Love

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Saturday, October 10, 2009


Cinta...

Mungkin ini adalah perkataan yang teragung untuk manusia, mereka akan merasa gundah, gelisah dan gusar kalau hidup tanpa sebuah cinta...


Sangatlah naif apabila cinta itu kita ibaratkan hanya sekadar kata yang harus kita agungkan kerana tak selamanya cinta itu adalah sebuah keindahan, kadang cinta itu akan membawa kita kepada sebuah kesengsaraan...


Jangan pernah sesekali cinta itu diletakkan dalam fikiran yang teratas kerana sengsara itu akan datang... Ingatlah bahawa tidak semua orang itu pasti cinta dan suka akan kita, dan jangan berharap banyak dari cinta, kerana apabila kita melakukannya, yang datang hanyalah sebuah seksaan yang berpanjangan...


Aku sendiri kadang kala bingung dengan cinta... Maknanya sangat luas, tidak terbatas dek ruang dan masa... Semua orang menilai cinta itu dengan cara yang berbeza, bergantung dengan keadaan hati yang sedang mengalaminya...

Kadang kala aku juga berfikir adakah kita salah dalam menilai cinta...


Huh... Yang jelas cinta itu adalah anugerah dari Tuhan yang tidak boleh dituhankan kerana apabila kita menuhankan cinta, maka apa yang kita peroleh hanyalah derita...


Satu perkara yang perlu kita ingat adalah kita tidak akan boleh hidup tanpa adanya sebuah CINTA...

P/s: Cinta mati cinta manusia, cinta abadi cinta Allah...

Comments (18)

kosong~

Enyheartdiamond ~ kenape kosong???

cinta itu indah:-)

Hasni ~ memang indah, lebih2 lagi klu si dia selalu je kat depan mata, kan?=p

gembira membaca pasal cinta.

cinta pada rabbitku:)

Jangan pernah sesekali cinta itu diletakkan dalam fikiran yang teratas kerana sengsara itu akan datang...

stuju sgt2~~

Cheryna pires ~ u ada rabbit, i have cat! i love my cat=p

Lumut ~ memang la cik lumut setuju... baca entry cik lumut pun dah tau=p

CINTA??tah la...kdg2 ila rasa cinta tu indah...tp kdg2 cinta tu jgk membunuh perasaanku ini..uhuhu

fiq, cinta tuh indah macamne? cuba ko carikan aku teman untuk aku merasai apa yang ko maksudkan dengan cinta. ngegegeg

HoneyBunny ~ Biasa la tu.tak semua yg baik kekal baik, tak semua yg buruk kekal buruk=)

Chan ~ Lorh... Ko dengan Mahtab bukan ke dah *tuttttt*. Takkan nak pasang lagi kot saudara chan? Haha

elele fiq. nak tau yg sebenarnya x? mahtab byk tny kat aku pasal ko. tny diri ko, ko asal mane, parents ko. aku cakap yang terbaek pasal ko. kawan2 ape ada hal.

Fiq + Mahtab = cinta antara benua.

MANTAP!!!!

Chan ~ ceh... balik2 aku yang kena. takpe la.orang muda talleh lawan cakap orang tua, kan? adat melayu la katakan... haha

alahai awk ni fiq. malu yek nak bagitahu kat umum? realiti fiq. slumber jek. nanti kawen aku nak ko masak kobideh kebab utk aku tau

Chan ~ceh. agak2 ar... ko ni tgh bagi imaginasi, bikan realiti. rasa macam nak tampor je budak sorang ni. adoi (roomate aku dah kena tampor x pasal2 sebab aku angin kat ko)

cinta itu memeningkan bila kita kena buat pilihan... hehehe

Nurul ~ memang la... bukan cinta je, apa2 yg memerlukan kita buat pilihan mesti penin nye. cth lelaki. Nak kawin 1 ke, 2 ke, 3 ke, 4 ke... penin kan?=P