Mati

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Wednesday, June 24, 2009


Tajuk kali ni agak menyeramkan… Haha… Tak perlu takut, semua orang akan mati. Lumrah la kan, yang hidup akan mati jua… Tapi aku ada baca satu artikel sains yang kata mati tu bukan satu benda yang lumrah suatu ketika dahulu, iaitu sebelum kewujudan makhluk multisel. Apa tu multisel? Haa.. Kalau nak tahu, makhluk multisel ni adalah makhluk yang kompleks komposisi tubuhnya di mana satu-satu makhluk tu terbina daripada banyak sel-sel kecil yang saling bekerjasama, macam tubuh korang sendiri tu la.

Kata sorang saintis tu, pada suatu masa ketika Bumi kita ni mula ada penghuni, makhluk yang wujud hanyalah jenis unisel. Dengan kata lain, makhluk hidup yang hanya ada satu sel saja. Diorang ni membiak melalui proses mitosis. Buat korang yang tak tahu, mitosis ini ialah proses pembahagian sel di mana 1 sel akan menjadi 2 sel yang sama. Kiranye macam kembar seiras gitu.. Proses ni berterusan. Tahun berganti tahun, tapi diorang tak mati atau tua. Diorang akan sentiasa membahagi dan membiak. Cara diorang mati adalah dengan memusnahkannya seperti menghancurkan ataupun bunuh dengan tak sengaja. Kiranya diorang ni tak mati sebab sakit tua…

Beberapa billion tahun kemudian, makhluk unisel ni mula bergabung membentuk makhluk multisel. Bila dah jadi satu organisasi, keupayaan mitosis sel jadi terhad. Masa ni la mati mula menjadi lumrah untuk makhluk… Tu kata diorang la… Dalam istilah sains gak, ada 5 jenis mati.

Jenis pertama ialah “nekrobiosis” atau kematian satu-satu sel dalam tubuh korang tu. Sel tubuh korang tu ada jangka hayatnye... Dengan kematian sel tua, boleh la tubuh korang tu buat sel yang baru yang berfungsi dengan baik. Nekrobiosis gak sebabkan hampir semua sel dalam tubuh korang yang sekarang ni tidak sama dengan sel masa korang mula-mula lahir dulu. Kebanyakannya dah diganti baru.

Kedua ialah “nekrosis”. Ni adalah kematian beberapa sel dalam badan korang secara serentak. Selalunya disebabkan penyakit atau kecederaan. Biasanya nekrosis merujuk kepada kematian sesuatu organ atau sebahagian organ.

Ketiga ialah “clinical death”. Ni adalah kematian dalam dunia perubatan di mana berlaku bila korang berhenti bernafas, darah korang berhenti mengalir atau jantung korang berhenti berdenyut. Haa.. Kalau korang nak tahu, bila ini berlaku kat korang, doktor yang rawat korang ada masa 4 minit saja untuk hidupkan korang balik. Kalau tak… Paham-paham jer la… Hehehe…

Keempat ialah “brain death”. Ni adalah kematian otak bila otak korang tak cukup oksigen. Biasanya korang akan koma. Tapi korang masih leh hidup dengan bantuan alat…

Kelima ialah “somatic death”. Ni adalah kematian yang sebenr-benar mati… Semua organ korang berhenti berfungsi dan hayat korang memang dah betul-betul takde. Dengan kata lain, korang dah berpindah ke alam barzakh. Ni la erti sebenar mati dalam sains…

Jadi wahai kawan, aku post tajuk ni bukan ape… Nak ingatkan korang dan aku sendiri gak yang mati itu sesuatu yang pasti. Orang yang takut mati akan ingat akhirat, orang yang ingat akhirat akan perbanyak ibadat, orang yang banyak ibadat itulah orang yang banyak imannya, dan orang yang banyak imannya sudah tentu syurga menjadi tempatnya nanti…

Wassalam

Comments (2)

jgn minta mati... tapi digalakkan ingat mati...

mati itu pasti,lol, kamu punye cbox x menjadi la.maybe connection saya lemah