Pereputan Mayat

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Friday, June 26, 2009


Hoho… Tajuk kali ni lagi horror… Korang dah baca sal mati yang aku tulis tu kan? Haa… Kali ni aku nak tulis lak apa yang berlaku kat mayat tu. Ni bukan apa, pengetahuan kepada kita semua… Jadi, meh aku citer kat korang.

Mula-mula sekali, lepas kita ni mati, ada jenazah yang dibakar dan ada yang dikebumikan. Bagi yang beragama Islam, jenazah kita akan dikebumikan. Kat Malaysia ni, menurut kebanyakan penggali kubur, kedalaman kubur yang biasa digali mereka ialah 6 depa. Tanam jenazah ni ada banyak hikmahnya. Kalau tak, maka korang akan menyaksikan proses mayat ni reput di mana keadaannya sangatlah mengaibkan lagi mengerikan. Korang penah tengok citer zombi kan? Kalau nak tau, keadaan mayat reput ni berkali ganda lebih teruk dari zombi tu, terutamanya Zombi Kampung Pisang. Hehe…

Mayat ni mereput ikut peringkat. Kalau dihitung, ada 4 peringkat secara kasar. Yang mula-mula sekali ni orang panggil “pemecahan sendiri”. Hmm… Badan korang ni sebenarnya ada banyak jenis enzim. Walaupun korang dah tak bernyawa, enzim ni masih leh bekerja. Bila mati, enzim ni akan bertindak menghadam badan si mati tu. Struktur membran sel si mati jadi rosak dan pembebasan enzim penguraian bermula.

Lepas tu, masuk la ke peringkat kedua yang dipanggil “pembusukan”. Proses ni bermula bila bakteria anaerobik dalam badan korang ni mula bertindak secara besar-besaran. Apa tu bakteria anaerobik? Haa… Ia adalah sejenis bakteria yang hidup dalam keadaan tanpa oksigen. Bila mati, badan kita ni dah kurang ataupun takde oksigen. Jadi masa ni la bakteria anaerobik amik kesempatan membiak banyak-banyak. Tempat yang dia paling suka ialah organ dalaman seperti perut. Segala zat yang ada dalam badan si mati seperti protein dan karbohidrat akan diurai oleh diorang ni.

Bila diorang ni mengurai zat si mati, diorang akan hasilkan gas. Jadi badan si mati ni akan mengembung bermula dari perut disebabkan pengumpulan gas ni. Bila tekanan meningkat kat diafragma, buih-buih darah akan meletus dari hidung dan mulut. Organ-organ si mati seperti jantung dan peparu turut membusuk. Tapi yang paling dahsyat ialah pemandangan kat perut. Korang tau kan kat perut takde tulang? Jadi gas yang terhasil tadi akan terus mengembungkan perut sampai satu tahap di mana perut si mati tu pecah dan mengeluarkan isinya!!! Uii… Seram siot…

Peringkat ketiga dipanggil “pereputan”. Ni pun dahsyat gak… Segala cecair badan si mati yang baunya memang loya tu akan mengalir keluar dari badan. Daging lak mula luruh satu per satu strat dari tengkorak. Kulit cerai-berai. Otak jadi busuk dan sekali tengok dah macam tanah liat! Tisu-tisu si mati yang lembut akan kecut dan kering. Proses ni berterusan sampai la tinggal tulang jer!

Pada peringkat terakhir lak, bakteria dan mikroorganisma lain akan mula menjajah tulang yang tinggal. Diorang akan makan tisu tulang sampai takde apa pun yang tinggal lagi. Maka lenyaplah jejak si mati kat dunia ni buat selama-lamanya…

Haa… Amacam? Dahsyat tak prosedur mayat reput ni? Nasib baik la kita tak menyaksikan semua tu… Kalau tak, mau pengsan 40 hari 40 malam nih… Hehe… Apapun, amik la iktibar kerana sehebat atau seagung mana pun kita ni, kita tetap mati dalam keadaan yang hina. Kita yang dikatakan penakluk Bumi ni akhirnya hanya menjadi makanan bakteria kecil yang tak pernah pun kita nampak…

Sekian, wassalam

Comments (3)

takut jugak ye, proses pereputan mayat nih,.
bioteknologi tu ada kaitan dengan medix22 juga ke??
KALU saya nak buang enzim, so xda la bdan saya mereput boleh kee??? ;DDD

hrumm...menggerunkan...di sini la rasionalnya kenapa mayat perlu ditanam atau dibakar..

baru kawe tahu mayat ni ada 4 proses sblm dia reput..

tp kalo yg bakar tu cmne eh? msti ada bunyi letup2 sbb urat semua akan jd terik bila kene api..