Every Step You Take, Every Move You Make...

Posted by Fiq | Posted in , , | Posted on Saturday, October 24, 2009


Nilai. Satu kualiti yang dicari dalam diri seseorang. Pencari atau orang yang dicari, kita semua melakonkan kedua-dua watak tu.

Setiap kali kita lihat seseorang, pasti akan ada apa yang orang cakap “first impression”. Apa yang orang tu buat, apa yang orang tu lakukan, kita akan jadi hakim yang menilai. Dan tak lupa juga, itulah yang orang buat kepada kita juga. Ironi kan?


“First impression doesn’t last longer...”


Betul, jika kita cuba lebih rapat dengan orang itu kemudiannya. Tapi bagaimana pula kalau “stranger” masih lagi “stranger”? Of course the first impression that we made before akan tetap begitu, dan begitulah penilaian yang kita pakai untuk masa yang akan datang.


“Don’t judge the book by its cover...”


Oh... Come on la... Berapa ramai sangat yang pakai prinsip ni? Potong kepala lutut la kalau korang yang baca ni pun pakai prinsip ni gak. Kita ni memang dah “tersengaja” untuk menilai daripada rupa luaran.

Kita ni jenis yang “visualize”; kornea mata melihat, menembusi iris lalu menggambarkannya di retina mata, seterusnya menghantar impuls elektrik ke otak dan ditafsirkan mengikut kepala otak masing-masing.



“Rambut sama bahan daripada keratin, tapi kepala otak lain-lain tahap pemikirannya...”


Kita tak boleh nak buat semua orang suka kat kita, tapi sekurang-krangnya kita boleh buat perkara yang kebanyakan orang suka agar nisbah orang yang suka kita lebih banyak daripada orang yang tak suka kita.

So, please watch every single step that you take and every single move that you make, because there are so much judges out there (walaupun diorang ni bukan mendapat tauliahan daripada mana-mana fakulti guaman seluruh dunia).

Kita adalah kita, walaupun orang melihat kita sebagai bukan kita. Dan walaupun kita itu kita, kita bertanggungjawab menggambarkan kita kepada orang lain agar orang lain tahu itu adalah kita, bukannya orang lain. Ngerti???=)



Jangan pura-pura...
Jadilah diri sendiri, itu yang sebaiknya...

Comments (2)

Action speak louder than word.

erm
kalu hipokrit tu mnjadikan diri kt lbh baik mcm mn??