UM Is One!

Posted by Fiq | Posted in , | Posted on Thursday, October 08, 2009

Hari ini, ranking terbaru universiti seluruh telah dikeluarkan Times Higher Education di website rasminya di sini. 200 universiti terunggul seluruh dunia telah dipamerkan di situ. Hasilnya?

Universiti Malaya Menduduki Tangga 180!!!


Satu pencapaian yang sangat membanggakan di mana tahun lepas UM hanya berada pada kedudukan 230. Tahniah diucapkan!!!

Dan yang lebih membanggakan, UM adalah SATU-SATUNYA universiti di Malaysia yang tersenarai dalam Top 200! Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tertinggal jauh di belakang pada kedudukan 291, dan Universiti Sains Malaysia (USM) yang dianugerahkan dengan gelaran APEX hanya melayakkan diri untuk kedudukan ke-314, manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di tangga 345.

Aku, sebagai warga UM, sangat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada warga universiti yang terunggul. Terbukti UM masih menjadi universiti terbaik di Malaysia. Tahniah diucapkan sekali lagi kepada UM. Moga pencapaian kali ini menjadi pendorong untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Teruskan perjuangan! UM is One!!!

Comments (8)

owh
ok
um is one

tahniah;)

Hasni ~ yo... UM is One=)

Enyheartdiamond ~ terima kasih. Arigato=)

pandai siot abang fiq ni. blajo kat um tuh. cayalah.

mantap r ko chan. tp ko lagi pandai kan...tiap kali test tapi highest mark.haha

ak bangga ngan mung fiq...blaja UM....studnt UM..mang x sia2 UM dpt tangga ke 180...

Pejul ~ aku kecewa dengan mung pejol. mung pung pelajar UM gak. tapi taknak ngaku secara terang2. aku nak tekangkang di sini: Berbanggalah menjadi rakyat Ganu warga UM. Hahaha=D