah kurang ataupun takde oksigen. Jadi masa ni la bakteria anaerobik amik kesempatan membiak banyak-banyak. Tempat yang dia paling suka ialah organ dalaman seperti perut. Segala zat yang ada dalam badan si mati seperti protein dan karbohidrat akan diurai oleh diorang ni.

Bila diorang ni mengurai zat si mati, diorang akan hasilkan gas. Jadi badan si mati ni akan mengembung bermula dari perut disebabkan pengumpulan gas ni. Bila tekanan meningkat kat diafragma, buih-buih darah akan meletus dari hidung dan mulut. Organ-organ si mati seperti jantung dan peparu turut membusuk. Tapi yang paling dahsyat ialah pemandangan kat perut. Korang tau kan kat perut takde tulang? Jadi gas yang terhasil tadi akan terus mengembungkan perut sampai satu tahap di mana perut si mati tu pecah dan mengeluarkan isinya!!! Uii… Seram siot…

Peringkat ketiga dipanggil “pereputan”. Ni pun dahsyat gak… Segala cecair badan si mati yang baunya memang loya tu akan mengalir keluar dari badan. Daging lak mula luruh satu per satu strat dari tengkorak. Kulit cerai-berai. Otak jadi busuk dan sekali tengok dah macam tanah liat! Tisu-tisu si mati yang lembut akan kecut dan kering. Proses ni berterusan sampai la tinggal tulang jer!

Pada peringkat terakhir lak, bakteria dan mikroorganisma lain akan mula menjajah tulang yang tinggal. Diorang akan makan tisu tulang sampai takde apa pun yang tinggal lagi. Maka lenyaplah jejak si mati kat dunia ni buat selama-lamanya…

Haa… Amacam? Dahsyat tak prosedur mayat reput ni? Nasib baik la kita tak menyaksikan semua tu… Kalau tak, mau pengsan 40 hari 40 malam nih… Hehe… Apapun, amik la iktibar kerana sehebat atau seagung mana pun kita ni, kita tetap mati dalam keadaan yang hina. Kita yang dikatakan penakluk Bumi ni akhirnya hanya menjadi makanan bakteria kecil yang tak pernah pun kita nampak…

Sekian, wassalam

Award Untuk Followers!!!

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, June 25, 2009

11


Ya!!!
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba!
Untuk semua followers ku sekalian, ni la award untuk korang.
Meh amik, jangan tak amik.
Takder syarat yang aku kasi, cuma kalau nak amik tu pastikan jadi follower ehh... hehe
Minta maaf la kalau award ni tak berapa cun...
Im not gud in photoshop...
Sekadar guna perisian mudah jer untuk buat ni... Hehe
First award, biasa la kan...
Budak baru belajar lak tu... Hehe
Apapun amik la ehh...
Jangan malu-malu arnab...
Last but not least, syukran untuk korang semua yang menyokong blog aku...
Walaupun usianya baru sebulan, korang dah mengiringinya sampai ke tahap ni...
Syukran2...

Award Dari Kak Ieda

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, June 25, 2009

1


Junjungan terima kasih kepada Kak ieDa ke atas penghasilan award yang cun melecun ni.
Sungguh cantik, menarik, tertarik, kau memang da boom... Hehe
Yang sebonarnya, Kak ieDa tak jemput pun secara peribadi...
Tapi melihatkan award yang cun ni, mana tahan nak tunggu jemputan...
Kalo awek lawa pun kita rembat... Yo dok? Hehe
Kalau korang nak tahu (ni ayat famous aku nih), Kak ieDa and I ada persamaan...
Im d eldest brother of 3 siblings, Kak ieDa pun sama (cuma sister la kan... Hehe)
Tapi Im not married yet Kak ieDa oii... Still mencari.. Huahaha
Apapun, untuk Kak ieDa, thanks again ehh...

Award Dari Lionteen

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, June 24, 2009

1


Terima kasih kepada saudari Lionteen atas jemputan untuk menerima award ni.
Adalah menjadi satu kebanggaan untuk menerimanya...
Cewahh... Ayat tak bleh blah... Haha
Lionteen, tu gambar Sakura kan?
Wah... Peminat anime rupanya.. Haha
Pa pa pun, ur award looks great...
Really appreciate it...
I mean it... (tah btul tak Engllish aku ni.. hehe)
Jadi, untuk kesekian kalinya, ku kalungkan jutaan ucapan terima kasih atas pemberian ini...
Arigato gozaimasu!!!
(Kalau salah tolong betulkan, saya budak baru belajar... Hehe)

Mati

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, June 24, 2009

2


Tajuk kali ni agak menyeramkan… Haha… Tak perlu takut, semua orang akan mati. Lumrah la kan, yang hidup akan mati jua… Tapi aku ada baca satu artikel sains yang kata mati tu bukan satu benda yang lumrah suatu ketika dahulu, iaitu sebelum kewujudan makhluk multisel. Apa tu multisel? Haa.. Kalau nak tahu, makhluk multisel ni adalah makhluk yang kompleks komposisi tubuhnya di mana satu-satu makhluk tu terbina daripada banyak sel-sel kecil yang saling bekerjasama, macam tubuh korang sendiri tu la.

