Kentut

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, June 18, 2009


Bertemu lagi kita hari ini... Hehe.. Semalam aku ada cerita pasal ketawa. Hari ni aku nak cerita lak pasal tajuk yang korang baca pun dah ketawa.. Ya.. Kentut!! Haha.. Aku pulak yang ketawa..=D Korang biasa dengar perkataan ni kan? Kalau tak biasa tu anda mungkin pekak sejak lahir lagi nih.. Hehe.. Ok. Aku nak mula cerita ni.

Kalau korang nak tau, proses kentut ni adalah antara proses yang sangat kompleks kat alam semesta ni. Haa.. Tak caya? Ok... Cuba korang bayangkan camni.. Ada sebuah kebuk ataupun bekas yang ada cecair, gas, pepejal serta separa pepejal. Sekarang ni, kebuk tu dalam keadaan di mana ada tekanan. Kemudian korang cuba keluarkan gas saja dari kebuk tu melalui satu bukaan tanpa biarkan bahan-bahan lain tu keluar. Haa... Mustahil kan? Tapi tu la analogi proses kentut. Korang kentut hanya keluarkan gas saja tanpa sebarang benda lain yang aku sendiri tak sanggup nak tulis... Sampaikan saintis yang bijak pandai pun akui yang belum wujud sebarang peralatan manusia yang mampu buat proses macam ni! Subhanallah...

Sebut pasal saintis, untuk pengetahuan korang, bidang kajian kentut ni dikenali sebagai "flatologi". Orang yang jadi pelopornye ialah Dr. Michael Levitt dan orang gelar dia "The King of Gas"!!! Kiranya dia ni lar Raja Kentut terkemuka... Haha.. Tapi kerana dek dia ni lar mata kita terbuka untuk lihat perspektif kentut dari sudut perubatan. Tepuk sikit... Hehe..

Untuk makluman korang, kebanyakan kentut korang tu adalah disebabkan oleh udara daripada proses pernafasan korang sendiri. Gas yang terlibat ialah nitrogen dan karbon dioksida. Kalau korang belajar sains, korang mesti tau yang gas ni tak berbau, kan? Jadi sebab ia tak berbau maka kentut korang pun takde la berbau walau bunyinye macam guruh... Hehehe.. Sebut pasal bunyi, kentut korang tu berbunyi sebab getaran pada permukaan lubang dubur korang tu. Kekutan bunyi tu lak bergantung kepada 2 faktor iaitu kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot dubur. Lagi laju atau lagi kuat otot tu, lagi dahsyat la bunyi nyer... Hahaha...

Satu lagi kentut ialah yang berpunca daripada tindakan bakteria. Masa bakteria ni membiak dan menghadam, terhasil la bermacam-macam gas yang tak enak dibau. Walaupun isipadunye sikit, tapi baunye.. Mak aiii... Kalah kambing setahun tak mandi! Hehehe. Jadi inilah jenis kentut yang nakal dan digelar"Silent-But-Deadly". Sebagai tambahan info untuk korang, bau busuk tu adalah daripada campuran gas hidrogen sulfida, metanatiol dan dimetil sulfida.

Tapi korang tak payah risau. Bukan spesies manusia jer yang kentut. Binatang pun ada gak kentut. Binatang yang terkenal dengan kentut ialah skunk. Kentutnye teramat la busuk sampai musuh yang nak makan diorang lari lintang pukang sambil muntah hijau. Hehehe.. Namun tak ramai yang tahu bahawa binatang yang paling banyak kentut ialah anai-anai! Diorang punyer kentut memang dahsyat... Kentut diorang hasilkan gas metana sama banyak dengan yang dihasilkan dalam industri!!! Dan untuk makluman korang, anai-anai gak dikatakan sebagai penyumbang kepada pemanasan global! Dahsyat tu!!!

Ok lar.. Dah tak larat nak menulis.. Huhu... Sekarang amacam? Terbuka tak minda korang baca sal kentut? Benda remeh tapi tak banyak yang kita tahu, kan? Hahaha... Walau apa pun, jaga la kesopanan korang dalam kentut. Kita orang Timur ada tata tertibnya. Ok?

Wassalam

Comments (0)