Belajarlah Menulis Di Atas Pasir
Posted by Fiq | Posted in Artikel | Posted on Friday, June 12, 2009
Dua orang sahabat karib, A dan B, sedang berjalan di sebuah gurun pasir. Di tengah-tengah perjalanan tiba-tiba tercetus pertengkaran antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tampran yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir. “Hari ini sahabat baikku telah menampar pipiku...”
Kemudian, mereka meneruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.
Dalam mereka asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu. “Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.”
A bertanya, “Kenapa setelah aku melukai hatimu, kau menulis di atas pasir. Dan sekarang kenapa pula kau menulis di atas batu?” Sambil tersenyum B berkata, “Ketika seorang sahabat menyakiti hati kita, kita harus menulis di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan itu. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatkannya di atas batu hati kita, agar tidak hilang ditiup sang bayu...”
Moral cerita ini:
Dalam kehidupan seharian kita sering terjadi perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh perbezaan pandangan. Oleh kerana itu, cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir...

Comments (0)
Post a Comment