Kata sorang saintis tu, pada suatu masa ketika Bumi kita ni mula ada penghuni, makhluk yang wujud hanyalah jenis unisel. Dengan kata lain, makhluk hidup yang hanya ada satu sel saja. Diorang ni membiak melalui proses mitosis. Buat korang yang tak tahu, mitosis ini ialah proses pembahagian sel di mana 1 sel akan menjadi 2 sel yang sama. Kiranye macam kembar seiras gitu.. Proses ni berterusan. Tahun berganti tahun, tapi diorang tak mati atau tua. Diorang akan sentiasa membahagi dan membiak. Cara diorang mati adalah dengan memusnahkannya seperti menghancurkan ataupun bunuh dengan tak sengaja. Kiranya diorang ni tak mati sebab sakit tua…

Beberapa billion tahun kemudian, makhluk unisel ni mula bergabung membentuk makhluk multisel. Bila dah jadi satu organisasi, keupayaan mitosis sel jadi terhad. Masa ni la mati mula menjadi lumrah untuk makhluk… Tu kata diorang la… Dalam istilah sains gak, ada 5 jenis mati.

Jenis pertama ialah “nekrobiosis” atau kematian satu-satu sel dalam tubuh korang tu. Sel tubuh korang tu ada jangka hayatnye... Dengan kematian sel tua, boleh la tubuh korang tu buat sel yang baru yang berfungsi dengan baik. Nekrobiosis gak sebabkan hampir semua sel dalam tubuh korang yang sekarang ni tidak sama dengan sel masa korang mula-mula lahir dulu. Kebanyakannya dah diganti baru.

Kedua ialah “nekrosis”. Ni adalah kematian beberapa sel dalam badan korang secara serentak. Selalunya disebabkan penyakit atau kecederaan. Biasanya nekrosis merujuk kepada kematian sesuatu organ atau sebahagian organ.

Ketiga ialah “clinical death”. Ni adalah kematian dalam dunia perubatan di mana berlaku bila korang berhenti bernafas, darah korang berhenti mengalir atau jantung korang berhenti berdenyut. Haa.. Kalau korang nak tahu, bila ini berlaku kat korang, doktor yang rawat korang ada masa 4 minit saja untuk hidupkan korang balik. Kalau tak… Paham-paham jer la… Hehehe…

Keempat ialah “brain death”. Ni adalah kematian otak bila otak korang tak cukup oksigen. Biasanya korang akan koma. Tapi korang masih leh hidup dengan bantuan alat…

Kelima ialah “somatic death”. Ni adalah kematian yang sebenr-benar mati… Semua organ korang berhenti berfungsi dan hayat korang memang dah betul-betul takde. Dengan kata lain, korang dah berpindah ke alam barzakh. Ni la erti sebenar mati dalam sains…

Jadi wahai kawan, aku post tajuk ni bukan ape… Nak ingatkan korang dan aku sendiri gak yang mati itu sesuatu yang pasti. Orang yang takut mati akan ingat akhirat, orang yang ingat akhirat akan perbanyak ibadat, orang yang banyak ibadat itulah orang yang banyak imannya, dan orang yang banyak imannya sudah tentu syurga menjadi tempatnya nanti…

Wassalam

Penyahtinjaan

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Tuesday, June 23, 2009

4


Amende tu? Haa… Kalau korang nak tahu, ni la istilah sains untuk “buang air besar” ataupun “berak”. Bunyinye sedap disebut, hakikat maksudnya pula boleh terkeluar isi perut. Hehe… Kali ni aku nak cerita bab “melepas” plak. Kotor ke bunyinye? Kotor atau tak, ni la proses penting dalam hidup korang. Percaya atau tak, penyahtinjaan mencetuskan kebijaksanaan. Pelik? Takpe… Aku citer…

Korang kenal Albert Einstein tak? Dia ni antara tokoh fizik terkemuka dan dikatakan antara manusia paling genius pernah direkodkan kat muka Bumi ni. Untuk pengetahuan korang, dia ni mengaku yang kebanyakan ilham yang dia dapat adalah semasa tengah “uh-uhh”… Pengakuan dia ni telah gerakan beberapa saintis Jerman untuk buat kajian lanjut. Tau tak apa yang diorang temui? Diorang dapati semasa korang “melepas”, kebijaksanaan korang boleh memecut dalam tempoh yang sangat singkat, iaitu beberapa saat saja. Tapi dek beberapa saat tu la Einstein leh buat penemuan hebat… Hehe…

