Challenge

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Monday, October 19, 2009


Berjalan di padang tanpa alas, pasti ada duri yang menusuk kaki...

Berperang tanpa sebuah perisai, pasti ada pedang yang menikam belakang...

Hidup tanpa sebarang persediaan, pasti kecundang bila cabaran bertandang...


Apa yang aku nak sampaikan ialah kita ni perlu la sentiasa bersedia. Sedia dari segi apa? Segi tiga atau segi empat? Hah... Semua segi la. Senang cakap untuk dunia dan untuk akhirat.

Korang tau tak apa cabaran paling besar bagi manusia? Hah... Tau tak? Terjun dari bangunan 15 tingkat? Hafal Kamus Dewan? Haha... Cabaran paling besar bagi manusia ialah:


“Mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.”


Ya. Itulah cabaran paling besar. Mesti korang setuju kan? Ok. Ada lagi satu soalan. Apakah benda yang paling senang untuk manusia lakukan? Baca blog? Makan nasi? Haha... Benda yang paling senang dikerjakan oleh manusia ialah:


“Mengerjakan larangan Allah dan meninggalkan suruhan-Nya.”


Setuju tak? Kalau tak setuju aku ketuk kepala roommate aku (erk... dah kena flying kick dengan roommate la plak... hehe). Realitinya itulah dia. Macam simple, tapi... Hmm...

Kenapa benda ni terjadi. Tak lain tak bukan ialah kerana teman baik korang sendiri. Sape? Sape lagi kalau bukan syaitan lahanat dan nafsu serakah.

Jadi, sebagai kata penutup, renung-renugkan la dan selamat beramal!!!

Comments (0)