Purple Writing...

Posted by Fiq | Posted in , , , | Posted on Saturday, October 17, 2009


Oktober 2009 menyaksikan aku mencecah umur 20 tahun. 2 dekad bukan 1 masa yang singkat. Dah banyak udara aku hirup. Dah banyak nasi aku makan. Dah banyak teh ais aku minum. Dan dah banyak benda aku belajar untuk hidup.

Satu perkara yang pasti, hidup itu bukan mudah. Ada cabaran, ada liku yang perlu ditangani. Kadang-kadang kita selalu ambil mudah jalan yang perlu kita lalui. Kita tak fikir masak-masak, tak renung dalam-dalam. Kononnya tawakal je la.

Lahanat punya manusia. Apasal ko fikir macam tu? Tawakal datang selepas usaha bersungguh-sungguh. Usaha pun tidak, tau nak tawakal je. Pergi mampus la ko. Sape nak tolong!!!

Apasal kita tak nak usaha? Adakah kerana kita rasa kesenangan tu datang dengan senang? Ingat senang ke nak senang? Senang-senang je ko fikir camtu.

“Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah”

Pernah korang dengar ayat ni? Kerat ibu jari kaki la kan kalau tak pernah dengar. Buat yang tak nak usaha, memang tak susah bagi korang untuk susah. Korang tak pernah rasa susah hati ke dengan perangai korang tu?

Kawan, kita bukan ditakdirkan untuk gagal kalau ada usaha dan tawakal. Jalan gagal atau jalan kejayaan tu dalam tangan korang. Duit tak datang kalau tak kerja (kecuali la korang ni peminta sedekah). Kejayaan tak datang tanpa usaha terlebih dahulu.

Peringatan ni untuk aku, dan kepada korang yang membaca.

P/s: Maaf sebab ada bahasa kesat. Saja nak cuba try test tengok guna bahasa kesat...


Layan gambar untuk hilang mood geram=)

Comments (6)

np kan geram2 ni fiq
huhu

Hasni ~ bukan geram. just nukilan untuk ingatkan bahawa usaha itu perlu sebelumnak bertawakal...

ish3... buat applied microbe sane!!! ni aku geram. ko jgn lak tawakal biar aku buat semua. Hehehe

huhu
yeker
ok slmt berusaha
n lepas tu bertawakal la

Chan ~ aku tgh buat la ni oii...huhu

Hasni ~ Hmm... D same goes to u~~~~~