Kajian lain plak menyatakan bahawa seseorang bayi tu mungkin menyebut perkataan pertama dalam hayatnya semasa meneran najis! Wekk… Bunyinye macam nak muntah pun ader… Hehe… Pastu lak, saintis ader bagi panduan untuk memanfaat secara maksimum proses “melepas” korang ni. Pertama, jangan amik masa yang lama dalam bilik air tu dek kerana aroma yang terhasil mungkin boleh biulkan korang nanti… Hehe.. Kedua, waktu terbaik untuk buat benda ni adalah pada waktu pagi. Ketiga, cara ni berkesan sekali jer sehari. Ye la… Kalau tiap-tiap pagi korang hentam 5 6 kali, tu dah jadi cirit-birit tu… Hehe.. Diorang gak simpulkan bahawa hasil terhebat yang boleh dicapai ialah sebaik saja tinja (najis ler tu…) pertama keluar dari perut namun pada hari-hari tertentu saja. Wah wah wah… Giler punyer detail kajian diorang ni. Hehe..

Untuk makluman korang gak, posisi buang air besar ni pun ada maca-macam gaya bergantung kepada kebudayaan dan kepercayaan masing-masing. Posisi cangkung digemari oleh masyarakat Asia Timur, Timur Tengah dan Eropah Selatan. Tak lupa gak Malaysia kita yang tercinta ni. Masyarakat Barat lak lebih suka guna tandas duduk. Dalam Islam lak, soal istinjak amat dititik beratkan. Kesucian tu penting untuk kesejahteraan hidup.

Aku rasa cukup la setakat tu. Nak tulis banyak-banyak nanti korang tak larat baca lak… Hehe.. Ok la. Sebelum aku tutup tirai, aku ada jumpa satu rekod yang bila korang baca terus tak selera nak makan. Apa tu? Haa… Menurut Guiness Book of World Records, seorang manusia bernama George Morrison di Chicago telah mencipta rekod dengan menghasilkan najis sepanjang 21 inci dengan lebar 3 inci dan seberat 5 paun! Mak aii… Rekod yang menggelikan telinga… Hehe..

Wassalam

Award Dari Zahora

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, June 22, 2009

2


Salam...
Tahniah untuk diriku sendiri lagi kerana menerima anugerah baru.
Kulayangkan ucapan jutaan terima kasih kepada saudari Zahora.
Sebab?
La... Dia la yang jemput aku ambik award nih... Hehe
Terima kasih sekali lagi wahai Zahora...
Pemberianmu sangat bermakna buat diriku ini...
Kata orang tangan yang memberi adalah lebih mulia daripada tangan yang menerima...
Mujur la pemberian award ni tak pakai tangan... Hehe
So, kita dua still setaraf kan , Zahora? Hehe
Last but not least, thanks again to Zahora...
Tepuk2...

Cinta

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, June 22, 2009

3


Kali ni aku nak berbicara pasal cinta. Sebagai mukadimah, ingin sekali aku tegaskan bahawa aku bukanlah pakar cinta. Apa yang aku nak tulis ni adalah sekadar perkongsian ilmu bila kita melihat cinta dari sudut sains. Ok? All right…

Kebanyakan korang berpendapat cinta tu indah kan? Tapi bagi yang kecundang, cinta itu adalah seseuatu yang pedih (aii… cam biase jer nih… hehe). Kalau korang nak tahu, cinta akan buatkan korang tunjukkan gejala “Obsessive Compulsive Disorder”, menurut sekumpulan pengkaji Itali. Ia adalah satu penyakit mental yang membuatkan korang mahu mengawal segala-gala yang berada di sekeliling korang. Korang akan rasa seperti tak lengkap, ada saja yang tak kena, nak sentiasa lawa, selalu tengok cermin ataupun basuh tangan berkali-kali. Jiwa gak rasa tak tenteram, seperti tak siuman. Wah… Tak sangka betul yang gejala cinta ni sama dengan sejenis penyakit mental.

Salah satu penyebab “Obsessive Compulsive Disorder” ialah kekurangan “serotonin”. Untuk makluman korang yang tak tahu, serotonin adalah sejenis hormon neurotransmitter, iaitu hormon komunikasi antara neuron kat otak korang tu. Orang yang dilamun cinta ada aras serotonin 40% kurang daripada orang yang tak dilamun cinta. Sebab tu la 2 benda alah ni dikatakan berkait. Tapi aras serotonin kembali normal selepas setahun bercinta. Mungkin sebab korang dah terbiasa dengan si dia dan gelojak asmara korang pun dah semakin pudar dan tawar. Situasi ni lak dikaitkan dengan penyebab pasangan itu tidak kekal bersama. Pulak…

Perasaan untuk terikat bersama dikaitkan dengan hormon oksitosin. Hormon ni rangsang keakraban dan perasaan kasih sayang antara manusia. Sebab tu la hormon ni gak ada lepas seorang ibu melahirkan anak. Hormon ni akan rangsang payu dara untuk menghasilkan susu. Itu yang korang tengok keakraban seorang ibu dengan anaknya tu sangat kuat, sampai wujud ubat batuk cap ibu dan anak… Hehe..

Selain hormon, mata gak main peranan dalam cinta. Anak mata korang akan terangsang bila korang tertarik akan sesuatu, atau menjadi berahi, sama macam korang mula-mula jatuh cinta. Kalau korang nak tahu, wanita Eropah zaman dulu pakai sejenis celak yang dikenali sebagai “bella donna” agar nampak “terangsang” dan cantik. Kononnya dengan mata yang bulat, orang akan mudah jatuh cinta dengan diorang. Buat pengetahuan korang, sekarang ni bella donna tak boleh dipakai kerana ianya beracun. Ish… Tak senonoh tul orang dulu ni… Hehe…

Sorang profesor New York pernah buat kajian yang merenung ke dalam mata timbulkan rasa sayang. Hah? Betul ker??? Dia buat uji kaji ke atas sekumpulan penuntut yang tak kenal antara satu sama lain. Diorang dikehendaki saling merenungi. Pastu, dalam satu tempoh, perasaan sayang terbit walaupun asalnya diorang tak mengenali pun. Bahkan, ada yang berkahwin lepas tu! Wah… Dahsyat beb!!!


Bau pun main peranan gak. Mak aii… Peliknya. Haa… Dalam sains, bau dikenali sebagai feromon. Tarikan bau dalam pemilihan pasangan ni memang biasa kita dengar kat binatang, tapi untuk orang… Bukti? Ok. Satu kajian kat Universiti Bern, Switzerland buktikan wanita tertarik dengan bau lelaki. Diorang suruh responden wanita cium baju-baju responden lelaki yang tak dibasuh dan melabelkan yang mana diorang minat. Wekk… aku yang tulis pun nak termuntah.. Hehe.. Hasilnya? Wanita ni suka bau lelaki yang ada sistem imunisasi (sistem pertahan badan le tu…) yang berbeza dengan diri diorang… Wah… Menarik!

Hmm… Begitulah kompleksnya cinta di mata sains… Hehe… Rasa asmara yang korang rasa sekadar membelenggu permukaan fikiran korang sebenarnya mempunyai susuk yang lebih rumit menyelinap di urat tubuh, melibatkan proses kimia dan psikologi serta perjalanan biologi. Maha Agung kekuasaan Allah, menganyam aturan sains pada segala di dalam semesta-Nya dengan begitu terperinci, termasuklah cinta… Cewahh… Hehe.. Setakat tu dulu… Bertemu di lain hari.

Sekian, wassalam

Award dari Yana

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, June 21, 2009

1


Tahniah ke atas diri sendiri buat kali kedua untuk hari ni... Hehe
Berbanyak-banyak ucapan terima kasih dan penghargaan buat saudari Yana
Jemputan untuk menerima award dari saudari ku terima dengan sepenuh hati...
Cewahh... Melalut lak... Hehe
Buat semua followers yang ku sayangi, anda semua gak bakal menerima award dari ku nanti...
Bila tu? Tunggu... Sabau...
Akhir sekali, terima kasih buat kesekian kalinya kepada saudari Yana...
Anugerahmu sangat kuhargai...

Anugerah Blog Mesra Mata Dari Daus

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, June 21, 2009

1


Tahniah untuk diri sendiri kerana menerima award baru... Hehe
Junjungan terima kasih tak terhingga kepada saudara Daus atas anugerah ni...
Tapi, ada tapi...
Penerima award ni wajib menyebarkannya kepada 3 orang lagi (hah!)
Justeru, bagi memenuhi hukum wajib tu, ni dia 3 makhluk yang aku pilih:
1. Lionteen
2. Fauzan
3..eika
Korang yang tersenarai ni dah kena target baik punyer... Hehe...
Apa lagi, g amik award tu cepat dan hantar kat 3 makhluk yang lain lagi.
Lama-lama dah macam sistem piramid pun ada... Hehe
Anyway, thanks again to Saudara Daus tercinta...

Malu

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Sunday, June 21, 2009

2


Aku ni seorang yang pemalu. Itulah kebenarannya… Hehehe… Apapun, malu ni ada pada semua orang. Yang bezanya ialah tahap malu tu pada seseorang individu. Kalau korang nak tahu, bukan kita jer yang reti malu, makhluk lain pun ader rasa malu gak. Kebanyakan haiwan adalah jenis pemalu untuk bertemu dengan spesies haiwan lain kecuali la binatang yang jadi makanan diorang jer.. Pokok pun tau malu gak. Tak caya? Haa… Tu pokok semalu tu… Hehe.. Tapi yang sebenarnya pokok yang mengatupkan daunnya bila korang sentuh ni bukan malu, tapi tindak balas refleks yang ada kat pokok tu yang dikenali sebagai pergerakan seismonasti. Ni korang pun blajar kat sekolah…

Bagi haiwan, sifat malu diorang tu dikenali sebagai “cryptic”. Bagi manusia macam kita ni, malu dikenali sebagai sifat “introvert”. Korang (tak lupa gak aku sendiri) akan rasa malu bila berhadapan dengan seseorang yang dikagumi, orang yang tak dikenali, atau pasangan berlainan jantina yang diminati. Kalau korang memang yang jenis minat sama jantina, tu aku tak nak masuk campur… Hehe..

Dek kerana sifat malu ni, korang akan jadi lain macam sikit… Tersipu-sipu, tak senang bergerak, jantung berdegup kencang, kecut perut, keluar peluh bahkan lidah jadi kelu (macam biasa jer ni… Hehe...). Kadang-kadang tu gak, korang dengan automatiknya akan merepek, melalut, mencarut, merapu dan macam-macam me- lagi lar yang keluar dari mulut korang.

Aku ada baca yang terdapat pengkaji keluarkan kenyataan bahawa setiap tahun manusia jadi makin pemalu! Betul ker?? Korang sendiri tentukan. Sebagai tambahan, orang paling malu kat dunia ni ialah orang kat Asia! Jepun dengan Taiwan bolot tempat teratas dalam kategori ni. Pastu, orang yang paling tak malu ialah orang Yahudi kat Israel! Memang padan pun dengan diorang tu!!!

Universiti Harvard gak ada buat kajian tentang malu. Diorang cakap, manusia macam kita ni dah pandai rasa malu sejak dalam kandungan lagi! Wah... Tak sangka lak aku jadi malu sejak dalam perut lagi... Hehehe.. Diorang gak cakap kandungan yang mempunyai denyutan jantung yang melebihi tahap normal menyebabkan mereka dilahirkan sebagai seorang yang pemalu.

Haa… Tu lah antara beberapa maklumat bab malu yang aku nak kongsikan. Malu ni sebenarnya adalah sebahagian permainan psikologi otak korang sendiri. Kita kadang-kadang malu disebabkan persepsi salah yang kita fikirkan adalah betul. Maknanya kita takut akan bayang-bayang sendiri! Kalaulah kita tahu kebenarannya, mungkinkah kita menjadi lebih berani??? Persoalan tu korang kena jawab sendiri…

Wassalam

Award Dari Kak Flora

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, June 20, 2009

3


Salam Kak Flora...
First adik Fiq (adik ker??) nak ucap terima kasih sebab jemput untuk terima award..
Ni first time orang yang tak di"follow" bagi award...
Rasa tak sedap hati la plak kan... Hehehe
So, untuk sedapkan hati, I dah follow U, Kak Flora!
Baru senang hati amik award... Hehehe
By the way, junjungan terima kasih buat Kak Flora...
Nama bunga, awardnyer pun bunga... Hehe
Thanks again...

Menangis

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, June 20, 2009

0


Dalam dunia ni, ada banyak binatang yang menangis. Sebab? Semata-mata untuk tujuan pelembapan dan pelinciran kat mata diorang tu. Tapi, manusia macam kita ni dipercayai satu-satunya yang menangis atas pengaruh emosi, gembira mahupun sedih. Yang paling banyak menangis lak dikatakan perempuan dan kanak-kanak. Haa… Ni aku setuju. Hehehe..

Walaupun orang kata menangis tu tak elok, sebenarnya secara tak langsung korang ni sebenarnya sentiasa menangis. Kornea kat mata korang tu perlu basah sepanjang masa untuk berfungsi. Basah dengan ape? Dengan air mata korang la, tapi kuantitinye sikit lar…

Untuk makluman korang, ada banyak faedahnye menangis ni. Tak caya? Takpe.. Aku cerita satu-satu… Dalam air mata tu, sebenarnya ada mangan yang mana kandungannya 30 kali ganda daripada dalam darah. Mangan ni adalah garam mineral yang mengacu perasaan dan motivasi. Jadi dengan menangis, perasaan korang jadi sedikit tenang.

Selain tu, dalam air mata tu gak ada ACTH. Dalam subjek sains, ACTH adalah singkatan bagi “adrenocorticotropic hormone”. Hormon ni terlibat dalam tekanan perasaan. Disebabkan tubuh korang buang ACTH, korang selalunya rasa tenang dan puas lepas menangis. Jika korang ni jenis yang suka pendam perasaan, korang sebenarnya mudaratkan diri korang sendiri. Korang akan rasa tertekan sebab hormon yang aku sebut tadi tu berkumpul kat dalam badan lalu bawak impak negatif dari segi psikologi.

Menangis gak selamatkan mata korang daripada jangkitan bakteria berbahaya. Sebabnya dalam air mata tu ada lisozim. Lisozim ni adalah sejenis bahan kimia yang halang pertumbuhan bakteria. Lepas korang menangis, air mata korang tu akan kering kat pelupuk mata dan sekitar hidung. Jadi ini akan halang serangan bakteria kat kulit muka korang tu.

Sungguhpun macam tu, tak elok gak menangis lebih-lebih. Kalau korang ada bayi, jangan biar dia menangis lama sangat. Ni sangat bahaya! Sebabnya hormon adrenalin dan kortisol akan terhasil kat otak. Hormon ni sebabkan tekanan perasaan dan kalau terlampau banyak, saraf neuron bayi tu boleh terjejas.

Dalam hidup seharian korang, korang akan menangis atas banyak sebab. Gembira, sedih, takut, mahupun bila tengok citer Hindustan. Hehehe.. Korang gak akan menangis bile habuk masuk mata dan bila korang ketawa terbahak-bahak. Haa.. Pelik betul benda menangis ni kan?

Kesimpulannya, menangis tu perlu dalam hidup korang. Kata bijak pandai, mereka yang tidak tahu menghargai tangisan tidak akan tahu menghargai ketawa…


Wassalam


Hakikat Seorang Wanita

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, June 20, 2009

0

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah. Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah!

Kentut

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, June 18, 2009

0


Bertemu lagi kita hari ini... Hehe.. Semalam aku ada cerita pasal ketawa. Hari ni aku nak cerita lak pasal tajuk yang korang baca pun dah ketawa.. Ya.. Kentut!! Haha.. Aku pulak yang ketawa..=D Korang biasa dengar perkataan ni kan? Kalau tak biasa tu anda mungkin pekak sejak lahir lagi nih.. Hehe.. Ok. Aku nak mula cerita ni.

Kalau korang nak tau, proses kentut ni adalah antara proses yang sangat kompleks kat alam semesta ni. Haa.. Tak caya? Ok... Cuba korang bayangkan camni.. Ada sebuah kebuk ataupun bekas yang ada cecair, gas, pepejal serta separa pepejal. Sekarang ni, kebuk tu dalam keadaan di mana ada tekanan. Kemudian korang cuba keluarkan gas saja dari kebuk tu melalui satu bukaan tanpa biarkan bahan-bahan lain tu keluar. Haa... Mustahil kan? Tapi tu la analogi proses kentut. Korang kentut hanya keluarkan gas saja tanpa sebarang benda lain yang aku sendiri tak sanggup nak tulis... Sampaikan saintis yang bijak pandai pun akui yang belum wujud sebarang peralatan manusia yang mampu buat proses macam ni! Subhanallah...

Sebut pasal saintis, untuk pengetahuan korang, bidang kajian kentut ni dikenali sebagai "flatologi". Orang yang jadi pelopornye ialah Dr. Michael Levitt dan orang gelar dia "The King of Gas"!!! Kiranya dia ni lar Raja Kentut terkemuka... Haha.. Tapi kerana dek dia ni lar mata kita terbuka untuk lihat perspektif kentut dari sudut perubatan. Tepuk sikit... Hehe..

Untuk makluman korang, kebanyakan kentut korang tu adalah disebabkan oleh udara daripada proses pernafasan korang sendiri. Gas yang terlibat ialah nitrogen dan karbon dioksida. Kalau korang belajar sains, korang mesti tau yang gas ni tak berbau, kan? Jadi sebab ia tak berbau maka kentut korang pun takde la berbau walau bunyinye macam guruh... Hehehe.. Sebut pasal bunyi, kentut korang tu berbunyi sebab getaran pada permukaan lubang dubur korang tu. Kekutan bunyi tu lak bergantung kepada 2 faktor iaitu kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot dubur. Lagi laju atau lagi kuat otot tu, lagi dahsyat la bunyi nyer... Hahaha...

Satu lagi kentut ialah yang berpunca daripada tindakan bakteria. Masa bakteria ni membiak dan menghadam, terhasil la bermacam-macam gas yang tak enak dibau. Walaupun isipadunye sikit, tapi baunye.. Mak aiii... Kalah kambing setahun tak mandi! Hehehe. Jadi inilah jenis kentut yang nakal dan digelar"Silent-But-Deadly". Sebagai tambahan info untuk korang, bau busuk tu adalah daripada campuran gas hidrogen sulfida, metanatiol dan dimetil sulfida.

Tapi korang tak payah risau. Bukan spesies manusia jer yang kentut. Binatang pun ada gak kentut. Binatang yang terkenal dengan kentut ialah skunk. Kentutnye teramat la busuk sampai musuh yang nak makan diorang lari lintang pukang sambil muntah hijau. Hehehe.. Namun tak ramai yang tahu bahawa binatang yang paling banyak kentut ialah anai-anai! Diorang punyer kentut memang dahsyat... Kentut diorang hasilkan gas metana sama banyak dengan yang dihasilkan dalam industri!!! Dan untuk makluman korang, anai-anai gak dikatakan sebagai penyumbang kepada pemanasan global! Dahsyat tu!!!

Ok lar.. Dah tak larat nak menulis.. Huhu... Sekarang amacam? Terbuka tak minda korang baca sal kentut? Benda remeh tapi tak banyak yang kita tahu, kan? Hahaha... Walau apa pun, jaga la kesopanan korang dalam kentut. Kita orang Timur ada tata tertibnya. Ok?

Wassalam

Ketawa

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, June 18, 2009

0


Kali ni aku tak tau nak post amende... So ni la masanya untuk aku buat nukilan sikit... Hehehe.. Ok. Aku nak cerita sikit pasal ketawa atau dalam istilah lainnyer ialah gelak. Kalau lar korang nak tahu, kita ni boleh ketawa seawal usia 3 bulan atau dengan kata lainnyer lebih awal lagi daripada mula bercakap!!!

Ada empat jenis ketawa yang aku nampak. Pertama, ketawa bila ada benda lucu. Ni biasa lar kan... Kedua, ketawa bila ada rangsangan sentuhan seperti geletek. Sape tak geli kalau kena geletek kan?? Hehehe... Ketiga ketawa sebab kena ubat atau bahan kimia. Contohnya nitrous oksida ataupun kanabis. Ni korang jarang dengar kan? Last sekali ketawa sebab takder sebab paper pun! Saja-saja suka gelak. Biasanya orang jenis ini digelar orang gila. La... Gila pun kira gak ker?? Hehehe...

Kalau korang nak tahu gak, ketawa ni boleh datangkan peluang pekerjaan dalam bidang sains. Haa... "Gelotologi" adalah bidang yang berkaitan dengan ketawa. Diorang yang dalam bidang ni dah jumpa macam-macam kesan ketawa dari segi zahir dan batin. Contohnya, bila kita ketawa, kita akan membuatkan 15 otot muka bertindak menghasilkan riak ketawa. Pastu, diorang cakap ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam boleh sihatkan jantung sama seperti kita bersenam selama 10 minit! Haa... Sape yang malas bersenam tu ketawa la 100 kali dalam sehari ye... Hehehe...

Selain tu, ketawa gak boleh tingkatkan bilangan gamma-inteferon, sel T dan sel B serta kurangkan penghasilan hormon tekanan. Sebagai info untuk korang yang tak tahu, gamma-inteferon adalah sejenis protein untuk melawan penyakit. Sel T lak ialah salah satu komponen penting dalam sistem pertahanan badan. Manakala sel B tu plak berfungsi melawan penyakit dengan cara menghasilkan antibodi.

Ketawa boleh berbunyi seperti "ha-ha-ha" ataupun "ho-ho-ho", tapi bukan gabungan daripadanya. Kalau tak caya, cuba dengar betul-betul bunyi ketawa tu. Pastu korang cuba gelak dengan gabung dua-dua bunyi tu... Pelik tak bunyinye? Hahaha...

Tapi perlu ingat, jangan ketawa keterlaluan kerana ianya bawa kepada lalai. Ada hadis Nabi Muhammad SAW menyebut "Sesiapa yang meninggalkan gurau senda akan diberikan wibawa dan keindahan, sesiapa yang meninggalkan ketawa, dia adalah berwibawa dan hebat, dan sesiapa yang tidak menginginkan kekayaan orang, maka dia dicintai."

Oleh itu kawan, gelak gelak gak, akhirat jangan lupa beb, ok?? Aku rasa cukup la kot. Penat dah tulis panjang-panjang.. Hehehe

Wassalam...

Produk Ajoi

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, June 17, 2009

0

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?"

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, "Sabun Ajoi..."

"Kalau deodoren, deodoren mana yang anda gunakan?"

"Deodoren Ajoi," jawab pelajar itu.

" Minyak wangi?"

" Minyak Wangi Ajoi"

"Shampu?"

" Shampu Ajoi"

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "Ok, apakah jenama Ajoi ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu anda selama ini memakai produk yang tidak sihat."

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Ajoi itu rakan sebilik saya!!"

Sarapan Istimewa

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Tuesday, June 16, 2009

0

Seorang lelaki terlihat papan tanda di dalam sebuah restaurant makanan segera yang bertulis
"SARAPAN PAGI ISTIMEWA", dan lelaki tersebut tertarik dan memasuki restaurant tersebut.

Pelayan membawakan minuman dan bertanya kepada lelaki tersebut, apa yang akan dia pesan.
Lelaki tersebut bertanya dengan penuh rasa ingin tahu, "Apa SARAPAN PAGI ISTIMEWA hari ini?"

"Lidah ayam bakar", pelayan tersebut menjawab dengan nada bangga.

"Lidah ayam bakar??"Lelaki itu terkejut. "Tidakkah kamu tahu bahawa makanan itu sangat menjijikkan?"

"Saya tidak akan sesekali makan apa pun yang keluar dari mulut seekor ayam!" kata lelaki tersebut dengan nada sombong.

Kemudian pelayan tersebut bertanya "Kalau begitu encik mahu sarapan apa?"

Lelaki itu menjawab "Bawakan saya telur rebus!"

"Itukan dari datang 'bontot' ayam!" jawab pelayan tersebut dengan selamba.

Cinta Dan Kahwin

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Monday, June 15, 2009

0

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….



Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Bila Budak Sains Bercinta

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Sunday, June 14, 2009

0

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat
dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaika n, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........

P/s: Buat sesiapa yang bukan daripada aliran sains, anda mungkin kurang faham dengan apa yang disampaikan. Rujuklah dengan mereka yang lebih mengetahui... Hahahaaa

Sebiji Epal...

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Saturday, June 13, 2009

0

Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.Akhirnya, tiada lagi wanita yang suci dan mulus, disekeliling kita ini.

Apabila melihat anak-anak gadis berpegang-pegangan dengan sang kekasih dan bercumbuan di taman bagai suami isteri, ingatlah anda pada artikel ini.

Belajarlah Menulis Di Atas Pasir

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Friday, June 12, 2009

0

Dua orang sahabat karib, A dan B, sedang berjalan di sebuah gurun pasir. Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba tercetus pertengkaran antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tampran yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir. “Hari ini sahabat baikku telah menampar pipiku...”

Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu. “Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.”

A bertanya, “Kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang kenapa pula kau menulis di atas batu?” Sambil tersenyum B berkata, “Ketika seorang sahabat menyakiti hati kita, kita harus menulis di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatkannya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu...”

Moral cerita ini:
Dalam kehidupan seharian kita sering terjadi perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh perbezaan pandangan. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir...

Ayah... Janji Tak Buat Lagi

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Thursday, June 11, 2009

0

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.

Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya…kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis majikannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu… !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu hanya mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam… " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas keasan ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

"Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya...

Bersihkan PC Daripada Malware

Posted by Fiq | Posted in | Posted on Wednesday, June 10, 2009

1

Sekiranya PC anda dilanda serangan malware (mallicious software) seperti virus,worm, dan trojan, berikut merupakan antara langkah terbaik yang boleh dilakukan.

1.Tutup Internet:

Tutup connection internet kerana kebanyakan malware datang daripada internet.

2.Pergi safe mode:

Reboot windows dan pergi ke safe mode.Boleh dilakukan dengan menekan F8 semasa di BIOS.Tetapi perlu diingatkan OS yang berlainan mungkin mempunyai kunci yang berlainan.

Safe mode penting kerana kebanyakan program(termasuk virus) tidak dapat beroperasi di safe mode.Sekiranya antivirus anda dapat mengesan virus tetapi tidak dapat mendeletenya, ini mungkin kerana terdapat komponen virus tersebut yang masih berjalan.

3.Tutup system restore bagi Windows XP dan keatas:

Sekiranya system restore dibuka, kemungkinan besar malware yang telah anti virus anda buang akan dibina semula dan menyebabkan serangan virus tidak dapat dihentikan.

System restore boleh ditutup dengan klik kanan pada My Computer dan pilih ‘properties’.Tanda pada ‘turn off system restore’.

4.Scan menggunakan perisian Anti Virus:

Sekarang barulah proses scan dilakukan. Memandangkan proses ini dijalankan di dalam safe mode, kelajuan scan juga turut bertambah dan boleh diselesaikan dalam masa yang lebih singkat daripada mode biasa.

5.Jalankan anti spyware:

Anda juga digalakkan untuk menjalankan program anti-spyware memandangkan sesetengah spyware tidak dapat dikesan oleh anti-virus.Perisian seperti Spyware Blaster, Ad-Aware, dan Spyware Search And Destroy merupakan antara perisian yang bagus dan menjadi pilihan selain daripada percuma.Anti-spyware dan anti virus boleh dijalankan secara serentak dan tidak akan menyebabkan ‘clash’. Ini bergantung kepada anda untuk membuat pilihan berdasarkan kelajuan memori(RAM).

6.Jalankan hijackthis:

Hijakthis merupakan satu tools yang hebat dan amat berguna.Sungguhpun begitu, tanpa ilmu yang cukup anda mungkin menambahkan lagi kerosakan PC anda.

Hijackthis boleh berfungsi untuk :

-mengimbas dan memberitahu maklumat seperti program yang sedang berjalan dan maklumat-maklumat lain

-menghentikan proses yang anda rasa bahaya

-enablekan regedit(sekiranya regedit di’disable’kan oleh virus)

-menghentikan proram yang anda rasa tidak perlu pada start up

-delete file yang anda tidak dapat delete semasa di windows

7.Memperbaiki registry
:

Sesudah segala pembaik pulihan dijalankan, anda mungkin mahu memperbaiki registry anda pula supaya registry yang tidak berguna dibuang dan value pada registry yang diubah oleh virus dapat dibetulkan semula.

Perisian-perisian seperti berikut boleh digunakan:

-Registry Mechanic (Shareware)

-Registry Fix

-RegRun

P/s: Ini hanyalah cadangan semata-mata. Ada banyak cara sebenarnya untuk menangani masalah malware ni... Selalulah melawat web antivirus ternama untuk mendapat informasi terkini berkenaan ancaman malware... Beringat sebelum kena, bertindak sebelum parah...